Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 30 August 2014

Jangan ambil dari aku. Tolong




Kau tahu? Hati ni meronta-ronta yang teramat sangat waktu menaip entri ni. Moga apa yang akan berlaku selepas ini, takkan berlaku seperti yang otak jangkakan. Jujur aku kata, aku tak bersedia untuk kehilangan orang yang aku sayang. Masih belum dapat aku membalas semua jasa dan pengorbanan pada aku walaupun aku tahu semua tu tak dapat dibalas 100%. Tak kering air mata memikirkan semua ni.


Beri aku peluang.  Beri aku peluang untuk lakukan semua yang ingin aku buat untuk orang yang aku sayang. Tak ada apa yang aku harapkan selain beri peluang kepada aku untuk menjaga, membahagiakan , menabur jasa. Masih belum cukup untuk aku berikan kasih sayang aku yang secukupnya. jangan biar orang yang aku sayang pergi ikut jejak adik aku yang pergi dahulu dari aku 11 tahun dulu. 

Teringat dalam Al Quran pernah bercerita. 

" Sebahagian daripada nikmat kurniaan anak-anak pada hari qiamat ialah, apabila mati anak-anak di saat mereka masih kecil, maka anak-anak itu akan menarik tanggan kedua ibu bapanya untuk bersama-samanya ke syurga. Bersabda Nabi s.a.w,إنَّ الطِّفْلَ يَجُرُّ بِاَبَوَيْهِ إلى الجَنّةِ
Yang bermaksud : Bahawa sesungguhnya kanak-kanak kecil yang mati itu akan menarik tangan kedua ibu bapanya masuk ke dalam syurga bersama-samanya. "

Tolong. 
Tak ada apa yang lebih berharga selain mereka. Jangan ambil mereka sebelum aku pergi dulu. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...