Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 31 October 2014

Naqiuddin


Continue from my last post He's gone forever.


Aku nak kemas barang dah ni. Esok nak balik kolej dah sebab Isnin dah final exam untuk semester 3. Lepas habis final, aku balik semula aku ziarah rumah baru kau kat Kaloi. Doakan aku dapat jawab exam dengan lancar. 
" Udin, aku tak pernah cakap macam ni tapi aku betul-betul rindu kau. Nak sembang gurau dengan kau. "

Aku tak boleh nak describe panjang-panjang apa yang aku rasa. Tapi rasa sedih tu memang menusuk sangat. Aku tak sangka aku akan rasa kehilangan macam ni. Tapi Udin, kau bertuah sangat sebab dapat meninggal waktu muda. Allah sayangkan kau. Tak semua orang dapat peluang macam ni tau. 

Aku teringat. Target kau untuk cita-cita kau jadi graphic designer, cinta kau pada dia, target kau nak kahwin semua.  Aku rindu nak dengar kau story banyak cerita pasal hari-hari kau kat aku. 
"adik kau macam singa kan, tadi kitorang gi beraya. Aq naik moto dengan adik kau. Adik kau marah aku. Adik kau cakap. "

Udinnn ! Kau kalau tak pandai bawak moto jangan bawak moto. Biar aku yang bawak . 

Aq teringat lagi macam mana suara kau bila kau cerita semua tu Udin. Aku ingat.

Aku rindu kau, aku bukak balik wechat dengan kau. Aku dengar balik voice chat kau. Tak tahan sedih aku. Waktu kau hidup dulu kau banyak tolong aku. Sekarang, aku pulak tolong kau kat sane. Insya Allah aku akan sedekahkan Al Fatihah dengan Surah Yassin banyak-banyak untuk kau. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...