Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 15 August 2014

Horrible Week



Aaaa ... dari semalam cuti, tapi takda buat ape-ape? Walhal aku rasa ade lagi assignment yang aku tak buat? Tapi, takdak mood do. Semalam kolej cuti sebab buat majlis hari raya. Tapi aku malas nak pegi. Dok dalam bilik, Aku nengok laptop je. Puas jugak la aku godek-godek Tonton.com.my nak cari drama-drama best. Sehari, nak dekat 10 drama aku tengok. Sadis betul. Mengadap laptop aje. Yelaaaa, semalam jugak tetibe henfon aku buat hal. Dia taknak hidup.? Aku dah bengang gila. ! (* ikutkan hati aku, aku nak je baling dekat dinding. Tapi takda guna pun aku buat macam tu?)

 Dah nak kena repair lagi? Nak kena mintak duit dekat parents ? Taknak la.
(* Bukan sombong, cuma aku taknak susahkan mama dengan abah aku. Sebelum ni pun henfon aku tu dah a few times buat hal macam ni. And kali ni, lantak lah . Malas aku nak fikir dah. Sape-sape nak contact aku, pandai-pandai la email ke, facebook ke, twitter ke eaa? .

 Aku rasa this week memang bertindih-tindih masalah, ujian, dugaan atas kepala dengan bahu aku. Waaaaa , rasa macam nak nanges pun ade. Aku nak balikkkkk ...  Dah la aku sensorang kat sini. Family aku semua kat Selangor. Kalau difikir-fikir balik, menyesal pulak aku further study jauh-jauh kat Kelantan ni. Kalau difikir-fikir balik lagi, better sambung dekat KL je kan? Nak kata dekat dengan rumah pun boleh tahan. Nak makan pun balik je rumah. Senang.  Lepastu, Kalau nak pegi kolej, merempit aje pakai motor lagenda biru mama tu. Bhahahaha .. lagi pun aku dah berani merempit sensorang. 

Paling best haritu, mama tinggalkan aku sensorang kat rumah. Mama pegi open house rumah makngah, mama bawak Nuha dengan Iffah je. Mama lupa yang aku nak ikut? Lepastu aku pun decide. Amek kunci motor mama, cari sweater nak pakai, cari sneaker merah aku , dompet ( * Kena bawak jugak walaupun lesen aku baru tamat tempoh haritu. Tapi aku  dah renew baru dahhh ...  hahaha ... time birthday aku tahun depan baru lesen tu tamat tempoh. ) and helmet.  lalalala. Selambe je fly tapi lesen mati. Tapi nasib aku baik sebab takda roadblock pun? Kalau takk .. huh mampus aku kena mengadap pakcik polisi nanti.

Fuhh .. aku rasa macam style gila. Macam nak gi fly jauh-jauh. Hakhak. Dah start motor, dari rumah aku nak ke rumah makngah kat Gombak tu. Aku kena lalu dekat jalan Sungai Tua yang ala-ala race track tu. Baru setengah jam tetibe hujan turun lebat gila. Sadis je aku rasa. Satu badan basah. Hahaha .. well, pengalaman. 

Lagipun, aku ni suka jalan-jalan. Tak kisahlah kalau aku sesat ke ape? Sebab aku nak mengenal dunia. So, buat masa ni aku suka travel, jalan-jalan pakai public trasport yang ade je. Such as, KTM, LRT, Monorail, Bus, Taxi. 
Boleh dibuat pulak ? Aku dah lama tak menjejakkan kaki ke Times Square, Then aku boleh sesat pulak dalam tu? Naik turun escalator je. Sampai adik aku merungut. Macam nak lempang je kalau dapat orang yang merungut time jenjalan dengan aku.



 See? Gua siap nengok direction lagi nak cari food court. Food court pun gua tak jumpa beb ! Perut dah lapar gila. bergendang-gendang. Jalan-jalan kat situ .. boleh pulak ternampak skirt labuh, comel gilaaaa.. then bila fikir-fikir balik. Keesokan harinnya, birthday Iqah, haa .. tak salah aku nak beli kan. Lagipun lawaaa . hahaha .. tapi aku nunggu je dia upload gambar pakai skirt tu. Mesti lawa. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...