Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 8 August 2014

Kemana tumpahnya teh O ais kalau tidak ke nasi goreng pattaya T_T




Dalam pukul 11 malam macam tuu, roommate ade belikan nasi goreng pattaya dengan air teh o ais. Tapi, dalam pukul 1 pagi tu baru aq makan. Lambat sikit la. Sebab busy buat preparation untuk presentation Tourism Geography. 

Ku pikir, sambil makan.. nak lah jugak layan cerita drama sambil-sambil makan tu. So, bukak lah drama Kimchi Raya dekat Tonton walaupun aku dah tengok berulang kali hanya kerana Syarul Ridzwan tuu..
Annyeonghaseyo Syarul oppa"
"Saranghaeyo ~"

Hahaha. Sambil makan dan tengok drama, air teh o ais tu dalam plastik, aku letak dekat tepi nasi yang tengah aku makan. Senang, nak hirup je.  Tiba-tiba , plastic air teh o ais tu senget ke tepi, then elokkk-elokkk je tumpah dalam nasi goreng pattaya aku.. syriuuhhhh ~   T_T
Fieyda yang duduk kat tepi aku ( makan nasi goreng pattaya jugak ), pandang dengan pandangan yang terkejut tahan gelak.
aku siap menjerit lagi. 

“Mamaaaaa … ! Nasi goreng Pattaya akak banjir dengan Teh O Ais ~” *padahal mama dekat Selangor nuuu .. hahaha.. boleh dikira komunikasi jarak jauh kan? 

Esok pagi baru ngadu kat mama. Mesti mama gelak.


So, pernah dengar tak pepatah ke, peribahasa ke?
“kemana tumpahnya kuahkalau tidak ke nasi?”

Ye dakk ? Tapi, yang ni bukan kuahhh beb ! Ini Teh O Ais, wehhhh  ! Teh O Bengggg … Nak buat bubur pun memang tak boleh dahhh..

Aaaa, berenang-renang nasi dengan telur goreng dalam bekas polysterine tu. Aku nak nangis sebab dah tak dapat makan dah. Sedih do. Tapi,at the same time jugak aku nak tergelak. Alahaii .. cuai nyeee lah aku. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...