Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 2 September 2014

Beri aku berita baik.

Taknak berita buruk. Aku taknak !


YA Allah, tolong beri aku berita yang baik. Perit rasa hati ni bila mama cakap yang bukan-bukan. Malam semalam, waktu mama dengan aku on the way nak pegi stesen bas dkat Greenwood,macam-macam mama cerita dekat aku. Waktu tu dalam kereta. Just two of us. Adik-adik yang lain tak ikut,duduk rumah sebab abah tak balik lagi dari kampung. Ada satu part tu mama kate.

“Kalau mama dah takda nanti, tolonglah bayarkan hutang kot-2 kalau ade.”

Aku terus cakap. “Mama nie !”

Lepastu aku pandang ke kiri, lemparkan pandangan ke luar tingkap. Pandang ke luar tingkap walaupun cuaca gelap dah malam. Aku cuma nak sorokkan tangis dengan air mata je .. 
Ya .. aku tahu, kisah mama taklah seindah mana macam kisah drama dan dongeng yang lain. Tapi, setiap apa yang mama kata. Menusuk dalam hati aku. Betapa pentingnya mama .. betapa pentingnya seorang ibu dalam hidup aku.


Aku tak ingat, waktu semester ni atau semester lepas ..aku betul-2 tak cukup duit belanja nak makan. Tapi aku tak bagitau mama pun. Sebab aku taknak menyusahkan mama. Aku segan nak mintak dekat mama. Tup-2, malam tu mama telefon. Tanye khabar aku. Pelajaran aku. Aku jawab. Semuanya okey je.. Lepastu mama tanye. 

“Duit belanja cukup lagi?”

Aku panik taktau nak jawab ape masa tu. 
“aa..Ade lagi. Takpe. Kalau takde. Akak bagitahu mama.”


Tu je jawapan aku mampu bagi untuk sedapkan hati mama.
Ya Allah. Ape pun yang berlaku.. Lindungilah mama dari sebarang penyakit. Aku taknak mama tinggalkan aku. Macam-macam perkara, cerita , kisah, memori, pengalaman dari kecik yang aku dah kongsi dengan mama ..belum tiba saat nya untuk aku lalui semua ni .. 


Tiap kali fikir pasal ni, tak  memasal berjujuran air mata aku jatuh. Fikir pasal mama, siapa tak nangis? Aku rasa macam hampir hilang tempat bermanja.  Mama banyak ambil berat pasal anak-anak die, mama banyak tolong aku dalam banyak perkara. 


Kalau ada yang rasa mama macam pilih kasih .. the answer is NO. Waktu kecik, zaman budak-budak.. memang akan terdetik dalam perasaan dan hati kau yang mengatakan parents kau pilih kasih antara adik beradik yang lain. Tapi, peracayalah cakap aku. Bila kau dah meningkat dewasa ,, bila kau dah matang .. dan kau cuba untuk faham situasi diorang , kenapa dan mengapa. 

Kau akan lebih faham bila kau sendiri cuba untuk bukak hati kau sendiri untuk fahami segala- galanya. waktu makan nasi pun terfikir pasal mama.. then aku teringat, mama pernah cakap .. "Tak baik menangis depan nasi. "
Tapi aku tak dapat nak berhenti nangis.. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...