Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 9 September 2014

Because of his truth and dare.



Hai semua.*salam tak bermaya, mencuka. I dont know how to say it.
Hm..*perasaan aku bercampur baur macam ABC. Ade sedih, ade macam marah. Ade macam kecewa. Rasa nak tunjal-tunjal kepala orang, rasa nak letupkan kepala orang pun ade jugak.
Susahhhh hidup bila kau mula kenal someone yang kau tak kenal sepanjang hidup kau. *maksud aku.. new friends in your life.
Ada yanggg.. kau akan kawan dengan dia, dari mula hingga sekarang. Ade jugak yang kau baru kenal dia, ya. kau still kawan dengan dia tapi jarang jumpa. Maka kalau terserempak, tegur sekali sekala aje. Pernah tak? kau baru mula nak berkawan dengan seseorang tuu.. tapi, ada sesuatu yang menghalang kau berkawan dengan dia. maka kau buat keputusan untuk walk away dari dia. Ya. If you put yourself in my shoes, you will know my situation.

Macam mane haa aku nak explain pasal ni? Oklah, macam ni. "Kau baru kenal dengan someone tu, tapi ade orang lain yang tak suka kau kawan dengan diaa.." Dekat situ, aku rasa macam most wanted person aje. Hari-hari rasa macam most wanted yo ! Cuak sikit. Mula-mula aku tegaskan diri aku, 

"Alaaa, hak berkawan. hak aku laa. engkau sape nak halang aku?"

Tapi, entah kenapa aku tak sedap hati. Kang budak tu tetibe bawak geng sound aku. huh! Then, angin takde ribut takde. Aku rasa diri aku ni macam annoying pada dia, so I've decide to walk away. He's deserve to be friends with someone else, better from me. but not me. 


Then, krik ~ krik ~ krik ~ Macam, aku nak tutup kontroversi palsu maka aku diamkan diri aku supaya orang tak sedar kewujudan aku. Lebih komersial punye ayat. Jauhkan diri. *aku berharap yang orang yang aku taknak jumpa, tak sedar kewujudan aku. Kot-2 kalau terserempak dekat mane-mane ke? Aku harap,"buat-buatlah tak nampak aku."
Tapi kalau kau faham situasi aku. Even aku cuba nak jauhkan diri. Tapi rindu tu semakin .. ah ! 

Well, memang ade mesej yang aku terima. Aku taktahu nak reply ke tak? I didn't even know how to start the conversation. Takot die tanye macam-macam pulak. Jenuh pulak aku nak menjawab. Aku ni dah lah jenis yang tak pandai nak bohong kelentong orang? serius aku tak pandani nak tipu . Kadang-kadang pun aku perasan yang tweet aku di-favorite or di-retweet. Tapi entah kenape aku still diam.? Aku still buat-buat tak nampak? Didn't achieve the communication sebab aku yang berdiam diri.*macam jahat je rasa. aku selalu cakap dalam hati. Pegilah kawan dengan orang lain, jangan kawan dengan aku. ( walaupun berat betul rasa hati ni )

Jujurnya, aku taknak dia dapat masalah lain kalau kawan dengan aku.
Pernah haritu, aku terserempak dengan dia dekat depan bilik pensyarah, entah semena-mena kaki aku automatik lari daripada dia. Dah nampak muka dia dah ni! Bolehhh pulak patah balik ke belakangg.. *adushh, waktu tu aku rasa nak ketuk-2 je kepala sendiri dekat dinding. Aku lari ke arah member aku, then, "eh, jom pegi koperasi. Lapar la pulak, tak jadi pegi jumpa madam." Sampai sekarang aku diam.

And aku sure jugak, yang dia taktahu pun kenapa aku berdiam diri sampai sekarang. kalau dia dah tahu. mesti dia faham macam mane keadaan aku kan? Aku tak suka orang kaitkan aku dengan anyone, much like macam kontroversi laaa macam tuu.. aku tak suka. Macam, benda yang aku tak buat, orang ade-ade kan cerita. Orang spread cerita yang tak betul pasal aku. Pasal peribadi aku. Didn't i broken his heart ? atau buat die kecil hati. Berlalu tanpa sebarang kata. ?

i'm sorry ... forgive me.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 8 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

Assalamualaikum and helloooooooo ... 

-,-" Cis, dah lama tak join mane-2 segmen ataupun give away .. and now, nak mencuba nasib je. Bismillah ! .. Kalau ade rezeki, Alhamdulillah.. 





*Boleh tekan banner di atas untuk terus ke site Blog Emas Putih. 
Aku salah satu peminat yang selalu usha Kak Uzu dekat Facebook. haha.. Comel do.. Ok, next ! 

hadiah Giveaway kali ni :


Hadiah :
Wang Tunai RM50 x 6
Pendrive 8gb x 5
Baju T-Shirt I AM x 5
Cool Hijab x 1
Thermos x 1
Camera Lomo x 1




ouhh ya . jangan lupa follow social account para sponsor okay !










Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 7 September 2014

Its negative and syukur

Assalamualaikum ... ^^, 
Huhuuuu.. Alhamdulillahhhh ... 


Allah perkenankan doa seorang anak tentang ibunya Laila. Hehe .. Seriusly aku taktahu nak oyak guano? Tapi, yess .. ujian Biosy mama tu. Its Negative !
Takde tanda-tanda any disease pun. Ya Allah. Syukur. lepas dapat tahu, terus buat solat sunat 2 rakaat. *rasa nak nangis pun ade sebenarnya. Yaa, Allah tak pernah lupa dekat hambanya.

Now, impian aku nak habiskan studies. Then, sambung belajar degree sambil kerja. Nak berbakti untuk mama dengan abah. Dulu mama dengan abah dah bersusah payah untuk kesenangan aku dengan adik-adik. Now,sikit lagi. Tiba masa untuk aku tabur bakti pulak..

Cerita harini.
Harini hari ahad. Kelas berjalan seperti biasa walaupun aku selalu mengharapkan :

" mintak-mintaklah lecturer mc harini.."

"mintak-mintaklah lecturer ade hal lain harini, so kelas boleh cancel, tangguh, dismiss awal dan sebagainyaaa.." ( *hakhak.. jahat ciri-ciri aku ni. jangan ikut! )

Tapi semua yang aku harapkan, takdok pun? Harini ade subjek geografi. Its time for any other students which have still not yet to present their country presentation should be made todayyy. So, aku memang dah sedar diri dahh yang memang turn aku harini. Tapi, perasaan MALAS tu menghasut dalam diri ni. ( Syaitonnnnirojimmm! )
Serius malas. Dalam  kepala ni dah fikir, kalau miss tanye , aku nak jawab je.

" Boleh tak saya present hari lain.?"

Tapi ...... :(
Lain pulak jadinyaa.. Waktu Geografi tu, miss sebut nama-nama negara yang belum present. lepastu miss sebut negara "GREECE". (*ouh ya, thats me.) aku pun angkat tangan.

" Awak bawak tak slide awak Rabi'atul ~~~~~ ?? " ( lembuttt je miss tanye aku. )

Mula-mula aku tak jawab. Sebab dalam kepala aku dok pikir.
"Aku nak cakap ke tak, dekat miss benda yang aku dah plan tadi?" 
Pasal, lembut jeeee miss tanye aku tadi .. serba salah rasa nak menolak pertanyaan miss tuu .. makaa.. 
Then, bila aku fikir balik. 
"Alaa, present jelaa.. Laptop pun dah bawak. Kalau tak present harini, hari lain kena present jugak? Sama je?"
So, aku pun angguk je kepala. Miss pun suruh cucuh wayar dekat projector slide tu dgn laptop aku. Aku pun mula present. Mula-mula present macam gelabah sikit. Sebab aku tak bawak nota tambahan. Tapi still buat aku tenang ( walaupun kelam kabut sikit ). Classmate semua sporting. macam-macam yang diorang tanye waktu aku present. lagi-lagi pasal 10 Tourist Destination in Greece tu. Ade tempat yang "hanya lelaki sahaja dibenarkan masuk. Wanita dilarang sama sekali." 

Nak tahu? meh aku story dekat sini pulak. Memang banyak aku buat reasearh pasal ni. Nak dekat 10 sumber aku pergi search pasal tempat ni untuk kepastian. 
Nama tempat ni 

MOUNT ATHOS 




* Dikenali sebagai Gunung Suci. ( The Holy Mountain )
* Gunung/semenanjung di Utara Greece.
* Untuk masuk ke Gunung Athos dikawal ketat. Hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk. Wanita, kanak-kanak ataupun haiwan peliharaan dilarang masuk.
* kalau ikut kefahaman aku la.. ia kepercayaan diorang. Kehadiran perempuan menghalang mereka kepada pencerahan rohani sami-sami yang tinggal di situ.
*Tapi .. kalau tourist nak masuk pun bukan ape benda yang menarik pun kat dalam tu. ( pendapat aku laa.. kalau jenis yang suka menerokai alam tuu, mungkin berminat untuk masuk ke dalam. walaupun aku rasa macam takda ape-ape dekat dalam tu. )
*kalau ade tourist yang bawak bini ataupun girlfriend memang tak boleh bawak kaum wanita masuk. 

Tapi ! Haaa.. ado tapi nyaa... kedatangan pelancong ke negara Greece ni. Tinggi jugak .. maybe sebab cuaca dia yang lebih kepada cahaya matahari. Senang tourist nak  berjemur dekat pantai. lagipun bangunan-bangunan dia lebih terarah kepada putih, warna air laut yang sangat cantik. pemandangan landskap yang sangat indah.

Lecturer aku story, Greece ni sebenarnya Yunani. Islam dulu ade kat sini tapi sekarang tak banyak dan dekat Greece ni la tempat yang bermulanya GAY.


understand ? Hoho .. 
(  tukar topik. ) 
Heh ! Dekat kolej ade buat kursus kahwin. Murah pakej je. Roommate aku pun ajak la pegi. Nanti senanggg.. nak kahwin nanti tak payah nak pegi dah.. Lagipun murahh kenn walaupun aku belum ade calon lagi. Tapi, takpelahh .. aku mintak izin mama..

" ( bodekk ) mama,nak tanye ni. dulu-dulu mama buat kursus kahwin berapa puluh ringgit ha?"

Lepastu mama jawab. " sekarang ni manelaa mama ingat? Dah lama dahh berapa tahun dulu. Ce gi tanye paksu tu. Paksu baru kahwin. kenape ? Dah sampai seru ke?"

*adooohaiii .. soalan tuu la yang aku taknak mama tanye. aku pun jawab. "Uishhhh ! mane ade ! Tunggu la akak habis master dulu.. (lepastu mama gelak ) Takde laa ..dekat kolej akak ade buat kursus kahwin. Pakej die murah. akak rasa nak join. saje.. "

lepastu mama jawab. " Ouhh.. ingatkan dah sampai seruu.. haa, ikutlah tak kisahhh."



Hohohoo ...







Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 3 September 2014

Tak sengaja



Alahaiii .. malunya .. Semalam pegi beli barang-barang keperluan dekat Pasaraya.
Banyak yang dah habis lagipun.-,-"
Serbuk pencuci baju
Syampu 
Maggi Asam Laksa
Nak cari bekas container letak makanan ( Sebab Cik Ti ( Tikus ) asyik mencilokkk je makanan orang .. takkan tiap-2 hari nak sedekahkan kat die pulak ? Habis kita ni nak makan ape? *marah ni. marah ni ..)


Sampai dekat pasaraya.. terus cari Serbukk pencuci baju. Kali ni beli hok yang besar sikit. Stok untuk dua tiga bulan sebelum balik untuk raya haji nanti. Alangkah lagi bagus kalau dapat bertahan sampai lepas raya haji. Tak payah beli dah. hahaha .. 



Dah ceritanya lupa nak ambik bakul or troli. Maka bawaklah dengan tangan. Sambil tu cari maggi, cari nestum oat, cari syampu. So, dah dapat semua. Penuh semua barang kat tangan. ( cakap dlm hati. okay, boleh lagi bawak ni, tak payah ambik bakul laaa .. *malas punye pasal. )



Waktu cari syampu .. i was thinking. " Hmm .. rasa-rasa nak beli syampu yang botol besar laa . senang. Jimat pun jimat. Tak payah keluar bandar nak beli lagi. Jimat masa lagi. " maka aku pun ambil lah yang botol besar punya. Dan terus menuju ke bahagian frozen sebab roommates gua sedang meneliti minuman dekat situ. hahahaha .. Then, sambil tu aku pun carilah air yang aku nak minum dekat bahagian frozen tu .. 




Ade pulak brader hensem berkopiah, berjubah putih juga sedang meneliti air yang hendak dibeli.. cakap dalam hati jee. "hensem jugak brader ni .. "



Tapi, teruskan cari air yang aku nak tuu ..

Sambil-2 cari tu .. aku tak jumpa pun air yang aku nak. Aku cakap dalam hati. "Hmm ..  takde kott ??"


Lepastu tetibe, bolehhhhh pulak syampu yang aku pegang tu menggelongsor dari tangan aku. ? Kuat gila aku melatah. 



"Ouhhhh mak kau tak jumpa kotttt . "




Alahaiiii .. ape yang aku cakap dalam hati tadi terkeluar pulakk .. roommates aku gelakkk je ... aku lagi malu bila termelatah depan abang tu ,.. tapi nasib baik jugak lah tak terkeluar perkataan HENSEM yang aku cakap dalam hati tadi dekat depan abang tu .. kalau takkk .. malu gila ahhh ! 




Tapi en .. yang bab syampu tu .. bila balik rumah baru aku perasan yang aku tersalah beli. Disebabkan terpengaruh tengok botol syampu yang besar .. aku tersalah beli Perapi .. bukan syampu .. -,-" .. haishh ....

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 2 September 2014

Beri aku berita baik.

Taknak berita buruk. Aku taknak !


YA Allah, tolong beri aku berita yang baik. Perit rasa hati ni bila mama cakap yang bukan-bukan. Malam semalam, waktu mama dengan aku on the way nak pegi stesen bas dkat Greenwood,macam-macam mama cerita dekat aku. Waktu tu dalam kereta. Just two of us. Adik-adik yang lain tak ikut,duduk rumah sebab abah tak balik lagi dari kampung. Ada satu part tu mama kate.

“Kalau mama dah takda nanti, tolonglah bayarkan hutang kot-2 kalau ade.”

Aku terus cakap. “Mama nie !”

Lepastu aku pandang ke kiri, lemparkan pandangan ke luar tingkap. Pandang ke luar tingkap walaupun cuaca gelap dah malam. Aku cuma nak sorokkan tangis dengan air mata je .. 
Ya .. aku tahu, kisah mama taklah seindah mana macam kisah drama dan dongeng yang lain. Tapi, setiap apa yang mama kata. Menusuk dalam hati aku. Betapa pentingnya mama .. betapa pentingnya seorang ibu dalam hidup aku.


Aku tak ingat, waktu semester ni atau semester lepas ..aku betul-2 tak cukup duit belanja nak makan. Tapi aku tak bagitau mama pun. Sebab aku taknak menyusahkan mama. Aku segan nak mintak dekat mama. Tup-2, malam tu mama telefon. Tanye khabar aku. Pelajaran aku. Aku jawab. Semuanya okey je.. Lepastu mama tanye. 

“Duit belanja cukup lagi?”

Aku panik taktau nak jawab ape masa tu. 
“aa..Ade lagi. Takpe. Kalau takde. Akak bagitahu mama.”


Tu je jawapan aku mampu bagi untuk sedapkan hati mama.
Ya Allah. Ape pun yang berlaku.. Lindungilah mama dari sebarang penyakit. Aku taknak mama tinggalkan aku. Macam-macam perkara, cerita , kisah, memori, pengalaman dari kecik yang aku dah kongsi dengan mama ..belum tiba saat nya untuk aku lalui semua ni .. 


Tiap kali fikir pasal ni, tak  memasal berjujuran air mata aku jatuh. Fikir pasal mama, siapa tak nangis? Aku rasa macam hampir hilang tempat bermanja.  Mama banyak ambil berat pasal anak-anak die, mama banyak tolong aku dalam banyak perkara. 


Kalau ada yang rasa mama macam pilih kasih .. the answer is NO. Waktu kecik, zaman budak-budak.. memang akan terdetik dalam perasaan dan hati kau yang mengatakan parents kau pilih kasih antara adik beradik yang lain. Tapi, peracayalah cakap aku. Bila kau dah meningkat dewasa ,, bila kau dah matang .. dan kau cuba untuk faham situasi diorang , kenapa dan mengapa. 

Kau akan lebih faham bila kau sendiri cuba untuk bukak hati kau sendiri untuk fahami segala- galanya. waktu makan nasi pun terfikir pasal mama.. then aku teringat, mama pernah cakap .. "Tak baik menangis depan nasi. "
Tapi aku tak dapat nak berhenti nangis.. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...