Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 3 September 2014

Tak sengaja



Alahaiii .. malunya .. Semalam pegi beli barang-barang keperluan dekat Pasaraya.
Banyak yang dah habis lagipun.-,-"
Serbuk pencuci baju
Syampu 
Maggi Asam Laksa
Nak cari bekas container letak makanan ( Sebab Cik Ti ( Tikus ) asyik mencilokkk je makanan orang .. takkan tiap-2 hari nak sedekahkan kat die pulak ? Habis kita ni nak makan ape? *marah ni. marah ni ..)


Sampai dekat pasaraya.. terus cari Serbukk pencuci baju. Kali ni beli hok yang besar sikit. Stok untuk dua tiga bulan sebelum balik untuk raya haji nanti. Alangkah lagi bagus kalau dapat bertahan sampai lepas raya haji. Tak payah beli dah. hahaha .. 



Dah ceritanya lupa nak ambik bakul or troli. Maka bawaklah dengan tangan. Sambil tu cari maggi, cari nestum oat, cari syampu. So, dah dapat semua. Penuh semua barang kat tangan. ( cakap dlm hati. okay, boleh lagi bawak ni, tak payah ambik bakul laaa .. *malas punye pasal. )



Waktu cari syampu .. i was thinking. " Hmm .. rasa-rasa nak beli syampu yang botol besar laa . senang. Jimat pun jimat. Tak payah keluar bandar nak beli lagi. Jimat masa lagi. " maka aku pun ambil lah yang botol besar punya. Dan terus menuju ke bahagian frozen sebab roommates gua sedang meneliti minuman dekat situ. hahahaha .. Then, sambil tu aku pun carilah air yang aku nak minum dekat bahagian frozen tu .. 




Ade pulak brader hensem berkopiah, berjubah putih juga sedang meneliti air yang hendak dibeli.. cakap dalam hati jee. "hensem jugak brader ni .. "



Tapi, teruskan cari air yang aku nak tuu ..

Sambil-2 cari tu .. aku tak jumpa pun air yang aku nak. Aku cakap dalam hati. "Hmm ..  takde kott ??"


Lepastu tetibe, bolehhhhh pulak syampu yang aku pegang tu menggelongsor dari tangan aku. ? Kuat gila aku melatah. 



"Ouhhhh mak kau tak jumpa kotttt . "




Alahaiiii .. ape yang aku cakap dalam hati tadi terkeluar pulakk .. roommates aku gelakkk je ... aku lagi malu bila termelatah depan abang tu ,.. tapi nasib baik jugak lah tak terkeluar perkataan HENSEM yang aku cakap dalam hati tadi dekat depan abang tu .. kalau takkk .. malu gila ahhh ! 




Tapi en .. yang bab syampu tu .. bila balik rumah baru aku perasan yang aku tersalah beli. Disebabkan terpengaruh tengok botol syampu yang besar .. aku tersalah beli Perapi .. bukan syampu .. -,-" .. haishh ....

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Zinnia Z A Shaklee said...

Salam dhia.. ingat sis lagi x.. lama betul rsnya x menyinggah sini ...

Dhia adawiyah said...

@Zinnia Z A Shaklee haiii Sis !! Yaaaa .. mestilah ingattt... saya pun baru try aktif balik nak update blog ... hehehehe ... thank you sebab sudi singgah blog ni .. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...