Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 19 June 2013

Sebenarnya ...saya

Assalamualaikum

(  -_-" )  .
Apekebenda lah yang ada dalam kepala aku ni ?? Lain yang nak luahkan, lain yang aku cakap . ?? Sebenarnya, rindu yang teramat. Tapi, rindu tu disorokkan .nak luahkan punggggg susah . Susah sangat. Tak tau lah sampai bila hati ni asyik nak pendam je?
Mess !

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

 

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

 

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,


So, Wieya nak tahu apa yang dia tengah buat .. Wieya try sent message kat die. Try okay ! Tak taulah dia reply atau pun tak. ? Sekadar mencuba aje.


Me : " Kenal adik kiter tak ? " 

( Actually, takde motif pun tanya soalan ni. ? Taktau nak tanye ape ? Padahal saje nak berborak tapi taktau nak tanye ape ? )

Him : " Jap2, yang mane eh?Tak pasti ar . Asal ? "

( OMG ! Alhamdulillah. Dia reply ! .. Ok, Wieya. Relaxxx .. jangan gabra sangat .. rilekkk .. tenangkan hati.)

Me : "Oh, takde ape. Haha. Saje tanye, busy ke ? " 

 ( Padahal, sebenarnya dalam hati, mana ada tak ada ape-2 ? . Mestilah ... ada tujuan saya mesej awak ni.. Maaf sebab saya terpaksa tipu awak yang saya rindukan awak. Sebenarnya saya saje je mesej awak. nak lepaskan rindu sebab tak lama lagi, saya akan berada jauh dari awak. Uwaaaa...)


Him : " Takdelah sangat. Hm, sape adik kamu ? "

Me : " One of the girl yang jaga koperasi. So? Form 6 ok tak? "

Him : " Ow. yeke. Hm, buat masa nh ok jew. "

( Dia cakap ok ? Oklah tu kot  )

Me : " Oh. Tggu upu untuk next year punya intake ke ? "

Him : " Kekal Form 6. Adik kenal **** ke ? "

Me : " Oh. Oklah. Form 6 lagi better. Just kena struggle lebih. Owh. Tak, die tak kenal pun. Oh, oklah. saje nak tanye khabar, sihat ke tak. Ok, ke tak. Hehe. Dont be to stress yup. Kte always doakan yang terbaik, ok. "

( No, why awak tak mohon KPTM macam kiter ? mana tawu boleh dapat satu kampus ke ? Hari-2 saya boleh usha awak dari jauh. Lepastu tersengih sorangg-sorangg ..)

Him : " Kita sihat je.ok trima kasih. "

( Ok, dia sihat. Alhamdulillah. )

Me : " Alhamdulillah. Rindu nak tengok orang tu senyum ohh. Haha. oklah. nyte. "

( Serius ! Rindu nak tengok dia senyum. Sebab dia senyum, boleh buat hati kita cair. Lepastu rindu nak tengok dia pakai songkok. Kalau boleh, nak pengsan time tu jugak. Masa taip ayat mesej ni ..I feel like ??? Uiihh ? nak sent ke taknak ? Alih-2, tutup mata lepastu tekan button sent .. haha ..  )

Him : " Raye nanti, owang datang rumah die. Huhu "

( Uihh ? Really ? Betul ke ni ? betul ke ? Excited ni ! )

Me : " Yeayy ! Haha. Tapi, raya nanti taktau dapat cuti panjang ke tak nanti dah lah jauh kat kelantan. Entah bila balik lg. "

Him : " Oo, kamu sambung mana? "

Me : " Kptm kelantan. Jauh sehh .. " 

 ( Sedih woo .. nanti saya jauh dari awakk .. *nak nangis .. )

Lepastu dia tak reply ? aikkk ? nape tak reply ?? Wieya sent lagi mesej. Nak bagi semangat dekat dia.

Me :  " ****, just nak say, walau kat mana kita berada pun, kalau kita usaha, kita akan berjaya. jadi, next destination.. mesti **** akan berjaya.Okay !! Doa kiter selalu ada dengan ****. Remember that ya. Nyte. Ada masa,kita jumpa or berkumpul macam dulu ok. Nyte again. "




Suddenly ? He replied message.

Him : " Bidang apa ? "

Me : " Tourim. Haha. Kaki jalan.  " ( Nanti, boleh saya bawak awak jalan-jalan. :p )


Him : " Oww.. Bila masuk ?"

Me : " Isnin minggu depan. Wish me luck ya ? " 

 ( aduhh , bukan nak cakap pasal ni. Nak cakap saya rindukan awak. Itu aje. Tapi, dari tadi tak terluah pun. )

Him. " Ow ok. insya allah. "

( Saya betul-betul berharap awak doakan saya.  )





Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 18 June 2013

rasa hati

Assalamualaikum

Tiada modal yang aq nak ceritakan. Tiada bahan aku nak sampaikan. Baru aje lepas tengok Official Videoklip Najwa Latif yang terbaru. I LOVE YOU. Kalau ada yang dah tengok, mesti rasa terharu dengan klip video tu . Tapi,  kalau ada yang tak suka .. rasanya tak perlu kot nak buruk-2 kan keadaan. Diam-diam sudah lah kan ? Luahkan rasa SENANG HATI cukup lah.

Kisah di sebalik Lirik-lirik lagu Najwa sama dengan my life either.


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..


Sampai sekarang, 
Hati ni masih menunggu dia walaupun ada insan yang juga yang meminta cinta ini. Dah lama, hati ini diam-diam menyimpan perasaan terhadap dia. Tapi, takdirnya dia bukan untuk aku. 4 tahun dah berlalu. Tapi, aku still simpan lagi hati ni untuk dia andainya dia perlukan aku. Tak tahu kenapa hati ini masih menunggu dia sedangkan ianya bagaikan mengharap sesuatu yang belum pasti ? Sedih rasanya.

Walaupun dia bukan ditakdirkan untuk aku, Kalau dia susah, aku suka tolong dia, even kadang-kadang hati ni terluka. Tapi, aku diamkan aje. Aku tak kisah.









Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 16 June 2013

tanya pasal dia

Assalamualaikum

 8 Days more .

Lagi 8 hari aje lagi sebelum continue my studies tu Kelantan. Bakal berjauhan dengan family. Bakal berpuasa. Memang bakal berjauhan dengan someone jugak.

Tadi, online facebook, then ada sorang kawan sekolah tak sama kelas .. chat dengan Wieya. Its nothing. Just soalan biasa-biasa bagi pelajar lepasan SPM. Dah sambung belajar ke ? Belajar dekat  mana ? amik kos ape ? Haha ..

Masa mula-mula chat dengan dia pun dah terdetik dekat hati ni nak tanya pasal someone. Actually, I have feelings with his ​​classmates. Or, as be known as CRUSH. Its been long tme I've keep this feeling. Since form 2. So, dah 4 tahun. Ngahahaha .. taktik betoii ! Mula-mula dok tanye-2 la pasal geng-geng dia yang lain ... ingatkan nak selit nama "dia" n tanye "dia" sambung belajar kat mana sekarang. Tapi tak. Soalan yang seterusnya baru tanye pasal dia. Then, hati ni pun dah rasa tak tertanggung rindu rasanya .. ahhh .. tak kira . Tanye lah jugak ..

"Urm, ***z dah sambung belajar ke? "

"***z masuk f6. ehhhh...da agak da mesti tanye punya .. "

Huish, dia ni ? macam tau-tau je orang nak tanye pasal kawan dia. Kantoi .. Kiter pun, cover line laa ..

"ehhh .. tak yah la pikiaq bukan-2. tanye je pun. macam ko tanye pasal Yan tadi. tak boleh ke cik abang oiiii ? ."

" boley je jangan mare ..huhuhuhihhihihihih "

Alhamdulillah. Dapat tau jugak. Sekurang-kurangnya "dia" sambung belajar. Tak kira kat mana pun dia belajar .. harap dia berjaya dalam hidup dia . Amin . Dah dapat tahu itu pun kira Alhamdulillah.

"Seorang perempuan boleh menyimpan perasaannya kepada seseorang selama bertahun-tahun. "

Haha .. Wieya terbaca quote di atas ni dekat sumber mana entah ? Dah lupa. Quote tu seolah-olah sama dengan diri ni .. hehe .. beginilah perasaan orang yang menyimpan perasaan nya terhadap seseorang selama bertahun-tahun.

Got a chance to watch Titanic Movies on TV2.
". Hati wanita seolah bagaikan lautan dalam yang penuh rahsia . - Titanic - "

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 14 June 2013

Pleural Effusion

Assalamualaikum..


Pleural Effusion. 

Its abnormal Xray result.
Itu result yang aku dapat after aku buat Xray untuk  medical check up aku. Baru dapat result hari Selasa lepas ( 11.6.13 ) sambil tu .. ada appointment dengan doktor untuk buat medical check up kali kedua. But, this time . With doctor. Malu-malu je waktu pertama kali masuk. Sebab ingatkan doktor lelaki ? hakhak!
She's look at me.  "Yes? Have take a sit. " and dia tarik kerusi dekat sikit dengan dia. Aww.. so caring.

Masa mula-mula aku tengok dia.. Ya Allah .. comel nya doktor tu .. teringin nak jadi comel macam dia . Then, she ask me a few question and  shortly after that .. she openes a file at her computer, which is that is my Xray result. Okay, this is my first time I've seen my .. err .. ? . My lung . 

Muka doktor tu nampak risau. Aku tengok ke arah skrin komputer. Yes, memang aku nampak result Xray tu .. tapi ? aku tak tau nak tengok macam mana ? What ? Is there any problems?

Doktor tu bangun dari tempat duduk dia dan keluar dari bilik tu. I wonder ?
So, takde keje. Mata ni pun melilau lah tengok segala barang dekat atas meja. Ada cop tanda nama dia. Her name? . 
Is she chinese or what ? 
Lepas tu, mama masuk. Memandangkan, Mama lebih banyak tahu pasal hospital dan doktor kat situ. So, aku tanya mama pasal nama dia. Muka dia ala-ala chinese, Nama dia tak macam nama chinese pun? 

Ouh? Warga Myammar rupanya. Patutlah lawa sungguh. 
Lepas tu .. dia tanya.
"When she was a baby, is she has any problem ?"

My mum said. " Err.. she's premature baby. Tapi, tak ada apa masalah pun?"

"Sebelum ni ada batuk-batuk tak ? "

Aku geleng. "tak ada.". Then, she looked at my mother. 

"Sebelum ni dia takda rasa sakit dada, noo?"

Haha.. aku suka dia cakap .. "noo .. " macam orang kedah-siam cakap. Then, she's explain everything to my mother in english. Ya. aku faham apa yang mereka bualkan. Tapi, aku diam aje. First time aku tahu ada Pleural Effusion ni, aku nak tergelak. Bukan suka atau ape ? Just, aku terfikir.. sebelum ni takda rasa sakit or apa-apa pun ? ..Padahal, waktu tu doktor n my mum tengah risau .. wheather it is chronic or not?  Aku harap, tak lah. Takut, mama terlebih risau nanti. 

Dah lah nak pergi study ni. Kang tak pasal-pasal terus tak boleh pergi. Ooooo.. I hope not. Next week, kena buat ujian Xray lagi sekali. Nak pastikan sama ada Pleural effusion tu dah lama ataupun baru ? Doakan segalanya okay ye ? Wieya nak sambung belajar ..and reply my parent kindness.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 10 June 2013

Berdebar.

Assalamualaikum


Lagi 13 hari lagi sebelum aq berangkat study ke Kelantan dengan penuh harapan. Makin hari main berdebar. Masa first-2 dapat tawaran tu, punyelah excited. Hm, pasal persiapan, ? Senarai barang, banyak yang dah di-list kan .. Tapi, kebanyakannya  tak berapa nak siap lagi. Just a few document. Perghh, banyak gila urusan. Benda yang dah siap dibuat, just ..medical check up. Itupun separuh je siap. Separuh lagi, esok .

Banyak lagi nak kena buat. Nak isi borang lagi. Fotostat dokumen penting lagi. Warghhh ..

 "Ya Allah, permudahkan lah segala urusanku untuk sambung belajar mencari ilmu pergi dengan harapan dan pulang dengan membawa kejayaan. Amin .."

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 8 June 2013

" ........ kalau cucu beli, nenek hadiahkan sekali bekas untuk simpan batu-batu ni .."

Assalamualaikum

Bosan dengan facebook, aku cari blog .. Sebab blog tak pernah bosan. Haha ..
Anyway, entri ni dah lama tersimpan dalam hati .. tapi, taktau bila nak publishh dalam blog .. and now,takde benda nak publish. inilah diaa..



Its second day, kami one family jalan-jalan dekat Pulau Pinang.  Best ! Dalam satu hari tu, kami pergi makan nasi kandar, pergi Bukit Bendera naik kereta api.. Hoho .. macam-macam tempat yang kami singgah. Tengok lukisan jalanan yang dilukis oleh Ernest Zacharevic yang berasal dari Lithuania dekat jalan Chew Jetty, Armenian Street and Muntrie Street

Sambil melawat tempat lukisan tu, kami ada singgah dekat satu tempat ni dipanggil Pasar Karat, yang jual macam-macam  benda termasuk barang terpakai. Cincin yang ada batu permata pun banyak.

Then dah malam .., singgah dekat Pasar Malam Batu Feringgi. Cuci mata. Lepas jalan-jalan dekat Pasar malam tu, kami cadang nak cari hotel yang berdekatan, kiranya nak bermalam lagi satu malam sebab tak puas jalan. Kami jalan ke Penang ni pun bukannya ada plan ape-ape ? terus pergi. Tanpa dirancang. haha .. so, takde booked hotel pun.

Tapi, mama dengan abah make a decision nak balik malam tu jugak .. Alaaa.. sedih doo .. dah la tak puas jalan . Dalam kereta, aku terus tido sebab sedih nak tinggalkan Penang. Suddenly, I've got a dream !

 Haaa .. ni yang part paling best nih ..
Aku mimpi, dekat Pulau Pinang tuhh .. aku ada masuk ke dalam satu kedai .. kedai ni semuanya theme ala-ala putih inggeris decorate giituu. okay, aku masuk ke dalam kedai tuu ..
whoa ! .. If korang boleh masuk ke dalam mimpi aku tuu .. aku nak korang tengok ramai-ramai.. betapa tenangnya dekat dalam kedai tuu .. indahhhh .. mendamaikan ... rasa  macam ? Wow !

Okay, I go step by step towards an old woman. Wanita tua tu pun tak nampak macam ke-MELAYUan sangat ? Justt .. kulit dia ala-ala kuning langsat gitu. Tapi, yang aku tak dapat lupa.. She smile at me . Dalam mimpi tu, aku dapat rasa, senyuman tu ikhlas .

Then, aku tengok sekeliling dalam kedai tuu .. memang banyak barang yang kita tak dapat nak jangkakan. Barang yang aku tak pernah nampak. Aku taktau nak jelaskan macam mana barang-barang dalam kedai tu sume. Rasanya, aku dan mimpi aku aje yang tahuu . Aku sentuh, satu persatu .. Terasa nak beli semua !

Once again, aku melangkah semula ke arah wanita tua tu. Then, she said to me. 
"Beli lah batu-batu warna warni ni .. kalau cucu beli, nenek hadiahkan sekali bekas untuk simpan batu-batu ni .."

Ngaa ! Aku rasa nak menjerit aje. Ya Allah, 
Cantik sangat batu-batu warna warni yang wanita tua tu suruh aku beli. Batu-batu tu comel sangat ! Kecik-kecik. Dahla kecil, macam-macam warna pulak tu . Bekas untuk letak batu-batu tu pun sama. Its so unik ! Unik yang tak dapat digambarkan,

Waktu aku tengok, dalam mimpi tu.. aku kata dalam hati . "indahnya ciptaan Allah. "

Aku pun beli batu-warna warni tu. Dalam mimpi tu, aku Terasa happy tak dapat digambarkan. Perempuan tua tu pun senyum lagi sekali.

 
Tiba-tiba aku terjaga dari tidur ? Tengok-tengok, kami ada dekat R&R mane entah ? My parent berhenti berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan.  Then, mama nampak aku baru bangun tidur.. mama hulurkan cup cwan maggi. Hoho .. bangun tidur terus makan maggi. Hahaaa .. 

Tapi, aku tak pernah nampak pun kedai macam dalam mimpi aku tu kat Penang. Grrr.. dah nama pun mimpi, imaginasi saja semua tu ahh ..Aku nak sangat bekas yang dalam mimpi aku tuhhhh !


#satu je yang aku nak cakap pasal Penang ni .. tempat dia bersihh dari sampah sarap yang dibuang merata-rata. Then, Penang ada wifi free .. haha ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Matlamat impian | naipmi tamaltaM

Assalamualaikum

Ramai kawan-2 aku dapat masuk universiti idaman impian diorang.
Aku ?
Alhamdulillah, walaupun tak segah atau sehebat U lain, aku dapat sambung belajar jugak. Tapi, dekat kolej aje. Bidang Tourism . Ok tak ? Wieya  ni actually kaki jalan, and I think, maybe its suitable for me. As a human, Wieya pun ada cita-2 untuk sambung belajar di U jugak. tapi, takda rezeki. Pasrah.

Nak sambung diploma ni pun Wieya rasa Wieya banyak susahkan parent. Dah la nak study jaoh-jaoh. Berjauhan dengan family. Nanti bulan Ramadhan kena sahur soranggg - sorangg .. berbuka sorangg-soranggg .. Dah la selama ni pula Wieya tak pernah pergi ke tempat yang jauh sangat,  dah tu ? Sorang-sorang pulak tu ? Even, selama ni Wieya asyik berkepit dengan family aje.

Now dan tak lama lagi, aku kena berdikari ( ouh, kari ~ kari ~ ) ..dan bergerak buat semua urusan all by myself. Itulah kehidupan kan ? Mengajar segala-galanya.

Meskipun Wieya tak dapat study diploma dekat U , tapi Wieya akan pastikan next degree, Wieya akan berada di universiti yang aku target  ! UiTM. Dan pada masa tu, aku akan guna duit simpanan aku sendiri. Insya allah , andai dipanjangkan umur . Ihik !

Matlamat aku.

Oklah, that the story for today . Thank for reading this entri .

Matlamat impian | naipmi tamaltaM   <-- baca dalam keadaan terbalik .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Throughout the day

Assalamualaikum


Ngaa .. letihnyaa, hari ni pun same jugak sebab letih tak hilang lagi. Tapi, berpuas hati..

Semalam Wieya ada appointment dengan skincare specialist dekat PPUM tempat my mum kerja. Dah alang-alang pergi hospital tu .. buat sekali medical check up dekat situ. Preparayion for college. Aku dah serik nak pergi hospital yang kelmarin hari khamis (7.06.2013 ) aku pergi tu .
TENGOK ENTRI NI.

Hurm, semuanya berjalan lancar semalam . Buat pemeriksaan Xray. hahah .. Gila punya u***e test .
Test penglihatan mata, haha. tak perlu. Wieya memang rabun jauh. Ukur ketinggian dan timbang berat badan.

Tinggi 148cm ( laaa ? Lagi 2 cm je ? apesal tak cukup 150cm teruss ? haha .. )
Berat : 38.2 kg. ( haha.. makin turun nampaknya. 2 bulan lepas adalah satu rekod terbaik . Dapat capai berat badan 41 kg, namun hanya sementara aje. Lepastu dia turun balik. Tak aci betul. )

Appointment kedua dah ditetapkan. Next tuesday. Dating dengan doktor nanti. Haha.. Doktor nak check pasal kesihatan yang lain pulak. Lepas buat medical check up, pukul 11 pagi pergi ke Klinik tempat yang dah buat appointment skincare. Amek number, lepastu tunggu giliran. Lama jugak lah, sebab ramai.

Pukul 12 lebih baru nurse panggil nama.
"Rabi'atul Adawiyah .."

huuuu .. bergegas Wieya masuk dalam bilik doktor tu . Tengok-2, aikkk ? Apesal ramai gila doktor kat sini. Takkan sume nak check aku kot ? Wieya pun duduklah dekat kerusi . Ada sorang doktor ni, gaya macam Prof. I mean, doktor yang betul-betul doktor pakar yang dah lama berkhidmat, serba serbi tahu about skincare. Yang ramai-ramai depan dia macam student ?

Then, after she takes a call, terdengar dia cakap. " I have no phone at me, i don't know where did I put the phone ? . "
Haha . Student lain tu gelak je . Aku pun tergelak jugak. Laaa ..
Then, she look at my face which having so much problems.

She's give some advice to me and at the same time, she teach her student (bakal-2 doktor tu ),
what they must do when have a teenager patient like me. huahuaaaa ..
what the first question they must ask their patient.
What they should suggest to their patient to recovery the problems.

Doktor (prof ) perempuan tu maybe nak teach them. and aku yang jadi patient contoh idorang. haha. bertuah sunggoh. Tapi malu ooo .... Haha.. para student tu sporting, they take a look at my face and find the solution to the problems. nak dekat 10 orang kott ? Ada sorang student lelaki chinesse. hensemmm. haha..

At last, Prof tu bagi advice how to treat well your face. Yang penting, harus disiplin.!

Lepas habis tu, cari ubat dekat farmasi. Ada satu sabun acne ni , dekat farmasi tu takda stok. Kena cari dekat farmasi luar. Satu KL kitorang  round cari sabun acne dekat farmasi-2, tapi diorang takda jual. ada pulak yang dah habis stok.

Masa nak balik, terjumpa kawan sekerja mama. She's chinesse woman. But look preety do not like her age. She's excited when look at me.

"She is your daughter?"

"Ha'ah. " My mum said.

"Well, she's the second one ?"

"No laa.. She's the eldest daughter .."

"Aiyakk ? Is she ? Wahh, I remember her when her was small. I remember her hair, kerinting gulung like chinesse. So cute. Now, she's preety as her mother too. Now, her hair even curly too? "

" Yaa, but not to curly. Little . "

Lepastu aunty tu tanya Wieya. " Umur berapa ni?"

"18 tahun. " I said.

" She graduated from school and now do some medical check up , preparation get into the college. "

"Ouh? where ?"

" Kelantan. Is far isn't it ? "

"Yeah .. eh ? ambil kos ape ya ? "

" Saya ambil kos tourism. "

"Ouh.. tourism bagus ! . Boleh melancong ke sana sini.  Enjoy before you get married. Don't married to early, enjoy first . haha .. "

haha. mestilah nak enjoy dulu aunty .. banyak lagi benda yang nak dicapai .  

Kesian mama. Setia menemani Wieya sepanjang hari. Drive sana sini. Berjalan ke sana ke sini.Tunggu giliran sampai tertidur. Hantar ****e test tu .
Terasa aku ni menyusahkan mama pula. Am I ?



Penat mama teman aku sepanjang hari semalam. But, i'll make sure ianya berbaloi . I'll study hard and repay your kindness mum. I won't forget it. Thankss mum ! Love you so much ! You're my life.



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Damn ! She so rude , Kalau macam tu, baik tak payah kerja.

Assalamualaikum


Huh ! Ni kes nak meluahkan rasa ketidak puas hati ni .

Kelmarin ( hari khamis ),aq nak buat medical check up dekat hospital situ. Madical check up ni persediaan sebelum sambung belajar ke ipta atau ipts, tak silap aq .. kene buat medikal check up terlebih dulu. Okay, aku sampai situ pukul 9 lebih, pagi. bila dah sampai dekat hospital tu, aq pegi dekat kaunter pendaftaraan. Aq dah la jarang pegi hospital tu , so aku mana tau selok-belok pasal hospital tu.

Aku ke kaunter pendaftran tu. Tanye akak yang bertugas. Dengan sopan santunnya aq nak tanya dia pasal medical check up tu.

Aq : Assalamualaikum, kak. Saye nak tanye pasal medical che ...

 ( aku tak habis cakap lagi ! die terus potong cakap aq .dahla salam aq tak jawab woiii .. ! )

Akak tu : Tu ! tu ! bace tu !

Die tunjuk kertas yang dah ditampal pada cermin kaunter tu. Okay, sabarr Wieya, sabar ~ .
Aq dahla nervous dok pikirkan medical check up tu, aq pun bce.
Medical check up untuk sambung pengajian ke IPTA/ IPTS.
Bilik 8
( selasa hingga khamis )
Okay, finneeeee ! Aku cari sendiri bilik tu. Aku dah jumpa, aku tanye makcik yang ada dekat situ.

Aq : Cik, nak tanye .. nak daftar untuk medical check up dekat mana ?
Makcik tu : Tuu, daftar dekat kaunter depan tuuu .. ( makcik tu tunjuk kaunter yang aku pegi tadi )

Aku pun, pegilah  balik ke kaunter tu .. aku tanye.

Aq : Err .. akak, makcik kat sane suruh saya daftar dulu kat sini.
Akak kaunter tu : Daftar ape ?!!!

(sentap owhh die marah aku macam tu . dahla depan orang ramai. nak nangis je rasa. )

Aq : Err .. daftar untuk medical check up ~
Akak kaunter tu: Tu ! Baca habis tak kertas tu ?!

Aku pun bacalah ..  rupa-rupanya dekat bawah sekali tu ada tulis . JAM 2 petang hingga 5 petang. 

Okay .. fine, aku tak baca habis tadi sebab aku nervous !. Tapi, tak payah lah marah-marah aku macam tu ! marah-marah aku macam tu , hang ingat, hari-hari ke aku datang situ ? Tak boleh ke cakap elok-elok ?contohnya macam ni .

 "Adik ~ medical check up pukul 2 nanti , petang nanti adik datang balik, ye .  "

Haaa ? Tak boleh ? susah sangat ke ? Wieya bukan nye suruh dia berlari satu hospital tu ? Die duduk dalam kaunter tu je kan ?
berlagak nak *****s ! Haaa ..sombong ,kerek betoii ... .nasib baiklah dia pakai mask, nampak mata je. kalau aku nampak muka dia kat luar, aku maki dia balik.

Dah kena marah tu, aku balik lah!  . Malas nak mengadap muka akak tu lagi.
Taknak aq pegi situ dahh . Serik woohh ..
Hospital dekat hulu je pun . -,-"

Kalau macam tu perangai hang layan orang, better tak payah kerja. Duduk je rumah lagi bagus.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 5 June 2013

Dia dah redha. Aku pun terima.

Assalamualaikum

Termasuk hari ni, dah 3 hari waktu tu berlalu. Tapi, aku tak dapat lupakan pengalaman tu.

Hati aku berdebar dan berharap ianya takkan berlaku. Meskipun ianya mungkin adalah sesuatu yang baik, Aku berharap ianya hanya sekadar mimpi. Tapi aku tak dapat hentikan apa yang akan berlaku. Aku tahu ia bakal berlaku. Namun, aku berdiri kaku. Walaupun betapa peritnya perkara itu, aku tetap harus terima. Itu adat dan tradisi kaum keluarga dia. Aku tak boleh sesuka hati nak hentikan semua. atau bawak lari dia macam dalam drama.

Dari mula hingga akhir majlis akad nikah, wajah dia serius aje. Terkesan kesedihannya pada aku. Tiada senyuman terukir. Dia seperti bukan kawan yang aku kenal selama ni. Kawan yang penuh dengan gelak ketawa. Aku tahu perasaan dia andai aku berada di tempat dia, mungkin aku juga turut merasai perasaan sama. 
Aku seakan tidak percaya. Selesai sahaja akad nikah dia, aku sebak. Air mata aku tak mahu menitis. Adakah aku bakal kehilangan kawan seperti dia ? Kawan yang banyak membantu aku tatkala aku suka dan duka.


Tapi, sebagai kawan . Aku sayangkan dia. Sekian lama dia bersama kami.

Aku tak tahu nak buat apa ?  Cuma meratap kesedihan, yang dia akan pergi. Tak boleh lagi nak luangkan masa bersama kami sesuka hati lagi.
Dia kata dia dah ada family baru .
Kecik hati kami baca ayat tu.

Mungkin dia kata begitu sebab dia dah redha dengan semuanya. Mungkin juga dia dah terima itu takdir dia . Aku tahu, Family dia dah tentukan jodoh dia di awal usia. Nak atau tak, dia kena terima .

Pernah berkali-kali aku terfikir. Ianya hanya adat dan tradisi, mengapa mesti diteruskan hingga zaman serba canggih masa kini. ? Tidakkah family dia terfikir akan kejayaan anak cucu mereka, hanya kerana ingin mengikut adat itu? Ah, Lapuk !  Fikiran mereka bagai sempit saja. Hanya berfikir, perempuan layak duduk di rumah dan uruskan rumahtangga sahaja ? Kesian dia.


Dua hari aku kat kampung, aku asyik terkenangkan dia. Bahagia kah dia di samping insan yang tak pernah dia cintai ?
Siang tadi, aku jumpa dia. Setelah dua hari aku tak dapat jumpa dia. Bila aku dapat jumpa dia, meluru aku pergi ke arah dia. Aku peluk dia kuat-kuat. aku peluk dia erat-erat. Aku rindukan dia. Tak lama lagi aku tak dapat jumpa dia dalam jangka masa yang lama. Aku bakal berjauhan dengan dia.  Aku sebak, nak nangis rasanya.  Berpandangan sesama sendiri dengan dia. Aku tak tahu nak kata apa ?

Hanya pandangan yang bisu. Aku tak tahu macam mana nak susun kata. Tapi, dalam hati aku penuh luahan rasa. Banyak perkara yang aku nak tanya tapi aku taknak kecik kan hati dia.

Aku kaku depan dia. tak tahu nak cakap apa ?
Tapi, Nur Musfirah. Kita nak awak tahu .. kita best friends until jannah !



Aku cuma mampu doakan dia bahagia di sisi insan terpilih itu. 
Jagalah sahabat aku tu. 
Janganlah kau sakitkan hati dia. 
Jagalah perasaan dia. 
Mohon gembirakanlah hati dia.




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...