Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 31 October 2014

He's gone forever

Assalamualaikum .. 

Tanggal 30 Oktober 2014 ( 6 Muharam 1436H ) 

Apa yang jadi harini rasa macam ..entahlah? Pantasnya masa berlalu. Aku rasa macam, baru semalam aku sembang gurau dengan kau. 

Aku tahu, Allah pinjamkan kau pada aku hanya untuk seketika. Hanya untuk sekejap aje. Kau kawan paling baik Udin. Kawan ibarat seperti permata berharga jarang jumpa kat mana-mana. Kitorang sayang sagat kat kau Udin, tapi sebanyak mana kitorang tadahkan sayang pada kau, sayang Allah pada kau tak dapat kitorang tanding. 

Udin, terima kasih sebab tolong aku tengok-tengokkan adik aku waktu aku jauh. Tak terbalas jasanya budi kau. Terima tu kasih jugak sebab jadi peneman aku, kawan aku dan penghibur aku. Aku bersyukur pada Allah sebab pinjamkan kau jadi kawan aku walaupun untuk sementara ni .. 
( *Udin, Air mata aku dah bertakung habis aku tahan. Tak nampak skrin laptop aku nak menaip ni. Aku sedih Udin, aku rindu kau Udin. " )

Mulanya, pagi tadi aku sendiri tak percaya bila adik aku mesej. Waktu tu aku harap semuanya ni tak betul. Lpeastu aku tertidur. Tapi aku mimpi kau. Aku mimpi aku telefon kau. Aku nak paksa kau bagitahu jugak yang semua ni tak betul Udin. 

Aku : " Udin, kau kat mana? Weyhh, jemput aku balik sekolah weyhh .. " ( aku pun pelik ? sekolah ? padahal aku dah habis sekolah dah ? " *mimpi kan?biasalah 
Udin : " Ha, yela. Ok, ok. " 
Lepastu Udin jemput aku naik moto. Dalam mimpi tu moto die memang warna putih. Then lalu dekat highway. ( what the? jemput sekolah tapi lalu highway? ) *mimpi pelik. 
Aku tanye die. 
Aku : " weyh Udin. Yang pasal diorang cakap kau meninggal tu kau main-main je kan ?" 
Udin:" Aku main-main jela. saje je aku nak tengok reaksi member-2 aku kot aku mati." 
Lepastu dan-dan pulak ade roadblock polis. Udin dah nak patah balik lari dari roadblock polis. Tapi tak sempat. polis tu dah sempat tahan dulu dah. Lepastu aku terjaga.

aku macam tak percaya udin. aku rasa macam aku stil bermimpi lagi. tersekat dengan khayalan dan nyata. Aku stop menaip untuk harini. Aku tak tahan nangis dah Udin. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

1 comment:

Cik Balqis said...

inalillah. takziah.
jgn terlalu tangisi pemergian arwah.
doakan yang baik2 untuk arwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...