Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 31 May 2013

Nana dan Alan - Memori Berkasih

Assalamualaikum

Terjumpa lagu ni dekat LINK INI.




best jugak kan ? terasa rindu pulak .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 30 May 2013

My decision, Allah already arrange all.

Assalamualaikum


Alhamdulillah, Rezeki untuk aku sambung belajar, Allah dah bagi. Aku tak tahu pilihan yang aku buat ni betul atau pun tidak ? Cuma aku harap, ianya yang terbaik untuk aku.

Kepada sesiapa yang masih tak dapat dan masih menanti .. Sabar ye . Allah akan bagi. Cuma jangan berhenti berusaha dan jangan berhenti berdoa kepada Allah. Sesungguhnya DIA yang Maha Mengetahui. Aku dapat tawaran  sambung belajar walaupun jauh . Nuuuuu di pantai timur.

Ok, macam tak percaya, namun itulah hakikatnya. Aku ingat nak tunggu result permohonan rayuan uppu tu .. tapi .. entah lah ?

Disebabkan aku dah terlampau konfius macam dah nak pecah kepala rasa nak hentak kat dinding, aku tanye pendapat mama tentang bidang yang bakal aku pilih ni . Sama ada ok atau tak ? Sesuai ke untuk masa depan ? haha ..  Apa-apa perkara yang aku perlukan, aku tanya pendapat mama. Sebab aku tahu, mama boleh berikan jawapan untuk aku. Aku takkan bergerak sesuka hati tanpa tanya pendapat mama dulu .

Nak beli tu, tanye mama.
Nak pilih baju tu, tanye mama.
Nak ini tanye mama.
Mama is everything to me.

Aku kurang yakin kalau tak tanye pendapat mama.

Balik dari bercuti dengan family dekat Pulau Pinang beberapa hari lepas ( Ahad- 26.5.13 ) .. aku terus on lappy .. research pasal tempat-tempat pengajian yang ada dekat pulau pinang tu .. kot-kot lah ada Politeknik , Kolej atau pusat pengajian yang boleh aku mohon untuk sambung belajar . Aku dah jatuh cinta dengan Pulau Pinang sampaikan aku beria-ria nak cari tempat pengajian untuk aku sambung belajar dekat Pulau Pinang tu .

Tapi .. ? Kos yang ditawarkan , semuanya tak sesuai dengan aku. Kebanyakannya tentang engineer, elektrik dan technician . Ngaaaa .. sedih jugak lah rasa hati ni . Tapi, tak pe . One day . Aku akan datang lagi untuk menikmati keindahan Pulau Pinang tu sepuas-puasnya.


# Terjumpa status ni dekat facebook . 
Perempuan malu ditenung oleh lelaki. Tapi, perempuan suka curi-curi pandang orang yang dia suka. 
 Ngaaa ! memang betul pun .. aku bercakap dengan classmate lelaki pun bukan pandang diorang. ? Aku pandang lantai . *macam bercakap dengan lantai je . Haha .. Sampaikan ada member aku tegur ,  
" kenapa kau bercakap dengan a**n ( lelaki ), pandang bawah ? Owhh .. so sweet ?  "
 Haha ! sweet lah sangat ? Aku tak berani pandang lahh ... takut terkena renjatan elektrik dari mata diorang. 
 
Hm, agak-agak .. kalau follower blog dhia adawiyah ni dah cukup 1000 .. nak buat fanpage , ok tak ??

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 29 May 2013

Forgive

Assalamualaikum

Ok, habis dah sesi meluahkan rasa.  I already forgive him . Aku ingat pesan Ustazah Noriah, jangan bermasam muka dengan umat sesama kita melebihi 3 hari . Walaupun masih terkesan dalam hati ni . Kecewa, jangan cakap lah . Memang kecewa habis. Yang mana betul, yang mana salah. Aku tak mau tahu. Biar aku pendam. Aku tak suka maki-maki, marah-marah orang. Nanti syaitan lagi menghasut.  Baik aku diam.

Waktu tu, aku rasa .. handphone yang aku pegang hampir terlepas dari genggaman aku.
Nasib baik aku cepat sedar ..

"handphone mahal ni ..dah lah nak sambung belajar nanti. kang takdak fon ? macam mana nak contact family? " *saje bergurau nak tenangkan hati .

Aku baru nak berkongsi kegembiraan, tak sangka pula kesedihan yang datang teman.
Air mata ni bergelinangan di kelopak mata. Belum sempat jatuh, aku kesat. Aahh .. dah lah. Aku sedar siapa aku. Sekali, hati ini terluka. Selama-lamanya akan aku ingat. Tak semudah itu juga untuk aku lupakan segalanya.

Tak apelah . Mungkin dengan keputusan aku nak sambung belajar jauh-jauh ni .. adalah yang terbaik. Mungkin juga aku dapat lupakan masalah tu sedikit demi sedikit.

Oryte ! Gambatehh !




#sorry, kali ni entri sedih pulak . Solat sunat istikharah

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 28 May 2013

Pernah berharap

Assalamualaikum




Not long ago, I had hoped for stand together on your side and successful together with you .



But now, I wish I could run far far away from you . 
Because you already have someone special in your life, to accompany on your side. I'm not meant for you anymore.




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saya terluka

Assalamualaikum


Terluka bukan kerana cinta. Bukan kerana dusta. Tapi kerana sesuatu yang tak pernah aku hadapi. Jarang pun sekali. Meskipun ianya sekadar berpura kerana ingin meluahkan rasa hati atau ianya benar sekali pun.

Benar, hati ini terluka.Bukan manja atau mengada. Memang begini. Hati aku yang cepat tersentuh. Dan kerana itu aku sering  berusaha untuk menjaga perasaan orang di sekeliling aku supaya mereka tidak terluka ataupun membuatkan aku terluka.

Sekali, hati ini terluka. Selama-lamanya akan aku ingat. Tak semudah itu juga untuk aku lupakan segalanya.
Maafkan aku juga andai ada terselit kesilapanku padamu





Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Pergi jauh

Assalamualaikum






Hujan yang turun, memecah kerinduan yang sepi. Seakan tahu hati ini dilanda sedih.
Yang manis, lama-kelamaan akan menjadi pahit. Malah tak akan selamanya manis.
Terasa ingin membawa diri ini pergi jauh dari segala-galanya. Namun, sejauh manakah aku mampu untuk berlari ? Semakin lama langkah ku akan terhenti jua. Letih berlari dari setiap orang yang cuba menyakitiku.






Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Rezeki

Assalamualaikum


Haa .. kan Wieya dah kata dalam entri ni ..
  
" Rezeki ada dekat mana-mana aje. Jangan risau. Allah dah bahagikan kepada umatnya dengan adil sekali. Cuma jangan sesekali tamak dalam memilikinya. "

Hoahoahoaaaa ...
28.05.2013

Wieya dapat sms dari UPU. Dapat tawaran sambung belajar kat Kuala Langat . Alhamdulillah. Allah dah bahagikan rezeki kepada umatnya.. Yang penting, bersabar dan jangan berhenti berdoa. Macam dalam entri Blog Wan Hazel  ni ..

Di hati ni .. memang terasa gembira. Tapi ..
Nak terima atau pun tak ?  ..

Tawaran yang Wieya dapat ni .. memang di antara kos yang Wieya minat. Tapi, minat biasa-biasa aje. Ataupun, nak tunggu keputusan rayuan IPTA ? Wieya cuba buat rayuan IPTA ni sebab nak sambung belajar dalam kos yang batul-betul kita minat .. Wieya fikir jugak.. kalau kita continue our studies tanpa minat .. tak guna jugak kan ?

Wieya pun baru aje mohon KPTM. Tak tahu lah dapat ke tak ? Insya allah

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 24 May 2013

Berusaha. Bersyukur



Assalamualaikum

Hm..
Mungkin ada sesetengah orang suka meluahkan apa saja tentang dirinya di dalam blog or dalam private diary. Alaa .. yang tulis-tulis pakai manual tuhh. Pakai tangan lah. Tapi, bagi Wieya. If perkara tu terlalu private, memanglah dalam diary lah jawabnya. Yang dalam blog ni sekadar perkongsian dan suka-suka aje. Betul kan ?

Hm .. tak sampai setahun tinggalkan sekolah .. dah mula rasa rindu. Miss my moment with my teachers and friends ! Uwaaaa ! ..

Keputusan nak sambung belajar melalui UPU pun tak dapat. Sedihnyaaa ..
Dalam hati tu memanglah terasa down sangat. Tapi, kalau ada yang senasib dengan Wieya ni .. don't worry. Kita hanya perlu berfikir positif aje. Jangan fikir yang bukan-bukan. My mum always adviced to me, that .. " Rezeki ada dekat mana-mana aje. Jangan risau. Allah dah bahagikan kepada umatnya dengan adil sekali. Cuma jangan sesekali tamak dalam memilikinya. "

Dengar ye .. jangan tamak .. Jangan tamak dalam ambil rasuah laa .. jangan tamak dalam mengambil hak orang lain yang tidak sepatutnya dimiliki. Jangan tamak hingga sanggup memakan harta yang haram dan pecah amanah . Jangan tamak kerana tamak adalah sifat dan amalan syaitaannnnnnnnnn ... Bersyukurlah. Kalau tak, Apa gunanya islam untuk mendidik umatnya ke arah yang benar ? Kan?

Lepastu, harus diingatlah pulak. Rezeki yang dikurniakan kepada  kita adalah hak mutlak Allah. Kita hanya meminjam. Bila-bila masa sahajja rezeki itu akan ditarik balik andainya tidak mempunyai rasa syukur dalam hati.
" Islam is not  just a religion ,  its a way of life. "
Huahuahua..
Tazkirah jumaat.



Dengan itu. I will not give up ! Wieya akan berusaha lagi nak capai cita-cita ni ! Nak belajar dan membalas jasa my parents walaupun tak dapat balas kesemuanya. Mungkin ada hikmah yang lebih baik. Untuk Wieya berusaha.  Alright !

 Be happy and positive !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 16 May 2013

Jungle Trekking : Santuari Ikan Sungai Chiling ( Sungai Chiling Fish Sanctuary )

Assalamualaikum...

                                                         Phewww ~
Haha .. Ok. Ahad lepas, punye lepas, punye lepas adalah hari hujung minggu yang THE BEST and memang penat sangat.Haha .. senang cerita, 21 April 2013 yang lepas laa ..

haha.. perkara dah lama berlalu, still nak buat entri jugak. Pengalaman yang gila awesome ! Maybe you all pun boleh try pergi jugak.Tak rugi punss.

Jungle Trekking yaww !
This is my first time experience tau. Sebelum ni tak pernah pun nak jungle trekking ke hape? Lagipun, asyik asyik duduk rumah je hujung minggu. Boring. Sekali-sekala nak jugak cabar fizikal diri ni.

So, my lovely lovely Maksu .. ajak kami one happy family pegi Jungle Trekking.
*except my dad. Because he going back to our hometown.

Wieya and family pergi jungle trekking dekat Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.
Pagi-pagi lagi dah kena bangun and bertolak awal dari rumah. Kalau lambat, nanti parking penuh pulak. Sebab, dalam jam pukul 8 pagi dan keatas, dah mula ramai orang. Maklumlah, kalau nak buat aktiviti Jungle Trekking, waktu yang sesuai untuk mula , waktu pagi lah kan ? Udara pagi pun segar.

Kalau dari Kuala Lumpur - Kuala Kubu Bharu ni, kira-kira sejam rasanyanya perjalanan dia.
KOT ? Tapi, tempat ni dari rumah Wieya .. dekat sikit.



 Prepared makanan and barang picnik dari rumah. Dekat sana pun ada jual maknana, cuma berjimat dari membeli terlalu banyak. Ekeke .. time dalam kereta otw nak ke tempat tu, memang terasa excited sangat. tergambar di wajah kegembiraan yang agak luar biasa mungkin? Wieya ada tangkap gambar "tengah excited gila" . tapi, tanak ar tepek. haha. bikin malu saja.

Sampai aje dekat sana, kena berjalan kaki masuk ke dalam resort,  Kereta tak boleh dibawa masuk. Harus parking diluar. Sambil tu boleh lah nikmati pemandangan sepanjang kita berjalan kaki.
Once again, tak rugiii ..



Adik Wieya yang paling kecik, 2 tahun. Siap bawak basikal kecik roda tiga dia tuhh. Haha.
Peliknya adik aku.
Dah sampai ke dalam resort tu .. sambil jalan, ternampak cendawan hutan. Tadaaa .. Grr? macam pelik lah pulak ?


Wahhhh .. hijaunya kawasan diaaa ... meriah ! Wieya tengok, ada ramai pelajar sekolah menengah tengah berkawad kaki dan buat pelbagai aktiviti. Kadet or pengakap maybe?. Kesian diorang kena tengking dengan leader diorang.

" Korang ingat aku ni ape ? Tunggul kayu nak tunggu korang jalan kaki lenggang lenggok macam itik buat role model ?!! "

Perghh ! Ayat diaa .. menusuk ke dalam kalbu hatiku betul ! Sedihnya, Wieya dah habis sekolah. tak dapat nak buat aktiviti or kena tengking macam tu . Walaupun leader diorang tu hensem . Kitorang pun buat don't know ( taktau ) ajelah , tapi mata ni tetap pandang sekeliling. Ada yang kena berjalan itik keliling bulatan sambil buat bunyi itik .Kuek ! Kuek !

Kami cari tempat nak bersantai, bentangkan tikar. Adik-adik pun tak sabar nak terjun sungai. Then, after half an hour .. Maksu ajak kitorang pergi Jungle Trekking pulak.  Wieya tak pernah try, of course lah nak cuba kan?


                                                                 My mum and adik Nuha ..

Mulakan perjalanan dari Lintasan 1 ( menyeberangi sungai melalui jambatan gantung ). And then, jalan terus. Ikut alur air yang mengalir. Sepanjang kami ber-Jungle Trekking, macam-macam yang kitorang dapat. Kenal pokok itu, pokok ini. Ada banyak gila pokok cemperai. Then ada banyak ikan kelah daripada yang sebesar jari, sampailah yang sebesar lengan n betis kaki. perghh.. besarr ..
(tempat perlidungan ikan kelah. )



Daya tarikannya, ada air terjun yang tinggi. Boleh tengok ikan kelah dari dekat. Beri makanan ikan pada ikan-ikan tersebut. Makanan ikan boleh dibeli di tempat pendaftaran. Ada dijual kat situ.

Tali merah putih ni petunjuk tau. Kalau ternampak tali ni maknanya tempat menyeberang sungai.


Sepanjang perjalanan, kita akan terserempak dengan ramai pengujung. Tak kira bangsa. Ada cina, melayu, india .. orang dari luar negara pun ada tau. nak menikmati keindahan di Malaysia.

                         Lintasan 6. Lintasan terakhir menyeberang sungai untuk sampai ke air terjun.

                     Tuuu .. dah nak sampai kat tempat air terjun dah tu. Sikiiittt je lagi.

Lama jugak lah kitorang berjalan. Nak dekat 2jam. Perjalanan ke tempat air terjun dia sebenarnya 45 minit- 1 jam je dah sampai dah..Sebab kitorang banyak berhenti. Bagi makan ikan. So, 2 jam lebih baru sampai. Haha. Tapi, siapa yang jalan takdak berhentinya ..boleh ar sapai awal.





Yeayy ! Dah sampai .. ramai jugak orang ..sepanjang perjalanan, makin tinggi kita hiking.. makin besar ikan yang kitorang jumpa tau. So, jangan putus asa untuk sampai ke tempat macam ni .

Tinggi air terjun ni 60 meter tau. Agak-agak apa jadi kalau terjun dari ketinggian ni? haha ..

Lama jugak lah Wieya menikmati suasana air terjun tu. nyaman.. Then, after a few minutes, Wieya ada perasan something dekat air terjun tuu .. korang ada perasan sesuatu tak ? Wieya ada nampak dua perkara. Haha.. kalau mata korang tajam, cuba cari apekebendanya tu ..


Siapa bawak adik or budak kecik perlu berhati-hati dengan air besar/air pasang/kepala air yang datang dari air terjun tanpa kita sedari. Lagi-lagi kalau waktu tu rasa macam nak hujan. And then, Tidak digalakkan untuk memasang khemah di sekitar air terjun. Dikhuatiri air pasang dan tidak dapat menyelamatkan diri. Manelahsempat nak gulung khemah balik nanti kan ? haha. statement menakutkan je?

Di sini ada maklumat tentang jarak memandu ke kkb, klik sini .

Dekat tempat ni jugak, tak boleh bawak any equipment untuk memancing ye. Kang patah pulak pancing kau tu. Orang kata tak boleh bawak, jangan bawak. Ikan-ikan dekat sini dipelihara tau.

Bayaran daftar : RM 1 ( seorang ) dan harus isi nama dan maklumat di dalam sebuah buku log. Sebagai langkah berjaga-jaga. kot kot ada yang tersesat ka ? Senang nak kenal pasti.

Btw, Maksu dah pernah ada macam-macam pengalaman jungle trekking, mendaki gunung. So, dia boleh guide kitorang. Kepada sesiapa yang teringin nak buat aktiviti jungle trekking jugak .. kena buat persiapan dulu tau.
Di sini ada tips untuk sesiapa yang nak melakukan aktiviti Jungle Trekking : KLIK SINI.
Tidak digalakkan untuk berkunjung jika hari hujan. takut air besar atau air pasang.

klik sini the chilling waterfalls





Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...