Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 27 November 2013

Please don't hate me.


"Kenapa kau kisah sangat pasal orang lain ha ? Jangan fikir sangat pasal orang lain yang tak fikir pasal perasaan kau. Diorang tak kisah pun pasal kau. Engkau tu ! Fikir pasal diri kau sendiri. "



Aq terdiam.  Waktu tu aku fikir. Aku paksa diri aku untuk jaga hati semua orang. Walhal ? Aku tak mampu sebenarnya. Aq suka buat sesuatu di luar kemampuan aku. Even aku tahu aku tak boleh buat, tapi aku tetap buat. Hati aku ? Belakang cerita. Aku tolong jugak even waktu tu pada masa yang sama aku pun dalam kesusahan. Tapi aku diam. Aku ego dalam hal tu sebab aku fikir. Aku tak nak menyusahkan orang. Aku akan cuba selesaikan sendiri. Aku tak suka tengok orang lain susah hanya disebabkan aku. Aku akan lebih rasa bersalah. Biarlah aku yang susah. Walaupun di hujung ranting.

Maafkan aku andai aku ego dalam hal ini. Kisah silam yang membuatkan aku jadi begini. What you give, you deserve get it back. Aku cuba jadi kuat semangat dari kisah silam. Mungkin, kadang-kadang .. kebahagiaan di hadapan menutup semua kisah kesedihan aku di belakang.  Lihat senyuman ikhlas aku. Jangan sedih atas kesedihan aku kerana ianya akan makin bertambah. Kuatkan aku. Maafkan aku. Aku ego taknak berkongsi kesedihan aku. Aku taknak orang lain bersedih juga kerana aku. Walaupun air mata di hujung kelopak mata, aku akan tetap cuba bertahan. Tolong jangan benci aku atas semua ni.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Driver bas macho

Assalamualaikum

Tadi ..
Rancangnya nak pergi Hospital Selayang melawat kawan PLKN Shamine yang masuk wad hari tu . Shamine drive kereta. Aminah, schoolmate aku dulu pun ada sekali. Then, tetibe Mine cakap tak jadi pegi hospital. 
" Kte g TS. " 

"Whatt ?? Jangan main-main Mine. "

"Betul lah. Sumpah. Kan Minah ?"

Aminah pun sengih-sengih je. Haha. Nak caye ke taknak ni? Shamine ni kadang-kadang suka mengusik, menyakat, men-dajalkan kawan-2 dia. hahaha. Aku pun ikut sengih. Then, Drive sampai Rawang, rupa-rupanya betul .. tak jadi p hospital sebab Pieyka dah keluar wad. Ouh, ok. Then, g TS naik Komuter dari Rawang. Berhenti dekat KL Sentral. Beli tiket Ke Imbi pulak. Then, kena jalan kaki siket. Lintas jalan. Sementara tunggu lampu pejalan kaki bertukar hijau, ada sebuah bas Rapid KL berhenti di bahu jalan untuk turunkan penumpang. Aku tengok ~ je pemandu bas tu. Sekali pandang. Lepas pandang sekali tuu .. aku terus  tengok dia berterusan. Macho nye !

After dia berhentikan bas, dia macam kelam kabut siket nak cari button bukak pintu bas kot ? . Aku tersengih .. 

" Wuuuu .. Hensemnya driver bas tu ~ Muda lagi kot ! Dah lah hensem. Pakai pulak spect mata Rayband warna hitam... Ouh my ..."  

Muka, macam umur 20 lebih macam tu lah. Student kah dia? . Sooooo ... ouh, entahlah. taktaulah nak cakap macam mana? Jodoh. haha. puihh. dah mula merepek aku ni. Abang driver hensem tu pun aku boleh terpegun. Tapi kan, nak jeeee pandang dia and senyum meleret dekat dia. Tapi aku tahan je senyum aku tadi. *Aku senyum sorang-sorang je tadi. Aku nak pandang lama-lama tapi aku malu ... haiyoooo ... serius ! nak je melompat kat situ jugak .. tapi, ouh .. sabar Wieya. Sabar ~ .. jangan buat malu .

Aku sendiri pun taktahu apa motif aku tulis entry ni. Mungkin untuk sekadar ingatan aku.



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 25 November 2013

Jerteh

Assalamualaikum.. 

:p 
Cuti semester untuk semester 1/2013 dah mula. Habis sudah final exam. Dah ada dekat rumah dah pun. Home sweet home...
So,  kita manfaatkan cuti ni dnegan meng-update blog. Banyak yang tertangguh sebab uruskan hal-hal kolej. Lagi-lagi assignment yang berlambak menggunung. 

#throwback balik kampung thasya.

Hampir 6 bulan berada di perantauan*cehhh ..
kalau ada waktu cuti tuu .. hati ni mesti terdetik nak balik rumah. Tapi, apakan daya ~
jauh beribu-ribu batu hendaknya. So, daripada duduk mengurungkan diri dalam bilik hostel tu .. Wieya ikut member balik ke kampung dia. Kami berkawan sejak dari  bangku meja sekolah menengah tingkatan 2 sama kelas. Until now, takdir persahabatan pertemukan kami sampai ke alam kolej di Kelantan. Hoho ~ indahnya ayatku berjela-jela.

Dekat je, kat Jerteh, Terengganu. Naik bas. Perjalanan dari Kota Bharu - Jerteh lebih kurang dalam dua jam lebih rasanya. Wuuu .. dah lama tak rasa pemandangan hijau sawah padi. Tapi, kami sampai sana waktu petang dah nak hampir malam. So, keesokannya baru kitorang bergambar sakan sebab pemandangan Jerteh memang gila cool ! Cantik. 

Bila tidur waktu malam, memang sejuk gila. Macam-macm story yang kitorang bukak sebelum tidur, Macam bed time stoy lah pulak. Then, keesokannya.

Pagi-pagi lagi Thasya kejut Wieya dengan Azida. Suruh mandi. Fuuuu .. biasalah. Air dekat suasana kampung ni pagi-pagi memanglah sejuk membeku. Haha.. dalam pukul 10 macam tu Thasya ajak keluar pulak. Tengok keindahan sekeliling kampung. Wieya ni jenis yang suka bergambar .. so, This is it .



Sambil jalan-jalan dekat tepi sawah, boleh nampak ramah pesawah awal pagi dah turun ke sawah nak uruskan sawah. 



Jalan-jalan hirup udara segar. Tenangkan hati. *Waktu ni tengah stress dengan kampus. Homesick rindukan family sangat-sangat ..



Paling best, bila Tok Wan Thasya bawak balik buah-buahan. Wieya pun feeling-feeling lah makan buah-buahan ni banyak-banyak dengan harapan akan menjadi debab sikit sebab orang akap Wieya ni kurus keding sangat. Ngehehe .. dekat depan rumah je pokok-pokoknya. Macam-macam ada. Durian, Manggis, Rambutan, Langsat .. 
Ngahaha.. Aku kaya ! Lunch dengan buah-buahan. Pemakanan sungguh sihat. Makan buah je dah kenyang.



Thasya n Dida. Diorang ni buddyz sejak dari form 1 sampai form 5. Bahagia kan diorang.
Those yang belum kenal or baru kenal diorang mungkin akan gila-gila menyampah dengan dorang sebab perangai diorang yang kadang-kadang suka menggila. Tapi, exactly .. diorang friends yang peramah, ambil berat .. Kekadang tu .. Wieya boleh join jugak gila diorang ni. Terus hilang pemalu kucing dalam diri ini.




Wieya, kalau dah dapat pegang kamera *segala jenis kamera, kamera henfon, kamera dslr dan sbg nya. So, sukahatikulah nak tangkap gambar ape kan ... mana-mana sudut pandngan yang aq nampak .. itulah yang akan aku pamerkan. *ouh ? Aq ni sebenarnya student jurusan bahasa atau jurusan pelancongan ? Ok, abaikan. 







Bila dah further study jauh-jauh ni mestilah hati ni rasa sayu bila berjauhan terrutamanya bila jauh dengan family. Rasa keseorangan pun ada. Sampai rasa buat keputusan nak berhenti atas alasan jauh sangat dari family. 

"elehh , padahal .. masa mula-mula datang punyalah excited tahap gaban. Bila family dah balik .. Huh, Maaaa .. I miss you ... (dengan air mata mengalir deras macam sungai )"

Tapi, alhamdulillah. Diorang ada menemani. Even kampus kitorang jauh sikit tapi kadang-kadang tu  Wieya sanggup naik teksi tambang RM10-RM20 .. semata-mata nak jumpa n lepak denagn diorang. Port yang kitorang selalu pergi nak hilangkan stress , of course lah dekat Tesco. Ngahahaha ... Wieya sendiri taktahu macam mana nak cakap. ? Bila dekat Tesco tu, rasa macam ada dekat KL. *ok, pelik. 

Apa perbezaan antara Tesco Kota Bharu dengan Tesco lain ?

- Pembahagian kaunter yang berlainan untuk perempuan, berkeluarga dan untuk lelaki. Kalau kaunter tu ada sign untuk perempuan sahaja, maka jadinya untuk wanita sahaja. 

- Ditutup pada waktu solat jumaat .. akan dibuka selepas pukul 2 petang.

- Tidak menjual barangan mminuman keras, atau produk yang tidak halal.

- Dekat tulisan TESCO ada tulisan jawi.


*sumber gambar - google




Ada kisah di sebalik gambar ni. Wieya jadi tukang photographer nya. Thasya n Azida jadi model nya. *Wahahaha ...
Wieya : " Ok, ready  ~ ( Dorang dah senyum ready nak tangkap gambar ) .. Ok, 1 , 2 , 3 .. "

Then, maka lepas dah 3 saat dorang jadi patung lepastu dorang kembali bergerak nak tengok balik gambar yang Wieya tangkap tadi. Bila tengok balik dalam folder ..
 "Aiiikk ? Apa ni? Mana muka korang ? Kenapa nampak kaki Thasya je ? Ahahahahahaha.. pelik . " 

Lepastu mulalah kitorang gelak sakan, pasal gambar ni je. Waktu ni Dida yang paling banyak gelak.



 Time petang pulak, kitorang jalan kaki pusing kampung. Ternampak banyak lembu kena tambat dekat pokok. Wieya pandang Azida.

"Dida ~ Lembu tu tengok awaklah. Sape suruh pakai tudung warna merah ? Kalau lembu tu kejar, kita lari dulu. "

Haha. Hobiku suka menyakat Didaaaa .... kan dida kannnn .. Then, ternampak ada anak kambing. Mula-mula kitorang na p dekat dengan anak kambing tu, Thasya siap nak ambik gambar depan-depan lagi. 

"U smile, I smile ~ "

 Tapi tiba-tiba anak kambing tu datang dekat dengan kitorang. Ingatkan anak kambing tu nak kejar ? Beria - ia sungguh kitorang berlari ala-ala atlet Watson Nyambek. Fuuuuuu ~





 Gambar membelakangkan matahari. 



*Dida be my model sebelum kami berat hati nak balik ke kampus.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 19 November 2013

Pengajaran kawan

Assalamualaikum..


*Ok, kena mengaku yang blog ni dah bersarang dan berhabuk disebabkan kekangan masa. Mungkin ada yang kata  
"Aaaaahhh, itu hanya alasan semata." 
Tapi, memang betul pun. Aku cuba nak elakkan, tapi terjerat jugak dengan situasi macam ni .. 

Hari ni hari yang ke third last aku akan beraa di kelantan. Pheww .. pejam celik pejam celik dah nak cuti semester untuk semester 1/2013 ni. And now tengah ada final exam, harini jugak paper kedua terakhir untuk subjek Fundamental Of Tourism .. Boleh tahan lah nye .. esok tak ada exam .. hari khamis ada paper yang terakhir. 

Now terasa malas gila nak buat apa-apa. Itu yang terdetik dan tertimbul idea nak tulis blog ni . Rindu sangat nak tulis blog. Dulu tak ada masa. 

Meh sini nak cerita. 
Dulu masa pertama kali datang study dekat kelantan ni aku ada mention yang aku selalu homesick tiap kali balik semula ke kampus. Ini memang kawww kaww punya homesick. Sebab sebelum datang, kononya aku berlagak arrogant never will homesick.. haha. bila parents dah balik rumah .. haa.. tu dia, amik kau. Menangiss .. Mana tak nya. 4 bulan lebih rasanya aku homesick.. Asal sampai aje dekat hostel ..me akan nangis sorang-sorang. *nangis bagai nak rak macam orang putus cinta. -,-" Haiihh ...

Sekarang ni nak luangkan masa dengan blog semula. 
Biasalah, permulaan masuk ke KPTM ni macam-macam perasaan yang ada. Takut, sedih, excited nak jumpa kawan baru pun ada. Then, dapat asrama yang ... *ouh? Taktaulah macam mana nak cakap? Then, something happen yang membuatkan Wieya bergaduh dengan roommate yang suka ikut kepala sendiri. me rasa mcm nak hentak kepala sendiri dekat dinding.  She thinks she the BIG BOSS in the room. DUMB. 
Satu bilik ada 4 orang . Waktu awal perkenalan, kenal-kenal macam tu je. 

Nama apa ?
Asal mana?
Ambik kos apa?

Memang akulah yang paling pemurah memberikan senyuman. Tapi, waktu hari pertama aje. Then, start hari kedua .. aku mula tak suka dengan tempat ni. Seriusly. Aq gocoh dengan roommate aku tu pun sebab dia tak reti bahasa. Banyak cara yang aku buat untuk tak dekat dengan dia dah. Asal aku nak study dia buat bising.

1 ) wa cakap dengan mama nak berhenti .. 
( lepastu mama cakap, takkanlah nak berhenti disebabbkan budak tu aje?? Buat bodo jela dengan perangai dia tu. Allah Maha Mengetahui siapa betul, siapa yang salah. ) Ok, aku tabahkan hati.

2) Aq siap pergi  jumpa warden asrama dekat Lembah Sireh lagi, apply permohonan keluar dari asrama dan aq buat keputusan nak duduk dekat biilik sewa. Tapi, permohonan aku ditolak bulat-bulat. Cis.


Cerita 1 : 
Dia siap Bawak member dia ramai-ramai masuk lepak dalam bilik waktu aku tengah tido. *Padahal pagi esoknya ada kelas pagi wooiii .. takkan tak reti nak tido? Sampaii pukul 3 pagi kot. Gelak pun macam langsuir. Hadoiyy .. lainlah kalau telinga aku ni kalis bunyi. 

Cerita 2 : 
Lepastu dok marah kat aku yang aku pasang langsir tingkap. Nama pun perempuan ? Mestilah kena pasang langsir. Kau nak suruh orang luar tengok ke dengan dok dalam bilik tak pakai tudungnya? Dahtu ? Katil dua tingkat. Posisi dekat sebelah tingkap. Aku dok katil tingkat atas kononnya budak tu GAYAT. Padahal saje mengada taknak duduk tingkat atas. Fine, aku mengalah time tu.

Imagine that, aku duduk katil tingkat atas. Katil tepi tingkap ..
kau taknak pasang langsir. Takkan nak biar orang tengok aku tidur dengan tingkap tak da langsir. Kau takpela. Terlindung dari tigkap sikit. Tula. Taknak fikir. Tau cakap je.

Cerita 3 :  Bukak tutup pintu bilik air pun macam kat rumah takda pintu bilik air ? *once again, kalau teling wa ni kalis bunyi takpelaa .. NI ? hari-hari aku nak kena dengar kau bukak pintu tu kasar/kuat-2 .. aku pun fed up. Baik tanggalkan terus pintu tu. Tak payah ada pintu langsung. kan senang.

Cerita 4 : 
Biasalah. Dah nama pun kehidupan asrama. Tak lepas daripada kena kutuk, kena mengumpat. Sendiri yang buat orang lain yang dipersalahkan. Means, nak lari dari kesilapan diri sendiri. Dia tuduh budak lain mencuri. Especially about money. Kesian jugaklah kat roommate aku lagi sorang ni sebab asyik dia je kena tuduh. Padahal bukan dia yang buat pun? 

Cerita 5 : 
Disebabkan aku tak tahan dengan perangai dia yang rasa nak makan penyepak aku .. akupun tulislah nota berbaur sindiran atas faktor dia tak pernah nak sedar diri bila aku tegur dia. 
Aku tampal dekat tepi bilik air yang aku suruh dia tutup pintu bilik air perlahan-lahan. Keesokan paginya, before dia ke kelas dengan budak satu kos dengan dia.. aku lepak dekat meja dekat luar bilik. Doing my assignment. Then, maye dia terbaca my nota tu. Dia baca kuat-kuat. (nak bikin hati wa sakit ). Then, dia ajak member-member yang kamcing dengan dia baca nota yang kau tulis tu kuat-kuat. *perghhh .. memang menyirap gila time tu. Sambil dia keluar dari bilik otw nak turun tangga nak ke kampus, sempat lagi dia perli n sindir-sindir aku. Serius aku hilang mood and threw the teh o ais beside me to her. VERY ANNOYING ! Mengamuk sehh macam The Hulk. *tak dapat tahan marah.

She and her friends tereuskan jalan turun tangga. even aku mengamuk pun dia buat bodo je. Waktu dia bbalik dari kelas , dah tukar baju apa suma.. waktu tu tengah hari. ramai stduent dah keluar asrama ada kelas n mcm-2 lagi. Time tu aku still berada dekat meja tempat aku buat assignment.
 Waktu tu dia ajak  5 orang member dia, kepung aku yang keseorangan tu. Then, mulalah soal mcam-2. Aku ingat lagi dia cakap. " Salah kau, pandai-pandailah kau pikir sendiri. " Aku tak cakap. Dia yang cakap. Aku just repeat balik apa yang dia cakap. So, berhati-hati apabila berkata-kata.


After that memang aku tak tegur dia langsung, even duduk sebilik pun ? . Lantak kaulah. Aku tak kacau hidup kau. 

Cerita 6 :
Then, ada satu malam .. aku berjaga bersekang mata sampai pukul 2 pagi sebab nak siapkan assignment. Tak lama lagi nak kena submit. Aku ternampak budak tu ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir . Dah kenapa ? Aku pun buat bodo jela. Dah aku cakap aku taknak amik tau apa-apa pasal dia lagi. Tiba-tiba sorang roommate aku datang kat aku. 

"Dompet ada mane? "

"Ade ni dalam beg, kenapa? "

"Simpan dompet elok-elok sebab ada barang Izah hilang. "

Izah tu budak bilik depan,  bilik aku.

"Hah? Barang ape?"

"Cincin tunang dia."

OMG. Serius aku terkejut. Waktu tu aku mengucap aje. Barang kawan sendiri pun budak tu amik ? Takut pun ada. Aku tanyelah.

"Siapa yang ambik ? "

"Izah cakap .. *i*j* yang curi. " ..

Waktu tu aku terfikir. Ouh ? selama ni, duit aku hilang tu dia yanag ambik ke ? Ouh .. ni kes kawan makan kawan lah ni ? lepas dah dengar cerita tu .. aku pun buat dek jela. malas nak amik tahu dengan lebih lanjut lagi. Aku pun teruskan buat assignment.

Dah pukul 2 lebih, pagi .. 
Aku ternampak dia  naik turun tingkat bilik asrama. Kejap bawak beg, kejap bawak barang. Dia nak g mana ? pindah bilik ke ? biarlah dia... 

Esoknya aku tengok budak tu dah tak ada. Katil dia semua dah kosong. Barang-barang dia semua dah tak ada. Takkan dia dah lari? .Then, bila kaku aenya yang lain, memang dah konfem dia dah lari. Lari sebab tak dapat nak bayar balik duit cincin tunang yang dia dah gadaikan tu. Patutlah dia lari, Izah ugut dia kalau dia tak pulangkan balik cincin tu atau balik balik duit pampasan cincin tu dia akan report polis. Maybe ia takut, dia lari balik kampung dia. 

Waktu tu aku fikir. Dahsyatnya dunia ni .. macam manalah kalau parents dia tau dia buat macam tu ?

Sampai aku dah nak habis semester 1/2013 budak tu tak berani nak datang balik. 


Tapi sekarang, alhamdulillah. Aku dengar cakap mama.
Selalu tabahkan hati.
Selalu bersabar, ada hikmah disebaliknya. Berhati-hati dengan orang yang kita baru kenal cuma jangan letak kepercayaan tu 100% pada seseorang.

Now, aku dah dapat sahabat yang insya allah boleh memahami antara satu sama lain. 
Alhamdulillah. Aku bersyukur pada Allah.  Apa yang aku nak cakap dalam entri kali ni . Berhati-hati dalam memilih kawan. 

Photos of my friends ? Wait and see .




 





Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 10 November 2013

menunggu

Assalamualaikum..

Semalam, tiba-tibe aje rasa hati ni sedih sangat. Sedih ibarat kehilangan sesuatu dari diri.
Aku rasa give up nak tunggu dia. Putus asa sangat-sangat.  Tak ada guna aku terus menunggu sedangkan dia sedang bahagia ? Aku, berduka. 

Berfikir semula. Berharap pada sesuatu yang belum pasti. Aku sendiri pun belum pasti. Kini, aku serahkan segala-galanya pada Allah SWT untuk menentukan semuanya.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 7 November 2013

ideaa ..

Assalamualaikum...

Diri dilanda berbagai stress. Esok final exam paper Pengajian Malaysia. Then, 4 more paper to go. Lepastu, fikir nak cari rumah sewa lagi. Tahun depan haruslah ada tempat tinggal. 





Errr ... i've no idea..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Niat dan kawan

Assalamualaikum.. Heeee...

Dalam sedar tak sedar, dah hampir 6 bulan Wieya berjauhan dari family tercintaaa. Homesick, rindu, menangis, tahan rindu .. semua ada. Perit rasanya. Nak buat macam mana? Adat ke naegeri orang nak sambung belajar. Mama kata, "Yang penting, pelajaran."

Dah masuk bulan November dah pun. Hari ni hari kedua dalam kalendar islam. 
2 Muharam 1435H. Tetapkan dalam hati, niat yang suci murni dan ikhlas. 

Pertama: Niat nak habiskan Diploma dan belajar bersungguh-sungguh.
Kedua: Always want to make my parents proud of me.
Ketiga: Jadi contoh yang baik kepada adik-adik.
Keempat: Alhamdulillah, sehingga hari ni.. hati Wieya masihh lagi menunggu dia. Menunggu dia dalam hidup ini. 

Amin. Moga Allah SWT permudahkan segalanya.

Dalam 2 minggu lebih je lagi dah nak habis exam final untuk semester satu. Lepastu cuti semester dan boleh habiskan masa depan laptop. Before balik Selangor, kena cari rumah sewa atau bilik sewa area KPTM Kota Bharu sebab tahun depan dah tak duduk asrama. So, kena cari tempat tinggal dekat luar. Alhamdulillah jugak. Pada mulanya memang kita tak kenal kawan-kawan dekat sini. Kita terasa asing sangat.  Tapi, bila dah kenal antara satu sama lain. Smeakin okay walaupun pada walnya Wieya tersalah pilih kawan. Biasalah. Lumrah hidup.

Wieya harap, persahabatan yang mula terjalin ni akan kekal hingga akhir hayat. Wieya akan perkenalkan kawan-kawan di semester dua nanti insya allah.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 6 November 2013

Pengalaman alam kampus.

Assalamualaikum...

Bismillahhirohmannirohim ...

*pejam mata. Tenangkan hati. Senyum ..

Rasanya macam terlalu lama Wieya tak update blog ni .. sejakkk , sibuk dengan aktiviti kolej . At first memang tak dapat update blog sebab tak bawak laptop. Tapi, bila  assignment semakin menimbun, HARUSLAH jua bawak laptop. So, adik-adik kecilku yang berada di rumah tu memang tak dapat guna laptoplah. Haha .. Tungu Wieya balik cuti baru boleh guna.

Sejak masuk ke alam pelajar kampus .. macam-macam yang Wieya belajar kat sini. Yang mana satu intan permata, yang mana satu kaca. Yang mana suka ambil kesempatan terhadap kita, yang mana ambil berat tentang kita. Yang penting, stay berjauhan dari keluarga kena pandai jaga diri. Walaupun berjauhan, tetap ingat pada ibubapa yang banyak berkorban untuk kita. 

Pada mulanya memang perit untuk Wieya lalui semua ni. Tersangat perit. Tapi mungkin, semakin lama kita akan rasa semakin biasa. Pada masa yang sama untuk menjadi seorang yang lebih matang dan tabah dalam hadapi apa jua cabaran dan dugaan. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Melihat, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Agung. Kita duduk di bumi Allah, kena sentiasa ingat padaNYA. Minta oertolongan dan berdoa kepadanya. Jangan sesekali lupa padanya sebab Allah tak pernah lupakan hambanya.

Percaya juga kepada Allah. Andai ada yang berbuat jahat pada kita, TRUST ! Allah akan membalasnya dan memberikan petunjuk kepada orang yang buat jahat tu. 

Hari ni Wieya start exam final year untuk semester 1. Subjek inggeris untuk hari ni. Dakan Wieya berjaya ookehh ! Kejap je. Pejam celik- pejam celik dah nak masuk Semester dua untuk tahun depan. hikhik .....

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...