Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 21 March 2015

its a weird dreams ever.

Assalamualaikum

Hmm.. ade benda aku nak cerita. Tapi aku ni jenis tak pandai nak cerita pakai mulut. So, aku just taip jela ape aku nak cerita. So, inilah kegunaan blog ni. Hahahaha..

Aku nak cerita pasal mimpi je ni. Mimpi je hokeyyyy ... Tak payah nak bash aku sangat kalau pasal mimpi aku mengarut ni. Dah namanya pun mimpi. So, tak payah percayalah. Mungkin jugak ia mainan syaitannnirojimmmmm..


Pagi tadi aku mimpi. 

Dalam mimpi tu pasal perang. 
Aku tak tahu perang ape, tapi aku macam dapat agak tu perang jihad islam.  Situasi tu berlaku macam perang betul. Dengan askar/tentera berperang. Pastu ade yang mati jihad. Yang mati jihad tu , ade seseorang ( atau sesuatu)*i cant say if it Malaikat or what sebab aku sendiri tak pasti.  

Yang ditugaskan untuk mengambil roh diorang yang mati daam perang tu. Seseorang( atau sesuatu) yang ditugaskan tu datang dalam bentuk cahaya. Cahaya yang kita memang tak Nampak. Aku tengok dari tepi semua situasi tu. Pada mulanya memang aku macam tak wujud dalam mimpi tu sebab semua dalam mimpi tu tak hiraukan aku. Waktu yang seseorang( atau sesuatu) tu datang ambik roh orang yang mati jihad tu. Die pandang aku. Sebab cahaya tu betul-betul silau menghala ke arah aku and tak boleh nak tengok ape pun? 

Aku pejam mata kemudian aku terjaga dari tidur. Lepas terjaga,aku macam tak cukup nafas. Dada aku berombak kuat. Berpeluh,jangan cakaplah. Memang dahi aku habis berpeluh.. Aku mengucap banyak kali. 5 minit lepas aku tenangkan diri aku tu, lepastu terdengar azan subuh. Cepat-cepat aku bangun, pegi ambik air wuduk lepastu solat subuh. 

Petang tadi tu pulak, aku telefon mama. Saje nak cerita pasal mimpi aku ni kat mama. Aku ni jenis yang tak pandai nak bercerita. So, macam tersekat-sekatlah kan? . so cerita jadi tak menarik. Aku belum habis cerita lagi lepastu mama kate.

“hah? Lepastu? Ape kene mengenanya ? mimpi je tu kan ?”

" Akak nak cerita je .." *nada sedih gila nak menangis dah. 

Lepastu aku rasa macam sentap gila!. Menitiklah jugak air mata ni. Dahlah tak habis cerita lagi, bukan sentap sebab marahkan mama. No. Pasal diri aku sendiri.

Aku nangis sebab, dalam hati ni, ade sesuatu yang aku nak sampaikan dekat mama pasal mimpi tu tapi tak kesampaian ceritanya . aku sendiri taktahu ape bendanya?  
Aku terus diam. 
Off henfon.


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...