Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Sunday, 29 December 2013

Percaya pada warna coklat m&m

Assalamualaikum...

Hm ... dalam masa beberapa hari lagi nak masuk tahun baru. 
Tahun 2014.
Tahun 2014 jugak aku tekad nak lupakan harapan yang lama dan mulakan harapan yang baru.
Setelah ditambah, tolak, darab dan bahagi ( *ape aku merepek ni? )

aku fikir, kita kena maju ke hadapan. Tak boleh lah nak teruskan stay berapa di kedudukan yang sekarang. Tak boleh nak stay denan ( *haaa.. kan dah typo kat situ ) harapan lama sebab, makin lama kita tunggu tapi tiada sebarang perubahan? Kelak, satu hari akan merosakkan diri kita.
Waktu berputar,
Masa bergerak ke depan dan tak pernah nak tunggu kita. Kita aje yang kadang-kadang terpaksa mengejar masa. Sebab orang dulu-dulu cakap, masa itu emas. Sampaikan diorang buat pepatah untuk sedarkan manusia sekalian alam yang masa itu berharga sangat. kalau nak dipendekkan cerita, "jangan suka buang masa" aje. Hahahah... aku pulak yang memanjang-manjangkan cerita.

Kemonnn .. *come on
Positifkan diri okay ? Teruskan hidup. Dengan itu akan dapat buatkan diri kita jadi lebih baik dari dulu.

Pernah aku lalui macam-macam cabaran macam warna coklat m&m ni. 

 ( *ada bakat jadi photographer tak? ) Tadi aku tengah makan m&m sambil conteng-conteng dlm buku , apebenda aku nak tulis dalam blog nanti. so, dapatlah idea tangkap gambar ni. Wohohohoo ... )


Kegagalan, ditinggalkan, dikecewakan .. ( bab-2 kecewa ni ada tahap macam kemehameha Goku dragonball pun ada ) Lepastu aku sedar, janganlah atas sesuatu perkara .. takkan kita nak seksa diri kita sendiri? 
Happykan diri. 
Buktikan yang kita boleh kuat !
( *bangkit bila ditolak jatuh bangkitlah semula. )

Haritu aku ada tengok video ceramah  kebangkitan semangat tahap Avatar dari Ustaz Azhar Idrus .. watch it okay .. maybe dapat beri harapan baru. Aku tukang bagi semangat je. Chaiyokk !






Hemohemohemo ~ Hoooo
ada betulnya jugak apa yang beliau cakapkan tu. Tak semstinya seorang kan? Mesti ramai. ( *aku pun terfikir gak? A'ah kan? )
Cuma berapa lama kita kekal dengan dia. Itu aje. Sebab tu dalam hidup ada pertemuan, ada perpisahan.
Sebenarnya banyak lagi yang beliau sampaikan, pandai-2 lah u alls cari dekat youtube tu. Berlambak.Haha.


# Untuk sesiapa yang baca blog ni .. Nahhhhh,  ambik. saya hadiahkan awak warna warni m&m supaya hidup awak penuh dengan warna warni yang dipenuhi dengan kemanisan pekat berkrim. 
Percaya pada takdir, ketentuan dan qada qadar Allah. 


Ouh ya ? baru teringat.. aku terharu gila bila ada orang like entry aku yang lepas. Tak sangka, terharu nak menangis tahap nak banjir . tapi aku tak dapat tengok sape yang like tuuu ..  terima kasihlahhh . tak sangka ada jugak orang baca blog buruk tahap usang ni.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 21 December 2013

tak sampai

Assalamualaikum..


Hm .. terasa nak membebel panjang. Tapi aku tak tahu nak membebel ape ? . Ada sesetengah cerita aku suka kongsikan dengan readers, tapi ada sesetengah nya tak.  kiranya, privacy aku tetap ada even aku shared banyak story pun.

Aku ni ego.
Aku ni penakut. 
Bila terdengar orang lain sebut pasal cinta. Aku akan lari dengan sekuat hati. Pergi jauh-jauh. Aku taknak dengar ape-ape pun pasal cinta. Sebab apa yang aku tahu, cinta ni menyakitkan aku. Even aku sedar .. cinta tu ada dalam diri setiap manusia. Tapi aku tetap nak elak. *nampak tak ego aku kat situ? aku sedar, diri aku ni masih menunggu dia dan mengharap yang tak pasti. aku tak tahu apa yang membuatkan aku buat begitu. Aku pun pernah terfikir .. apa yang istimewa nya dia sampai aku jadi macam ni? 5 tahun aku cuba lupakan dia tetap tak boleh. Now? Sekarang.. kami contact semula. tapi takdalah rapat macam dulu. Sekadar biasa-biasa aje. 

Baru-baru ni 12 Disember 2013, it was my birthday. Ouh. Gila. Aku otp dengan dia dari pukul 12 sampai pukul 3. Betapa bahagianya aku waktu tu. *dapat cakap dengan dia. Dapat dengar suara dia. Aku rindu dia. Dia orang terakhir yang wish my birthday, padahal aku harap dialah orang yang pertama. Aku mati-mati ingat dia dah lupa birthday aku. Sedihh taap gaban. Tapi, aku tetap tunggu dia. Aku yakin dia tak lupa birthday aku. Then, suddenly .. pukul 10:34mlm. Baru dia sent wish message. Dia kata dia takde kredit nak mesej. Ha! Aku dah agakkkk .. *then, aku gelak sorang-sorang sebab aku bahagia sangat.

Taktau lah apa nak jadi dengan aku ni. Tak mampu nak luahkan segala yang terbuku di hati aku ni. Mungkin aku dah terbiasa simpan semuanya dalam hati aku. So, bila time nak luahkan .. aku terkelu. Tak tahu apa aku nak cakap ? Arghhh. frust ahh macam ni. tapi aku fikir jugak. dah lah sekarang tengah study. gatai pulak nak bercinta bagai. kang frust menonggeng. apa pun tarak. bayangkan, cinta jarak jauh pulak tu? arhhhh... lagi buat aku frust. Otp aku boleh membebel panjang dengan dia. Tapi, bila dah face to face.. satu apa pun tak keluar dari mulut. Nak pandang mata pun apatah lagi?

Ni lah luahan hati seorang perempuan yan lemah. entah apa masalah aku? malu tapi mahu. Puiii ... yes. aku tak berani. aku tak berani amik risiko. fine.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

tak pernah terungkap pun ....

Assalamualaikum...

Mesej yang nak ditulis dan di-sent sebenarnya .. 

"Heee ... Tak pernah pun baca ..  ok, selamat malam. Love you awak . selamat malam. jaga diri . Saya sayang awak sangat .. " 

Dari dulu lagi aq nak cakap semua ni . tapi tak terungkap . ? So, mesej ni jela yang mampu aq hantar  kat dia .

" Hehee .. Tak pernah pun baca ..Ok, waalaikumslm .. "



end.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...