Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 3 July 2015

End of sem 4. Perubahan

Assalamualaikuwarahmatullahhhh !

Ha, salam kali ni panjang sikit dari yang lain. Sebab aku nak story yang aku dah habis semester 4. Dah masuk semester 5 dah pun , saje je gatal tangan letup-letup jari exercise leher nak cerita ape yang aku buat time semester 4.

Jujur ah aku cakap, aku paling puas hati dengan semester 4. Sem 4 ni aku surrounding dengan kawan baru. Actually, waktu semester 1 & 2, aku kelas section 1 and bila masuk semester 3 suddenly nama aku dah menghilang dari section 1. WTH ! dah sah-sah kene tukar kelas ni? Actually memang berat hati nak tukar kelas weh memandangkan kita dah terbiasa dengan keadaan kita sekarang. So, bila nak masuk fasa baru tu, aku agak takut. 
So nak dijadikan cerita, aku ditukarkan ke section 4. Waktu tu aku rasa macam .. ?

" Warghh aku taknak aku taknak. "

" Aku takde member dalam kelas tu."

"Boleh ke aku study nanti."

Gila lah? Kes tukar section je pun? Aku punya fikir? Jauh gila berbatu-batu tau tak? Mendatangkan depression dekat diri aku sendiri waktu semester 3 tu. Aku buat hal taknak datang kelas. Tapi aku fikir takkan selama-lamanya taknak datang kelas kan? Ape guna mama dengan abah hantar belajar jauh pulak tu? So, aku pun menjejakkan kaki ke section 4 waktu semester 3 tu. Aku kenal sorang je member dalam kelas tu wehh.. *nak nangis

Masuk je kelas, memang awkward gila ! Semua pandang aku. Aku rasa macam nak lari marathon je time tu. So, bila dah habis kelas tu aku jumpa lecturer yang uruskan section untuk student ni. Miss Yus. Sempoi je miss ni, suka aku.

Ha, aku jmpa dia sebab aku mintak nak tukar balik section 1. Tapi miss tu still dengan keputusan die. Ko tau, aku nangis wehhh. mintak tukar section tapi tak dapat. Ni bukan yang seksyen-2 kanun keseksaan hukuman gantung tu tau. ni section pembahagian kelas. 

Then, aku terpaksa redha dengan keputusan miss tu. Mungkin sebab depression aku tak dapat terima suasana baru yang buatkan aku tak boleh nak belajar. So, semester 3 result aku drop. tapi takdelah drop teruk sangat.

naik je semester 4 aku mulakan hidup baru fasa baru tutup buku lama bukak buku baru. Semester 4 pun lebih kurang mencabar. Ade subject Human Resource Management for Tourism. Dalam subject ni accessment die ade roleplay. Ko tau ape tu roleplay? Alahh, yang hafal skrip pastu berlakon depan bebudak kelas tu. Haaaa .. well alhamdulillah aku dapat group yang banyak memberi kerjasama antara satu sama lain. Kerah perah otak bagi idea. Pastu props mana yang nak kena ade untuk roleplay nanti. Serius best ! Aku tak pernah berlakon best macam ni?

Dalam roleplay group kitorang tu aku letak idea saat akhir. last meinute plan wehh
Kan waktu tu ade drama "Hati Perempuan" kat tb3 pukul 7 malam time maghrib tu. Napelah dorang buat time maghrib drama tu? So memang aku tak sempat tengoklah. Aku download je kat internet pastu kalau takde assignment aku lepak duduk depan laptop nengok citer tu.

Ha, si Tengku Zaril tu aku amik jadi pelakon tambahan dalam roleplay kitorang walaupun dalam drama tb3 tu die pelakon utama. Ahhh pedulik ape aku -,- .
Macam mana aku amik? Bukan nye aku gi contact manager die pastu suruh die datang berlakon sekali dengan kitorang? Tak tak wehhh . gila ahh nak bayar Syarul Ridzwan tu lagi beribu-ribu? Budget roleplay ni pun kitorang pakai RM20 je wehh ..fahamilah keadaan student yang tak seberapa ni.


Aku cuba nak buatkan roleplay group kitorang gempak dan menarik dari group lain and kitorang berjaya ! 

Walaupun aku takde unsur-unsur bakat dalam meng-edit video. aku tak ambik kos-2 IT semua ni. Tapi aku try jugak. Sebab aku selalu motivate kat diri aku. Kalau tak cuba tak tahu kan?
So, dengan gigih hati aku edit episode 2 yang ade part Tengku Zaril on the phone nak kol Yuhanis dekat pejabat tu tapi Yuhanis pegi Sabah. Ha, tulah. Aku cut-cut pastu gabungkan semuanya. jadi video die sorang je tengah on the phone.

So, mesti korang tertanya-tanya kan aku nak buat ape dengan video Tengku Zaril on the phone tu? Ehh mestilah untuk paparkan kat screen LCD pastu on the phone dengan aku waktu roleplay nanti woii. hahaha.. aku tak gurau k! Scene kitorang scene  yang melibatkan babak dalam pejabat. aku pulak bos dalam pejabat tu. kiranya Tengku Zaril ni dah jadi share partne dalam syarikat kitorang. Aku on the phone dengan Kuril n sebab nak bincangkan project je. 

So, memang sesuailah aku amik Tengku Zaril tu jadi pelakon tambahan aku tanpa sebarang bayaran. Kah! Jimat kos di situ.

Aku buat idea geliga tu ofcoz sebab aku nak lecturer bagi kitorang carrymark yang boleh buatkan kitorang bangga dengan diri sendiri. Ceh! So, waktu roleplay tu memang menyakitkan hati aku waktu memula tu. Serius aku rasa nak tercabut jantung ! Ehhh LCD Screen tak jadik pulakkkk ... die buat hal pulak. Kitorang dah ready 200% kottt walaupun sebenarnya kaki aku bergegar 10 skala richter. 

Banyak kali kot test, tapi tak jadi. Lepastu member group panggil maintenace. Kau tahu? Rupanya kitorang tak switch on LCD main plug dekat belakang sofa.

Lahh ? Sape suruh letak sofa dekat situ? mana nak nampaknya main plug dekat situ? Haduhh buat suspen. Bila show mula start, bebudak kelas masing-masing excited. Aku punya ketar lutut tu kau jangan cakaplah kan. Ouh ya. Roleplay script in english ya. not in malay. sebab tu ketar lutut. buatnya aku nak sebut benda lain tapi yang keluar benda lain cemana?
But, everything going well. bersyukur sangat wehh..

then ade last presentation yang kene buat tentang HRM current issues, so kitorang pilih pasal yang ramai pekerja airlines bakal diberhentikan sebab MAS hampir muflis. Dua orang yang bentangkan pasal isu tu, aku dengan lagi sorang member group. Start je aku bercakap, lecturer tegur.

"Fuhh, ni dah boleh masuk debat ni."

Eh? aku tingtong kejap. beria sangat ke aku present? 
Maafkan saya. Dulu cita-cita saya nak jadi penyampai berita tapi tak kesampaian nak ambik kos masscom sebab result matematik aku boleh masuk dasar laut ketujuh, so saya ditakdirkan ambik kos tourism. Adelah pembawakan debat tu sikit memandangkan aku ni macam kasar jugak sikit. tapi aku BAIK.

Somehow, aku present macam tu sebab. Tu cara aku luahkan perasaan. suara lantang, aku nak orang depan aku faham ape yang aku cuba sampaikan. aku nak orang lain dapat semangat jugak bila tengok aku present kat depan macam tu. aku nak orang yakin dengan diri sendiri. aku cuba nak motivate orang dari cara aku presentation. aku harap, orang dapat tu. Aku cuba nak beramal dengan cara ni. Tolong orang yang takde keyakinan diri. 


*leher aku dah lenguh wehh. rehat 5 minit jap.

k sambung.
kau tahu, aku boleh yakin buat presentation pun sebab lecturer-2 aku. Mostly dorang punya semangat tu aku dapat sikit dari dorang. Madam Dafiqah, Miss Yus, Miss Wanie.
sir fazli pulak motivate aku supaya keep going dengan english aku. 

Kau nak tahu lagi? Manusia berubah wehh .. dulu waktu form 3 sekolah menengah. Cikgu suruh aku present kat depan memang sepatah haramm aku tak cakap ape. Dok kuis sana kuis sini. main-2 tudung, pandang pemandangan kat luar sampai bebudak kelas pun dah jemu nengok ak dok terpacak dekat depan. So berubah kay, berubah lebih baik.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

LESSONS

Assalamualaikum 

Hai guyss, I'm sorry if i haven't update my blog for so long. But, not too long right? Its July 2015. Masuk semester baru semster 5 dan tahun terakhir diploma. Tak lama lagi habis study. And then, next year, kita ready untuk praktikal hiyakkkkkk ! Diploma je. ( Hoii, diploma pun, setiap tu titik peluh usaha tau! ) Dont you ever questioned it. Allah count every of it.

Lepas praktikal, insya allah aku akan usaha cari kerja then tolong family aku pulak. It is time for me to repay all of their kindness ! Tak sabar hokey.  Sepanjang study ni, cer kau cakap dengan aku, ujian dan dugaan mana yang tak datang. Hahahaha.. tapi hati kena tough! Kena sado. 

Haaa jangan sado-2 macam orang sado tu, kang tak "sado diri"

Manusia mana yang takde masalah? Asalkan kita jaga solat and ingat pada Allah. Cukup rasanya.

Kau tahu, semua yang kau lalui tu. - Pengajaran -  
Pengalaman yang Allah bagi untuk mematangkan kita. Tapi jangan pulak kau tak pakai otak kau, buat decision yang macam budak-budak nak kene terajang dalam laut padahal umur tu dah tua. Entahlah orang sekarang? Kahwin nak, tapi sikap? still macam budak-2? kadang-kadang ade benda kecik pun nak dibesar-besarkan? So, gunakanlah otak dan pemikiran akal kau dengan baik memandangkan Allah tu dah bagi PERRRRRRRFECT !

Lagi satu, PATUT BERSYUKUR.
Bila dah masuk dunia luar ni, i mean dunia yang memerlukan kau untuk berdikari sendIri tanpa bantuan parents bila kau jauh. Sekali lagi aku cakap, HATI KENA TOUGH. Sabar jangan lupa. sebab kalau takde semua tu aku tak yakin kau mampu ke tak hidup?

Kau tahu, dunia luar ni lain dari dunia tadika, sekolah rendah sekolah menengah tu tau. mencabar dia lain macam? Tak heranlah kalau ade kawan rapat kau boleh backstabbed kau, khianat kau, fitnah kau ke ape kan? Sebab tu hidup ni jangan percaya kat orang 100% sangat. Kau cuma perlu percaya pada Allah je. Allah akan tolong setiap kesukaran kau.

BERDIKARI
haaa, aku cakap betul laaa.. benda ni penting gila. Seriously aku tak suggestkan engkorang bergantung/depends sgt dekat kawan korang. OR MELEKAT MACAM BELANGKAS SOTONG 24 JAM. lagi-lagi yang baru kenal. kita taktahu perangai dia macam mana kan? macam aku cakap tadilah jangan percaya kat orang 100%. Haa dah dua kali dah aku ulang ni. Biarlah korang lepak cafe sorang-sorang, pegi library sorang-sorang, study sorang, pegi surau sorang-sorang jadi lone ranger. tak menjejaskan ape-ape pun. buat kau lagi matang untuk buat keputusan sendiri tanpa harapkan bantuan orang lain. 

" This life taught us that we can change how we live our life. "

Akan ada suatu saat, orang sekeliling kau akan berpura-pura ambil kisah pasal kau walaupun hakikatnya tak pun. Manusia tak pernah lari dari ego.

Memang kadang-kadang rasa macam nak lari jauh dari masalah. Tapi, ingat masalah boleh selesai macam tu je ke? Nope. Yes, duduk diam dan berfikir lagi penat dari berlari sejauh duapulohtigaribu batu notika. Ya, itu kau sedang menggunakan otak kau dan menghubungkan sel-sel otak untuk berfungsi dengan baik. Ala macam iklan susu baby yang menghubungkan sel otak tu. -,-" tapi bila dah besa ae yang meroko tu yang tak boleh tahan tu. kecik-kecik parents berhabis duit nak menghubungkan sel otak bagi cerdik, dh besar pandai pulak nak merokok nak matikan sel-sel otak. Sia-sia hidup.

In case kau buat sesuatu, berniat KERANA ALLAH. Sebab contoh kalau kau niat kerana seseorang, aku tak rasa everything will going smoothly? Kalau kau niat kerana manusia, manusia lari. Kalau Allah? Allah takkan pernah lari.

Setiap apa yang kita lalui, pain changes people a lot. Laut dan pantai boleh berubah inikan pulak hati manusia, ye dokk? Kau tak payah nak buat muka sarip dol kau tu, aku berperibahasa sikit pun nak buat muka. Ha pastu jangan bercaya sangat pada orang bermulut manis sampai boleh terkena diabetes. Tak mustahil dorang akan tinggalkan kau terkontang kanting bila kau ade masalah.

Meh aku nak cakap eh. berkata dengan mulut lagi senang dari lalui nya. Sebab tu kau jangan nak eksyen sangat mulot kau dok kata yang gah-gah sebab tak kena lagi dekat batang hidung kau. Bila kena nanti baru kau tahu langit tu tinggi rendah berapa lapis kesemuanya planet ade berapa semua. Ok yang akhir-2 tu abaikan, aku tambah-tambah.

THESE ARE THE LESSONS WE CANNOT GET FROM BOOKS.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 2 June 2015

. heart dies

Assalamualaikum

Ya Allah. Jujur peritnya hati.

Yang hodoh, aku.
Yang tak berguna, aku.
Yang bodoh, aku.
Yang tak boleh diharap, aku.
Aku!
Aku!
Aku!

Kenapa senang lemparkan kata-kata tu pada aku tanpa berfikir dulu. Kalau tak fikirkan kerana Allah, aku takkan balik. 
Dah muak tengok muka aku, jangan suruh aku balik lain kali.
Tak fikir pun tentang perasaan orang lain bila nak bercakap tu.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 21 May 2015

Broken heart

Assalamualaikum..

Hmmm ... banyak kebenaran yang Allah tunjuk pada kita bila kita dekat dengan Allah. Sebab dia sayang hamba-NYA. Ade hikmah jugak disebalik semua yang jadi. Ade hikmah jugak bila Allah pertemukan kita dengan orang yang salah. 😞

Perit memang perit. Tak tau nak cakap macam mana lagi dah hati ni. Kalau hati ni diperbuat dari kaca, dah lama pecah berderai jadi abu pastu ditiup angin. Hilang. Kalau air mata ni mengalir tak henti, banjir.

How matter i tried to not to cry. But i can't. My hearts broken so badly.  Be crush on someone, always have a broken heart. Non-stop. But i try to be more positive it makes you more stronger than before.
Betul lah. Allah cuba untuk mengingatkan, kebahagiaan dunia ni sementara. Akhirat adalah selamanya.

Just make it to be 'not important' in life. Wanna reach my dreams ! Travel the world.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 1 May 2015

Bila mengadu pada Allah.

Assalamualaikum

Bila kau mengadu pada Allah, confirm kau rasa lega lepas tu. Kalau tak percaya. Buat !Yang penting kena yakin pada Allah. DIA yang menciptakan langit dan bumi. DIA yang menciptakan Adam & Hawa. DIA yang menciptakan kita.
Macam mana kau boleh hidup dalam dunia ni? Agak kau, siapa mentadbir alam ni kalau kau tak percaya pada Allah?Bila manusia tak bertuhan. Buat apa-apa tanpa batasan. Tak fikir panjang. Tak takut dengan Allah.Fikir balasan akhirat.

Lepas solat Asar tadi, aku rasaaa ..
entahlah. Rasa serabut sangat. Nak sampai rakaat terakhir aku tak tahan, tak sabar nak berdoa mengadu dengan Allah. Rakaat terakhir tu aku nangis. Dah lepas tahiyat akhir, waktu berdoa, aku nangis puas-puas. Nasib baik waktu tu roommate semua takde. Ade yang dah balik untuk study week, ade yang keluar. Kiranya ni aku tak balik untuk study week. Aku plan nak study je dekat KB ni.

Yes, I'm in type of person yang suka pendam masalah aku sendiri. Sebab aku tak suka susahkan orang lain dengan masalah aku. Aku tahu, lambat  laun, masalah akan selesai jugak. Sebab kalau percaya pada Allah. Allah akan tunjukkan aku jalan. Cuma lambat atau cepat je. Yang penting aku kena bersabar. Sementara nak tunggu msalah selesai tula aku pendam. Selama aku pendam tu la aku cuma mampu mengadu dengan Allah.
Serius rasa lega bila lepas mengadu dengan DIA.

Allah dengar doa kita. Allah ade jawapan untuk doa kita.
1. Yes
2. Yes but  not now
3. I have another plan for you.


Nak mengadu dengan mama dengan abah pun aku taknak susahkan hati dorang dengan fikir masalah aku lagi. Selagi aku rasa aku boleh selsaikan masalah aku sendiri, aku buat.



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 22 March 2015

In semester 4

Assalamualaikum ..

Konichiwa Minna !

Hahahahaha... Well, this time I've got nothing to share with all of you. But, suddenly my finger just want to open up my blog and see how is it doing? Just, my life is lack of time right now and all my time was full of classes, assignment, projects and bla bla blaa ...*ok sedih.

Last Friday, my friends and I ( which is, they are my group member in doing our project. ) Kitorang decide nak cari souviner for our project. Our course ( Tourism Management ) need to do some project. Do some tour in any part of Kelantan. We have choose our destination. But I cant tell you right now and I'll give some teaser which is it a picture of that place. Dah semester 4 kan. memang banyak assignment and project nak kena handle. 






Waktu ni cuaca panas #gilanakmampus. Pegi tempat ni jalan kaki je sebab we all takde transporation. Nak naik teksi pun fikir pasal duit. 
Tapi aku tak kisah. Aku happy dengan group aku. Well, their style, their cooperation , their sincere in friendship. Never stop to make me smile. Take care of each other.

Alright. Then part of the souviner we just find any place any shop that can make the souviner like we want. Survey je duluuuu. Survey harga, survey barang semua. Then, nak jadikan bahan waktu next meeting kitorang pulak nanti. (*Fuh! berdebar. ) Its a mock meeting ! Need to score it for our pointer. Huh. 


Kitorang decide nak keluar lepas solat Jumaat. Sebab pakcik teksi yang Iqa call tu boleh datang lepas solat jumaat.  So, then its alright. Lepastu bila dorang whatsapp 
" dah otw, tunggu dekat depan Bank Rakyat. "

hah? aku pun capai beg then, sarung je kasut , tak ikat tali kasut pun. Pastu meluru keluar bilik turun tangga. Lepastu lari marathon pegi dekat depan bank rakyat. My roommate jenguk dari tingkap bilik atas siap jerit lagi. 
"Cepat ! cepat lari ! lari ! " 

macam bagi semangat gitteww.. I guess diorang belum sampai? Lepastu terdengar my roommate gelak punya gila-gila. I was like ? Asal en ?

Lepastu tiba-tiba sebuah kereta myvi hitam berhenti dekat tepi aku. PIntu belakang kereta terbuka. "Lahh ? Ekin? " 

Kate naik teksi ? aku pun beria-ria lah berlari marathon cari teksi warna merah putih tadi. ? Rupa rupanya waktu aku siap fefeling berlari tadi, that myvi pass by my side and diorang dalam kereta dok panggil-panggil aku tapi aku tak dengar ? Mane nak dengar ? berlari punya tak ingat dunia . 

Haihh .. then the explain yang teksi diorang call tu tak dapat datang pulak so diorang call pakcik yang lain. heh. Lepastu boleh pulak pakcik tu cakap ape tau? 

"Set awok dok panggil awok takdi, laju gilo mace lari marathon. "


- aku pun? Haihhh.. blushing gila muka aku. Ramainya nampak aku lari marathon tadi. -

Lepas habis survey souviner dekat KB Mall, kitorang decide nak pegi makan. *Lapar sehhhh.. dari pagi aku tak makan ape? Just makan tart nenas yang housemate aku bagi je. Sedap gila. Lembut pulak tu . Dua bekas tart Nenas aku boleh habiskan dalam masa beberapa hari je. Even aku ni bukan jenis yang suka tart nenas. Tapi bila makan tart nenas yang ni, I can't stop. Seriously. And now, Tart Nenas tu dah habis and I was like ..

" Waaaaaaa ! Sedihnyaaaa .. ! "

Bila dah masuk dalam KB Mall tu, tiap kali lalu depan  ade sebuah kedai jam ni. aku sellau teringat kat someone. Die pernah temankan aku tukarkan bateri jam tangan aku yang aku pakai sampai sekarang. Sweet moment isn't it? But .. hmmm.. dahlah. Enough.

Ok dah. Turn back to the story yang kitorang gi makan tu. First ingat nak makan kat Food Court dalam mall tu je. Tapi, entahlah? Tengok food court tu macam takde hati pulak haritu. Lepastu Kak Iza suggest gi makan kat Kenny Roger Roaster. 
"Hmm.. Ok jugak. "

Bila dah masuk dalam KRR tu, aku pandang ke luar pintu keluar KBMall tu. Tetiba terfikir pasal Cafe Comel yang kitorang decide nak pegi tapi tak sempat haritu. Then, I suggest kat diorang. Ok Jom ! Hahahaha .. Nasib baik belum order lagi kat KRR tu. So, we all pun keluar. 

Well, dari luar cafe it looks like chinese cafe. Well, yeah it is. The owner of the cafe pun chinese actually. But they serve serve Halal Food. So, muslim boleh masuk jugak. Sebab cafe die jenis yang ala-ala santai gitu. Ni kalau nak buat assignment kat cafe ni memang boleh jadi tempat favorite aku lah kan. hoho.. sape nak dating pun best gak sini. haha. Kitorang ambik port kat luar cafe. Dapat sedut kembang kempis hidung angin sepoi sepoi bahasa gituu ..





Well, if you want some art at the top of your drink I suggest to you to order Latte or Cappuchino. Haaaa .. engkorang kan suka benda-benda comel ni . Ade bentuk lovelove laa.. Bentuk daun laa .. jangan cakap korang je, aku pun suka jugak .. kann, die ala-ala Barista gitewww.. 

Tapi aku order menu lain. Espresso Coffee and Chicken Burger. Yummy !



p/s : Haaa, dalam gambar ni nampak je kecik burger ni, tapi bila makan dengan semua habis satu pinggan tu Ya Allah kenyang gila. Tak larat nak angkat kaki je rasa. Roti die ranggup crunchy gittewww .. dengan fun fries die pastu salad die. and their Espresso ~ Wahhhhh.. sedap. *sebab aku dah lama tak minum caffeine. Ha ambik kau , aku order Espresso terus ! 

But, sape-sape yang tak suka minum something terlalu pahit tu, sila batalkan niat anda nak order Espresso. You should order Latte or Cappuchino. Its even better than Espresso. But, if you want to try how the taste of Espresso is , its okay too. You can try it. Sebab memang ade sediakan air masak. (*Kalau tak tahan pahit, sila request air masak lagi ye. Kang mati tercekik sebab tak tahan pahit pulak kat situ. Ok, kidding. )




Well, ade jugak cafe macam ni dekat dalam Kelantan ni selain KL. Hmmm .. not bad. I like it. Hard to find yeahh .. 






Aicecehh ..ala perempuan melayu terkahir giitu.. But no. Aku garang ehh .. serius aku garang. tak main-main.
ni gambar candid hokey. Kak iza yang curi-curi tangkap while we waiting for our food. Hakhakkssss ! 

Well, I've a great day with them ! 
Lupa nak mention. Nama Cafe ni pun sweet jugak ! 

Sweetheart Coffee Shop

Anyone yang ade instagram, you cant check it out on my insta too . 

IG : dhia_adawiyah

*Kalau jumpa yang cute-cute comel-comel haa tu akulah tu.


(aku dapat mimpi pelik-pelik lagi do. selain dari mimpi perang syahid haritu, aku mimpi aku ade misai lebat. Ceh! Gilo )







Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 21 March 2015

its a weird dreams ever.

Assalamualaikum

Hmm.. ade benda aku nak cerita. Tapi aku ni jenis tak pandai nak cerita pakai mulut. So, aku just taip jela ape aku nak cerita. So, inilah kegunaan blog ni. Hahahaha..

Aku nak cerita pasal mimpi je ni. Mimpi je hokeyyyy ... Tak payah nak bash aku sangat kalau pasal mimpi aku mengarut ni. Dah namanya pun mimpi. So, tak payah percayalah. Mungkin jugak ia mainan syaitannnirojimmmmm..


Pagi tadi aku mimpi. 

Dalam mimpi tu pasal perang. 
Aku tak tahu perang ape, tapi aku macam dapat agak tu perang jihad islam.  Situasi tu berlaku macam perang betul. Dengan askar/tentera berperang. Pastu ade yang mati jihad. Yang mati jihad tu , ade seseorang ( atau sesuatu)*i cant say if it Malaikat or what sebab aku sendiri tak pasti.  

Yang ditugaskan untuk mengambil roh diorang yang mati daam perang tu. Seseorang( atau sesuatu) yang ditugaskan tu datang dalam bentuk cahaya. Cahaya yang kita memang tak Nampak. Aku tengok dari tepi semua situasi tu. Pada mulanya memang aku macam tak wujud dalam mimpi tu sebab semua dalam mimpi tu tak hiraukan aku. Waktu yang seseorang( atau sesuatu) tu datang ambik roh orang yang mati jihad tu. Die pandang aku. Sebab cahaya tu betul-betul silau menghala ke arah aku and tak boleh nak tengok ape pun? 

Aku pejam mata kemudian aku terjaga dari tidur. Lepas terjaga,aku macam tak cukup nafas. Dada aku berombak kuat. Berpeluh,jangan cakaplah. Memang dahi aku habis berpeluh.. Aku mengucap banyak kali. 5 minit lepas aku tenangkan diri aku tu, lepastu terdengar azan subuh. Cepat-cepat aku bangun, pegi ambik air wuduk lepastu solat subuh. 

Petang tadi tu pulak, aku telefon mama. Saje nak cerita pasal mimpi aku ni kat mama. Aku ni jenis yang tak pandai nak bercerita. So, macam tersekat-sekatlah kan? . so cerita jadi tak menarik. Aku belum habis cerita lagi lepastu mama kate.

“hah? Lepastu? Ape kene mengenanya ? mimpi je tu kan ?”

" Akak nak cerita je .." *nada sedih gila nak menangis dah. 

Lepastu aku rasa macam sentap gila!. Menitiklah jugak air mata ni. Dahlah tak habis cerita lagi, bukan sentap sebab marahkan mama. No. Pasal diri aku sendiri.

Aku nangis sebab, dalam hati ni, ade sesuatu yang aku nak sampaikan dekat mama pasal mimpi tu tapi tak kesampaian ceritanya . aku sendiri taktahu ape bendanya?  
Aku terus diam. 
Off henfon.


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 6 March 2015

Untuk yang sedang bersedih atau kecewa. " Dont be sad. Allah knows "

Assalamualaikum

Aku bukanlah seorang yang sempurna mahupun terlalu sempurna namun aku punya niat untuk berkongsi ilmu yang mungkin boleh dijadikan pedoman/petunjuk untuk semua insha Allah. 

Dalam channel Islamic Guidance ni jugak ade pelbagai kisah nabi dan pejuang islam, contohnya Sallahuddin Al Ayyubi. Kisah Iblis dan Nabi Adam AS yang selalu kita dengar waktu kecik-kecik dulu. Kisah yang kita dengar selalunya dari ustaz dan ustazah kat sekolah dulu . 

Mungkin ramai jugak yang rindu nak dengar ustaz/ustazah dok ralit cerita pasal kisah nabi semua. Kisah islam. Same goes to me. Akukongsi salah satu cara untuk dekatkan diri kita dengan Allah andai ada yang tersasar jauh . Kau cuma perlu tahu, Allah is always with us.

Facebook: https://www.facebook.com/IslamicGuida...
Google+: https://plus.google.com/+SoldierOfAllah2
Twitter: https://twitter.com/IslamGuidanceYT

















Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 3 January 2015

Only human

Assalamualaikum



WELCOME 2015. 


I'm sorry to those who i've avoid for last year. I cant explain why just I'm hurt. Too many thing that breaks my heart. Breaks my feeling and I cant take it anymore. Because of I dont want to be hurt anymore. So I tried to make a distace between us. Allah will decide the fate. 




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tak nak senyum

Assalamualaikum

01 September 2014 (*throwback)


Tiba-tiba harini teringin pulak nak makan kat Marrybrown. Lepastu langkah kanan pulakkkkk tiba-tiba *lagi* mama ajak makan kat Marrybrown. Hah ! Ape lagi. Rezeki jangan ditolak.

Sambil makan-makan tu. Mintak Iffah (*my lil sis 6 y/o ) tangkapkan gambar aku dengan mama . Yeah, ouh yes of course she was holding my phones. iffah suruh mama senyum, tapi mama taknak senyum. Lepas Iffah tangkap gambar, Iffah cakap dekat mama.


Iffah: "Mama, rosak kamera telefon Kak Yong kalau mama tak senyum. "

Both of us was like ? " Err ?? what ?"

Pastu mama kate . " Ape kene mengena? "

*Bagus jugak taktik kau adikk.. tapi ingat mama percaya ke ? haishhh ...

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 1 January 2015

the stars and the keys

Assalamualaikum

I have a stars in my life. 
Planning to chase it. 
Planning to achieve it.
Very well.
Caled it THE STARS.
So of course it so important.
It so meaningfull.
But, can  i say that I dont know what dreams that i want ?


I have a keys.
The keys will show me the way to the star. 
Real stars in my life.
Without the keys, the stars cannot be accomplished.
Take care of the keys, and i'll get the stars
Listen here carefully ya. 
I'll find you till my last breath.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Not fair

Assalamualaikum

Kalau die, elok je balik malam ke ape ? kenape aku tak boleh ?
kalau die, elok je form 3 keluar KL dengan kengkawan die. Apesal aku tak boleh ?
Kenape semua lebihkan die sekarang padahal.
Tak adil.
Memang.
Memang nak sorokkan perasaan ni selama-lamanya sebab taknak orang lain terluka.
Tapi tak boleh sebab masalahnya aku sendiri yang luka.
Soalan yang diajukan aku, tak ada yang jawab lagi. 
Biarkan bergantung tak bertali.
Kenape?
Tak adil. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...