Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 20 April 2013

Segmen blogwalking Aisyah Humaira

Assalamualaikum ..


Ngeehehe .. mungkin masih lagi dalam mood bersegmen. Kali ni segmen dari Blog Aisyah Humaira sendiri. Segmen ni akan tamat pada 24.April 2013, Jam 10 malam. 5 hari lah kan ? Jadi, banyak masa untuk kita blogwalking ke blog blogger yang lain dan boleh tambah kenalan, tambah kawan, tambah follower.

Memang bertambah-tambah. Janji haruslah rajin.

Hahaha ~

Ada juga ganjaran untuk peserta segmen yang bertuah.
Alhamdulillah.
Segmen Kak Niera memang tak pernah mengecewakan. bagai mengetahui isi hati para follower nya. eheheh ... Tabik !!



                                                                  Klik pada banner

Sudi LIKE sini ?

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 19 April 2013

SEGMEN: KAMI & BLOG AWAK!

Assalamualaikum ..

Lamanya Wieya tak join mana-mana segmen . Haha, semakin malas nampaknya. Tapi, waktu tengah blogwalking dari feeds blog. Ternampak, adalah satu banner comel  ni. Lepastu tengok url blog siapa kan ? Haha, tanpa segan silu dan ragu-ragu. Wieya terus klik . Tak pandang tempat lain dah.

Ouh. Its so cute lah Cik Lyeen. Betul ni, tak tipu ..
Tapi kan? Bila nampak cupcakes dekat banner tu, teringat dekat marshmallow . <-- ok fine, takde kene mengena pun sebenarnya.

Segmen ni pun menggandingkan blogger terbaikkkk woo... CCK , Cik Lyeen Cupcakes , Aisyah Humaira and Fizgraphic

 
   
                                                       Nak join ??
 Jangan lupa klik pada banner comel tu ye .
 Anda akan terussss ke blog puteri cupcakes .
    
Segmen ini dijayakan oleh CCK, Aisyah Humaira, FizGraphic dan Cik Lyeen

Segmen ni juga berlangsung hingga 20 April * ouh, tak lama tau. So, cepat-cepat join ok.



p/s : Entri baru update sebelum entri ni . --> iklan mencari Ramli ( video ). hensem woo ..


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Iklan Mencari Ramli ( Video )

Assalamualaikum

Ehehe.. Wieya post video tentang Iklan mencari Ramli ni sebab dah jatuh hati dekat Ramli dalam video ni . Mak aii .. hensemnya ....

tak caya ?  cuba tengok. Haha ...


See ? kannn ? Hensem betul kalau nampak lelaki pakai spect macam ni . hadoiyy !..

Bila Nampak je "Ramli" dekat atas ni dalam iklan dekat tv, terus cari dekat Youtube. Lepastu, sanggup pulak nak print skrin lagi tu . Why lah tv ni buat iklan pakai orang yang terlalu hensem ? . Angau wanita dibuatnya .. -.-"

Haha.. andai kata lah dapat jumpa dia.
*perghhh .. berangan tak tentu hala.



banyak kali Wieya ulang balik tengok video ni . haha . *siapalah nama mamat ni . Ramli jugak ke ?

credit to : myteam msia







jangan lupa LIKE sini . ngehehehe ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

hunted by someone ! Arghh! Tak suka .

Assalamualaikum..


*huarghhh .. rasa macam nak nangis je .

Yesterday, i was think like wanna to kill myself.
Ouh, Astgharafirullah ..

Mana tak nya ? Kan Wieya pernah ceritaaa yang Wieya kerja part time tolong jiran  meniaga dekat Genting. So, mesti lah jumpa ramai orang kan ? Here, I want to tell a story .
Almost everyday, kitorang singgah ke tempat yang sama untuk jual makanan. Bila singgah dekat satu tempat ni .. Wieya mesti rasa macam ... ? ( Waa! Taknak singgah sini ! jom balik ........! ) Tapi ? apakan daya ? kerja kan ?
Sob .. sob  ..

Bila kitorang dah sampai dekat port  yang kitorang selalu menjual tu .. adalah sorang mamat ni ..  he was just ? acting soooo weird ? Wieya tak taulah sama ada itu memang sikap dia or memang sengaja dia buat untuk tarik perhatian Wieya .. or .. whatever ..
But, if that's the way he wanted to pull my attention,
100% Wieya memang tak suka.tak suka dan tak suka.

( ni Wieya betul-betul nampak dari jauh okay)
Bila kitorang datang je ? Dia duduk dekat tempat port kitorang tu, then .. dia tundukkan kepala dia , tutup kepala dia dengan hooded jaket dia tu. Sementara menanti kami sampai.
I was think, For what ? supaya kitorang tak kenal dia ? Or, he want us to suffered a heart attack ? Erghhh ! .

One more thing .
kelmarin, lepas kitoang habis jual makanan dekat port tu .. kitorang dah nak siap kemas-kemas dah . Then, dia panggil dari jauh supaya kitorang jangan gerak balik lagi. Dalam hati Wieya .
" Ya Allah, ada pulak dia ni .. Ya Allah, lindungilah aku "

Ok, fine. Wieya dah tahap gila punya takut ni.
He's a person who's like to do something weird ?!
Wieya nampak dia dari jauh, Wieya rasa macam nak lari masa tu jugak ! Tapi, Wieya duduk dekat sebelah jiran Wieya tu . Dekat sebelah Wieya, ada pintu tersorok. Wieya duduk sebelah pintu tu .
Tetibe ? Someone bukak pintu tu, then terkena Wieya . Ouh !! Ok, mula lah rasa geram ni .

Tengok-tengok .. ? He 's ?!!
Ya Allah , sebesar-besar ruang dekat depan kitorang memang besar boleh masuk ikut ruang tu .. kenapa dia masuk ikut pintu tu ?! Sebelah Wieya pulak tu ..? kawan dia elok je ikut ruang depan kitorang tu ? bila dia bukak pintu tu, terkena Wieya..
I just don't know what to say ? Tahan sabar jelah. When he wanted to cover his shame, he's say .
" Ouh, sorry. boleh duduk sini? "( sebelah Wieya . ) .

Grr ! duduk lah, tapi  Wieya bangun n lari duduk tempat lain , jauh sikit dari dia. Lepas dia beli kuih, he ask me if i had an facebook account and he want me to add his facebook acoount. Siap bagi dia punya username lagi ? Ouh, no way. I don't want to make things, become more worst!

 Then, semalam . dia ada lagi. Bila dia datang nak membeli.. Wieya buat-buat tunduk bawah, ikat tali kasut. Tetiba Cik Lin kata . "Kak yong, tuu .. abang **a* tanya tu, jawab lah . "
I was just ? Hah ? tak dengar pun ape dia cakap tadi ? Sebab aku dengan khusyuknya berdoa supaya dia tak buat somehing weird lagi. Aku pandang dia ? "Hah ? "

Dia tanya . "Adik sekolah lagi atau dah habis sekolah ? "

"Ouh? Err.. baru habis sekolah . "

Dia tanya Wieya, dia tak pandang Wieya pun. Biasanya, if someone ask a question to someone, mesti face to face kan ? Ni, tak ? . Dia pandang kuih tu, macam dia tanya soalan dekat kuih tu je? .
Lepastu, bila dah gerak tempat lain, i was so ...... relieved ! Wahhh! leganya !

After almost a half an hour, kitorang singgah pulak dekat klinik. Ada staff nurse nak beli jugak. Tetibe Cik Lin kata. " Lahh, dia pun nak amik mc jugak ? ". I was think ? Cik lin cakap pasal ape . ? When I keep on walking, tengok-tengok .. ? warghhhh ! kenapa dia ada dekat sini pulakkkkk ?

bila dia nampak je Wieya, dia bangun dari kerusi then on the focus dia pandang Wieya sambil tersengihnya lain macam ?? . Wieya terkejut gila. Macam mana nak lari ni ?
Dia bangun, dia terus datang dekat sebelah Wieya . "ada kuih apa lagi ? "

Huh ? tadi dah beli kuih ? ish .. then, pandang Cik Lin, lepastu melarikan diri dari dia. Dah terketar-ketar dah tangan ni . Gatainyaaa ! Lepastu Cik Lin kata, dia bukan nak beli kuih tu . saje nak menggatal ~ Huh ! aku dah agak dahhh !.. memang taktik dia lah tu .


huarghh ! tak suka ....... rasa macam nak berhenti je ...



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 17 April 2013

first step

Assalamualaikum

Yeah , with my love for all . Haha ..

*tengok jam. Mula menaip entri pukul 11:30 malam semalam. Lepastu, dah pukul 12:30 am. Wahh ? Crazy.   Mata ni dah sebijik macam mata panda. Lepastu asyik menguap je. Huarghhhhh ...
Sejam aku duduk depan laptop, satu idea pun taknak datang.  Terus save post ni dalam draft. Tunggu ada idea dulu baru sambung tulis balik . Wahahahahaha! *eh ? suke hati lah .

Ada restoran francais bukak cawangan dia dekat area rumah Wieya. Cuba teka restoran ape ? haha ..

Peluang bagus untuk penganggur takda kerja di luar sana.  Restoran tu baru je bukak sebenarnya. Tak start lagi bisnes nya . baru tengah renovate dapur dia. Terpampang banner depan kedai yang agak besar entah berapa lebarnya .
 " Jawatan Kosong . "

Wow? menarik jugak intro kali ni . Haha. Tapi, takde makna pun. *sebenarnya, tengah takde idea ni ? Tapi nak taip entri jugak. paksa jugak kepala ni. hantukkan ke dinding. Grrr.. -.-"

Bila tengok banner tu hari isnin lepas, "Ouh? Maybe I should try. " 
Mintak kerja je kan? Kalau dapat, alhamdulillah. kalau tak dapat, takpe. Boleh cari kerja lain .

Semalam, pergi ke restoran tu dengan bekas classmate. Ouh, I really miss her and the other my ex classmate. Dari jauh, nampak ada sekumpulan ramai-ramai lelaki berkumpul dekat depan restoran Ayamas. Sebelah Ayamas tulah restoran yang kitorang nak mintak kerja tu .Hadoiyy ?
Kenapa berkumpul kat situ pulak .  kenapa ???

Haha.. aku parking motor jauh-jauh sikit. And then, rela jalan kaki pusing satu blok bangunan tu semata-mata taknak lalu depan para lelaki tu . Al maklumlah, aku ni jenis yang penakut bila nampak lelaki ramai-ramai macam tu . Then,  bila dah sampai dekat restoran tu. Mulakan dengan melangkah masuk ke dalam restoran tu.
"Eh ? mana orangnya? Takde orang ke ?"

Tetibe, ada dua orang lelaki datang dari ruang dapur. " Ye, ada ape? ". Lelaki yang berbadan tembam yang berjalan di depan sekali bertanya . Tapi ! Mata aku terpaku tengok sesroang yang ada dekat belakang dia. Ouh ! Hensemnya. Ciptaan tuhan ..

Eh ? Mengelamun pulak aku bila pandang abang tu .? Aku terus tanya abang tembam  tu . "Err ? ada kerja kosong tak ?"

Then, abang tembam tu tanya balik. "ada pen tak ? "
Aku angguk jela. Sebab, sebelum datang memang aku dah prepared  macam-macam dah. Surat berhenti sekolah lah, sijil lisan bm, sijil lisan bi . segala sijil aku sumbat dalam beg. Bhahahahaha ..

Abang tu bagi dua helai borang, minta kami isi. Aku pun amik lah satu. Satu lagi bagi dekat Zainab.  Kitorang duduk dekat meja, isi borang. Then, dua orang abang tadi keluar macam tu je ? Aiik ? nak pergi mana tu ? Hm, ape-apelah. Kitorang pun isi ajelah borang tu .

Bila dah siap isi, nak bagi dekat abang tadi. Kitorang cari, lahh ? mana diorang pegi ni ? Hm.. 15 minit kitorang tunggu dekat restoran tu, batang hidong dorang pun tak nampak ? .. Kitorang decide nak jalan-jalan lah dulu .

Lama jugak lah. Lepastu kitorang patah balik, back to the restaurant. Tunggu dekat tepi restoran tu . Sambil tu berborak sesama sendiri . Tetiba, ada dua orang lelaki keluar dari restoran ayamas yang bersebelahan dengan restoran yang kitorang nak apply job tadi. Aku pandang sorang abang ni . Die pandang aku balik . Aku beralih pandnag tempat lain . "Eh ? macam pernah nampak ?"

Aku pandang balik, dia pandang aku . Eh ? ni bukan dua orang abang tadi ke ? Sebelah dia, abang tembam tu tanya aku. "Dah isi borang dah ?"

"Dah,"

"Letaklah atas meja dalam tu . "

Laaaaa ? Nanti hilang  macam mana ? *aku merungut sendiri.

Abang hensem tu dah masuk dalam restoran tu pun aku still pandang dia. Aww...
tapi, yang sakit hatinya, rupanya diorang lepak dekat dalam restoran Ayamas sebelah restoran tu je ?


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Pintu Neraka

Assalamualaikum ~

 Wieya nak taip entri pasal tengah cari kerja. Tapi, seriously , takdak idea ! Macam mana ? Wieya publish ajelah entri yang ada dalam draft ni jea .

 " Pintu yang terbawah (pertama) untuk orang-orang Munafik, dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Alhawiyah. "

Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim. 

Pintu ketiga, tempat orang-orang Shobi'in bernama Saqar.

Pintu keempat, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha.

Pintu kelima, orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam, tempat orang Kristian (Nashara) bernama Sa'ier.

Kemudian Jibril diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga Nabi s.a.w. tanya : 
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?'

Jawabnya : 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat'

Maka Nabi s.a.w jatuh pingsan ketiaka mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sadar Nabi s.a.w bersabda ; 

"Ya Jibril sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam Neraka?

Jawabnya ; 'Ya , iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu.'

credit sumber 

Wieya masih jahil, kurang arif dan kurang ilmu dalam hal agama. Jadi Wieya gunakan sumber ilmu yang Wieya perolehi untuk bacaan semua. 
 Selamat membaca.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 15 April 2013

nak cari pengalaman baru ke ?

Assalamualaikum

Selamat hari yang bahagia, seceria dan segembira .
Erkk ? Ok, abaikan .
entah ape yang aku merepek ni?

Huargggghh .. tengah penin *pening ni ... penin ...ingat nak sambung belejar ? Tapi, tak tahu nak sambung belajar kat mana? Kos yang aku rasa nak amik pun aku rasa was-was ? ?Mampu ke aku ? .

Now, aku kerja part time dengan jiran area rumah aku. Rumah dia, depan sikit dari rumah aku. Jalan terussss, then belok kanan.
Haha. macam tau-tau je :p

Aku tolong dia Jual makanan dekat Genting . huaahahaha .. betapa pendeknya masa kerja aku .
Dari pukul 10 - 4 petang . ( 7 jam je. ) haha .

Tadi baru balik dari membeli-belah barang dapur with my mom. Aku jalan-jalan, round dalam pasaraya tak famous tu .. banyak kedai telefon dan alat telekomunikasi. banyak jugak gadjet zaman sekarang . Ipad, Galaxy Tab, tablet . Samsung Galaxy S2 & S 3 ,Perghh !

Henfon aku pun ?? Menanti untuk padam dan menghembuskan nafasnya yang terakhir je . Dah tua sangat dah ..
" Ouh , please lah. Jangan memadamkan dirimu lagi . Tunggu aku kumpul duit dulu baru dapat beli yang baru . Please . Aku hargai jasa kau yang bagi aku guna aku untuk mesej kengkawan aku, my family .. dan semua orang . "
Then, bila nak balik, round lagi tengok kedai-kedai baru bukak.
Ternampak francais Pizza Hut Delivery baru bukak cawangan dia . Siap ada banner lagi . "jawatan Kosong"

Mama : Hah! Tu, ada jawatan kosong. Pergilah mintak.
Wieya : Habeh ? Cik Lin tu macam mana?
Mama : Laa ? Takkan nak berkepit dengan Cik Lin je ? Cubalah cari experience lain pulak  .

Masalah nye , aku ni jenis yang ...

- Takut nak memulakan sesuatu yang tak pernah aku buat. Kiranya takut untuk mencuba sesuatu yang baru berseorangan. Kalau ada kawan aku, rasanya boleh kot ? Nampak sangat aku ni tak reti nak berdikari kan ?

then, aku asyik terbayang ..

Macam mana kalau aku salah buat kerja ? Buatnya kau kena maki dengan supervisor ? huaaa ...
aku dahlah jenis yang cepat nangis . Kalau aku nangis, jangan pujuk . Sebab nanti lagi deras air mata aku mengalir . hahahah .. Jangan pelik .

hoish .. macam mana ni ... ?


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 10 April 2013

kisah cinta

Assalamualaikum

Setiap hari dan mungkin setiap kali aku terfikir ..

"Takde orang ke yang nak tumbuk aku ?"

Aku fikir macam ni sebab ada satu perkara yang aku sesalkan hingga sekarang . Memang tak dapat aku lupakan. Aku terasa aku bodoh. berharap agar ada yang sedarkan aku dengan menghadiahkan sebijik dua penumbuk buku lima ke muka aku .

Dulu .. ada someone yang sudi membalas cinta dalam hati aku ni . At first, aku yang memendam perasaan dulu pada dia . Sebab dia yang pendiam. Berbudi bahasa. Humble . Paling best sekali, dia hensem sebab dia pakai songkok .

dan senyuman dia ..

Sehinggalah semuanya bocor macam beras terkeluar dari guni ..
Ais hati ni pun cair everytime aku tengok dia.

Maybe waktu tu aku lucky sebab cinta yang dah lama aku pendam bertahun-tahun berbalas. So, readers dah boleh fikir kan? Cinta aku tu tak bertepuk sebelah tangan. Mungkin ada yang fikir, Yes aku gembira dengan apa yang aku rasa. Tapi ..

Aku tolak cinta berbalas dia tu .

Don't be shock .
Aku buat keputusan tu pun setelah aku fikir masak-masak. Sebab aku ni anak sulung. Banyak tanggungjawab aku terhadap family . Aku nak jadi contoh kepada adik-adik aku.
Aku takut tak dapat bahagikan masa aku.
Aku takut pelajaran aku terabai kerana cinta kerana waktu tu sebelum SPM.
Jadi, aku BERFIKIR ke arah masa depan aku. Takut hancur gara-gara diri sendiri.

Mungkin  juga ada yang fikir aku pentingkan diri sendiri .
Tapi, trust me .
Susah sangat nak buat keputusan tu walaupun aku decide nak lepaskan dia macam tu aje. Aku terfikir jugak tentang hati dia. Tergamaknya aku melukakan hati dia? Memang since tu kitorang renggang. kalau terserempak pun, pandang-pandang macam tu je. Lepastu buat tak nampak. Aku nak senyum pada dia tapi terasa berat dan serba salah . Aku pun takut nak pandang dia.

Mungkin dia merajuk waktu tu . Tapi aku harap dia faham. Dan pada masa yang sama . . aku harap dia tunggu aku habiskan studies aku dan dapat result yang cemerlang. Tapi ?? ..

Aku pula yang kecewa .

Dia dah ada orang lain yang menapak dalam hatinya. *aku tak boleh nak buat apa.
Aku tahu pun  dari facebook . Termenung je tengok gambar dia dengan gf dia. Waktu aku tengok gambar tu .. beberapa hari sebelum birthday aku. Pada hari birthday aku pun, aku harap dialah orang pertama yang wish birtday untuk aku .

Aku tunggu . Dan tunggu .

Tak ada. Aku tertidur dengan handphone di tangan sebab tunggu dia sampai pagi buta walaupun aku tau dia dah berpunya.
Keesokannya baru dia mesej ..

Dia kata dia terlupa.

what you all think ? Aku fool sebab lepaskan peluang tu atau, masih ada peluang untuk aku walaupun not with him ? Until now .. kenapa aku masih menantikan dia . walaupun aku tahu ..tak mungkin jadi milikku .



# Aku tengah melayan perasaan hati.
   Itu yang timbul entri ni .. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 8 April 2013

ABPBH 2012 : Video Johan parodi lagu "Sayang"

Assalamualaikum

Haha .. tergelak-gelak Wieya tengok ABPBH 2012 malam tadi .. Ramai tak nafikan, Johan memang lawak ! .Pandai dia buat parodi tu . Lagu Shae - sayang ..

Sampai tercabut getah ikat rambut.

Mama dengan Wieya ketawa sampai sakit perut .. haha ..


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

hantu & maskot Genting jahat .! benci ar ..

Assalamualaikum

Bismillah ..
Grr .. -_-"

Ni kisah pasal Wieya kerja dengan Cik Lin tadi. Kerja jual makanan dekat staff Genting. Jalan-jalan bawak troli makanan ke merata tempat dekat First World. 
Ceritanya macam ni ..

Tadi dah nak balik .. tapi singgah sekejap dekat kedai baju Giordano. Nak hantar makanan dekat Kak Mira.

Lalu dekat depan pentas tu. Then, ramai jugak lah pelancong yang datang. Waktu tengah jalan tu .. tetibe ternampak ada sorang ..er.. ? someone ? .. ahh ! whatever ..

Ada sorang manusia ni, kerja dia jadi "hantu". Actually, kerja dia nak jemput pelancong datang ke rumah hantu dia .. So? Biasalah . Dah nama pun HANTU kan ? Dia dress up pun.. design baju dia macam hantu puntianak la. Tapi, yang bezanya.. dress up dia warna hitam. SERBA HITAM. Lepastu pakai topeng hantu yang menakutkan tu ..



Tadi , Wieya dengan selambanya tengah lalu depan dia. Tapi jauh sikit lah sebab Wieya takut. Dah prepared kan diri. kalau hantu tu nak kejar .. sempat lah lari nanti.

 Ni haaa dia ! .. Hantu ni jenis yang menyakat orang tau . suka takut-takutkan orang ..!
Wieya dengan Cik Lin ternampak dia tengah nak bukak kunci pintu pagar.
( "dia" sebagai hantu tu berada di dalam. Wieya ada dekat luar lah kira nya.. )

Then, bila dia nampak Wieya lalu depan dia,dia nampak muka Wieya macam takut dengan dia. dia macam tergopoh-gopoh, dia gegar-gegarkan  nak bukak kunci pintu pagar tu tau ! .. Ok fine. Wieya dah berdebar-debar gila ni .. Dia macam nak datang dekat dengan Wieya je?..Wieya pun , apelagi ? Lari lahh !

"Uwwwwaaaaa !! " 

Lari sekuat-kuat hati sambil tarik troli menuju ke tempat Kak Mira kerja tu ..Dah sampai dekat depan kedai Giordano .. rehat sekejap .. lepaskan lelah penat melarikan diri . Jahat arrr hantu tuu .. benci !Pelancong dari Arab tu semua, tengokk je ..
#kalau Izzue Islam ke ? Shaheizy Sam ke, takpe jugak .. takdelah Wieya lari macam orang gila tadi ? .

Then, naik semula dekat Snow World .. waktu tengah jalan.. ternampak pulak ada maskot kartun harimau yang " Tabby " tuu ..

                                               Tuuu ! Yang maskot Tabby -Harimau tuhh !

Tapi nasib baik Wieya dekat belakang dia. Takdelah takut sangat . Wieya suruh Cik Lin berhenti sekejap. Tunggu dia pergi dulu .. Wieya takott ...

Bila nampak maskot Tabby tu dah hilang dari pandangan , Wiea jalan perlahan-lahan. tengok .. mana dia pergi ? Wieya tanya Cik Lin . "Cik Lin, mana dia ??"

Bila tengok sekeliling, tengok-tengok dia singgah dekat kaunter  pendaftaran, dia layan budak-budak..
 Wieya tak fikir panjang dahh ..
"Cik Lin, tepi Cik Lin ! Tepi .. "

Wieya pun cepat-cepat lari dengan sekuat-kuat hati lagi .. maka tinggal lah Cik Lin dekat belakang sorang-sorang.

Ok. akhirnya lepas jugak .. woihh ..! takut woo .. Wieya sendiri pun tak tau kenapa wieya takut dengan maskot tu .. bahaya betul Genting ni banyak gila maskot serupa itu .

Then, ada sorang kakak ni. Dia kerja dekat kedai Coklat Fidani . Dia panggil Cik Lin suruh singgah dekat dalam kedai dia sebab dia nak beli kuih. Ok, disebabkan aku nak lari dari maskot tadi .. aku pun cepat-cepatlah nak masuk dalam kedai coklat tu .. belum sempat pun Wieya masuk . tiba-tiba ternampak something yang besar . Kuning ... oh my ! ada sesunggut dekat  kepala dia!


Warghh !!!!!!
ada seekor lagi maskot !!

                                     tuu .. dua dari kiri .. tengah perasaan comel tuuu .. *menyampah !

Wieya terkejut gila.
Tetiba pulak .. time tu jugak dia ternampak Wieya . Huh! Lagi lah Wieya menggelabah gila . Patah balik keluar. tak jadi nak masuk ..  Pintu masuk yang Wieya nak melangkah masuk tu dekat dengan meja cashier. maknanya, dekat lah kan ? Dia tengah ngurat kakak cashier dekat tempat cashier tu ..bila dia toleh je dekat Wieya , bertambah panik ...

Wieya pergi dekat pintu masuk lain . Ingatkan dia dah keluar ? Sebab nampak tadi dia macam nak keluar ? Bila Wieya nak masuk ikut pintu lain, tetibe dia macam cari Wieya ?  Dia nampak Wieya, dia nak datang kat Wieya .. Hadoiyy , tak habis lari lah kiranya ni .. 

wargghh!  kenapalah nasib aku hari ni ! ..
wieya takut dengan custome and maskot ni semuaaaa ....

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...