Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 10 August 2013

Cerita sedih.

Assalamualaikum

cerita sedih .. pertama kali berada di negeri orang .. berjauhan dengan keluarga , tanpa mak ayah. tanpa adik - adik. Sebelum sambung belajar, aku dah yakin aku boleh cuba untuk survive . Tapi, sangkaan aku meleset. Bila aku sendiri yang merasai pengalaman, cabaran dan dugaan .. au terus rasa down .. aku tak boleh nak teruskan lagi. aku tak sanggup. Aku nak berada dengan family aku. I want to be with them .

Dari hari pertama aku dekat situ . macam-macam dugaan dan cabaran yang datang pada aku. Pernah berkali-kali aku menangis tak berhenti-henti. Apa yang ada dalam fikiran aku, hanyalah mama dan abah. Aku nak balik ... aku nak balik Selangor .. waktu hari nuzul quran haritu, aku nak balik Selangor jugak. Bila dapat jejakkan kaki ke tanah negeri Selangor .. aku rasa .. ya ! Ni lah tempat aku .

Kenapa hari tu aku terkejar-kejarkan tempat lain sedangkan aku dah selesa berada di tempat sendiri ? Manusia ...

Sekarang ? Masa tak boleh nak diputarkan kembali ? . Aku kena teruskan jugak . Takkan aku nak lepaskan segala pengorbanan parent aku selama ni ? perit atau tak .. kena hadapinya jugak.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Studies : Days 14 - mereka dah pergi meninggalkan aku 3 hari sebelum menjelangnya ramadhan

Assalamualaikum

07 Julai 2013 - Hari ke 14 aku ada dekat Kelantan.

Pagi, dalam pukul 8 lebih .. aku baru je melangkah masuk ke dalam bilik .. then, aku dapat mesej dari mama yang Cik Joe ( kawan rapat abah ) , dah tak ada. Cik Joe dah meninggal. Meninggal lepas beberapa minggu terkena strok untuk kali kedua. Dapat je mesej dari mama tu, air mata aku tak boleh nak berhenti mengalir. Tambah lagi dapat je mesej mama, aku terus suruh mama kol aku.
Aku nak balik .... !
Mama suruh telefon abah, abah yang tahu pasal cik joe. Bila dapat telefon abah, aku dapat dengar dalam talian, suara abah sedihh . Abah kata, arwah meninggal pukul 2 pagi. Waktu tu, terdetik dekat hati aku .. kenapa semua pergi dulu sebelum bulan puasa ? Hari tu Cik Tuah, ni ? Cik Joe pulak ? Ya Allah ...


Patut lah aku rasa tak sedap hati. Aku buat kertas pembentangan sampai pukul 3 pagi semalam. Then, Tengah hari , da;am pukul 1 lebih .. waktu tengah mesej Tachaa .. tiba-tiba mama telefon . Aku agak, if mama nak tanya keadaan aku if aku still bersedih pasal Ci Joe. Wahen I'm pick up the phone ..

"Yong ~ Mama nak cakap ni .. Wan dah takde. "

Once again ! Air mata aku bertambah deras mengalir nya. Two person leave me in the same day ? Aku rasa macam nak meraung ! Aku nak balik .. aku tak dapat balik ziarah mereka disebabkan aku jauh . Serius ! Aku menyesal pilih tempat jauh. Mujur lah time aku nangis tu, roommate aku takde dalam bilik. Aku sorang je. Mama pujuk aku jangan nangis.

Pukul 10 malam - Aku try kol mama, abah, anyah, ajim .. semua tak dapat ? Henfon aku tak de line ? Then, lepas solat isyak .. baca yassin untuk arwah Cik Joe and untuk arwah nenek . Lepas aje baca yassin.. ada number tak dikenali kol aku. Bila aku angkat, lah ? abah rupanya .. then, dapat cakap dengan mama. Mama kata, jangan sedih sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Mama n adik beradik yang lain yang mandikan dan kafankan jenazah arwah wan.

Malam tu aku kol mama lagi . Mama kata .. tahun lepas abah  hilang kawan untuk bergaduh .. tahun ni abah hilang kawan meng-getehh .. ( minum teh )

Ya llah .. terasa beratnya dugaan aku ni .. automatik aku terfikir aku nak berhenti .. aku taknak duduk studies kat situ dah . tasuka . ( tak suka ! )
Al fatihah untuk arwah .



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Studies : Days 10 - Their behavior

Assalamualaikum

Hm .. 
03 Julai 2013 

8:30 malam - Roommate aq tak tahu nak makan ape  ? Aku bagi cadangan .. makan murtabak. Then, lagi sorang ni sebut harga murtabak tu , RM2.50. tetiba dia kata ... " Daripada makan murtabak, baikk makan roti . " - dengan nada yang macam nak kena penyepak dari aku je. -

Sabar jela.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Studies : Days 9 - Hari kedua kuliah bermula

Assalamualaikum

02 Julai 2013 - Hari ke 9 aku berada di perantauan . *lah sangat ..

Without my family, without adik-adik ... Hari ni hari kedua kuliah bermula. :(
Tadi, waktu ada kelas foregein language Bahasa Arab, aku duduk dekat meja betul-betul depan meja lecturer . *menyesal lah pulak amik tempat depan ni . kang tak pasaiii-pasaii muka aku yang first sekali kena soal .

Sambil lecturer tu memperkenalkan diri, aku tulis segala apa yang lecturer tu cakap dalam notebook. Memang terlebih khusyuk lah.aku menulis tu. Then, terdengar lecturer tu cakap .. "Okeh .. ghoyak namo, asal mano, doh nikoh ko belum .. "

Ingatkan lecturer tu cakap dengan orang lain? Rupanya dia cakap dengan aku ? Hah! aku pun ? pandang lecturer tu .. terpinga-pinga. Dah agak .. aku pulak orang yang first sekali perkenalkan diri. Grrr .. bangun slow-slow ~  Tetiba dok terfikir .. Miss Yuslina cakap, budak Tourism kena beranikan diri dan ramah. Haihhh .. terketar-ketar jugak lah kaki n tangan aku.

Dengan ayu dan sopan. " Assalamualaikum . Nama saya .... ( bla .. bla ... bla ) , Asal dari Selangor, anak sulung dari 5 adik beradik. Sambil aku dok memperkenalkan diri tu .. tiba-tiba aku terpandang sorang budak lelaki ni . muka dia macam pelakon kot ?! Yang macam muka Aidil Aziz tu .. Tapi, Aidil Aziz tu lagi hensem .. dia tak hensem pun. Then, lecturer tu boleh pulak mengusik aku, tanya .. "Doh kawen ka belum ? "

Hooiihh, of course lah belumm ...

Then, ada sorang boys yang kecoh, yang memang wa tasuka dari hari pertama seminar hari tu .. aku ingatkan orang situ ? Rupanya dari Perak ?  Pelik ..

Dah tu ? Waktu kelas Miss Yuslina pulak , Miss cakap budak tourism kena jaga penampilan.  Pakai yang smart-smart and profesional ? Heh ? Aku ni dahla buta fashion .. dah tu ? Belajar pakai high heel dan wedges ? .. perghhh ...

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Lebih pahit dari kopi

Assalamualaikum


*Sedih menyelubungi diri ...

Tak nak balik kampus .. tak nak ! tak nak ... Hm ...  seminggu je ada dekat Selangor .. tak cukup masa diberi. Esok dah nak balik dah. Tadi, Abah dah keluar beli tiket bas. Sedihh ... sangat :(

I wish if I could turn back the time ..
I want to turn back the time ! Please , let me ..

Kehidupan dekat sana, tersangat lah tidak best .. lebih pahit daripada kopi. *seribu kali menyesal
Dekat Selangor ni, lebih manis dari susu pekat F&N .  Menyesal tak pilih tempat belajar dekat-dekat. kalau tak, tiap-tiap minggu boleh balik rumah. Tahun ni , raya pun tersangat lah tidak best ..

- kehidupan yang sangat perit sebagai seorang student.
- cuti yang sangat sekejap, seminggu aje?
- Tahun ni pun, mama tak dapat cuti lama. Sebelum puasa tak banyak masa untuk dilluangkan bersama sebab banyak kerja malam. Time raya pun, dari last puasa sampai raya kedua sahaja. Cuba bayangkan ?
- tak dapat luangkan banyak masa dengan maksu sebab maksu pun busy dengan kerja.

Berat hati nak tinggalkan adik-adik walaupun dalam tengah mood raya. Aku tak kisah sangat pasal raya, yang aku kisah .. aku nak ada bersama family dan adik-adik aku setiap masa aku nak bersama diorang.

Berjuta kali menyesal jugak sebab aku dah jauh dari diaaa. Aku dah tak dapat nak curi-curi tengok dia lagi sebab time sekolah, I can't stop starring at him. Now, jiwa aku gelisah if sehari aku tak tengok dia. Macam tu jugak dengan family aku. Sehari au tak dengar suara atau tengok diorang .. aku risau sangat-sangat.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 6 August 2013

Reunion 5 sastera 2 : Iftar together on 4th August 2013.

Assalamualaikum..


Bahagianya dapat duduk Selangor .. walaupun seminggu . tapi, Tak cukup!
Sedih .. sebab seminggu aje cutinya ..Sepanjang studies dekat sana .. tak tertanggug rasanya rindu pada family .. kawan-kawan sekolah yang rapat .. dan rindu pada seseorang .. seseorang yang .. entah lah ? Aku pun tak tau nak cakap macam mana? Tapi, aku masih menunggu dan berharap pada dia even dia dah ada orang lain. Arghhh ! Apa sedih-sedih ni ? . Wieya bukan nak cerita pasal ni ..

Nak cerita pasal REUNION !! Wuhuu .. Setelah .. lama jugak lah kami budak 5 Sastera 2 tak jumpa .. akhirnya dapat berkumpul kembali dalam satu malam. Iftar sama-sama .. dapat tangkap gambar bersama .. dapat tengok balik muka-muka yang selalu membuli Wieya. Haha. Jujur, Wieya cakap .. Lama tak jumpa diorang, memang terasa rindu.


 Jyeahhhh ! muka-muka gembiraaaaa ..
Time Wieya studies kat sana .. teruk gila homesick waaaa ... nangis tak henti-henti ..

Bila dapat jumpa diorang ~ memang gembira tak terkata !! Tengok je diorang, rasa tenang hati ni . sebab dapat tengok diorang. Alhamdulillah . semua sihat,tapi ada jugak lah beberapa orang yang tak datang. Sedihh tak dapat jumpa diorang. Sabrina belajar dekat Gombak .. Shamine menunggu PLKN, Yan belajar dekat Shahputra. Syeraa dekat KK kat Kuantan dengan Yan. Aku sorang je tercampak jauh dekat Kelantan. Menyesal ~




About this picture, and the person .. This is Azila. My ex -classmate. Now, dia masuk form 6. Azila ni pendiam. Tapi, Wieya suka berborak dengan dia even kadang-kadang dia pendiam. Tapi, time reunion .. Wieya nampak dia macam ?? Lain dari yang lain . ? dia cantik sangat malam tu .. Seri ramadhan semestinya. Wieya ada pos gambar Wieya bersama dia dekat instagram .. and I've say something .. tapi, cuma di instagram je. haha .. Boleh follow my instgram okay .. cari je. ... dhia adawiyah . mesti jumpe.




Wieya tak tahu kenapa ? Tapi, Wieya nampak .. Ezzrie ( baju kuning ) uh nampak lain macam ? Tak macam masa sekolah tahun lepas. ? nampak macam ? . entah lah .. tapi, suka tengok dia sekarang .. look at his smile dan suka tengok kengkawan yang lain. Banyak yang berubah ..





Hahahaha ..



Haaa ! Masing-masing pun dah bertambah sporting ! .. Happy go lucky aje .. bertambah matang. Ada yang dah berubah ke arah kebaikan. Alhamdulilah .. ada jugak perkara yang tak kami jangka ? . haha. anyway .. to my friends . Aku memang happy dengan korang ..  hope kita boleh berkumpul sama-sama lagi macam ni ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Studies : 2 days before leave Selangor

Assalamualaikum

Hehe .. Hari ni baru dapat taip entri selepas selama sebulan lebih aku sambung studies. Ohhh myy .. without laptop, without television, without internet .. sungguh sadis . Selama aku jauh dari family pun .. aku dapat merasai rasa homesick yang teruk. Nak dekat dua tiga minggu aku nangis bila teringatkan family aku. Sampai ada roommate aku ni siap perli free-2 dekat aku. Huh, aku diam jela. Memang kuat memerli la. Tapi, itulah dugaan dan ujian yang perlu kita tempuhi.

Once again, inilah dinamakan berdikari. Semua kita kena hadapi sendiri.

 Disebabkan banyak benda aku nak cerita, tapi selama aku studie tak dapat nak buka blog .. aku just menulis dalam diary je. dari dalam diary .. aku ceritakan balik dekat blog ni ..so, dah alang-alang aku cuti rayaaa ni .. better aku luangkan masa tulis blog untuk entri yang banyak aku terlepas.

Entri 21 Jun 2013 : Dekat rumah, dalam bilik. ( 2 days before leave Selangor )

- Esok 22 Jun 2013. Esok kena balik kampung, spend time dekat kampung, Pahang sebelum bertolak ke Kelantan on 23 Jun 2013. Kelantan kan jauh dari Selangor .. so, if stay kejap dekat kampung .. rasanya boleh jimat masa perjalanan sikit. Merancang perjalanan. Now, dah nak pukul 5 pagi. Aku still tak tidur lagi.

Nak spend time peghabeh dengan laptop and my room. Sayu hati nak tinggalkan Semua. Katil, Bilik, Motor .. Petang tadi aku sempat bawak motor round satu taman perumahan. Bawak Iffah and adik Nuha. Now, tengah tengok Twilight 1-4. haha.. Tak tido sebab tengok twilight .. Kang, dekat Kelantan dah tak boleh nak menghadap laptop dah. Gila best twilight !


Entri 24 Jun 2013 - 

Pukul 5 lebih, nak dekat pukul 6 aku dah bangun dah. Gemuruh punya pasal ! Aku, kalau gemuruh .. mesti sakit perut. Hadoiyy .. please jangan buat hal ~




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Balik Selangor .. dan Surprise !

Assalamualaikum ..

Wuuu .. Tak sangka . Wieya dapat surprise dari Blog Fizgrahic !
Wieya bertolak dari Kelantan, hari khamis , malam pukul 9:30pm. Then,sampai Greenwood, Selangor dalam pukul 6 lebih, tak silap ? Mama datang jemput dekat Greenwood. Wahhh !! Rasa leganya hati dapat balik Selangor sempena nak dekat rayaaaaaa ni .

Wieya, Tachaa and Didaaa.. menggila dalam bas. Best betul !
Haritu, hari Nuzul Quran .. Wieya naik bas sorang balik ke Selangor , boring betul. Takde sape nak  berborak . Tido jelaaa. wahahaha ... Then, bila dah sampai rumah. Rest kejap. Letih wooo .. 10 jam dalam bas . Boleh senget pinggang dibuatnya. Kali kedua, balik Selangor naik bas.

Then, mama bagi something . Dua keping sampul surat. Satu, surat twaran dari kolej-kolej ..s atu lagi surat yang tidak diketahui. ? Haha.. excited kot nak bukak ! Sape yang bagi ni kan ?? Bukak je sampul .. haha .. Yeayyy !! Dapat Kad raya pertama dari Fizgraphic ! ..

Sedihh .. tahun ni tak dapat mana-mana kad raya lagi ~  dulu, waktu sekolah rendah .. rajin sangat membeli kad raya lepastu samnggup bersekang mata malam-malam semata-mata nak tulis kad raya bagi dekat kengkawan sekolah rendah. Rindu nak buat macam tu . tapi sekrang dah takdak masa ..



Haha .. terima kasih banyak-banyak FIZGRAPHIC . Terima kasih jugak untuk duit RM50 tu . Boleh beli kasut raya . hahahahaha ...

SELAMAT HARI RAYA JUGAK UNTUK SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA, KEPADA FAMILY, SAHABAT HANDAI .. RAKAN BLOGGER, MAAF DIPINTA ANDAI ADA KESALAHAN YANG WIEYA DAH BUAT.



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 5 August 2013

Studies : Days 8 - Homesick.

Assalamualaikum

01 Julai 2013 - Hari ke 8 aku berada berseorangan di Kelantan without my parents. And my homesick are getting worse . ! Really worse. I can't stop crying when I remember them.

10:10 pagi : Wake up in the morning. Wearing Baju Kurung for first day of class. Macam tak percaya aje ? And now, Still waiting what gonna be happen  today. So bored ~ Masuk dalam dewan auditorium bersederhana sahaja keluasan dia. Ouh ? Jumlah pelajar dia, hampir jugak memenuhi ruang dewan tu. Kesemuanya pelajar kos Diploma Pelancongan. Bukan Pelencongan ye. *ada budak lelaki dalam dewan tu asyik cakap "pelencongan" je. Naik menyampah dengar . -,-"

10:15 pagi: Duduk dekat tempat yang kosong. Alone, still no making friends yet. Entah lah. Aku just tunggu what will gonna happen. Student yang lain masing-masing dah berkenal-kenalan dengan kawan diorang. Aku ni  pemalu. Suddenly ? Aku dihalau dari tempat aku duduk.

" Awak ! Dah ado ore ( orang ) doh tempak ( tempat ) ni.  Budak sains ... bla .. bla.... blaa...  ~"

 Nak je sound. "eh ? takde nama kawan awak tu pun ? " Sakit hati pun ada. Tapi .. Aku diam. Aku bangun dah cari tempat duduk yang lain. Sabar ~ Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. *ok, aku dah nak nangis. Aku cuma mampu berharap aku bermimpi sekrang. Ini ujian dan dugaanNYA. Rasa nak demam. Rasa lembik macam nak demam je. Jelly nyaaaa ...

Malam ..

Keluar makan denga roomate. Makan dekat sebuah kedai makan. Aku order yang biasa-biasa aje. Nasi goreng biasa + teh o panas. Bila order sampai, nasi goreng dia , berbeza sangat dengan nasi goreng tempat aku. Nasi goreng tempat aku, even RM4 pun, ada macam-macam. Ada sayur campur, ayam, udang blaa.. blaa .. tapi ? Nasi goreng yang aku order ni .. just ?
 Nasi, kicap dan beberapa ketul ayam = RM4 .. cuba bayangkan ? Kalau gituu, aku pun boleh masak sendiri. ? dah tu .. gelas Teh O aku, sumbing. Pecah sikit. Takkan tukang buat air tu tak perasan kot ? terus hidangkan gelas pecah dekat customer ? Aku terus takdakk selera.

Tiga orang housemate yang makan sekali dengan aku gelak + bahan aku sebab aku order nasi gorang yang memang tak ada rupa nasi goreng langsung ? Rasa nak nangis je. Tapi aku tahan je.Sedihh ..

Rindukan adik-adik ~ nak gaduh dnegan adik-adik . nak mandikan Nuha, budak kecik tuu.. risau .. agak-agak .. adik-adik macam mana lah dekat sana wihout me ? ..


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...