Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 23 December 2014

Seorang kakak

Assalamualaikum

Kadang-kadang, aku rasa penat.
Pernah terfikir, Can I stop alive. Die and alive again ?
Tapi bila fikir-fikir semula. Untuk ape? Masalah tetap tak akan selesai.

Kau tahu ? Jujur aku katakan. Berat rasanya jadi seorang kakak. Tapi aku cuba berfikir positif atas tanggungjawab yang aku ada. Tanggungjawab terhadap mama abah dan adik-adik. Banyak kali aku terfikir. Waktu kecik-kecik dulu. Siapa lagi yang jadi kawan rapat kita kalau bukan adik beradik? kalau ape-ape, siblings first. main masak-masak dengan adik-adik. Main nyorok-nyorok dengan adik-adik. Main kekabu bantal dengan adik-adik sampai kena marah gila dengan mama. Habis satu rumah penuh dengan kekabu bantal sebab aku genius sangat nak merasa ala-ala musim salji gitu. (*orang tak dapat merasa salji, kekabu bantal lah jadi mangsa. ) Lepastu habis bantal busuk aku bertampal-tampal dengan jahitan dengan kain perca . Huh. Kenangan.

Again.
Kakak mana yang tak protect adik dia kalau adik dia kena buli ? mesti tolong punya ..
dulu waktu main kat taman permainan, ade sorang budak ni buli adik aku. die buat adik aku nangis.  Aku datang dengan muka gengster konon nak marah sape yang buli adik aku. Tapi dalam hati aku waktu tu ade sikit takut. Tapi aku cuba kuatkan semangat jugak sebab nak protect adik punya pasal. Aku marah budak tu, gaduh. Gaduh mulut je. Lepastu aku yang nangis. Jujurlah. Aku sedih kalau ade orang sakitkan adik aku. Sedih sangat. Last-last  budak tu tengok aku nangis, budak tu blah.( aku kalau gaduh-gaduh mulut ni, konferm aku yang nangis dulu ) Sebab aku jarang gaduh. Takde pengalaman bergaduh. So, kalau nak berdebat mulut pun aku taktau nak debat ape ? 

But, at least ? aku dah buat budak tu jauh dari adik aku kan? so, selamat disitu.

Waktu aku form 5 pulak, adik aku baru masuk form 1. Aku sesi pagi, die pulak sesi petang. Even lain sesi sekolah, tapi aku still cuba ambil tahu ape dia buat. Kadang-kadang aku balik lambat sikit sebab nak pantau die dari jauh. Kadang-kadang aku sengaja lalu kat balkony tepi kelas die, usha die senyap-2.. And one day aku dapat tahu ade budak ni buli adik aku. AKu tak tahu ape yang budak tu tak puas hati sangat dengan adik aku sampai dia baling botol air yang besar kene kepala adik aku waktu subjek pendidikan jasmani kelas diorang. ( ala, yang beli kat pasaraya besar tu macam -macam jenis and colour tuu. )

Aku bengang. Member aku dalam 5 atau 6 orang siap konvo dengan aku pegi jumpa budak yang buli adik aku tu face to face. Sound depan-depan. Even sound budak tu pun, kau tak tahu macam mana nak longgar lutut aku terketar-ketar waktu tu.. Then, budak tu tak berani buli adik aku dah. 


Aku rindu. Kalau adik sedih, pada siapa lagi adik mengadu kalau bukan pada kakak ? Siapa ade dengan adik kalau bukan kakak? Siapa yang teman adik tido kalau bukan kakak? 

Sekarang ..
Semua dah makin besar. Dah tak pandang dah kakak ni. Mungkin bagi pandangan adik-adik, kakak ni tak ubah macam penyibuk yang jaga tepi kain orang. Itu adik fikir.
Tapi kakak fikir, tanggungjawab akak untuk jaga semua adik-adik akak. Tanggungjawab akak untuk tahu semua pasal adik-adik akak.

Kalau kakak tak fikir pasal tanggungjawab, kakak tak ambil peduli dah semua. I'll do my own life and never cares anymore. Tapi masalahnya. Kakak ni still punya hati.
Aku tak sampai hati.
Tapi, last-last ? Aku yang menangis.
Menangis sebab adik-adik dah tak ambil peduli macam mana kakak jaga adik dulu. 
masing-masing buat hal sendiri. Kakak sedih ke, kakak kecewa ke, semua kakak kena telan sendiri. Takde sape datang teman. 


Sedih. Kakak yang dulu jaga adik-adik, ada dengan adik,dah tak penting. Rindu nak buatkan susu botol untuk adik-adik. Rindu nak tukarkan pampers adik-adk. Rindu nak main dengan korang waktu korang baby dulu. Setiap kakak cuba untuk jadi yang terbaik untuk adik-adik dia. kakak juga berusaha. I'm just afraid if my siblings might fall into wrong way in their life. But they never realize it. Tak pernah sedar ke macam mana kakak berusaha untuk semua tu?

Tahu tak ? Sedih jugak hati ni bila adik-adik lebihkan kawan-kawan lebih dari kakak sendiri. Tak pernah cuba nak spend time dengan kakak. Then, I have to do everything all by myself. 

Dulu, jalan-jalan dengan adik. Tapi sekarang, akak jalan sorang-sorang je. Haritu akak sedih sangat takde orang nak spend time dengan akak. Esoknya, pagi-pagi lagi akak dah keluar rumah. Naik tren komuter sorang-sorang. Pegi midvalley sorang-sorang. Tengok wayang sorang-sorang. Lifeless. 
Macam ni ke hidup jadi kakak ? Dilupakan bila semua dah dewasa.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...