Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 28 November 2014

Dancing under the night sky






Can I get at least one week holiday and travel alone without any interruptions, in facts to calm my mind either. . Its nothing much better than that actually.

Well, in case I didn't get any chance to travel alone so lets dancing under the night sky and stars. Watched by the moon. Wanna join me? But. I'll be in my dream and you'll be in yours  Okay. Good Night. Love You.






Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 24 November 2014

Uncle tu dah salah faham laa. T_T

Assalamualaikum

Haaa .. semester break dah start. Maka bermula jugalah kebosanan dalam jangka masa yang lama dan panjang. *sigh
Nak elakkan daripada diri aku bosan terus meroyan tak tentu pasal, aku pun keluar cari kerja hari khamis lepas. Apply lah kat dua tiga tempat. Then, pagi Jumaat tu dapat call dari one of the francais restaurant yang aku apply nak kerja part time kat situ. Suruh datang interview pukul 1. Then aku fikir, lepas ni nak jemput Iffah dekat Tadika pulak. Lepastu pukul 12 nak jemput Ajim pulak balik sekolah pagi. Lepastu nak siap-siap. 

"Hah,ok. I'll be there."

Dengan pantas, I hope I can make it and dapat kerja tu even just untuk part time. After interview rasa lega. Tapi dalam hati still berharap harap haraplah dapat.. Amin. Then, balik rumah kejap. Lepastu keluar balik nak gi pasaraya nak beli bahan-bahan nak masak lauk. My little sister menangis nak ikot, so nak atau taknak kena bagi dia ikut lah. *actually dia pantang kalau nampak one of our family member naik motor and keluar. Mesti nak ikut. Typical budak kecik, takleh nak buat ape. Nak tinggalkan, tak sampai hati pulak. One day, aku nak keluar, dia nak ikot. Menangis-nangis dia nak ikot tapi aku taknak bawak dia. Even dia guling-guling pun I've stand with my decision. No still means No. 

Lepastu aku start enjin motor, terus jalaannnn .. kau tahu ape jadi lepastu? 
Start dari aku keuar tu sampailah aku balik rumah semula. Rasa serba salah tak habis-habis mengikut aku. Sampai malam sampai aku nak tido pun still tetap fikir. Ke aku yang emosi lebih waktu tu ? Entah lah. Hahahaha ... Secong time aku buat macam tu. Aku taknak bawak dia. Aku start enjin motor pastu jalan, tak sampai separuh jalan. Aku patah balik. Decide nak bawak adik aku tu sekali. Hakhakhak ! 

Ok, dah. Cerita balik pasal aku bawak adik aku sekali gi pasar raya gi beli barang nak masak lauk untuk diorang. Lepas parking motor. Aku tak habis kunci motor lagi adik aku tu dahh ade kat depan pintu automatik pasaraya tu. Haihh bahaya betul bawak budak ni.
Lepas through kaunter receptionist, die terus meluru ke bahagian troli. Tarik troli pastu suruh aku angkat dia masuk dalam troli. *bagus jugak dia nak masuk dalam troli. Takdelah aku kena kejar die satu pasaraya nanti. haha. Duk dediam dalam troli kan senang. Tapi .... lagi satu masalah kalau bawak troli ni. Kalau bawak troli aku banyak beli barangggg .... T_T *cry-cry. nasiblah

Hmm .. lepas die naik troli tu. berhenti dekat tepi bahagian cendawan. Aku teringin nak makan sup cendawan. masak sup cendawan lah. Tengah pilih-pilih cendawan. Tetiba ade sorang uncle cina, senang-senang panggil Apek la. tak kenal pun. Die dengan troli die berhenti dekat tepi aku pastu die tanye something and tunjuk kat aku sambil senyum.

Aku blur dohhhh .! Aku kalau orang tetibe tanye mengejut macam tu tah ape aku fikir. Dah bercampur-campur dah benda aku fikir. Dahlah waktu tu aku tengah fikir nak masak sup cendawan dengan asam pedas ikan kembung. Fikir lagi resepi dengan bahan-bahan yang nak dibeli sebab aku tak bawak list ? Penat aku fikir ape yang dia tanye aku. Die tanye pasal cendawan ni ke ? Ke die cakap bahasa cina ? Kalau die speaking chinesse aku kena loading sikit. 
Pastu aku pandang die balik. 

" Hah? Tak faham, uncle?"

Uncle tu jawab balik. " Lu punya anak ka?" 
*die tunjuk kat adik aku. Aku pandang kat adik aku. Pandang Uncle cina tu balik. 

"Ehhhhhh ???? Takkk !! Adik sayaaa ... " jawab aku sambil ketawa. Uncle tu senyum je pastu blah tolak troli dia. 

Pastu aku pun cari bahan yang nak masak. sambil tu aku fikir. 
Nampak tua sangat ke muka aku ni sampai dia fikir yang adik ni, anak aku ? 
One more, keee die fikir aku ni kahwin muda pastu dapat anak dah ?? 

Uncle...... T_T*cryinggg... 
Saya belum kahwin lagi. Takda calon uncle. Takda jodoh lagi. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 20 November 2014

Dibabikan











Ramai yang suka membabikan kawan sendiri.
Babi Dibenci Tapi sering disebut-sebut di bibir.
Mereka yang membabikan kawan sendiri itu suka buat kawan sendiri seperti
Bila mereka ada, ditinggalkan.
Bila susah baru tercari-cari.
Waktu tu terasa hendak dibabikan balik, tapi fikir untuk menjaga hati walhal hati kita dipijak-pijak dibuat macam sampah sesuka hati sebelum ini.



Dah lama tak tulis puisi. *maaf diatas penggunaan kata kesat diatas. Puisi aku kali ni macam emo sikit. Bhahahahaha ..  

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Dugaan final exam semester 3, have a really bad situation

Assalamualaikum

Hai. Hai. Hai You Allsss .. 

Haa , 16 November 2014 lepas last day exam paper final untuk semester 3 ni. Ya Allah. Dugaan.

On 10 November 2014, aku ade second last paper final exam. Paper Tourism Marketing. Biasalah, malam sebelum final tu aku dengan roommate aku study again untuk study last minute. Alah, setakat belek-belek nota mane yang penting lagi. *padahal semua penting kena baca. 7 bab semuanya. Huh.

Then, one of us luahkan hasrat hati. Lapar katenya. Nak masak pun, bahan nak memasak semua dah habis. Another my roommate nak keluar dengan "abe" dio. Waktu tu dah malam, pukul 9 dah pun. So, kitorang lagi tiga orang ni termasuk aku plan nak tumpang je kereta diorang dah alang-alang diorang nak keluar. Roommate yang lapar tadi ajak beli nasi berlauk dekat Kubang Kerian. Die kate die pernah beli kat situ sebelum ni. I was like. "Haa, oklah. Ape-ape jelah. Kte teman je."

Then, kitorang pun keluar tumpang kereta member tu. Roommate yang lapar tadi kate, warung nasi berlauk tu selalu bukak waktu malam je. Dalam pukul 10 malam die start bukak. Tapi bila kitorang sampai, memang die dah bukak tapi die kate lauk tak sampai lagi. At first, kitorang ingat kalau tunggu another 10 minute, maka sampai lah lauk yang kitorang nantikan tu. Tapi, nak dekat sejam jugak kitorang tunggu. Aku dah rasa tak sedap hati sebab dah lewat malam sangat. Lagipun, makin ramai pulak yang lepak. Terutamanya mat-2 kereta dengan mat-2 motor. So, aku miintak member tu hantarkan kitorang balik, aku mintak diorang bungkuskan je kalau lauk tu dah sampai aku malas nak tunggu sebab dah lewat malam sangat.

So, kitorang pun balik rumah and sambung study sementara tunggu member kitorang balik bawak nasi berlauk tu, Hewhew, Tak lama lepas tu member tu balik.

Aku sorang order nasi dengan lauk daging goreng. Lagi dua orang tu nasi dengan lauk ayam masak merah. Yang tukang beli tu die kate die dah makan dekat kedai tu dengan "abe" die. 
Biasalah, perut lapar study punya kencang. Nampak nasi, basuh tangan , baca bismillah, baca doa makan semua. pastu makan nasi. aku dengan member aku sorang ni tukar sikit lauk. die amik daging goreng aku sikit aku rasa ayam masak merah die sikit. 

"Biasa je rasa, takdelah sedap mana yang dikatakan tu," - haha, aku kalau bab meng-komen makanan ni bagi dekat aku,

Lepas dah habis makan. Rest kejap. 
Then, after half an hour sambung balik study sampai pukul 2pagi. Then, tak larat sangat mata tak larat dah  nak bukak, tutup nota. Beradu.

Pukul 4 pagi aku terjaga sebab aku rasa tak sedap badan. Aku cuba baring mengiring ke kiri, tak boleh jugak. mengiring ke kanan tak boleh jugak. Memang rasa tak sedap badan. Aku bangun. Mengucap banyak-banyak. Baca ayat kursi, surah al fatihah, minum air masak. Tetiba member aku yang aku cakap lapar tadi, terjaga jugak, die turun katil terus keluar bilik pegi tandas, Aku just diam tenangkan diri dulu. cuba fikir ape yang tak kena dengan aku. Tapi tekak aku rasa lain macam? 
Bila roommate aku tu balik semula ke bilik, die terus duduk dekat meja study. Die cakap rasa nak muntah. Aku diam lagi sebab still rasa tak sedap badan. Tak lama lepas tu roommate aku tu mengadu die macam tak dapat nak bernafas. then, die terus muntah. Kat situuu jugakkk tak sempat nak lari ke tandas. Aku pun dengan tak laratnya lagi still kuatkan diri nak tolong gosokkan  minyak angin dekat belakang badan die, Dua orang roommate yang lain tidur tak hingat dunia agaknya. 

Lepas beberapa init yang lagi sorang roommate tu terjaga dari tidur and tolong sapu minyak angin pulak kat member yang muntah tu.

Then, perut aku pulak tak sedap. Pegi toilet. dua tiga kali pegi toilet jugak. Balik dari toilet tu tak sedap tekak, aku sapu minyak angin dekat leher semua sambil selawat. Aku tak sedap hati dah. Aku ambik siap-siap plastik. Nak muntah. Last-2 memang betul lepas tu aku muntah. Ya Allah, Hanya Allah je yang tahu macam mana rasa sakit bila muntah. Bahagian dada dengan belakang sakit sebab menahan muntah then keluarkan isi nasi semua tu. Dua tiga kali aku muntah, Memang letih sangat sampai lembik badan aku, Dahlah pukul 9 pagi nanti ade exam final paper Tourism Marketing.

Member aku yang muntah tadi tu dah nangis-2 dah. die kol parents die kate nak balik pegi klinik. Hmm .. die takpelah, parents die dekat je. Kat Pasir Mas tu ha, aku ni parents dekat KL takkan nak suruh datang ke Kelantan pulak ? Maka aku pun survive sendiri. Ayah member aku tu datang rumah sewa then bawak die gi klinik. Die ajak, tapi aku tolak sebab aku boleh tahan lagi. Aku taknak terlepas exam paper Tourism Marketing ni, Dengan badan lembik letih tak semangat. menahan sakit. Aku still pegi jugak ambik exam. Tapi aku taktahu ape yang aku jawab ? Dalam fikiran kau , aku fikir tahan sakit je. Sampailah habis exam.


Kitorang terkena food poisoning. Bila balik, member aku yang makan sekali dengan kitorang semalam kate diorang OK je ? Takde muntah ? Takde sakit perut macam aku dengan member aku tu ? Padahal lauk same je ? Curious jugak aku tapi aku taknak la pikir yang bukan-2. aku redha and serah kat Allah.

Balik dari exam tu, sampai bilik memang letih dari biasa. Terus tido sampai petang. Lepastu bangun kejap minum air. lepastu tidur balik. Terus demam aku beb ! Satu badan lenguh, sakit. Tidolah tak bangun sampai pukul 5 pagi keessokan harinya. Tu pun aku bangun sebab aku rasa macam sesak nafas. Dua rang roommate aku dah balik kampung masing-masing sebab ade gap seminggu untuk last paper nanti. aku telefon mama. Lepastu mama suruh balik KL pagi tu jugak gi hospital dekat KL. Telefon teksi, Kemas barang sikit pastu gi Terminal bas terus beli tiket bas kat situ. Pukul 8:30 pagi beli tiket, Then bas datang pukul 9:30 pagi. 

Ya Allah,  perit nak tahan sakit sesak nafas ni time dalam bas. Bertolak pukul 9:3- pagi. dalam pukul 5 lebih waktu petang baru sampai KL. Perjalanan dari Kelantan - KL ambik masa setengah hari jugak. So, memang perit menahan sakit. Smpai dekat Greenwood, mama jemput kat situ. mama kate menag pucat muka aku. Mane tak nya ? Boleh naik gila rasanya tahan sakit setangah hari macam tu? Dahlah perjalanan jauh pulak tu,

Mama nurse kat one of the hospital in PJ. So, she know what the best. i'll leave the rest to her. aku memang dah tak larat. Lepas3 hari baru baik. tapi tak sepenuhnya. Still letih lagi. Tapi sabtu pagi tu kena balik semula ke Kelantan untuk Last paper final exam. Lepastu balik semula ke KL.

Nasihat aku kat sini. Anyone yang dah nak sambung belajar tu kalau kau rasa kau pandai jaga diri sendiri , boleh berdirkari maka bolehlah study jejauh. Tapi kalau kau jenis yang still bergantung sikit or manja sikit. just sambung belajar kat yang dekat-dekat dengan parents kau je. sebab kalau ape-ape jadi, senang parents kau nak tengok.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 3 November 2014

Nervous dengan dia

Assalamualaikum

Haaa ... aku baru download image resepi Jeruk Asam Boi kat intenet tadi. Hahahaha, tak tahan dohh tengok Kak Irene, Kak Uzu post benda tu kat facebook. Asyik post pasal jeruk ni je. Aku pun, haihh .. Tak boleh jadi ni. So, yeah. Memang dah save dalam laptop. Tapi, nak buat tu, bila ? Sekarang dah start final exam. Harini first paper. Uwaaaaa !! Tourism Geography. Rasa nak menangis jugak la tengok kertas soalan tadi. *Ikutkan hati tadi, nak tengok kertas soalan pastu blahh lari keluar dewan. Kalau boleh buat macam tu, aku dah buat dah. Tapi masalah nye aku tak buatttt .Aku tenungg je paper exam tu. hhahahahaa .. Okay, lagi 3 paper lagi. 16 hb November baru cuti sem.

Lagi mendebarkan aku .
Sebahagian daripada bebudak kelas aku kene duduk kat dewan utama, separuh lagi dekat dewan kuliah. Maka, akulah insan bertuah namaku dalam list senarai yang ambil exam di dewan. Baguihhh naa, jadilah bebudak baik takyah meniru. *sigh. Kos aku yang ade dalam dewan tu 13orang je. Hok lain, kos lain. Maknanya ade jugak campur dengan kos lain. Tapi aku sendiri tak sangka. Aku dah nampak dah sorang member aku ni. Member aku ni kos lain.
"Eh? Member aku ni exam kat sini jugak ? Kalau gitu. Mesti "dia" pun ade jugakk nanti ?"

Omaigaddd... Omaiigadddd ..
Hati aku dah berdebar dah .Aduusehh.. Ni lah fefeling yang aku taknak ni .... Last-last. Tengok dia masuk dlm dewan. Cari tempat duduk. Walawehhhhhh .. Dekat kot dengan tempat yang aku duduk !  Selang satu baris je dengan aku. Alahaiii .. *Bertambah nervous lah I Youuuu ... Kecut jugak lah perut I ni. I dah taktahu nak lari mana dah.Dah potong rambut dah die. nampak matang. 


Ok, when exam starts. Tipulah kalau aku tak usha die enn. memang ar aku usha. Aku tengok die "Oooo, gini die jawab examm. " Fokusnya die, menulis tak henti. Fuuhh ~ Lepastu aku sambung menulis balik.

Then. Bila waktu exam nak habis. Aku keluar. die tak keluar-2 lagi. Still menulis jawapan lagi. Tak pelah. aku keluar dulu. Then, lepas 5 minit kemudian, tengok die keluar pulakk..

Wehhhh .. dalam hati aku ni nakkkk tegur die. Tapi aku tak tahu nak cakap ape kat die. Lagipun aku ni bukannya jenis yang tegur orang dulu. Sebab aku memang tak tahu nak cakap ape kalau aku yang mulakan dulu. Haaaaaa ....

Kat lobi dah penuh dengan student yang lepak lepas habis paper dorang. Aku duduk depan koperasi. Usha die dari jauh, Nampak die jawab phone call .. pastu gi kat receptionist... Aku nampak dieee .. tapi nak pandang tu. adush ! Rasa macam nak tumbuk diri sendiri kau tahu takkkk
Aku sendiri tak tahu ape yang aku fikir. 
Then, nak beli nasi untuk makan. *Yelah, lepas habis perah otak dalam exam tadi, gila kau tak lapar. Terbakar otak rasa. Lalu depan kolej, yes. Nampak die tengah berbual dengan member die. And I'm accrossing in front of him. But, I keep on talking with my friends, pandang die curi-2 je... Sorry ahh tak tegur.. tapi aku nervous do !

Waktu nak beli nasi berlauk, he was at there too .. Waktu tu aku rasa aku nak tatap mata dia kau tahu ! Tapi aku nervous, aku buat-buat tak nampak. Tapi aku tahu die ade. Die amik nadi, die amik lauk semua. Aku nervousss ! Aku harap die tegur aku macam dulu. Tapi takkk .. 

Lepas dah habih  bungkus nasi, nak balik . Lepastu classmate tegur. 
" Wehh kau . bagi aku jawapan dua je kan? "
" Dah kau mintak dua, dua jelah dapat ? Nak banyak mana lagi?"

Lepastu lagi sorang classmate datang duduk kat sebelah classmate aku tu. Sengih-sengih je die tengok aku berborak dengan classmate aku tu.

" Lahh, bagi jelah semuaaaa. barulah ok. "

Malas layan kelakar die tu, aku pun blah. Hahahaha ... 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...