Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 24 November 2014

Uncle tu dah salah faham laa. T_T

Assalamualaikum

Haaa .. semester break dah start. Maka bermula jugalah kebosanan dalam jangka masa yang lama dan panjang. *sigh
Nak elakkan daripada diri aku bosan terus meroyan tak tentu pasal, aku pun keluar cari kerja hari khamis lepas. Apply lah kat dua tiga tempat. Then, pagi Jumaat tu dapat call dari one of the francais restaurant yang aku apply nak kerja part time kat situ. Suruh datang interview pukul 1. Then aku fikir, lepas ni nak jemput Iffah dekat Tadika pulak. Lepastu pukul 12 nak jemput Ajim pulak balik sekolah pagi. Lepastu nak siap-siap. 

"Hah,ok. I'll be there."

Dengan pantas, I hope I can make it and dapat kerja tu even just untuk part time. After interview rasa lega. Tapi dalam hati still berharap harap haraplah dapat.. Amin. Then, balik rumah kejap. Lepastu keluar balik nak gi pasaraya nak beli bahan-bahan nak masak lauk. My little sister menangis nak ikot, so nak atau taknak kena bagi dia ikut lah. *actually dia pantang kalau nampak one of our family member naik motor and keluar. Mesti nak ikut. Typical budak kecik, takleh nak buat ape. Nak tinggalkan, tak sampai hati pulak. One day, aku nak keluar, dia nak ikot. Menangis-nangis dia nak ikot tapi aku taknak bawak dia. Even dia guling-guling pun I've stand with my decision. No still means No. 

Lepastu aku start enjin motor, terus jalaannnn .. kau tahu ape jadi lepastu? 
Start dari aku keuar tu sampailah aku balik rumah semula. Rasa serba salah tak habis-habis mengikut aku. Sampai malam sampai aku nak tido pun still tetap fikir. Ke aku yang emosi lebih waktu tu ? Entah lah. Hahahaha ... Secong time aku buat macam tu. Aku taknak bawak dia. Aku start enjin motor pastu jalan, tak sampai separuh jalan. Aku patah balik. Decide nak bawak adik aku tu sekali. Hakhakhak ! 

Ok, dah. Cerita balik pasal aku bawak adik aku sekali gi pasar raya gi beli barang nak masak lauk untuk diorang. Lepas parking motor. Aku tak habis kunci motor lagi adik aku tu dahh ade kat depan pintu automatik pasaraya tu. Haihh bahaya betul bawak budak ni.
Lepas through kaunter receptionist, die terus meluru ke bahagian troli. Tarik troli pastu suruh aku angkat dia masuk dalam troli. *bagus jugak dia nak masuk dalam troli. Takdelah aku kena kejar die satu pasaraya nanti. haha. Duk dediam dalam troli kan senang. Tapi .... lagi satu masalah kalau bawak troli ni. Kalau bawak troli aku banyak beli barangggg .... T_T *cry-cry. nasiblah

Hmm .. lepas die naik troli tu. berhenti dekat tepi bahagian cendawan. Aku teringin nak makan sup cendawan. masak sup cendawan lah. Tengah pilih-pilih cendawan. Tetiba ade sorang uncle cina, senang-senang panggil Apek la. tak kenal pun. Die dengan troli die berhenti dekat tepi aku pastu die tanye something and tunjuk kat aku sambil senyum.

Aku blur dohhhh .! Aku kalau orang tetibe tanye mengejut macam tu tah ape aku fikir. Dah bercampur-campur dah benda aku fikir. Dahlah waktu tu aku tengah fikir nak masak sup cendawan dengan asam pedas ikan kembung. Fikir lagi resepi dengan bahan-bahan yang nak dibeli sebab aku tak bawak list ? Penat aku fikir ape yang dia tanye aku. Die tanye pasal cendawan ni ke ? Ke die cakap bahasa cina ? Kalau die speaking chinesse aku kena loading sikit. 
Pastu aku pandang die balik. 

" Hah? Tak faham, uncle?"

Uncle tu jawab balik. " Lu punya anak ka?" 
*die tunjuk kat adik aku. Aku pandang kat adik aku. Pandang Uncle cina tu balik. 

"Ehhhhhh ???? Takkk !! Adik sayaaa ... " jawab aku sambil ketawa. Uncle tu senyum je pastu blah tolak troli dia. 

Pastu aku pun cari bahan yang nak masak. sambil tu aku fikir. 
Nampak tua sangat ke muka aku ni sampai dia fikir yang adik ni, anak aku ? 
One more, keee die fikir aku ni kahwin muda pastu dapat anak dah ?? 

Uncle...... T_T*cryinggg... 
Saya belum kahwin lagi. Takda calon uncle. Takda jodoh lagi. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Nur Inani said...

tak cukup awet muda lagi lah tu.. haha :P

Anonymous said...

Lawak tuk, waktu ni mesti kat econsave kan.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...