Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 28 February 2016

Kau akan menjadi pengganti mereka suatu hari nanti

Assalamualaikum


Generasi sekarang, generasi terakhir, generasi Z. Mohon jangan terlalu taksub sangat dengan kehidupan dunia fantasi anda. Hidup dalam kemewahan hingga terlupa ape yang ade di sekeliling kau. Ibu kau, ayah kau, adik-beradik kau. Yang paling penting, semua, keluarga kau.

Jangan disebabkan orang lain, kau abaikan keluarga kau. Kau melawan kata family kau.
Kau dah lupa ke? Yang jaga kau, yang tanggung kau, yang ade di sisi kau dari kau kecik sampai kau besar, adalah keluarga kau?
Kacang macam tu je kau lupakan jasa diorang bila kau rasa kau dah besar dan meningkat dewasa? waktu remaja, kau rasa kawan kau lagi penting dari keluarga kau? Kau lupa? Keluarga kau juga manusia biasa, bila-bila masa aje mereka boleh pegi meninggalkan kau. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik nyawa mereka serentak dan mungkin yang tinggal hanya kau seorang. Jangan fikir mereka akan ada dengan kau untuk selama-lamanya hanya kerana mereka adalah "keluarga".

Tak larang untuk kau berkawan, tapi fikir hadnya juga jangan sampai abaikan keluarga.

Aku berkata pada mereka yang mempunyai keluarga tapi tidak menghargai.

Mak dan ayah.
Ada kau tahu macam mana diorang berusaha untuk cari duit untuk kau supaya keperluan kau lengkap kesemuanya walaupun tak semewah mana?
Ada kau tahu penat mereka bekerja untuk kau semua?
Ada kau tahu sakit mereka bekerja walaupun mereka sudah tua?
Ada kau tahu betapa lelahnya fikiran mereka memikirkan kau?

Ada mak dan ayah yang tak kisah tentang diri mereka sendiri, yang pastinya mereka akan usahakan yang terbaik untuk anak-anak mereka hingga ajal memanggil. Mereka sedaya upaya menjalankan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka. Waktu tu, habislah riwayat mereka untuk berbakti pada anak-anak dan dunia. 

Ya, mungkin kau akan kata "itu memang tanggungjawab mereka". Tapi tanggungjawab kau sebagai anak? Ada kau menghargai mereka? 

Walaupun diri kau sekecil kacang sekalipun,  kalau kau cuba untuk menghargai ibubapa kau, ganjaran sebesar pokok "Jack & The Giant Slayer" tu Allah beri pada kau akhirat nanti.

Ya, darah muda yang tak tahu apa-apa mengenai negara, dunia dan pengorbanan ibu bapa. Ape yang diorang tahu, hanyalah berseronok selain stress pasal sekolah. Jangan lupa, aku dan manusia dewasa yang lain pernah lalui nya. Cuma, zaman kecanggihan kita berbeza. Ya, zaman kau semua lebih hebat sekarang. Setanding dengan hebatnya ujian dan cabaran dunia sebab Allah cuma nak menguji kau dengan kemewahan dunia. Kau tenggelam ataupun tidak?

Jangan megah, mendabik dada seakan mengetahui segalanya.
Diulang semula, aku juga manusia biasa yang hidup di atas muka bumi. Aku cuba untuk memberi tauladan kepada generasi baru yang makin hilang arah tanpa tujuan hidup yang sebenarnya.
Jangan ingat orang dewasa sekarang tak tahu ape ertinya menjadi seorang kanak-kanak dan remaja. Kalau boleh diputarkan semula waktu, aku nak stay jugak jadi kanak-kanak tanpa perlu membesar menjadi dewasa. 
Tanpa perlu serabutkan kepala otak aku dengan fikirkan hal-hal yang tak pernah habis dalam hidup ni. 

That's why Peterpan never grow up.
Pernah kah kau terfikir? Ape tujuan kau hidup dalam dunia ni? Kenapa kau dilahirkan ke dunia ni?
Ustaz, ustazah pernah beritahu dulu, tujuan kita hidup di dunia ini adalah untuk menyembah dan mengikut suruhan serta perintah Allah SWT. Kalau betul tujuan yang kita buat di dunia ni, bukan saja di dunia Allah beri kesenangan dan ganjaran. Malah di akhirat.

Bersyukurlah dilahirkan sebagai seorang islam. Islam itu mudah. Islam itu universal. Aku juga manusia biasa yang berusaha untuk mencari jalan Allah supaya aku tak terlalu sesat jauh dari Allah. Aku juga ada kekurangan yang tersendiri.

Semalam, aku bawak adik-adik jalan-jalan di Midvalley. Cuba juga untuk meluangkan masa untuk mereka supaya bila aku dah tak ada kat dunia ni, diorang akan ingat aku sampai bila-bila yang aku kakak mereka. Tak banyak yang mampu aku buat selain buat diorang gembira. 

Tapi yang buat aku sedih, aku tak sengaja terdengar perbualan sekumpulan "girl" berborak sambil lalu di sebelah aku.

"Aku balik lambat semalam, itu pun nenek aku nak bising."

Dikk, ada kau tahu ape yang mereka risaukan tentang kau? Ada kau tahu betapa susahnya hati mereka?


Jangan fikir aku menunding jari. Bukan. Aku cuma mengingatkan. Supaya kau tak menyesal di kemudian hari.

Ingat, suatu hari nanti kau meningkat dewasa. Allah Maha Adil. Kau akan menggantikan tempat mereka. Waktu tulah baru akau tahu, bagaimana rasanya ada di tempat mereka untuk kau dahulu. Jangan kau menyesal kelak. Terlalu ramai manusia yang menyesal tapi tak dapat diputarkan waktu. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...