Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 30 August 2014

Sedih lagi fikir



Tak berhenti sedih dalam hati. Terus aku berfikir tiap hari. Yakinkan aku perkara tu takkan terjadi. Kurangkan kesedihan hati aku. Seolah-olah ianya hidup dan mati aku. 


Harini ..

aku tengok mama cepat penat. Aku pun tolong mama kemas dapur tadi sebab renovate dapur, pasang task je. So, berhabuk. Kebnayakan barang kena cuci balik. 


Aku perhati je mama .. tapi banyak yang bermain dalam fikiran aku. Aku tolong urut kaki mama. Sambil urut kaki mama, hati aku sedih sangat. Aku takut mama tinggalkan aku. 



Lepas beli barang dekat bandar tengah hari tadi, lepastu balik rumah. Dalam pukul 5 lebih, petang macam tu .. Ajim balik dari perlawanan bola yang die join dengan member die. . Die terseda something, Then, die keluar kejap. Lepastu die datang kat aku. 



" Kak yong? enjin kereta mama tu kenapa hidup je dari tadi? "



Eh? Dah keluar kereta tadi, mama tak tutup ke enjin kereta ? 

"hah? Yekew? "
Lepastu aku tanye mama. " Mamaaa, mama tak tutup enjin kereta ke lepas keluar kerera tadi?"


"Eh? yeke ? Rasanya mama dah tutup tadi?"



Lepastu Ajim pegi dekat kereta mama, masuk. Then, tutup enjin kereta yang terpasang tu. Siap tunjuk lagi kunci yang die amik dari dalam kereta.  ( nasib baik, kalau ade orang nak curi kereta, dah senang-2 dah die bawak lari kereta tu macam tuuu je.  ) Aku jadi makin pelik. Mama tak pernah cuai macam ni? Aku kenal sangat mama aku. 



Lepas ajim bagi kunci, aku bagitau mama.. " Mama tak tutup lah mamaa .." 

Mama hairan. Sebab mama kate mama rasa dah tutup dah. Mama lupa agaknya. mustahil mama boleh lupa perkaran penting macam tu? Kenape dengan mama ?

Second, waktu nak masak sama-sama dengan mama .. Aku keluarkan ikan dari freezer atas. Letak dekat sinki. Rasa macam nak masak ikan goreng je harini. Lepastu mama tanye, 
" kenape letak ikan tu dalam freezer atas? Mama letak dekat bawah bahagian sayur tadi kan?"



Aku cakap laa.. "Akakla yang letak la ikan tu?"



" eh ? bukan mama letak bawah ke tadi?"



"Eh? mane ade? Keluar dari kereta tadi, akak yang bawak ikan ni, akak yang letak dalam peti ais atas. Mama bawak sayur je tadi ? 






" Ya Allahh ... berilah kesihatan yang baik untuk mama ya Allah. Hindarkan dan jauhkanlah mama dari searang penyakit yang boleh memudaratkan dirinya ya Allah .. Result biopsy tu next week.. Harap-harap takda ape jadi. Beri aku peluang juga. Amin. "

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Jangan ambil dari aku. Tolong




Kau tahu? Hati ni meronta-ronta yang teramat sangat waktu menaip entri ni. Moga apa yang akan berlaku selepas ini, takkan berlaku seperti yang otak jangkakan. Jujur aku kata, aku tak bersedia untuk kehilangan orang yang aku sayang. Masih belum dapat aku membalas semua jasa dan pengorbanan pada aku walaupun aku tahu semua tu tak dapat dibalas 100%. Tak kering air mata memikirkan semua ni.


Beri aku peluang.  Beri aku peluang untuk lakukan semua yang ingin aku buat untuk orang yang aku sayang. Tak ada apa yang aku harapkan selain beri peluang kepada aku untuk menjaga, membahagiakan , menabur jasa. Masih belum cukup untuk aku berikan kasih sayang aku yang secukupnya. jangan biar orang yang aku sayang pergi ikut jejak adik aku yang pergi dahulu dari aku 11 tahun dulu. 

Teringat dalam Al Quran pernah bercerita. 

" Sebahagian daripada nikmat kurniaan anak-anak pada hari qiamat ialah, apabila mati anak-anak di saat mereka masih kecil, maka anak-anak itu akan menarik tanggan kedua ibu bapanya untuk bersama-samanya ke syurga. Bersabda Nabi s.a.w,إنَّ الطِّفْلَ يَجُرُّ بِاَبَوَيْهِ إلى الجَنّةِ
Yang bermaksud : Bahawa sesungguhnya kanak-kanak kecil yang mati itu akan menarik tangan kedua ibu bapanya masuk ke dalam syurga bersama-samanya. "

Tolong. 
Tak ada apa yang lebih berharga selain mereka. Jangan ambil mereka sebelum aku pergi dulu. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 25 August 2014

Dugaan


Ya Allah.. manusia tak pernah berhenti diberikan dugaan. Tapi, kenapa saat-2 macam ni, dan dugaan macam ni aku dapat.


Permohonan mara online aku tak dapat dihantar? tapi dah boleh print out . Kenape ?



tak lama lagi tarikh dah nak tutup. takut tak dapat je. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 24 August 2014

Urusan harini masih belum selesai

Harini, selesai urusan bank untuk buka akaun simpanan CIMB aku. Well,  how hardit is, do everything without mom at my side. Mama pesan suruh berdikari. Kalau bukan sekarang ? Bila lagi?


I ask my roommate to accompany me too. 
Pukul 11 lebih kitorang sampai, tunggu turn dekat dalam bank tu. Pukul 1 lebih baru habis.  Nasib baik, semuanya ok. You just have to bring your ID Card and your offer letter from your college if kalau umur dah cukup 18 tahun. Kalau umur belum cukup 18 tahun, kena bawak parents untuk jadi penjamin. Itu syaratnya. Aku ni kalau bab-2 urusan macam ni, nak berjumpa dnegan orang .. face to face .. bla .. bla.. bla.. aku memang cepat gemuruh. Terus sakit perut. Dulu, iyelah aku tak boleh nak kawal gemuruh aku tu. Macam yang time aku ada test JPJ Motosikal dulu. Punyelah sakit perut . Ulang alik aku ke tandas. Tapi, sekarang, dah makin dewasa, dah boleh kawal sikit-2 dah. Don’t worry, I’m fine. 

Tapi kan ? Rasa puas hati dapat buat semua tu sendiri. hasil usaha aku. 

After that,lepas selesai urusan bank, aku pegi Cyber Cafe pulak. Hajat nak print borang-2 permohonan pinjaman Mara tu. Tapi, bila dah kemaskini maklumat dalam online tu. Nak tekan “HANTAR”, tapi tak Berjaya. Aduhh .. dah kenapa tak boleh nak hantar? Act, die dah boleh print borang-2 tu. Tapi .. aduhh ..

Hari selasa ade exam mid term pulak. Then, hari khamis malam baru balik ke Selangor. (*adushh, baru teringat! Tiket bas tak beli lagi. Hurm, maybe esok kot?)

Another .. ( Monday, Tuesday, wednesday , bla. bla. bla... ) Another almost one week to survive here without handphone. T_T (*Sadisnya rasaaa ) Balik nanti baru boleh cari lain. 
Well, semalam mama contact through facebook. (*nasib baiklah tergerak hati nak bukak facebook. )

Mama kate Iffah missed at me. She want to speak with me through handphone. And as you know, handphone kau rosak, and i dont have any other phone. Then, terpaksa  pinjam handphone roommate.

Then, bila dah on the phone ~
" Kak yong !!! Kak yong ! Iffah ... bla .. blaa.. bla .. "

Lepastu Nuha pulak cakap. " Kak Yong, kau naik ape? "

"Nak bas ~ "

"Ouhhhh ~ " Then, she keep ask the same question. 
"Kak yong, kau naik ape ?"    -,-" and i repeat the same answer. 


Lepastu berborak dnegan mama. Mama risaukan anak dia. She ask a question that i can give the answer. 
" Duit ade lagi?"
"Err .. ade. ade."
"Ade ~ Ade. cakap betul-2 kalau takde."

Lepastu aku senyap. Bukan ape? Segan nak mintak. Biarlah. Selagi boleh hidup, hidup. 


Bhahaha.. balik Selangor nanti I have a little surprise for two of them. Aku dah downloadkan lagu upin ipin untuk diorang. Dan semestinya banyak pengajaran dan bermanfaat. Tunggu ye adik-2 akak. hahahaha ..


“ Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusanku ini sebagaimana engkau permudahkan urusan aku yang lain Ya Allah. Aku mohon, niat aku untuk meringankan beban ibu dan bapa ku serta berhajat taknak susahkan mereka. Amin.”

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 20 August 2014

today's going well

Rasulullah SAW bersabda:   " Selawat kepadaku adalah nur di atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun."



Alhamdulillah.. 
Borang untuk isi pinjaman MARA online, hampir nak siap. Lepasni dah boleh print out semua then, next week after mid term dah boleh balik Selangor. Uruskan segala hal yang berkaitan dengan permohonan MARA. Mama pun kate dah fotostat all document that i need it, ( contact mama pun through facebook, sadisnya henfon rosak ni. mama pun ? bukan online selalu. ) So bila balik je nanti kita boleh terus proceed segala tugas untuk mengecop-cop pengesahan semua tu. Harap semuanya dipermudahkan. Amin. 

" Harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin. "
" Harap-harap juga permohonan pinjaman MARA aku tu diluluskan secepat mungkin. Amin."

Then .. today's story, hurm? jap .. 
Okey.. ingat lagi tak yang aku cerita last week aku and the other member in my group tak dapat present slide Tourism Marketing tu? Haaa.. harini dapat present. Present for the first time in this semester, this new environment. Fuuhh.. cuak jugak rasa. Tapi, watlek watpeace jeeee brooo.. Gagap tu takdelah. Tershashul tuu ade. 
Tapi en, aku siap cakap lagi. 

"Errr? korang faham kan?" 

haahahaha. should I ask them that question ? Aiyooo .. malunya. in front of the classmate kot? Aku rasa ton suara dah okey kot? cuma, penjelasan tu laa.. (*ado bakat jadi lecturer tak?) hohoho ~ Muka macam ? Faham ke tak ? Ouhh .. nevermind. Takde banyak soalan, 

I accept as, 
"you all faham lah tu. " hhihhiii ..



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Jam

Dugaannnnn lah pada aku. 
Dengan handphone tetibe rosak tak boleh nak switch on? Lepastu dengan jam tangan yang habis bateri. Aduuhhhh … kalau salah satu rosak, takpe jugak. Ni ? Dua-dua rosak ? aku nak tengok jam dekat mane? Jam loceng, jam dinding mane ade? Selama ni pun, jam loceng pakai alarm dekat henfon je. Nak tengok waktu pun tengok dekat henfon je? . Ni, henfon dah gelap gelita . Apaaa pun tarakkk ? . Serba salah aku kalau takde jam. takut terlambat datang kelas je ? Ni lah payahnya bila bergantung dengan satu teknologi sahaja. *rasa bodoh pun ade. Aku terfikir jugak nak tegakkan batang kayu bawah matahari yang macam buat ala-ala subjek sains waktu sekolah menengah dulu. Tapi, ahhhh .... 

Disebabkan henfon ni, bukan pasal jam je tau? Aku nak kol mama pun tak boleh ? Aku mane ade henfon spare part ? Tuu jelah satu-satunya henfon tempat aku bergantung.  Takdak yang lain dahhh ..

 “ kenapelahh time-time cenggini kau nak buat hal ?”

Besides, Mara aku pun tak siap lagi nak leengkapkan isi borang online. Nak tanye mama macam mana kalau nak contact pun tak boleh ? 


Sekarang ni pun tengok jam dekat laptop ? Dahtu ? alarm nak bangun pagi , macam mana ? Laptop mana ade alarm? Aduhh ? payahh bebenorr laa .. 




" Allahumma Ya Allah ! Jauhkanlah kami dari Neraka dan seksaannya serta segala perbuatan yang mendekatkan kami kepadanya. Masukkan lah kami ke Syurga bersama orang-orang yang beruntung mendapat rahmat-Mu. Amin"

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 16 August 2014

weird ?



Well said, entahlah? Ape yang aku nak luahkan ni kekadang perkara ni buat aku sendiri tak pasti. Buat aku sendiri tertanya-tanya. I just feel like I'm a stupid person in the world okayy. If you were in my shoes ( kalau korang ade kat tempat aku .. ) what will you do when you have this situation in your life.?

Kau kenal someone tu tapi dieeee macam ..? Kejap-2 datang dalam hidup kau. Kejap-2 hilang. Hilang bukan kejap-2 tau. Tapi lama? tipu aku pun boleh tahu. 
 I repeat Phua Chu Kang tagline 

" Dont play-2 hah! " 

aku akan stalk sampai aku tahu ape yang jadi. Even that person was lied to me.  Then, he's explain something yang? Well, there's part of that i can trust, but another part of it is not? Kecewa jugak lah rasanya. Aku nak cakap pun tak sanggup sebab taknak lukakan hati sesiapa. Then, akhirnya. Pendam.



..................... theres nothing else that I want to say ........................................

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 15 August 2014

Raya aku



Ni aku nak merungut pasal baju raya tahun ni.. Well, as a someone yang "tersangatlah busy" (*ok, poyo) , sebelum raya tu aku tak ada masa nak pegi shopping beli baju raya memandangkan family aku pun jauh dari aku. Bukan, tak boleh beli.. Cuma ? entahlah ? A few days sebelum raya je aku sempat pegi cari baju raya. Itupun aku ajak maksu aku pegi shopping. And ~ tahun ni pulak tetibe family aku decide nak pakai sedondon one family time hari raya. Itupun atas request adik aku. Biru turqoise tahun ni .. Penat gila nak cari warna biru turqoise? Lagi penat aku dok pusing dekat Jalan TAR tu. Sampai penat , letih segala lelah keluar . 4 jam cari still tak jumpa-jumpa lagi kot? 

Haishh .. Baju kurung sekarang, dah macam baju kawenn dah aku nengok? Penuh gila segala manik labuci bagai? Aku bukan minat pun? Ingat aku nak kawen ke nak beli baju yang ala-ala liplapliplap tu? Memberatkan badan je aku rasa ? Serabut aku tengok, aku nak cari baju yang simple tapi sedap mata memandang. Itupun susah? Last-last .. jumpa jugak. -,-" Tapi yang kosong takde? Still ade jugak lah manik-manik labuci sikit. Bolehhh laa ... Tapi aku sorok manik-manik tu dengan tudung. Hakhak ... (*eh? Biarla. aku yang pakai. ) hihihhi.


Ok, yang tak boleh blah nye ? Aku takda kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan baju raya aku. (*ouh, sigh) So, aku pakai je la sneakers merah aku. Hohoho~ rasa macam gempak sikit pakai baju kurung moden dengan sneakers.



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Horrible Week



Aaaa ... dari semalam cuti, tapi takda buat ape-ape? Walhal aku rasa ade lagi assignment yang aku tak buat? Tapi, takdak mood do. Semalam kolej cuti sebab buat majlis hari raya. Tapi aku malas nak pegi. Dok dalam bilik, Aku nengok laptop je. Puas jugak la aku godek-godek Tonton.com.my nak cari drama-drama best. Sehari, nak dekat 10 drama aku tengok. Sadis betul. Mengadap laptop aje. Yelaaaa, semalam jugak tetibe henfon aku buat hal. Dia taknak hidup.? Aku dah bengang gila. ! (* ikutkan hati aku, aku nak je baling dekat dinding. Tapi takda guna pun aku buat macam tu?)

 Dah nak kena repair lagi? Nak kena mintak duit dekat parents ? Taknak la.
(* Bukan sombong, cuma aku taknak susahkan mama dengan abah aku. Sebelum ni pun henfon aku tu dah a few times buat hal macam ni. And kali ni, lantak lah . Malas aku nak fikir dah. Sape-sape nak contact aku, pandai-pandai la email ke, facebook ke, twitter ke eaa? .

 Aku rasa this week memang bertindih-tindih masalah, ujian, dugaan atas kepala dengan bahu aku. Waaaaa , rasa macam nak nanges pun ade. Aku nak balikkkkk ...  Dah la aku sensorang kat sini. Family aku semua kat Selangor. Kalau difikir-fikir balik, menyesal pulak aku further study jauh-jauh kat Kelantan ni. Kalau difikir-fikir balik lagi, better sambung dekat KL je kan? Nak kata dekat dengan rumah pun boleh tahan. Nak makan pun balik je rumah. Senang.  Lepastu, Kalau nak pegi kolej, merempit aje pakai motor lagenda biru mama tu. Bhahahaha .. lagi pun aku dah berani merempit sensorang. 

Paling best haritu, mama tinggalkan aku sensorang kat rumah. Mama pegi open house rumah makngah, mama bawak Nuha dengan Iffah je. Mama lupa yang aku nak ikut? Lepastu aku pun decide. Amek kunci motor mama, cari sweater nak pakai, cari sneaker merah aku , dompet ( * Kena bawak jugak walaupun lesen aku baru tamat tempoh haritu. Tapi aku  dah renew baru dahhh ...  hahaha ... time birthday aku tahun depan baru lesen tu tamat tempoh. ) and helmet.  lalalala. Selambe je fly tapi lesen mati. Tapi nasib aku baik sebab takda roadblock pun? Kalau takk .. huh mampus aku kena mengadap pakcik polisi nanti.

Fuhh .. aku rasa macam style gila. Macam nak gi fly jauh-jauh. Hakhak. Dah start motor, dari rumah aku nak ke rumah makngah kat Gombak tu. Aku kena lalu dekat jalan Sungai Tua yang ala-ala race track tu. Baru setengah jam tetibe hujan turun lebat gila. Sadis je aku rasa. Satu badan basah. Hahaha .. well, pengalaman. 

Lagipun, aku ni suka jalan-jalan. Tak kisahlah kalau aku sesat ke ape? Sebab aku nak mengenal dunia. So, buat masa ni aku suka travel, jalan-jalan pakai public trasport yang ade je. Such as, KTM, LRT, Monorail, Bus, Taxi. 
Boleh dibuat pulak ? Aku dah lama tak menjejakkan kaki ke Times Square, Then aku boleh sesat pulak dalam tu? Naik turun escalator je. Sampai adik aku merungut. Macam nak lempang je kalau dapat orang yang merungut time jenjalan dengan aku.



 See? Gua siap nengok direction lagi nak cari food court. Food court pun gua tak jumpa beb ! Perut dah lapar gila. bergendang-gendang. Jalan-jalan kat situ .. boleh pulak ternampak skirt labuh, comel gilaaaa.. then bila fikir-fikir balik. Keesokan harinnya, birthday Iqah, haa .. tak salah aku nak beli kan. Lagipun lawaaa . hahaha .. tapi aku nunggu je dia upload gambar pakai skirt tu. Mesti lawa. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

another problem

Assalamualaikum


Hm ... satu-satu masalah datang. Nak hapuskan dosa kecil maybe. Henfon aku pulak buat hal. Tak boleh nak switch on. Nak repair ? Yeah , well it need the cost right ? and the money . Dah pulak kena mintak duit dekat mama dengan abah.
Taknak lah. Act, sebelum ni henfon tu dah banyak kali buat hal. Tapi, kali ni . Tak pelah. Aku dah segan nak mintak dengan mama dengan abah. Aku taknak susahkan mama dengan abah lagi. Rasa serba salah banyak. Biarlah, tak payah pakai henfon pun takpe kot? And, anyone yang nak contact aku boleh through email atau facebook or twitter je .

You know, bila kita dah makin dewasa baru kita tahu erti kesusahan dan kita boleh nampak segala pengorbanan ibubapa kita. Walaupun diorang cuba untuk sorok, tapi aku nampak.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 13 August 2014

I never expected this ??

Assalamualaikum

Harini excited nak buat presentation . but, something bad happen.

Yes, my members group and I didn’t get to present our tourism marketing slide today because my partner and I was late. Tapi, aku tak sengaja. ( *well , kalau kau cakap taks engaja ikhlas tulus dari hati kau pun, bukan ade orang percaya pun?)

Pukul 1:30, ketua kelas bagitahu yang our lec dah datang ke kelas walhal kelas kitorang pukul 2. Then, we was informed yang kitorang jangan datang lewat. Kalau tak , tak boleh masuk kelas.  Lepas baca mesej tu, aku pun jalan kaki ke kolej. Then, dah lintas jalan, dah sampai depan kolej dah pun. Member aku mesej, yang dia nak tumpang letak barang-2  props such as our dessert product, Trifle, segala bekas kaca ( *yang kitorang nak buat shoot ala-ala makan-makan di hari raya tuuu … ) untuk kitorang shoot video untuk projek lain lepas habis kelas nanti.

I can’t even say no ? Maka, aku pun berpatah balik semula ke rumah.  Khas untuk presentation harini, aku pakai baju korporat( *cewahhhh), skirt and kasut wedges yang ado  tumit tu.

Aduhhh, dengan berkasut tumit tu aku patah balik, lintas jalan. Waktu tu aku rasa nak campak jauh-jauh je kasut aku tu supaya aku senang boleh terus berlari. Tapi, tak sanggup pulak aku nak buat? Dengan terkedek-kedek aku jalan mempercepatkan langkah padahal tak cepat mana pun ? Lepas letak barang semua, again. Kitorang bergegas pegi kolej. And again, aku memang rasa nak campak je kasut wedges aku tu. ( *aku pernah pakai sneakers untuk presentation last semester .. then, aku kena tegur dengan one of the lec.)  Dia cakap, penampilan aku untuk presentation dengan pakai sneakers memang tak sesuai. Boleh menyebabkan markah dipotong tau.  So, jangan ingat aku ataupun orang lain pakai kasut ala-ala princess haprak tu hanya untuk suka-suka tau.. Aku taknak markah presentation aku dipotong macam tu je. Penting wehhh !  Sebab, sesiapa yang terlibat dalam tourism industry ni akan tahu macam mana penampilan yang harus ditunjukkan. Ade etika baik yang perlu ditunjukkan. Bukan sebab suka-suka. Tapi sebab kerja. Well, kalau ade pun orang yang kutuk-kutuk pasal penampilan kau, Engkau sound je.

Aku yang pakai, kau nak bising kenape? Kau tahu ape?”

Let say, macam ni lah. Cuba tengok orang-2 yang kerja dekat pejabat tu. Macam mana cara penampilan diorang.? Kemas kan? Sebab ape kemas? For customer really ! Kalau pakai selekeh-2, sape nak datang kan?

Lepas tu fikir pulak. Takkan orang yang keje dekat ladang nak pakai baju kot? Kemeja ? So, please think rasional. Use your brain.

Then, sampai ke kelas. Our lec duduk dekat meja yang ade dekat luar kelas. Dari tu, aku dah dapat agak sebab before kitorang sampai classmate dah inform yang lec dah marah. Okay, waktu tu aku redha. Ape nak jadi, jadilah lepas ni. Memang salah aku pun. Kitorang datang dekat lec tu, mohon maaf yang sangat-sangat. Then,our lec suruh baca note chapter 2. We was weird, then she say kitorang tak payah present harini. Present hari lain je. Fuuhhhh, masuk dalam kelas .. semua pandang. Tahap serba salah dalam diri aku memang full 100%. Bila lec masuk balik, dia bagi soalan kuiz and we answered it. Then, the end of our class.. our lec inform to us supaya jangan lambat lagi. Then, she cried. Waktu tu aku dah fikir.

“ Ya Allah, aku dah jatuhkan air mata dia. Maafkan aku Ya Allah.”

Muka lec tu sebijik macam muka pelakon Yana Samsudidin, cuma lec ni versi yang pakai tudung. Comel sangat. Aku suka tengok lesung pipt dia. Bila tengok dia menangis, aku dapat bayangkan Yana Samsuddin menangis jugak. Lepastu lec tu keluar dari kelas. Aku pun angkat beg, bangun then kejar lec tu.

“ Miss !”

Lecturer tu pandang aku. Aku pun teruskan cakap. Aku minta maaf. Aku peluk miss, then aku explain everything to her. Tetibe aku pulak nangis terus. Aku tak tahan tengok Miss nangis. Miss pun cakap jangan  buat lagi, then aku try kesat air mata Miss. ( *Aku tak tahu? Tangan aku automatic buat macam tu? )
Then, pegi tandas kejap. Lap segala air mata yang keluar. Lepastu duduk kejap dekat meja yang tersedia dekat luar kelas. A few of my classmate came and sit in front of me. Dah dapat agak soalan dia.

“ Wehh, kenapa kau datang lambat?”

Then, aku explain again. Suddenly, tiba-tiba air mata aku jatuh depan diorang. Aku tahan do air mata aku. Tapi nak keluar jugak. Mencik betul ! Dah diorang terpaksa tengok aku nangis.

Then, two of them cuba pujuk pulak. 
“ Wehh, janganlah nangiss.”

Next class, subject lain pulak. Lec yang ajar subject lain ni know what happen just now. Sepanjang kelas dia, dia peril habissssss . Nak taknak, terpaksa tahan. Aku tak marah, Cuma perkara tu buatkan aku lebih rasa bersalah. ( * Or, memang nak aku rasa bersalah tahap nak mati, macam tu?)

Air mata aku tak berhenti  menitik. Aku rasa tisu yang aku bawak tak cukup untuk lap kesemua air mata, air hingus yang keluar. Aku rasa nak amik kain skirt, lap dengan skirt je. Nak tutup muka pun takpe rasanya.  Waktu tu kau akan rasa when everyone put all blame on you.


Act, lec tu lec baru kitorang. Baru first time mengajar . Tipulah kalau aku cakap aku tak kecewa sebab tak present harini. Jelas kau kecewa sangat-sangat sebab macam-macam aku dah prepared. Then, ujian macam ni pulak jadi dekat aku. Aku rasa, Wow?
Aku feel excited kot nak present harini.? Semangat aku. Tapi ... 
Well, yes it is my fault …… I’m truly sorry and sorry .. If you can put yourself on my shoes, you will know everything. I even say apologize to my partner geng presentation sebab buat dia tertunggu-tunggu jugak. But, he didn't reply my message ! Waaa ... macam mana niii .....
Sabar. Sabar. Everything is gonna be alright maybe not oday. But, eventually . 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Rushing week

Assalamualaikum


This week, minggu yang sungguh …. ? 
Ohhh … agak stress sedikit. 
Biasaaaaa lah. Student memang cenggitu. Aku tak tau lah macam mana kalau dah masuk alam kerja nanti? Mau tak lagi kelam kabut aku dibuatnya. Tapi takpaaa.. arrange the daily schedule very well .. belajar sikit-sikit kan .. Hoo .. then, jumaat minggu ni . Permohonan mara dah dibuka. So, sesiapa yang nak mohon pinjaman pelajaran Mara tu, bolehlah mohon cepat.


Sekarang pun aku tak habis-habis dok belek-belek kalendar. Sampai naik tension aku dibuatnya. *tengok calendar je pun? Eh ? iyelah. Bukan sekadar tengok je tau? Aku nak kena cari cuti lagi. Nak uruskan segala urusan berkaitan dengan permohonan mara tu. Mama dah pesan awal-awal dah. 
" Eh ? dah besar kan ? buat lah snediri. Tren, bas , smeua ade sekarang. Usaha lah. "

*pasrah. " okay, maaa. " 
Hahah .. excited rasa ! 
Besides, nak harapkan cuti hujung minggu? Macam tak cukup je. Macam memaksa aku berlari-lari kesaa kesini. Ouhh .. esok ada presentation about Tourism Marketing. Wish me luck okayhhh !! . Lagipun, nak jadi presenter dekat kelas baru untuk semester baru ni. well, new classmate. Amin.. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 8 August 2014

MJ style but with crocs and baju kurung pun boleeeee ...








(2 SYAWAL 1435H )

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

" Abu, duduk diam abu. Duduk diam. Kita nak selfie niii ~ "



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Kemana tumpahnya teh O ais kalau tidak ke nasi goreng pattaya T_T




Dalam pukul 11 malam macam tuu, roommate ade belikan nasi goreng pattaya dengan air teh o ais. Tapi, dalam pukul 1 pagi tu baru aq makan. Lambat sikit la. Sebab busy buat preparation untuk presentation Tourism Geography. 

Ku pikir, sambil makan.. nak lah jugak layan cerita drama sambil-sambil makan tu. So, bukak lah drama Kimchi Raya dekat Tonton walaupun aku dah tengok berulang kali hanya kerana Syarul Ridzwan tuu..
Annyeonghaseyo Syarul oppa"
"Saranghaeyo ~"

Hahaha. Sambil makan dan tengok drama, air teh o ais tu dalam plastik, aku letak dekat tepi nasi yang tengah aku makan. Senang, nak hirup je.  Tiba-tiba , plastic air teh o ais tu senget ke tepi, then elokkk-elokkk je tumpah dalam nasi goreng pattaya aku.. syriuuhhhh ~   T_T
Fieyda yang duduk kat tepi aku ( makan nasi goreng pattaya jugak ), pandang dengan pandangan yang terkejut tahan gelak.
aku siap menjerit lagi. 

“Mamaaaaa … ! Nasi goreng Pattaya akak banjir dengan Teh O Ais ~” *padahal mama dekat Selangor nuuu .. hahaha.. boleh dikira komunikasi jarak jauh kan? 

Esok pagi baru ngadu kat mama. Mesti mama gelak.


So, pernah dengar tak pepatah ke, peribahasa ke?
“kemana tumpahnya kuahkalau tidak ke nasi?”

Ye dakk ? Tapi, yang ni bukan kuahhh beb ! Ini Teh O Ais, wehhhh  ! Teh O Bengggg … Nak buat bubur pun memang tak boleh dahhh..

Aaaa, berenang-renang nasi dengan telur goreng dalam bekas polysterine tu. Aku nak nangis sebab dah tak dapat makan dah. Sedih do. Tapi,at the same time jugak aku nak tergelak. Alahaii .. cuai nyeee lah aku. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 7 August 2014

Back in Juy

Time aku tak update blog, dalam kepala ni “macam-macam yang aku nak update nanti.” Tapi, bila dah bukak blog. Semua hilang? Gone? Dissapeared? Urghh, membuatkan aku begitu tension yang sampaikan, “ahhh,malas ahh cenggini..” Hahhahaa.. maafkan saya ye, walaupun aku tau bukan ade orang baca pun? Kira macam syok sendiri je. Sape yang rajin godek-2 blog aku ni..

“Haiii awakkk ! Thankss yaa..boleh follow me on my social network."

-      Twitter: https://twitter.com/dhia_adawiyah
-      Instagram: http://instagram.com/dhia_adawiyah
-      Ask.fm:  http://ask.fm/dhia_adawiyah *haaa, ask.fm ni aku baru je buat tadi. Aq sendiri taktahu ape function aku buat acc ni? Tapi, if korang ade ape-ape nak tanya aku. InshaaAllah aku jawab.



Dah lama tak update blog. Tuuu la. Aku ingat nak update bila dah habis study ni je. Lagi setahun je lagiiiiiii …. Cepatlah habisss, aku nak sambung kat KL pulakk.. tak larat pendam rindu jauh-jauhh.. hakhak. Fuh !  Tak tergambar rasanya betapa aku rindu dengan blog aku. *muah! Muahhhh.. Tipu lah kalau tiap kali aku baca blog orang, mesti terdetik dalam hati aku nak update blog. But ! " Masa " itu . " Masa ! " Nehi heyy ~~

Aku rasa, step-step nak edit blog pun aku dah lupa dah? Grrr..memory short term memang cenggini. Sebab tu korang kena stay dalam hidup aku untuk aku selalu ingat kat koraaangggg.. hahaha.. *sweet tak. Uhuiii

Ha, aku dah lupa amnesia dah ape benda yang aku nak update tadi? .




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...