Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 27 January 2017

Angin sedih

Assalamualaikum


Percaya aku
Keyakinan aku
Pudar ditelan kesedihan
Ditolak tepi pasir pantai
Mahu tenggelam di dasar laut
Seorang

Tiada rasa yang boleh dibanggakan dari aku
Anak yang kabur jalan hidupnya
Berjuang sendiri mencari mencari tujuan
Tanpa pertolongan
Ditaburi dengan herdikan kebencian mungkin
Seolah tiada sokongan
Apatah lagi kepercayaan

Sering mencari baiknya dalam manusia
Sebab itu yang aku percaya
Tiap seorang ada baik buruknya

Beginikah rasanya terperangkap dalam dunia
yang bukan kehendak aku?
Realiti yang tak pernah dituluskan hati aku
Tak pernah ada indahnya andai dikira
Kata orang, dusta semata

Aku yang diantaranya
Tangan diangkat, bersetuju juga
Kerana masih belum ditemui rasa yang sebetulnya

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...