Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 28 June 2017

Yang menangis tersembunyi

Rasa mahu diluah semua, bimbang ada yang tersakiti.
Lagak bagai ditunding salah kepadanya nanti dikata kita dengki
Walhal cuba menjernihkan keadaan tanpa selisih faham lagi

Manusia ..
Terus sahaja dibentak tatkala terlihat secebis salah
Terus sahaja ditarik picu melepaskan tembakan
Terlalu cepat memutus kesimpulan
Tak juga difikir, ditanya atau dilihat dari bahagian-2 yang mungkin mendatangkan sinar
Mengapa ia terjadi?
Dimana puncanya?
Siapa pelakunya?
Apakah mula nya?

Pendek akal jika percaya bulat dari pancaindera mata sahaja
Resmi dunia

Mahu diminta penjelasan, takkan semua peduli apa itu erti jujur tatkala ini
Masing-masing berlumba siapa betul di sini
Sudah dicampak agaknya atau ditanam jujur itu secara intonansi
Mahu disimpan semua, hanya kita yang rasa lara siksanya hati

Justeru, akhirnya memilih untuk simpan sendiri segala naskhah jiwa yang terkoyak. Disorok senyap-senyap moga tak ada menemui atau cuba merobeknya lagi.
Perit: kata hati

Bukan dendam.
Cuma trauma dengan insan sekeliling yang berpura menyokong padahal sudah dikapak satu satu bahagian organ dan tubuh dalam diam

***

Waktu ni raya ke empat. aku sedih sebab ditunding salahnya pada aku kerana asyik berdiam diri tak banyak bicara dengan sesiapa.

Hakikatnya masih bergelut dengan depression diri
Dibilang  "nenek kebayan" kerna cermin mata dan wajah kurang mulusku sambil menyapu sampah

Dua pilihan aku waktu itu: maki orang itu atau diamkan saja aku

Seterusnya aku memilih yang kedua. Pilihan yang menyakitkan hati terus aku tekad untuk menjarakkan diri dari semua insani
Supaya tak tertumpah air mata ke pipi

Kemudian, segala aksi aku dihantar terus ke konklusi tanpa ditanya helok "mengapa begini?" "Apa jadi?"

Yang pertama aku terima juga bertalu
"Tak pernah menyenangkan hati makbapak"

Terus hilang
Terus jatuh lagak insani yang selama ni senyum sendiri
Mahu berbaring atas jalan dilanggar treler atau lori
Bahagia mereka mungkin termaktub tanpa aku di sisi

Yang lain kemain gelak tawa tiada teraju sepi
Tipu andai tiada iri hati dalam diri
Melihat masing masing tersenyum gembira
Aku juga mahu begitu
Tapi kerap kali flashback datang yang dikata aku
"Anak tak guna"
"Menyesal ade anak begini"
"Lebih baik takpayah ade anak begini"

Semua tu membawa duka aku. Sekali lagi menjatuhkan aku. Seolah memberi amaran pada aku tiap masa tiap waktu yang aku taklayak adanya bahagia atau gembira.

Kalau aku berkata, mana mungkin ada yang mendengarnya. Sering dibantah tanpa didengar penjelasan terus lagi


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...