Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 27 February 2017

Baik, tapi tak solat. Macam mana tiket masuk syurga? | PART 2

Assalamualaikum

Lepas baca entry sambungan dari bahagian 1 ni  Baik, tapi tak solat | PART 1 ni mesti korang tertanya-tanya kan ? Aku harap ada yang dah mula menyoal tentang kewujudan korang atas muka bumi ni.


Lepas habis baca seluruh entry ni, kau akan mula fikir.
Mesti ada yang cakap " Eh , kau tu tak kahwin lagi. Kau tak ada apa - apa pengalaman lagi jadi parents to your kids. Layak ke kau nak cakap macam tu pada kami yang dah jadi parents ni ? Macam besar sangat nak ajar orang ?"

Yes, I know.
Ada sesetengah parents yang tercabar hati dan perasaannya. Tak boleh nak terima teguran dari orang muda. Senang cerita, Ego menguasai diri. . Its like, "Kau tu mentah lagi. Tak payah nak persoalkan hal orang tua. Tak payah nak ajar aku sangat. Aku tahu hidup aku." Mungkin ada yang tak sedar, dan perkara yang patut kau sedar sekarang. Syaitan tengah jalankan tugas dia.


Aku tahu. Aku suarakan hasrat hati aku sekarang ni bagi pihak anak-anak. Sebab aku juga seorang anak kepada ibubapa aku. Tak teringin ke nak dalami perasaan seorang anak walhal kau juga seorang anak. Lupa?

Bila dah dewasa, anak-anak sendiri akan tanya pada diri sendiri. Kenapa keluarga aku tak pernah solat berjemaah bersama-sama? Ada jugak anak yang nak tegur mak ayah diorang. Bukan diorang takut. Tapi diorang risau andai menyakiti hati mak ayah. Risau jadi anak yang derhaka. Lastly, kalau ada yang berani menegur tu. that's great ! Tapi pernah fikir tak, maybe some of them ambil keputusan untuk diamkan dan pendam sendiri.

Aku agak, ada juga yang tanya dalam hati.

" Tapi mak ayah saya baik orangnya. Bersedekah, bayar zakat, puasa di bulan ramadhan. Cuma mereka tak solat."

Aku tahu itu. I used to be in that situation before. Aku pernah soal macam tu jugak dekat diri sendiri.
"Yeah, aku baik tapi tak solat. Macam mana tu?" - kira macam dah berpuas hati dengan diri padahal .. hmm . aku terasa macam - eh berlagak gila aku.

But then, lepas beberapa hari, Allah showed me the truth. Aku pernah terdengar ustaz kata atau aku terbaca artikel yang amalan kita tidak dihitung Allah kalau tak solat fardhu 5 waktu. Then, I was like, "Sia-sia lah hidup macam tu.?"

Yes. Itulah yang Allah nak bagitahu dekat HambaNYA. Sia-sia kita hidup, sia sia kita bernafas atas muka bumi Allah ni kalau tak solat 5 waktu. Tak cuba pun nak dekatkan diri dengan Allah. Tak cuba pun untuk berkomunikasi dengan Allah melalui solat.  Kalau syaitan boleh jalankan tugas dia, kenapa manusia tak boleh nak buat ? Walhal, Syaitan juga ciptaan Allah kan, Yang diciptakan dari sifat. Manusia juga dicipta oleh Allah. Dicipta dari tanah. Bukan tanah biasa.

"Baik tapi tak solat"

Jujur aku cakap, pada permulaan semuanya okay. Situasi setiap manusia berbeza.Contohnya

Situasi 1: Ada duit, keluarga senang, berharta, berpangkat tapi masih tak solat. ( Sebab tak bersyukur kepada Allah dengan cara solat kepadaNYA )

Situasi 2: Takda duit, keluarga susah, orang biasa, harap kejaiban tuhan berikan apa yang perlu dan mahu. Harap Tuhan kabulkan permintaan  tapi tak solat ( Bayangkan kau dalam situasi susah tapi mitak Allah kabulkan permintaan. Macam mana Allah nak kabulkan ? Nak jumpa Allah 5 kali sehari pun susah? )

Macam mintak tolong dengan orang jugak, nak mintak tolong kenalah cakap elok-elok kan. Baru orang tolong  kau. Macam tu juga dengan Allah. Ini bukan setakat Allah tolong je tau. Sekali pakej pahala kau dapat. Bonus akhirat beb ! Siapa nak bagi ?

Lama-lama kau akan mula bosan dengan hidup. Sebab kau rasa, ada yang tak kena dengan hidup kau. Terasa ada lubang kosong dalam diri kau dan kau taktahu nak isi apa untuk tutup lubang kosong itu. Kau rasa macam kau akan mulai persoal tentang tujuan.
Nasihat aku. Cari Allah.
Dahulu kan DIA, DIA akan permudahkan segala urusan dalam hidup kau.

Macam mana nak dahulukan Allah? Cukup ke fikir pasal Allah tiap hari tapi takpayah solat ? Kenapa ? Kenapa kau boleh ingat pada Allah tapi kau taknak patuh pada perintahNYA ? Allah dah bagi clue pada kau, yang kau ingat pada DIA. Clue yang kecil tapi bermakna tu. Tak semua orang perasan/sedar.

Maknanya dia suruh solat tapi kau lebih dengar hasut sifat syaitan pada kau. Tak cuba pun untuk menentang habis-habisan.
Benda yang sama nak diulang. Pegang nama islam tapi bukan islam.
Hidup, tapi tak ada tujuan.
Pernah fikir tak, macam mana kalau kau meninggal dunia nanti tapi tak sempat nak taubat. Kau nak pakai tiket apa masuk syurga?
" Kebanyakan tiket syurga, ikut perintah Allah. Solat dan Al Quran itulah yang akan tolong kita masuk syurga."

Apa kata kalini kau kalahkan sifat syaitan yang cuba untuk menghasut kau. Tak rasa tercabar ke sebab kau kalah dengan syaitan? Biarkan syaitannirojimm rasakan kekalahan (macam dalam Buku Asuh)


Seakan dalam situasi kapal kau karam di lautan. Kau tak tahu berenang. Kau terapung/ cuba berpaut pada sesuatu untuk hidup tapi tak cuba pun untuk usahakan sesuatu. Berdoa

Kau ingat pada Allah  dalam kepala tiap ketika tapi kau tak cuba pun untuk berdoa pada DIA. Supaya beri kau kekuatan untuk berenang ke darat. Anything is possible. Kuasa Allah kan.


Aku tahu aku bukan alim mana. Aku cuma harap aku boleh tolong yang mana andai tersesat jalan. Aku juga manusia.

Sebab aku teringin nak solat berjemaah dengan family, berimamkan ayah, Tak dapat solat dengan diorang, aku tekadkan dalam diri aku. Aku nak ajar adik-adik kecil aku solat. Ajar diorang siapa Allah. And at the same time, aku dapat solat berjemaah sekali dengan diorang. Aku happy ! Jujur aku happy dapat solat dengan diorang. Aku cuba harap Allah bagi diorang syurga sebagai  hadiah nanti.
Kalau ada yang terasa sama dengan situasi aku, pesan aku. Jangan pernah berhenti berdoa. Solat. Ikut perintahNYA. Tinggalkan laranganNYA.

Jujur, tak ada niat pun dalam hati aku nak condemm or provoke manusia lain. Aku juga manusia yang lalui perkara sama. Cuma nak membantu manusia lain cari jalan hidup. Andai ada tersilap kata, maafkan aku. Aku cuma fikir, boleh ke survive dalam  neraka nanti kalau tak solat &kalau tak tunaikan tanggungjawab sebagai manusia kepada Allah di dunia ni?

Jangan tergesa-gesa. Mulakan semuanya perlahan-lahan sambil tu isi ilmu di dada. Baru bersemangat nak buat semua. Sambil tu jugak, perlahan lahan perbaiki solat untuk sempurna.



Aku nak  diorang tahu betapa nikmatnya hidup kalau selalu berpaut pada Allah.

Hirup udara Allah
Berpijak di bumi Allah
Berpayungkan langit Allah
Nyawa juga dipinjam dari Allah.
Fikir
Apa yang kau buat untuk balas semuanya yang Allah beri pada kau ? Ingat saje tak cukup.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                               Surat Adz-Dzariyat Ayat 56
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
  وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُون
Ertinya: ” Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”. (Qs, Adz Dzaariyat: 56)[1]
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber ayat: Al Quran
Rujukan: SINI





Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...