Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 3 July 2015

End of sem 4. Perubahan

Assalamualaikuwarahmatullahhhh !

Ha, salam kali ni panjang sikit dari yang lain. Sebab aku nak story yang aku dah habis semester 4. Dah masuk semester 5 dah pun , saje je gatal tangan letup-letup jari exercise leher nak cerita ape yang aku buat time semester 4.

Jujur ah aku cakap, aku paling puas hati dengan semester 4. Sem 4 ni aku surrounding dengan kawan baru. Actually, waktu semester 1 & 2, aku kelas section 1 and bila masuk semester 3 suddenly nama aku dah menghilang dari section 1. WTH ! dah sah-sah kene tukar kelas ni? Actually memang berat hati nak tukar kelas weh memandangkan kita dah terbiasa dengan keadaan kita sekarang. So, bila nak masuk fasa baru tu, aku agak takut. 
So nak dijadikan cerita, aku ditukarkan ke section 4. Waktu tu aku rasa macam .. ?

" Warghh aku taknak aku taknak. "

" Aku takde member dalam kelas tu."

"Boleh ke aku study nanti."

Gila lah? Kes tukar section je pun? Aku punya fikir? Jauh gila berbatu-batu tau tak? Mendatangkan depression dekat diri aku sendiri waktu semester 3 tu. Aku buat hal taknak datang kelas. Tapi aku fikir takkan selama-lamanya taknak datang kelas kan? Ape guna mama dengan abah hantar belajar jauh pulak tu? So, aku pun menjejakkan kaki ke section 4 waktu semester 3 tu. Aku kenal sorang je member dalam kelas tu wehh.. *nak nangis

Masuk je kelas, memang awkward gila ! Semua pandang aku. Aku rasa macam nak lari marathon je time tu. So, bila dah habis kelas tu aku jumpa lecturer yang uruskan section untuk student ni. Miss Yus. Sempoi je miss ni, suka aku.

Ha, aku jmpa dia sebab aku mintak nak tukar balik section 1. Tapi miss tu still dengan keputusan die. Ko tau, aku nangis wehhh. mintak tukar section tapi tak dapat. Ni bukan yang seksyen-2 kanun keseksaan hukuman gantung tu tau. ni section pembahagian kelas. 

Then, aku terpaksa redha dengan keputusan miss tu. Mungkin sebab depression aku tak dapat terima suasana baru yang buatkan aku tak boleh nak belajar. So, semester 3 result aku drop. tapi takdelah drop teruk sangat.

naik je semester 4 aku mulakan hidup baru fasa baru tutup buku lama bukak buku baru. Semester 4 pun lebih kurang mencabar. Ade subject Human Resource Management for Tourism. Dalam subject ni accessment die ade roleplay. Ko tau ape tu roleplay? Alahh, yang hafal skrip pastu berlakon depan bebudak kelas tu. Haaaa .. well alhamdulillah aku dapat group yang banyak memberi kerjasama antara satu sama lain. Kerah perah otak bagi idea. Pastu props mana yang nak kena ade untuk roleplay nanti. Serius best ! Aku tak pernah berlakon best macam ni?

Dalam roleplay group kitorang tu aku letak idea saat akhir. last meinute plan wehh
Kan waktu tu ade drama "Hati Perempuan" kat tb3 pukul 7 malam time maghrib tu. Napelah dorang buat time maghrib drama tu? So memang aku tak sempat tengoklah. Aku download je kat internet pastu kalau takde assignment aku lepak duduk depan laptop nengok citer tu.

Ha, si Tengku Zaril tu aku amik jadi pelakon tambahan dalam roleplay kitorang walaupun dalam drama tb3 tu die pelakon utama. Ahhh pedulik ape aku -,- .
Macam mana aku amik? Bukan nye aku gi contact manager die pastu suruh die datang berlakon sekali dengan kitorang? Tak tak wehhh . gila ahh nak bayar Syarul Ridzwan tu lagi beribu-ribu? Budget roleplay ni pun kitorang pakai RM20 je wehh ..fahamilah keadaan student yang tak seberapa ni.


Aku cuba nak buatkan roleplay group kitorang gempak dan menarik dari group lain and kitorang berjaya ! 

Walaupun aku takde unsur-unsur bakat dalam meng-edit video. aku tak ambik kos-2 IT semua ni. Tapi aku try jugak. Sebab aku selalu motivate kat diri aku. Kalau tak cuba tak tahu kan?
So, dengan gigih hati aku edit episode 2 yang ade part Tengku Zaril on the phone nak kol Yuhanis dekat pejabat tu tapi Yuhanis pegi Sabah. Ha, tulah. Aku cut-cut pastu gabungkan semuanya. jadi video die sorang je tengah on the phone.

So, mesti korang tertanya-tanya kan aku nak buat ape dengan video Tengku Zaril on the phone tu? Ehh mestilah untuk paparkan kat screen LCD pastu on the phone dengan aku waktu roleplay nanti woii. hahaha.. aku tak gurau k! Scene kitorang scene  yang melibatkan babak dalam pejabat. aku pulak bos dalam pejabat tu. kiranya Tengku Zaril ni dah jadi share partne dalam syarikat kitorang. Aku on the phone dengan Kuril n sebab nak bincangkan project je. 

So, memang sesuailah aku amik Tengku Zaril tu jadi pelakon tambahan aku tanpa sebarang bayaran. Kah! Jimat kos di situ.

Aku buat idea geliga tu ofcoz sebab aku nak lecturer bagi kitorang carrymark yang boleh buatkan kitorang bangga dengan diri sendiri. Ceh! So, waktu roleplay tu memang menyakitkan hati aku waktu memula tu. Serius aku rasa nak tercabut jantung ! Ehhh LCD Screen tak jadik pulakkkk ... die buat hal pulak. Kitorang dah ready 200% kottt walaupun sebenarnya kaki aku bergegar 10 skala richter. 

Banyak kali kot test, tapi tak jadi. Lepastu member group panggil maintenace. Kau tahu? Rupanya kitorang tak switch on LCD main plug dekat belakang sofa.

Lahh ? Sape suruh letak sofa dekat situ? mana nak nampaknya main plug dekat situ? Haduhh buat suspen. Bila show mula start, bebudak kelas masing-masing excited. Aku punya ketar lutut tu kau jangan cakaplah kan. Ouh ya. Roleplay script in english ya. not in malay. sebab tu ketar lutut. buatnya aku nak sebut benda lain tapi yang keluar benda lain cemana?
But, everything going well. bersyukur sangat wehh..

then ade last presentation yang kene buat tentang HRM current issues, so kitorang pilih pasal yang ramai pekerja airlines bakal diberhentikan sebab MAS hampir muflis. Dua orang yang bentangkan pasal isu tu, aku dengan lagi sorang member group. Start je aku bercakap, lecturer tegur.

"Fuhh, ni dah boleh masuk debat ni."

Eh? aku tingtong kejap. beria sangat ke aku present? 
Maafkan saya. Dulu cita-cita saya nak jadi penyampai berita tapi tak kesampaian nak ambik kos masscom sebab result matematik aku boleh masuk dasar laut ketujuh, so saya ditakdirkan ambik kos tourism. Adelah pembawakan debat tu sikit memandangkan aku ni macam kasar jugak sikit. tapi aku BAIK.

Somehow, aku present macam tu sebab. Tu cara aku luahkan perasaan. suara lantang, aku nak orang depan aku faham ape yang aku cuba sampaikan. aku nak orang lain dapat semangat jugak bila tengok aku present kat depan macam tu. aku nak orang yakin dengan diri sendiri. aku cuba nak motivate orang dari cara aku presentation. aku harap, orang dapat tu. Aku cuba nak beramal dengan cara ni. Tolong orang yang takde keyakinan diri. 


*leher aku dah lenguh wehh. rehat 5 minit jap.

k sambung.
kau tahu, aku boleh yakin buat presentation pun sebab lecturer-2 aku. Mostly dorang punya semangat tu aku dapat sikit dari dorang. Madam Dafiqah, Miss Yus, Miss Wanie.
sir fazli pulak motivate aku supaya keep going dengan english aku. 

Kau nak tahu lagi? Manusia berubah wehh .. dulu waktu form 3 sekolah menengah. Cikgu suruh aku present kat depan memang sepatah haramm aku tak cakap ape. Dok kuis sana kuis sini. main-2 tudung, pandang pemandangan kat luar sampai bebudak kelas pun dah jemu nengok ak dok terpacak dekat depan. So berubah kay, berubah lebih baik.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...