Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 29 June 2017

Mereka kata

Pernah aku cuba tegakkan perkara yang bukan silapnya atas aku, dikatanya aku "kurang ajar."

Jadi selepas peristiwa perit itu, aku memilih untuk diam sahaja walau apa sahaja yang berlaku

Mereka kata aku bodoh atas sedikit kesilapan
Aku diam

Mereka kata aku tak kenang budi
Aku diam

Mereka kata aku besar kepala
Aku diam

Mereka kata aku "anak tak guna"
Aku diam

Mereka kata aku "anak yang tak pernah menyenangkan hati makbapak"
Aku diam

Mereka kata aku kurang ajar, menjatuhkan maruah ,menyampah dengan mereka hanya gara-gara tindakan aku berdiam diri dan buat hal aku sendiri : baca buku sepanjang hari

Aku cuba berkata, "diam pun salah? Kalau bercakap apatah lagi?"

"Dah , diam je" diarah lagi.

Seakan aku, tak diberi peluang untuk hidup. Diam aku mendatangkan amarah, luah aku mendatangkan hina, caci maki kepada diri aku sendiri

Apa aku anak patung tak punya perasaan. Disuruh senyum gembira selepas diperli, dicaci dan dimaki?

Pernah luangkan masa bertanya ? "okay ke?" kepada aku. Pernah?
Tak

Pernah bertanya, "ada masalah ke?" kepada aku. Pernah?
Picu terus ditarik, tembakan rambang terus dilepaskan  saat melihat aku tidak tersenyum dan hanya diam tidak berkata.

Kalau aku bilang aku punya depression gara-gara semua yang dah terjadi pada aku dari kecil. Macam biasa, terus aku disalahkan tanpa bertanya lagi. "Kenapa boleh jadi begitu?"

Aku masih diam walaupun dipijak-pijak.

Hasilnya, depression yang menggangu hidup. Saat aku mahu senyum semua hasil caci, maki, tengkingan pada aku selama 10 tahun lepas timbul semula dan bersatu menjadi dinding untuk ke arah gembira. Dihalang

Aku kembali diam kerana aku tak layak untuk bahagia

Aku diam kerana andai aku meluah berkata, jatuh hukumnya anak derhaka

Pilihan hidup manusia yang tak boleh dipilih jua
Mati juga tak bisa
Hidup apatah lagi

Tersepitnya aku tersembunyi
Menangisnya aku sendiri


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...