Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 5 January 2014

Spending time with love

Assalamualaikum 

Letih berjalan area KL semalam, rasa macam nak demam dah? Tangan kaki ni dah start sejuk dari malam tadi. Sampai pagi-tengah hari pun sejuk. Tidur tak payah switch on kipas pun. Plus, tak payah pakai selimut sebab memang sejuk gila. Demam ... Demam ... Demam sebab cuti dah nak habis.

#Throwback
#Semalampunyacerita

Hari sabtu lepas dah janji dengan maksu nak keluar janlan-jalan area KL memandangkan maksu tengah cuti and aq pun tengah cuti. Tunggu nak masuk semester 2 je tak lama lagi. ( *Ouhh.. sungguh mendebarkan. takut pun ada jugak.)
So, kiranya nak menghabiskan sisa-sisa cuti lah ni.
Kitorang dah lama tak spend time together.. Ouhhhh ... rindunya maksu.
 . Pagi-pagi time subuh, maksu sent mesej kata keluar jalan dalam pukul 12 macam tu . So, aq bawak ajim jalan-jalan harini. Anyah  (*my dear sister ) tak dapat nak ikut sebab dia ada keje nak buat dengan bestfriends dia. Nak siapkan jadual kelas katenya. Al-maklumlah, persekolahan pun dah mula. Dia pun dah start sibuk memandangkan tahun 2014 ni batch 99 start tak ada exam PMR yang ditukar kepada PBSMR. Mean, hari-hari diorang ada exam paper yang harus dijawab dan ada assignment yang perlu dibuat. (*perghh.. aku student kolej pun tak ada macam ni?)



 

So, aq dengan ajim bertolak dari rumah dalam pukul 10 lebih. Naik KTM. Sampai dekat KTM Batang Kali dalam pukul 11:15. Then, kereta api datang dalam pukul 11 lebih macam tu. Aq naik coach khas untuk wanita. Alaa, yang gerabak ada sticker warna pink tuu .. haha. Means, Ajim pun kena ikut masuk jugak lah dalam coach wanita tu. (*ahahaha .. takpe dik, kau bawak umur lagi. Tak matang pun lagi. Masih lagi comel. Tapi kan? If dia dah besar nanti and kitorang nak jalan sama-sama naik tren lagi, maknanya aku pulak kena ikut dia ke gerabak biasa sebab dia dah tak boleh nak masuk ladies coach dah. Kang, tak pasal-pasal kena halau. haha. ) 

Then, naik tren terus straight to Rawang and kena tukar tren lain pulak. Ambil masa. Naik pulak tren ke Sg Gadut. Tapi stop dekat Bank Negara. Dalam pukul 1 tengah hari baru sampai. Kesian maksu kena tunggu kitorang lama kat situ sebab dari pukul 11 lagi maksu dah sampai kat situ. Then, dah sampai . Maksu ajak pergi Sogo. Haha, before that ~ maksu ajak makan dulu. Once again, kesian maksu,lapar sebab  lama tunggu kitorang. So, naik tingkat 6 and cari medan selera. Ajim order nasi ayam. Dia yang paling first dapat makanan, lepastu maksu pilih nak makan nasi campur. Aku pulak, mula-mula nak makan nasi goreng je? Tapi, dah round dekat sekeliling tu macam takda je? Aq pun tukar pilihan. Aq order Sizzling, Hotplate Kuey Tiaw.  Waktu tengah tunggu makanan masak, lepas order dekat sorang aunty indonesia ni .. aku tunggu depan kaunter. Then, tiba-tiba sorang lelaki keluar dari dapur and memasak pulak kat dapur bahagian luar. dekat dengan kaunter. (*So, kalau dekat dengan kaunter. maknanya dekat dengan aq lah kan? huahuahuaaaa ... jahat betul aq ~ Takdelah. Saje je. ) Nama pun tukang masak kan? . Setiap gerak geri dia memasak ..aku perhatikan. Hahhahaha.. 

Bila dah siap tuhh .. aku punya senyum, sampai ke telinga. 
"Yeayy ! My kuey tiaw dah masak !!! " 
Perut pun berbunyi. Fuuuuu ~

Balik semula dekat meja yang ajim dengan maksu tunggu tu. Tengok-tengok ? Ajim dah habis makan dah pun nasi ayam dia? (*Perghh, budak ni? Makan tak tunggu orang pun?)

Sambil makan, berborak dengan maksu. Sejak aku sambung belajar ni. And, mak su pun sambung belajar master .. kitorang tak da masa yang nak dicuri nak luangkan bersama. Jalan-jalan or shopping macam dulu. Banyaklah benda yang nak diceritakan. Bila maksu dah habis makan .. mak su tegok aku makan Sizzling tu .. mak su cakap. 
"macam sedap je? "

haha.. sedap sangat aku makan Sizzling tu sampai lupa nak offer dekat maksu. Aku pun cakap . 
"memang sedap pun maksu ~rasalah."  
Mulanya maksu taknak. Lepastu aku cakap. 

"memang sedap pun maksu .. abang hensem yang masak kueytiaw ni tadi... " 

Hahhaa .. maksu pun gelak. and try test rasa kuey tiaw yang aku makan tu. (*ahahaha .. terel tak aku tarik minat seseorang dalam offer ? ) haha.. tapi memang betul pun yang abang tu hensem. Masak sedap pulak tu. haha. nasib baik Sogo ni jauh, kalau tak ..  memang hari-hari aku datang makan situ. eh, takdelah. gurau jaaa .. Then, lepastu kitorang start jalan-jalan. Shopping time. Mula-mula dah dapat seluar jean untuk ajim. Cari baju untuk Iffah dengan Nuha. Teringat dekat Nuha, kalau baju Iffah dalam almari dia .. dia mesti akan kata. 

"Ehhh, tu baju Nuha lahh.. "

Padahal aku tersalah letak waktu lipat baju-baju diorang. Baju aku kalau tersalah letak dalam almari dia pun mesti dia akan kata. 

"Ehhh, tu baju Nuha lahh.." 

"Bukan lah .. tu baju akak~ "

"Baju Nuha ... " dia jawab balik. Even aku cakap baju tu besar dan dia dah nampak pun baju tu besar realitinya tapi dia still nak kata tu baju dia? (*sighhh )


*sumber gambar dari google  

Lepas dah cari baju diorang .. lepastu turun tingkat bawah. Ternampak ada part kedai UNI QLO. Mak su kata nak masuk dalam tengok-tengok baju jugak. Fuu .. baju-baju dia pun not bad laa .. material kain dia lembut sehh .. macam semua nak beli je. 
Then, ada nampak satu baju ni. Lembut kain dia. Aq pun suka. 
Maksu tanya .. "Nak tak? "
Aku pun jawab. "entahlah? "
"Takpe. mak su belanja. "
Hahaha.. alih-alih, mak su ambik saiz S suruh try dekat Fitting room. Then, ada sorang mamat ni jaga kaunter fitting room. aq datang dekat dia. 
"Nak try baju ke?"

"Ha, a'ah. ~ "

Then, dia bagi satu kad. " Nombor satu untuk satu baju ye, masuk dekat mana-mana fitting room yang kosong. "


Aq pun tersengih-sengih .. cari mana-mana fitting room yang kosong. Try test, ouh, saiz S tak sesuai. Ketat sikit. aku nak cari yang longgar sikit. So, tak jadi ambik saiz s amik saiz M. 
"Ok, yang ni hadiah harijadi dari mak su ye. "

"Owww.. thankss maksu. "

   
    Satu perkara yang best bila datang ke UNI QLO ni. 

Masuk-masuk je dalam UNI QLO, dengan senyuman gentlemen para staff lelaki, diorang kuatkan suara, *ala-2 menjerit gaya Ning Baizura..

" Hello ! Uni Qlo ! Hello ... "

"Hello ... Uni Qlo .. "

Hahhaa..Aww.. suara yang memukau. staff-2 lelaki yang kerja dekat situ. Tu cara , style diorang sambut customer yang datang. Hhahaha.. actually, kebanyakan staff kat situ semuanya lelaki. Yang perempuann tak ramai. Wuuu .. Ramai yang hensem. Lepastu usha diorang sambut tetamu . dengar diorang kuatkan suara .. lepastu diorang sendiri gelak-gelak ... hahahhaha .... sorrry, aku memang suka perhatikan orang di sekeliling aku macam tu. Haha. 

Tu dekat UNI QLO.
Kalau dekat HARI-HARI : " Selamat Datang ke Hari-Hari ~~~~  "

Haha. Ok, sambung. After that,  cari baju untuk Anyah pulak. My second sister. Haishh . nak mencari something untuk anyah ni memang payah betul. Kalau nak belikan kasut, kaki dia aq tak boleh nak bawak sekali pulak ? Kalau dompet, dalam almari dia penuh dengan dompet. Kalau tudung pulak, jangan cakaplah. Berderetttt tergantung dekat bilik dia tu. 

So, aku cadangkan kat maksu, belikan dia baju je. So, telefon dia nak baju yang macam mana? warna ape. Ok, set ! Kalau nampak mana-mana baju warna hijau .. mesti tengok . Sebab Anyah nak baju warna hijau. Usaha tangga kejayaan. Lama jugak kitorang pusing sogo tu nak cari baju dia. Ouhhhhhhhh .. akhirnya dapat jugak !

Lepastu mak su tanya lagi. 
"ada apa-apa lagi tak yang kakyong nak? untuk keperluan belajar ke?"

aq sendiri pun taktahu? Sebab niat aku berjalan dengan maksu ni cuma nak luangkan masa je dengan maksu. Tak sangka pulak maksu bagi beli barang banyak-banyak ni? . So, cari seluar slack jelaaaa ... Hoho ~ part yang paling best dalam mencari seluar slack, aku dah tau dah apa saiz seluar aku. saiz 27. Kecikkkkkkan ? ahahha. selama ni aku pakai seluar tak tahu pun apa saiz ? Kalau muat, aku beli, aku pakai. Tak tengok saiz pun? . haha.. maksu siap ajar tips-2 nak ukur seluar sebelum beli. Ukur kat leher la. haha.

Time bayar dekat kaunter. Maksu puji. "Pandai kakak cari seluar ek? . Ha,dah dapat sepasang. Seluar dengan baju. "

Mean, aku ni pandai cari harga yang berpatutan lah. Kalau mahal sangat tahap nak melambung tinggi, aku tak beli.

Then, cari jersi bola untuk ajim dekat Pertama Complex. Seberang jalan depan Sogo je. Lepastu masuk balik dalam Sogo, cari Perfume Echanteur Paris untuk Anyah. Lepastu, singgah minum air dekat  CHA TIME. The, Maksu hantar dekat KTM Bank Negara. Nak balik dah sebab Ajim ada latihan futsal dengan kawan dia pukul 8 malam.
Wuuuu .. sedih nak berpisah dengan maksu.


*Gambar terkena pancaran cahaya matahari. Anyway, baju ni ada leher tauuu. Alaaa yang macam orang luaq negara pakai tuu ..Syiook bila pakai sebab material dia lembut.
# sedih aku dengar yang ada kes bayi meninggal dekat  taska tu. disebabkan ada masalah paru-paru berair. Teringat dekat arwah adik aku. Baru je lahir and baru 44 hari dekat rumah, dia dah pergi tinggalkan aku . masa tu aku darjah 2 tak silap aku.Al Fatihah untuk adik.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 2 January 2014

permulaan 2014

Assalamualaikum 


SELAMAT MASUK TAHUN BARU 2014.
Harap aku dapat mulakan semua ni dengan hati penuh tabah walaupun aku sendiri tak pasti.

Awal tahun ni yang bertarikh hari ini 01.01.14

x: Dapat mengenali seorang sahabat. Memulakan persahabatan secara sengaja ataupun tidak.

x: A little things called, First Love. 
Tumpang bahagia dengan rakan aku yang berbahagia dilanda gembira temui jodoh dia setelah lama dia memendam rasa, ( *aku faham yang ni )
kemudian mungkin terbit rasa kecewa .. 
terpisah tak lama.Sekarang, jodoh atau kebetulan menemukan mereka sekali lagi. ( *dari situ aku dah nampak bagaimana Allah mengaturkan pertemuan dan perpisahan seseorang itu. )
Jangan risau. Aku insan yang berpegang pada janji. 

Tak. 
Mungkin kisah aku berbeza dengan insan yang lain. 
Perjalanan hidup aku berbeza. 
Aku yakin, Allah dah aturkan segalanya. 
Takdir Allah. 
Macam-macam boleh jadi,membuatkan aku mula percaya pada cinta. 
( *begini caranya Allah membukakan pintu hati seseorang itu kepada cinta kepada-NYA terlebih dahulu barulah mencintai insan yang lain.)

x: Plan punya baik nak keluar.. tapi tak jadi. How sad ..

x: aku teringin nak belajar main Roller Blade. Ala , yang macam kasut roda tu. Haritu aku ada nampak ramai orang main Roller Blade tu dekat Taman Layang-layang. Teringin lahhh ... 


 Tepekkan gambar tahun baru. (*tolong jangan muntah bila tengok gambar tak berapa nak sweet ni. ) Ibu ( maktam ) cakap, gambar ni macam gambar untuk kalendar je. Sampai hati ibu .. hahahaha ...


x: Ouh ya ! Malam tadi my dear sister.. adik wa .. menunaikan hajatku dengan memberi hadiah harijadi wa 12.12.13 yang lepas .. wuuu .. alangkah gembira tahap nak melompat lebih tinggi je rasanya. 


See? lawa tak beg ni? Hahahha .. time birthday dia, dia request beg hello kitty. sebab dia peminat  fanatik hello kitty, banyak barang dia, hello kitty je. urghhh .. naik menyampah nak muntah cikedis je tengok .. tapi, takpelah. harus support minat adik ... ahhahah ...

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...