Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 20 November 2014

Dugaan final exam semester 3, have a really bad situation

Assalamualaikum

Hai. Hai. Hai You Allsss .. 

Haa , 16 November 2014 lepas last day exam paper final untuk semester 3 ni. Ya Allah. Dugaan.

On 10 November 2014, aku ade second last paper final exam. Paper Tourism Marketing. Biasalah, malam sebelum final tu aku dengan roommate aku study again untuk study last minute. Alah, setakat belek-belek nota mane yang penting lagi. *padahal semua penting kena baca. 7 bab semuanya. Huh.

Then, one of us luahkan hasrat hati. Lapar katenya. Nak masak pun, bahan nak memasak semua dah habis. Another my roommate nak keluar dengan "abe" dio. Waktu tu dah malam, pukul 9 dah pun. So, kitorang lagi tiga orang ni termasuk aku plan nak tumpang je kereta diorang dah alang-alang diorang nak keluar. Roommate yang lapar tadi ajak beli nasi berlauk dekat Kubang Kerian. Die kate die pernah beli kat situ sebelum ni. I was like. "Haa, oklah. Ape-ape jelah. Kte teman je."

Then, kitorang pun keluar tumpang kereta member tu. Roommate yang lapar tadi kate, warung nasi berlauk tu selalu bukak waktu malam je. Dalam pukul 10 malam die start bukak. Tapi bila kitorang sampai, memang die dah bukak tapi die kate lauk tak sampai lagi. At first, kitorang ingat kalau tunggu another 10 minute, maka sampai lah lauk yang kitorang nantikan tu. Tapi, nak dekat sejam jugak kitorang tunggu. Aku dah rasa tak sedap hati sebab dah lewat malam sangat. Lagipun, makin ramai pulak yang lepak. Terutamanya mat-2 kereta dengan mat-2 motor. So, aku miintak member tu hantarkan kitorang balik, aku mintak diorang bungkuskan je kalau lauk tu dah sampai aku malas nak tunggu sebab dah lewat malam sangat.

So, kitorang pun balik rumah and sambung study sementara tunggu member kitorang balik bawak nasi berlauk tu, Hewhew, Tak lama lepas tu member tu balik.

Aku sorang order nasi dengan lauk daging goreng. Lagi dua orang tu nasi dengan lauk ayam masak merah. Yang tukang beli tu die kate die dah makan dekat kedai tu dengan "abe" die. 
Biasalah, perut lapar study punya kencang. Nampak nasi, basuh tangan , baca bismillah, baca doa makan semua. pastu makan nasi. aku dengan member aku sorang ni tukar sikit lauk. die amik daging goreng aku sikit aku rasa ayam masak merah die sikit. 

"Biasa je rasa, takdelah sedap mana yang dikatakan tu," - haha, aku kalau bab meng-komen makanan ni bagi dekat aku,

Lepas dah habis makan. Rest kejap. 
Then, after half an hour sambung balik study sampai pukul 2pagi. Then, tak larat sangat mata tak larat dah  nak bukak, tutup nota. Beradu.

Pukul 4 pagi aku terjaga sebab aku rasa tak sedap badan. Aku cuba baring mengiring ke kiri, tak boleh jugak. mengiring ke kanan tak boleh jugak. Memang rasa tak sedap badan. Aku bangun. Mengucap banyak-banyak. Baca ayat kursi, surah al fatihah, minum air masak. Tetiba member aku yang aku cakap lapar tadi, terjaga jugak, die turun katil terus keluar bilik pegi tandas, Aku just diam tenangkan diri dulu. cuba fikir ape yang tak kena dengan aku. Tapi tekak aku rasa lain macam? 
Bila roommate aku tu balik semula ke bilik, die terus duduk dekat meja study. Die cakap rasa nak muntah. Aku diam lagi sebab still rasa tak sedap badan. Tak lama lepas tu roommate aku tu mengadu die macam tak dapat nak bernafas. then, die terus muntah. Kat situuu jugakkk tak sempat nak lari ke tandas. Aku pun dengan tak laratnya lagi still kuatkan diri nak tolong gosokkan  minyak angin dekat belakang badan die, Dua orang roommate yang lain tidur tak hingat dunia agaknya. 

Lepas beberapa init yang lagi sorang roommate tu terjaga dari tidur and tolong sapu minyak angin pulak kat member yang muntah tu.

Then, perut aku pulak tak sedap. Pegi toilet. dua tiga kali pegi toilet jugak. Balik dari toilet tu tak sedap tekak, aku sapu minyak angin dekat leher semua sambil selawat. Aku tak sedap hati dah. Aku ambik siap-siap plastik. Nak muntah. Last-2 memang betul lepas tu aku muntah. Ya Allah, Hanya Allah je yang tahu macam mana rasa sakit bila muntah. Bahagian dada dengan belakang sakit sebab menahan muntah then keluarkan isi nasi semua tu. Dua tiga kali aku muntah, Memang letih sangat sampai lembik badan aku, Dahlah pukul 9 pagi nanti ade exam final paper Tourism Marketing.

Member aku yang muntah tadi tu dah nangis-2 dah. die kol parents die kate nak balik pegi klinik. Hmm .. die takpelah, parents die dekat je. Kat Pasir Mas tu ha, aku ni parents dekat KL takkan nak suruh datang ke Kelantan pulak ? Maka aku pun survive sendiri. Ayah member aku tu datang rumah sewa then bawak die gi klinik. Die ajak, tapi aku tolak sebab aku boleh tahan lagi. Aku taknak terlepas exam paper Tourism Marketing ni, Dengan badan lembik letih tak semangat. menahan sakit. Aku still pegi jugak ambik exam. Tapi aku taktahu ape yang aku jawab ? Dalam fikiran kau , aku fikir tahan sakit je. Sampailah habis exam.


Kitorang terkena food poisoning. Bila balik, member aku yang makan sekali dengan kitorang semalam kate diorang OK je ? Takde muntah ? Takde sakit perut macam aku dengan member aku tu ? Padahal lauk same je ? Curious jugak aku tapi aku taknak la pikir yang bukan-2. aku redha and serah kat Allah.

Balik dari exam tu, sampai bilik memang letih dari biasa. Terus tido sampai petang. Lepastu bangun kejap minum air. lepastu tidur balik. Terus demam aku beb ! Satu badan lenguh, sakit. Tidolah tak bangun sampai pukul 5 pagi keessokan harinya. Tu pun aku bangun sebab aku rasa macam sesak nafas. Dua rang roommate aku dah balik kampung masing-masing sebab ade gap seminggu untuk last paper nanti. aku telefon mama. Lepastu mama suruh balik KL pagi tu jugak gi hospital dekat KL. Telefon teksi, Kemas barang sikit pastu gi Terminal bas terus beli tiket bas kat situ. Pukul 8:30 pagi beli tiket, Then bas datang pukul 9:30 pagi. 

Ya Allah,  perit nak tahan sakit sesak nafas ni time dalam bas. Bertolak pukul 9:3- pagi. dalam pukul 5 lebih waktu petang baru sampai KL. Perjalanan dari Kelantan - KL ambik masa setengah hari jugak. So, memang perit menahan sakit. Smpai dekat Greenwood, mama jemput kat situ. mama kate menag pucat muka aku. Mane tak nya ? Boleh naik gila rasanya tahan sakit setangah hari macam tu? Dahlah perjalanan jauh pulak tu,

Mama nurse kat one of the hospital in PJ. So, she know what the best. i'll leave the rest to her. aku memang dah tak larat. Lepas3 hari baru baik. tapi tak sepenuhnya. Still letih lagi. Tapi sabtu pagi tu kena balik semula ke Kelantan untuk Last paper final exam. Lepastu balik semula ke KL.

Nasihat aku kat sini. Anyone yang dah nak sambung belajar tu kalau kau rasa kau pandai jaga diri sendiri , boleh berdirkari maka bolehlah study jejauh. Tapi kalau kau jenis yang still bergantung sikit or manja sikit. just sambung belajar kat yang dekat-dekat dengan parents kau je. sebab kalau ape-ape jadi, senang parents kau nak tengok.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

1 comment:

azifah yazid said...

memang perit nak menahan sakit tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...