Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 30 August 2014

Sedih lagi fikir



Tak berhenti sedih dalam hati. Terus aku berfikir tiap hari. Yakinkan aku perkara tu takkan terjadi. Kurangkan kesedihan hati aku. Seolah-olah ianya hidup dan mati aku. 


Harini ..

aku tengok mama cepat penat. Aku pun tolong mama kemas dapur tadi sebab renovate dapur, pasang task je. So, berhabuk. Kebnayakan barang kena cuci balik. 


Aku perhati je mama .. tapi banyak yang bermain dalam fikiran aku. Aku tolong urut kaki mama. Sambil urut kaki mama, hati aku sedih sangat. Aku takut mama tinggalkan aku. 



Lepas beli barang dekat bandar tengah hari tadi, lepastu balik rumah. Dalam pukul 5 lebih, petang macam tu .. Ajim balik dari perlawanan bola yang die join dengan member die. . Die terseda something, Then, die keluar kejap. Lepastu die datang kat aku. 



" Kak yong? enjin kereta mama tu kenapa hidup je dari tadi? "



Eh? Dah keluar kereta tadi, mama tak tutup ke enjin kereta ? 

"hah? Yekew? "
Lepastu aku tanye mama. " Mamaaa, mama tak tutup enjin kereta ke lepas keluar kerera tadi?"


"Eh? yeke ? Rasanya mama dah tutup tadi?"



Lepastu Ajim pegi dekat kereta mama, masuk. Then, tutup enjin kereta yang terpasang tu. Siap tunjuk lagi kunci yang die amik dari dalam kereta.  ( nasib baik, kalau ade orang nak curi kereta, dah senang-2 dah die bawak lari kereta tu macam tuuu je.  ) Aku jadi makin pelik. Mama tak pernah cuai macam ni? Aku kenal sangat mama aku. 



Lepas ajim bagi kunci, aku bagitau mama.. " Mama tak tutup lah mamaa .." 

Mama hairan. Sebab mama kate mama rasa dah tutup dah. Mama lupa agaknya. mustahil mama boleh lupa perkaran penting macam tu? Kenape dengan mama ?

Second, waktu nak masak sama-sama dengan mama .. Aku keluarkan ikan dari freezer atas. Letak dekat sinki. Rasa macam nak masak ikan goreng je harini. Lepastu mama tanye, 
" kenape letak ikan tu dalam freezer atas? Mama letak dekat bawah bahagian sayur tadi kan?"



Aku cakap laa.. "Akakla yang letak la ikan tu?"



" eh ? bukan mama letak bawah ke tadi?"



"Eh? mane ade? Keluar dari kereta tadi, akak yang bawak ikan ni, akak yang letak dalam peti ais atas. Mama bawak sayur je tadi ? 






" Ya Allahh ... berilah kesihatan yang baik untuk mama ya Allah. Hindarkan dan jauhkanlah mama dari searang penyakit yang boleh memudaratkan dirinya ya Allah .. Result biopsy tu next week.. Harap-harap takda ape jadi. Beri aku peluang juga. Amin. "

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...