Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 28 February 2013

Hanya lukisan

 Assalamualaikum  

 
# Hasil lukisan ketika Peperiksaan Percubaan SPM ( 2012 ) .. Alhamdulillah. Walaupun buruk gila.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 27 February 2013

Kan dah salah ?

Assalamualaikum ~

Sambungan dari entri ni.

Wieya rasa macam panjang sangat entri tu, Wieya sambung dekat sini. Lagipun, tu story kelmarin. Haa.. yang ni story untuk semalam.

- "Tolong ambikkan nasi lemak kerang untuk abang tu. "
Perghh! Dengan pantas dan gelojohnya, Wieya cepat-cepat amik. Wuhhhhuuu.. untuk abang Baskin Robbins lah tuuu. but at the same time, Wieya asyik terfikir pasal abang yang beli nasi last minute kelmarin .. Then, Wieya tanyalah .. "Ni, nak plastik ke tak nak?" *dengan penuh ayu dan sopan santunnya.

Then, abang Baskin Robbin tu macam terpinga-pinga, tak tau nak cakap ape? " Errr...??" 
 Lepastu, nasib baik lah Cik Lin bagi tau Wieya.
"Eyhhh? Bukan abang ni punya lahh .. abang dekat belakang tuu .."

Alamakkk.. Bukan abang hensem tuuuu punya lahh..
Aku pergi tanya abang Baskin Robbins tu kenape????! Alahaiii ..- See? Dah terserlah dah kegilaan dan angan-angan aku. Lain yang orang mintak, lain yang aku bagi.

Ouhh, kan dah dapat maluu.. Free je. *tebalkan muka ajelahh..

- Ouh, my pinggang .. muda-muda lagi dah sakit pinggang. Troli yang  kitorang bawak ke hulu hilir, kitorang kena angkat pulak naik tangga ke tingkat 3. Grrrr.. nak ke CIIMB Bank sebab ada yang order nasi. 15 anak tangga ! Perghh ! Giloss.. itu baru naik tangga. belum campur dengan yang angkat time turun tangga. Wieya yang kurus macam lidi ni pun boleh kurus lagi tau!

Then, dekat kedai kosmetik SASA pulak ..warghhh, macam-macam hadoo .. Barang make up, Barang-barang penjagaan kulit muka .. Senang cerita, barang-barang penjagaan wanita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Minyak wangi pun, of coz lah ada..
Tapi, semuanya branded punya. Haha .. Pelancong yang datang dan banyak duit, boleh la beli .. Wieya yang sekadar kerja part time jual kuih ni mane mampu?

Haha .. Tapi..dekat SASA. Staff kat situ dah kenal Wieya n Cik Lin. Dengan muka tak tau malu nya .. Habis segala tester minyak wangi kitorang pakai. Kemain menusuk kalbunya. Ok. Habis part yang ni ..

Part yang dekat Pizza pulak .. my favorite . Kalau nak cari calon suami yang hensem-hensem macam ala-ala  Korea, boleh ke Pizza di Genting Highland. Haha .. memang ramai .. tapi .. ada sorang tu je yang Wieya selalu tengok .. *tengok je okay !. bt,staff kat situ kebanyakannya, semua sporting .. !

Oh yaa .. waktu nak round dekat tempat bowling tuu .. ternampak ada sorang abang hensem ni .. alahaiii... haha .. terpegun tengok dia .. sampaikan aku tak perasan, dekat belakang dia ada yang mengekori ! ..

Ada dua ekor ? Err? Orang .. Eh ? .. Aaaa...
Ada dua maskot .. ! Grrr .. * Wieya memang takut gila dengan maskot ! Lemah lutut eden...Aaaaa... apelagi ? Pegang Cik Lin kuat-kuat, menyorok belakang dia. Ada maskot kartun Tabby tuu .. dia nak datang ke arah kitorang ... !

Arghhhh ... makin kuat lah aku pegang Cik Lin .. maskot tu siap hulurkan tangan dia lagi ...
"Ouhh , tidak. Tidakk .. "

Wa dah menggigil lutut ni ....

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Mama saya kecik, saya pun comel laa...

Assalamualaikum ~

#Huarrrgghh .. dah menggila dah aku harini....

Dari tadi dok tenung blog . Entah ape yang aku nak update? Kelip-kelip mata. Bukak, tutup. Bukak, tutup.
"Ape benda yang aku nak update ni?? Erghhh ! Tension! Tension !"

Kelmarin...
Macam biasa. Kerja, tolong Cik Lin *my neighbour , jual-menjual kuih dan makanan dekat Genting. manyak fenatt*penat laaa...

Time menjual kuih & makanan dekat staf, ada seorang pak cik staf penyambut tetamu di Hotel Highland itu bertanya kepadaku. *macam ayat cerpen je -.-"
#Pak cik tu tengok, badan Wieya yang sungguh kecil dan comel ..
Pak cik tu: "Kak Yong*me belajar tingkatan berapa?"
Tapi, Cik Lin yang jawab. 
"Nihh, tengah tunggu result SPM dia. Dia buat part time dengan Lin."
Wieya pun, meng-iyakan aje.


Then, pak cik tu kata lagi. "Lahh? Sebaya dengan anak aku?... Awat kemetot.? "
Bukan kemetot la. Normal la perempuan comel macam saya kecil begini . Tinggi 149cm. Ok ape? Lagi 1cm je tak cukup 150cm.

Ok. Serius, memang sentap sikit. Tapi, aku gelak je. Then, ada lagi soalan dia. "Dah ada boyfriend?"
Grrr .. soalan apakah itu? Wieya cakaplah. "Takde". Then die kate.."haa.. Ni abang-abang dekat sini .. bla .. bla..bla..." *dah? Wieya dah tak ingat ape pak cik tu cakap?

Then.. bila dah habis round tingkat 1&2 Hotel Highland tuu .. kitorang balik ke tempat parking kereta,and kemas-kemas barang untuk ke First World pulak. 

Ouh my gucci !
Bila dah kemas-kemas barang and nak masuk dalam kereta. Baru je nak tutup pintu .. tetiba ada orang panggil Cik Lin. 
"Kak!"    Lepastu Cik Lin pandang.
"Nak nasi."

Wieya pun cepat-cepat keluar kot-kot dia nak ape-ape? Then, macam slow motion tau!  
Keluar dari kereta.
Tengok lelaki tuu.
Oh my. Hensemnya ..
Wieya pun masuk balik dalam kereta.

Wieya ni, susah sikit, kalau melayan lelaki hennnsemmmm ni . Wieya asyik tersengih sorang-sorang je. *berangan. lepastu.. Lain yang orang mintak, lain yang Wieya bagi. -.-" *ish3. Geleng kepala.

And then, ada Le Tour De Langkawi berbasikal dekat Genting Highland. Hadoiyy ~ Kitorang terpakse berjalan kaki masuk balik ke Indoor Hotel Highland, semata-mata nak ke First World. Grrr.. selalunya, naik kereta. Ni? Jalan dah ditutup, dah nak kena ikut jalan lain pulak? But, at the same time ..
"I wish, i could see Anuar Manan and the other  participants riders of Le Tour de Langkawi cycling from far. *i mean, distance"

Tapi, takkk nampak pun? Kerja kan? Mana nak nampaknya? Bila dah habis kerja, Le Tour De Langkawi pun dah habis?.

#Tapi kan? ada ke orang nak dekat gegirl kecik macam eden? dahla kecik, kecik pulak tu?


Story untuk semalam pulak .. Klik sini ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 26 February 2013

Wait yaa !

Assalamualaikum ~

Rasa macam nak update entries ! Tapi, dah lambat ni ... dah pukul 8 lebih pagi dah ni .. *erkk? macam pelik je ayat ni?

Wieya still menghadap laptop . Patutnya kena tolong Cik Lin *my manager, my boss, my leader , my adopted mum. my personal advices .. pack makanan. Kejap lagi nak pi keja . Menjual makanan dekat Genting . Jual dekat staf-staf ..  Phewww .. Genting je pun ? .. Hari-hari gua menlangkah ke sana walaupun dulu wa nangis-nangis nak pegi sana kerana ianya sempadan Selangor dan Pahang. Memang dekat.

Tapi, yang bestnya, hari-hari Wieya tengok staff-staff yang hensem-hensem .. haha .. Gataii ..
Lepas balik dari kerja nanti, Wieya ingat nak update entri .. jiwang leley punya. haha ..



Terima kasih kerana sudi baca.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 20 February 2013

First GIVEAWAY by KECIK

Assalamualaikum ~

# Masih lagi dalam mood demam.. Selsema .. argghh ! Tekak ni gataii betul . asyik nak batuk je ...

Oh ya , kat sini ada Giveaway dari Kechik sempena dengan birthday kechik ..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU  ~
SELAMAT HARI LAHIR ~

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu .. Aminn ..


Untuk join giveaway ni, klik pada banner ,, tq ..

Wieya likers yang ke 69 ..



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 17 February 2013

Mood & status : Fever , fever and fever ...

Assalamualaikum ~

 Ohhh, my dear, my dear sekalian ~
Fever? Demam .. sama ajelah .. bahasa aje lain.
Atau, kalau hangpa nak dalam bahasa saintifik nya, "Abnormally high body temperature" ..

Ewahh! Mantopp! Itupun wa gagahkan diri ni, capai kamus Tribahasa Oxford Fajar dekat almari buku yang tunggu masa nak roboh tu..  Wooo.. 3 ratus 4 puluh 6 muka surat tuu ... itupun tak habis khatam lagi. Belum lagi masuk dia punya helaian kosong dengan kulit-kulit kamus tu sekali .. *Hangpa kira la sendiri ..

Dah tau diri ni demam, still jaga malam. Taknak tido. Tengok Wawa Semput Full Muvie *Movie dekat BLOG EMAS PUTIH. Ada part last yang Wawa nanges sebab Bobby tuu.. Tetiba aiyaq hinguihh ni pun m***l*h je. Err .. geli ~ Bukan sebab terharu dengan cerita tuu.. tapi, memang sebab selsema ..
Eh? " Selsema " ke ? " Selesema ?? " 
Which one??

Anyway, Rajenn akak Uzu kita update blog beliau. Wieya selalu jadi silent reader sebab nak kejar masa. Bukan macam tuan cik empunya blog ni .? Nak harapkan update blog? Huh? Update pasaiii segmen, giveaway, segmen, giveaway .. tu je story nya.. *nak mantapkan ekonomi dulu..

Herggghhh.. inilah yang terjadi jika sudah bertahun-tahun anda tidak diserang demam sampai membuatkan hidung anda tidak selesa.. Asyik nak tarik napaihh*nafas dalam-dalam je..

Hurghh.. teringat masa kecit-kecit dulu... *imbas kembali..

Kalau time demam, Mama mesti amek towel kecik.. basahkan .. then, letak atas dahi .. warghhhh, sejuknya ..*Mama penyayang ~ bagi ubat ~ suapkan. Haha.. sekarang? Dah tua bangka ! Buat sendiri la semua .. kalau demam, pandai-pandai la cari panadol ( paracetamol ) tuu ..
makan dua bijik - dewasa
makan sebijik - kanak-kanak tak matang

Amaran ! Jangan terlebih dos !

Pandai-pandai la hidup sendiri .. amek towel kecik tu sendiri, basahkan sendiri .. letakkan atas dahi sendiri .. Haiiighh.. best nya hidup di zaman kanak-kanak ribena. Bersuka riang ria hari raya ..
Eh? Kita ni? Still topik pasal demam kan? ..
Haa .. rabu lepas .. ( 13.02.2013 )
Kucing kesayangan kita baru je mati .. sedihhh ... pukul 5 petang, Wieya dengan adik baru balik dari shopping dekat Econsave. Nampak dia tengah lepak dekat atas batu bawah pokok depan rumah.. Then? Pukul 6 lebih, jiransss sebelah rumah panggil.. kata, "Awat kucing hang dah tak gerak dah? Mati ke?"

Bergegas lah tengokk .. Hm.. ya. its dead. Entahla? Mati mengejut. Masih Tidak diketahui puncanya. Mama keje shif petang, abah pulak balik kampung. Kami adik beradik je yang ada dekat rumah. Telefon mama, mama suruh balut dengan plastik dulu sementara nak tunggu abah balik dari kampung , tanam dia. Lepastu telefon abah pulak .. abah kata abah balik lagi dua hari. Haaa?

Nak ataupun tak, Wieya yang paling muda tua *sulung .. kenalah cari cangkul.. gali liang lahad untuk kucingku .. tidak mengapa .. demi mu yang telah lama setia menjadi sahabatku .. aku sanggup .. Dengan kudrat tulang empat kerat yang ada, Wieya gali, bergilir-gilir dengan adik. Tapi Wieya paling banyak menggalinya .. kesian pulak tengok adik terkial-kial pegang cangkul.. *Padahal, Wieya pun terkial-kial dah berapa tahun tak usik cangkul .. apatah lagi berkebun?

Sepanjang urusan menggali tuu .. Ramai yang lalu lalang, banyak jugak mata yang memandang. Ada jugak makcik bawak motor sambil lalu - jiran ni tegur ..
"Hah? gali apa tu?"
Then, dia nampak ekor kucing terjuntai keluar dari plastik .. terus dia cakap ..
"Hah! Tu diaaa ! Kucing mampuihhh ! "

Dalam time sedih tu, rasa nak tergelak jugakk ..macam-macam style posing yang kitorang buat time tangah mencangkul .. Hurmm ... mencangkul tak pakai gloves- sarung tangan.. melecet tangan ni. nasib baik sikit ..

( dah melalut jauh dah aku ni ) Cerita pasal demam tadi .. hari ni, bangun pagi je dah terasa pedih tekak ni .. sampai je waktu tengahhari pulak ..hidung ni pulak buat hal .. Namun, ku masih berharap agar dilayan seperti dulu ..kanak-kanak riang ribena *memang tak ar .. dah tua-tua nak menggedik manja lagi?

Malam tadi .. lepas makan maggi yang abah bawak balik dari restoran mamak.. abah bagi ubat selsema .. yelaa .. asyik..
"Sreigghhh ! Sreighhh ! " - sedut hingus . Kalau ada orang duduk sebelah pun, dia bengang. ye dak?

Oh ya ! Lupa pulakk .. tadi, my beloved Mak su ada datang rumah .. saje singgah .. beliau dengar Wieya asyik sedut hingus je*minta simpati  .. adalah sedikit sebanyak petua .. Ini diaa .. petua berkaitan dengan hidung - hingus - hindustan ..abaikan, hindustan tu bukan yer .. ini petua nak melegakan hidung yang tersumbat ..

Bahan2 yang diperlukan .. *wahahah .. macam nak buat resepi memasak pulak ..
- Vicks *tak tau apa itu vicks? Ini diaa ..
- Air panas * jangan panas sangat . panas biase-biase je ..

(a) Letak air panas tu dalam mangkuk.
(b) Letak beberapa titik Vicks ke dalamnya.
(c) Gaul supaya Vicks dan air sebati.
(d) Halakan wajah anda yang mulus itu ke atas wap-wap air yang berterbangan di udara tu .. terutama, halakan kepada hidung yang bermasalah.
(e) Dah? Tutup seluruh kepala anda yang dihalakan ke arah wap tadi , dengan kain .. jangan bukak selagi hidung tu tak lega lagi ..

Ok.

Habis sudah cerita & tutorial kitaa .... demam-demam ni banyak la melalut nyaaa ...
Demam+ selsema+ ulser .. :(

                        Sekian .. terima kasih sebab sudi baca ...






Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 16 February 2013

Sedekah yang tidak menggunakan duit

Assalamualaikum ~

Baca tajuk je,  mungkin ada yang tahu, dan mungkin ada yang tak tahu? Tapi, sebagai seorang mukmin dan seorang islam .. senyum itu sedekah kan? So, kalau ada terserempak dengan sesiapa yang korang tak kenal .. senyum je ..
# Haha .. di samping itu, boleh dapat pahalanya..


Senyum itu sedekah
Senyum itu ibadah
Senyum itu sunnah
Senyum itu penawar
Senyum itu indah


 Bak kata bait-baik lirik lagu SENYUM - Malique dan Najwa
"Senyum. Tak perkata apa-apa. Senyum ~"


Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,
"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." 
                                   (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
                 

                  "Senyum boleh meletihkan musuh"

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Perkara yang membatalkan iman

Assalamualaikum ~

Dah lama Wieya tak taip entri yang panjang lebar, panjang berjela ... asyik-asyik entri pasal segmen, giveaway .. haha
#Haha.. ada yang nak baca ke?

Wieya pun masih mentah lagi jika nak beri ceramah motivasi ape semua bagai apa yang Wieya mampu lakukan, I just want to share my knowledge, as far as I know.

Oklah, sebelum perkara ni dijelaskan dengan lebih lanjut lagi .. Ramai dah tahu apa itu IMAN kan? Kalau ada yang tak tau lagi, IMAN itu bermaksud :
- Dari segi bahasa - Percaya
- Menurut istilah Ahli Sunnah Waljamaah - IMAN ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan setiap angggota.

Kita sebagai manusia mestilah membuktikan keimanan dalam diri ni dengan mengikut semua perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA. Kepentingan iman pulak, berani menegakkan kebenaran, selalu sabar dan reda menghadapi dugaan Allah, pencetus semangat jihad dan banyak lagi.



Perkara yang membatalkan iman :
(a) Syirik - menyekutukan Allah dengan sesuatu pada sifat, zat-NYA dan perbuatan-NYA. Perbuatan Syirik boleh berlaku melalui perbuatan pemujaan, penyembahan atau permintaan sesuatu benda selain daripada Allah SWT.

- Syirik Jali : Syirik secara terang-terangan, menyembah berhala dengan sebagainya.
- Syirik Khafi : Syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, takbur dan sebagainya.

(b) Kufur- Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Orang yang melakukan perbuatan ini digelar KAFIR dan dilaknat Allah.

- Kufur Hakikat : Ingkat, menafikan rukun iman. Tidak mempercayai adanya balasan akhirat dan menolak hukum hakan di dalam Al Quran.

- Kufur Nikmat : Tidak menggunakan nikmat Allah ke arah kebaikan dan menyalahgunakannya, seperti tidak membayar zakat dan boros.


(c) Riddah - Berpaling/keluar dari agama islam. Atau di dalam islam, hukumnya adalah Murtad. Murtad boleh berlaku dalam tiga perkara.
 Contohnya,
- Iktikad(dalam hati): berniat ingin keluar daripada islam.
- Perkataan : mengisytiharkan diri keluar daripada islam.
- Perbuatan : menganut agama lain selain daripada agama islam.
#Penjelasan hukum murtad .

(d) Khurafat- kepercayaan perbuatan karut yang bertentangan dengan islam.
- Mempercayai azimat atau tangkal.
- Mempercayai suara burung hantu boleh mendatangkan tuah atau bala.
- Mempercayai kubur boleh membawa keramat.

(e) Sihir- Ilmu berkaitan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin atau syaitan. Ianya boleh menudaratkan dan mengelirukan manusia.
- Merosakkan aqidah serta membatalkan iman
- Memecahbelahkan masyarakat
- Membazirkan wang, masa dan tenaga.

(f) Nifak -  berpura-pura melahirkan keimanan dalam diri sedangkan hati tetap kufur kepada Allah SWT. Ianya juga digelar munafik.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

 And of mankind are some who say : We believe in Allah and the Last Day , when they believe not .

credit sumber


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 15 February 2013

Cinta disakiti .

Assalamualaikum ~

Cinta dinikmati
Cinta disakiti.
Tak semua perkara dalam dunia ini yang boleh kita miliki.
Kebahagiaan hanya semantara, keperitan dirasai .

Hati ini terkuci kerana selalu disakiti.  Terkuci untuknya. Kini, aku cuba lindungi diri aku dari disakiti lagi. Aku ketakutan setiap kali dia datang menhampiri. Tolong aku. Jauhkan diri aku darinya. Saat dia ingin kembali semula dalam hidupku.

Pintu hatiku tertutup buatnya. Aku harap kau sedar dan mengerti. Dengarlah suara tangisanku. yang menharapkan kamu agar tidak kembali semula dalam hidupku.



Takut untuk mencintai kerana selalu disakiti .
Takut jika cinta yang diberi, disalah erti.
Takut untuk meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
Kerana hati dan perasaanku mungkin terguris lagi.




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 14 February 2013

Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0

Assalamualaikum ...

Awww ~ Cair .. hensem kan doodle dekat atas ??  haa .. doodles ni buatan Alif Ismail .. Beliau dengan sukarela nak beri doodle free .. siapa nak ? bloh klik pada banner . atau pun, KLIK SINI ..


2. Nyatakan mengapa anda mahukan doodle alif ismail.
- kerana Wieya kagum dengan doodle kreativiti Alif Ismail yang nampak real, 3D dan santai .. :)
 

3. Nyatakan warna MATA yang anda mahukan.
- Warna ungu .




 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

" NO Valentine beb! " & Nota tentang Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum ~

Entri ni ingatkan nak publish semalam, tapi tak jadi pulakk .. semalam, tengah boring-boring .. selak lah balik buku nota lama sekolah. Banyak benda yang diconteng dekat dalam tu .. Memang tahapehape entah? Ada benda yang memang tak penting pun Wieya catat. Al-maklumlah, masa tu bebudak lagi .. tak matang. haha .. time tu tak aktif sangat dalam blog-blog ni, so buku nota buruk tula jadi mangsanya . Semua benda dicatat dalam tu .. Dah macam belacan dah ..
 

11 Februari 2012 ...

Ada ceramah Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Memang best ! Best, best jugak, ilmu yang diberi oleh penceramah tu digunakan dengan sebaiknya. OK . Wieya nak buat pahala. Nak turunkan ilmu penceramah tu dekat semua yang membaca ni ..

Hm .. pihak sekolah memang rajin jemput penceramah jemputan dari luar untuk beri ceramah . Kalau, pengetua malas nak jemput penceramah, pengetua minta ustaz sekolah je yang beri ceramah. Jimat kos. haha .. *gurau.
Tak kisahlah jemputan dari luar atau dalam sekolah .. ilmu jugak kan? Sebab tu tangan ni tak berhenti catit segala nota. Catit segala yilmu yang ada.

Mama ( my mum ) pun kata, sampai mati pun hidup kita ni takkan pernah berhenti belajar. Sentiasa ada ilmu yang datang ke arah kita.

Tapi, kali ni mungkin pengetua rajin nak jemput penceramah dari luar, pengetua jemput penceramah Ustaz Zamri . Ala .. yang pengacara "Mari Mengaji TV9 " tu .. Haa .. Femes sehh ..haha .. Bukan calang-calang orang ni ~ masa first time tengok beliau .. Wahhh *kelip-kelip mata, betul ke ni ?? Macam tak percaya je ..
Bila Uztaz Zamri dah start pegang microfon and start memperkenalkan dirinya..
"Haa .. betul lah ni .. aku tak mimpi . haha .."
Time  beliau berceramah, dia banyak hiburkan hati budak-budak ( kami semua ) dengan lawak dia . Termasuk lah Wieya. Tapi, ada jugak perkara faedah yang dia sampaikan.
" Kita sebagai umat islam, di-HARAM kan untuk menyambut HARI VALENTINE. "
Dengar tu !
Ustaz tu kata : Jika kita raikannya, brrmakna kita meraikan kejatuhan islam.

Maulidur Rasul . | Mawlid
Nabi Muhammad S.A.W lahir 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. banginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.

Banyak jugak la nota yang Wieya catit masa ceramah tuu .. yang dapat Wieya kongsikan:

- Musim sejuk > As-Shita |   شتاء
- Musim luruh > Kharif   |  فصل الخريف
- Musim bunga > Rabiuq  ربيع

Rabiul Awal - Musim bunga baru mekar
Rabiul Akhir - Musim bunga akan berakhir

- Saat lahirnya Nabi Muhammad, terpadamnya biara api di majusi yang tidak pernah padam. Namun, pada waktu itu, ianya terpadam secara tiba-tiba tanpa ada angin.

- Runtuhnya Istana Qisra ( Parsi ) yang berdiri teguh dengan tiang yang besar walaupun tiada apa-apa bencana yang berlaku.

- Seluruh mekah diterangi dengan cahaya yang amat terang.

Seriusly ! .. Memang lawak la Ustaz Zamri tu.. ada part yang dia buat lawak betul-betul aku tergelak habeh !.. Dia suruh kitorang , angkat tangan, tepuk bahu orang sebelak kanan and then cakap kat dia ..

" No Valentine beb ! "
Then, pandang sebelah orang kiri pulak , buat benda yang sama .. haha .. kalau ada orang ke dekat sebelah korang, adik ke .. sedare ke , kawan ke? Cuba la buat .. haha ..

Tak sangka pulak dapat jumpa dia depan-depan.


Lagi artikel tentang pengharaman islam menyambut Hari Valentine .. credit sumber


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 9 February 2013

Segmen :Jom Masuk Bloglist & Review Blog by Cik Aishah

Assalamualaikum ~

Sesiapa nak join, boleh klik pada banner ok .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 8 February 2013

SEGMEN : Tambah Follower Sambil Berkenalan 2

Assalamualaikum ~

Haa... Blog DJH ada buat segmen baruu .. wahh .. ramai giloss blogger-blogger buat segmen .. rajin betoii depa naa...

Klik pada banner ..


 Join-join segmen bagai ni boleh tambah kenal-kenalan + follower ..

Followers blog Dhia Adawiyah sekarang >>08.02.2013<<


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

1st Segmen Ina Sazali Mencari Rakan Bloglist

Assalamualaikum ~

Ha . Ha . *lawak. gelaklah .. haha ~
Segmen lagi ?? Takpe .. siapa yang nak join, join je ..

 Jangan lupa klik pada banner tau ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Pre-loved Novel Giveaway

Assalamualaikum ~

 Wahhh .. ! Ada Pre-loved Novel pulak arghhh ! .. *histeria hanya kerana novel.
Haha .. NOvel derrr.. siapa tak suka ? ..  Siapa yang buat Pre-loved noveel giveaway ni ? Haaa .. inilah dia .. -->> Fatin Nabila .

Anyone ? kalau nak bagi hadiah birthday.. haha .. boleh bagi Wieya hadiah novel ek ...

Nak join, klik pada banner .


 Tag : Kecik
                                     Tarikh tutup : 10 Feb | 10 pagi

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen Tambah Bloglist by Sharina

Assalamualaikum ~

Okey, niat di hati yang suci , murni , tulus dan ikhlas ni nak tambah kawan dan kenal-kenal dengan blogger yang lain .. Haii*lambai tangan kat korang yang tengah baca ni..

 Nak join tak? Boleh klik pada banner okey  ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

Assalamualaikum ~

Bulan Februari 2013 ni, penuh dengan macam-macam segmen, giveaway, contest .. ramai yang anjurkan, ramai jugak yang join. Termasuklah Wieya. Hihi~ Blog Archive entri lama, penuh dengan post pasal  segmen and giveaway bagai.

Takde niat apepun. Hihi .. just nak  penuhkan blog yang sekian lama menyepikan diri. Nak kenal-kenal dengan blogger yang lain. <<--alasan yang sama . Hee.. betul lah. bukan alasan. Niat dah macam tu..

This time, Wieya nak join first segmen oleh Leeyana Amzar.Nak join boleh klik pada banner okey ..

>> Okey.. lagu yang Wieya minat gila-gila ehh? <<

                                          Taraaa ... !!

 
Pause lagu di sidebar kanan, atas, bawah, bawah .. kalau nak dengar lagu ni okey ?? hihi ..
Christina Perri - A Thousand Years

Heart beats fast Colors and promises  
How to be brave  
How can I love when I'm afraid  
To fall  
But watching you stand alone 
All of my doubt 
Suddenly goes away somehow
One step closer
 

(Chorus) I have died everyday waiting for you 
Darlin' don't be afraid 
I have loved you for a Thousand years 
I'll love you for a Thousand more
 

(Verse 2)  
Time stands still beauty in all she is  
I will be brave 
I will not let anything  
Take away  
What's standing in front of me  
Every breath,  
Every hour has come to this
One step closer
 

(Chorus) 
 I have died everyday 
Waiting for you  
Darlin' don't be afraid 
I have loved you for a Thousand years 
I'll love you for a Thousand more
And all along 

I believed I would find you  
Time has brought  
Your heart to me 
 I have loved you for a Thousand years 
I'll love you for a Thousand more
One step closer One step closer
 

(Chorus) 
 I have died everyday  
Waiting for you  
Darlin' don't be afraid, 
 I have loved you for a Thousand years 
I'll love you for a Thousand more
And all along

 I believed I would find you  
Time has brought  
Your heart to me 
I have loved you for a Thousand years  
I'll love you for a Thousand more

Credit to sumber 

Wieya suka lagu yang kebanyakannya, rentak yang slow je .. baru tenang dengan hati . Heee ...

Tag : Si comel
         Si cantik manis

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen Bloglist dan Review Blog

Assalamualaikum ~

Wieya dijemput oleh tuan empunya blog ni untuk join segmen yang beliau anjurkan .. Mual-mula, fikir. Nak tangguh dulu niat nak  join tu sebab time tu ada BIG PROBLEM yang memang tak disangka-sangka !

Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan Wieya time tu. Ya Allah.. Nak nangis pun ada. Jantung ni rasa nak gugur macam nangka tergolek. Rasa macam dunia ni dah gelap menyepi dan ku berada di dalam kegelapan tanpa sebarang cahaya.

Allah Maha Mengetahui. Allah takkan beri dugaan kepada hambanya andainya kita tak mampu nak selesaikannya kan?Wieya berdoa banyak-banyak supaya Allah SWT tunjukkan jalan untuk selesaikan masalah yang tak dijangka tu.

Mungkin berkat dihari jumaat yang mulia ni..Alhamdulillah, masalah tu dah pun selesai.

Wieya pun ready nak join segmen ni.. Apa salahnya kan? Nak menghiburkan hati yang resah gelisah, gundah guladah sekejap tadi. Sekadar untuk enjoy dan kenal-kenal dengan ramai blogger.

 Untuk join segmen ni .. boleh klik pada banner di atas ye ..

Tamat Segmen : 9 Februari 2013 , 12:00 a:m



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Review Blog By Adam

Assalamualaikum ~

Review blog lagi ... haha .. murah rezeki .

Alhamdulillah ~

Tapi, kali ni.. review blog BY ADAM FAIZ .. hehe ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 7 February 2013

Hari ni, hari boring sedunia ka?

Assalamualaikum ~

Uwaaaaa... nampak tajuk je dah tau kann? Hm.. daripada tadi lagi. Online -->> Offline -->> Online -->> Offline -->> Online balik -->> Offline lagi ... online ...

Boringnya ... nak tulis entri? Memang takdak idea ? Ke-kreativiti tu tah hilang kemana dahhh?

*Raup muka, tarik rambut .. dah geram ni !

Satu je yang Wieya tunggu hari ni ~ .. Episod terakhir SETIA HUJUNG NYAWA ! .. Arghh ! Tak keruan ku dibuatnya .. agak-agak, apelah endingnya?? Haaaa...


Tengok tuu .. jangan marah Zain .. oh ya ! Tadi pelakon-pelakon Setia Hujung Nyawa ada dalam rancangan Wanita Hari Ini ( WHI ) *Hari esok takde..

Ada live chat untuk episod yang terakhir with Nelydia Senrose ( Ersalina Imani ) &
Amar Asyraf ( Zain Hakimi ) .. http://apps.tv3.com.my/setiahujungnyawa/livechat/

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen Kita Geng '95 by Kecik

Assalamualaikum ~

Ehem ! Ehem ...
Haha.. Kalut betoiii.. kusut kepala ni. Mana tak nya? 
Boringggg ~ Taktau nak buat ape? Dah berapa kali online, lepas tu..tutup? Online, tutup. 

Online tak sampai 5 minit, tutup. Nak buat entri, taktau nak post entri ape? Kang tulis yang merepek-repek, lain pulak jadinya? Hm.. manusia..

Hehe.. bukak blog balik. tengok-tengoklah, kot-kot ada segmen yang boleh Wieya join. Haa ! Ada ! ... Hahahahaha*gelak jahat.

Segmen Kita Geng '95 by Kecik *tepuk tangan yawww ..

Haaa ... siapa yang lahir pada tahun 1995, maknanya.. sebaya dengan Wieya lahhh... Kalau korang sebaya dengan Wieya, ertinya .. sebaya jugak lah dengan  
blogger kita >> Kecik <<.. Haa .. kalau macam tuu .. kita kawan kan? Kan ?

Haha .. tak kisah la takde hadiahh..janji, kita kawan kan?.. haha .. nak jugak kenal-kenal dengan kawan baru. Sebaya dengan kita. Blogger pulak tu . Boleh kongsi pendapat dan pengalaman kan?

Ramai yang tak percaya, Wieya form5. *Wuuu.. sedih~ diorang nampak Wieya ni pendek rendah je dan comel .. diorang taknak percaya.. Oh ya! Nak promosi my birthday! Haha .. Nanti jangan lupa sent hadiah tau. Boleh kita usha abang posmen hensem.haha .. 
My D.O.B is , 12 Disember 1995 .

 Haa.. batch 1995 .. tengah tunggu result SPM 2012 kan ?kan ? Alaa.. samelah kita .. Good luck tau ! haha .. sorry, wieya taktau kenapa happy sangat bila taip entri segmen ni? Maybe terlampau happy sebab akan dapat kawan baru kannnn ?

Banyak pulak "Kan" dalam entri ni .. kann .. haha .. cuba kira .. Ngeee ~


Haaa.. Lai ~ Lai ~ Lai ~ ..
Batch 1995 .. jangan malu-malu nak join. kita tambah kawan kann? ..
 Nak join, boleh klik pada banner tuuu ..

 Oh ya ! .. hai kecik ~ Selamat berkenalan ... ^.^

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 6 February 2013

Segmen: Follow Me FOllow U

Assalamualaikum ~ ^.^

Boringnya ....

Jom join segmen laa ..


Doodles banner segmen ni comel sangat ! Wieya suka !
Klik Banner diatas ! ^.^

 I'm follower 241  .. tapi, jenis yang takde gambar .. *sedihnyaa ...
---->>>


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Macam .. pelik?

Assalamualaikum ~

Kelmarin, birthday kawan Wieya. Nak kata rapat tuu.. taklah sangat. Biasa-biasa je.. Ala ~ yang kawan gitu-gitu tuu .. haha.. Jarang jumpa dia. Sebab kitorang memang lain kelas. Kalau terjumpa dekat mana-mana pun, dapat bersembang dengan  dia mesti macam pasar. Macam-macam yang kitorang borakkan . Memang best kalau dapat borak dengan dia. Tapi ! Kalau lepak sama-sama, tak ada story nak dibualkan, masing-masing memang diamm je .. *bunyi cengkerik .. krikk ..krikk .. krikk ..

Oryte, Wieya wish birthday dia dekat facebook. Macam-macam yang Wieya doakan kepada dia.

" Selamat hari lahir ! Heppy birthday .. Moga-moga dimurahkan rezeki selaluuu .. always smile okay, senyuman itu membawa berkat ~ :D "

Then, he reply .

" Thanx..Wiyah jgak...moge murah rezeki.. "

*Terkejut sekejap. Tapi, memang terkejut gila ! 
" Aikk? Bukan ke selama ni hang panggil aku "Raby" 
( Singkatan nama Rabi'atul Adawiyah ) "  - monolog dalaman.

Kawan-kawan sekolah tak ada yang panggil "Wiyah".. panggil "Raby"je sebab diorang kata itu yang senang.

But, why hah? Why ? why ? 

Tak adalah .. selama ni dia panggil Rabi'atul/ Raby .. Tapi .. kelmarin, dia panggil 'Wiyah" ..?  Kalau ada orang panggil korang dengan nama lain yang tak pernah diorang panggil .. mesti korang rasa pelik jugak kan? .. weird ~

Terasa diri ini perasan sekejap . Dahlah . tutup cerita .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen Random oleh Honey Yeo

Assalamualaikum ~



 
Segmen ni berlangsung selama 15 hari je .. cepat join tau ! 
 
KLIK PADA BANNER .

Tag : Izzaty
         Ainin
Belog Kayangan
       

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

22th Birthday GiveAway

Assalamualaikum ~
 Hee .. tengah dengar lagu Rindu Bukan Teman-ernie Zakri .. Besttt wooo ...
Oryte ! Anis Athia ada anjurkan Birthday Giveawaynya .. memandangkan birthday nya
hampir dekat .  << katanya.. hihi ..

oklah,kalau nak join, klik pada banner di bawah ok ! Banyak lagi hadiah menarik !


 Nak tido ~ Zzzzz ...

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 5 February 2013

Tentang Surah Al Fatihah | Terjemahannya.

Assalamualaikum ~

Oryte! Kita sebagai orang islam, tentu kita dah faham kan setiap surah ada kelebihan tersendiri, walaupun ada yang kurang tahu. So, ianya terpulang pada kita. Sama ada nak usaha mengetahuinya ataupun sebaliknya.*macam tazkirah kaa??

Surah Al Fatihah adalah surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran ( Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Surah Al-Fatihah dan maksudnya .
Bismillahirrahmannirahim.

1 | Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
2 | Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
3 | Yang Menguasai di Hari Pembalasan.
4 | Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
5 | Tunjukkan kami jalan yang lurus.
6 | (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan buka (pula jalan) mereka yang sesat.

Surah Al Fatihah adalah surah pembukaan di dalam Al Quran. Berdasarkan pengetahuan Wieya, Surah Al Fatihah sememangnya doa yang terbaik jika kita rajin membacanya. Sejak awal juga Allah SWT telah memberi peringatan kepada umatnya. 
Firman - NYA :
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan ( yang lain ) kerana jalan-jalan ( yang lain itu ) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." [ al-An'am 6:153]

Antara kelebihan Surah Al Fatihah :
- Menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
- Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan dan kesusahan.

Untuk mengetahui lebih banyak kelebihan surah Al Fatihah, boleh ketahuinya DI SINI.
sumber



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 4 February 2013

Random Giveaway by Firzanah & Auni

Assalamualaikum ~ ^.^

Wuuu.. first time blogger ni buat segmen. Jom support Firzanah dan cousinnya okey ! Jom join dan Klik pada banner di atas.

Tarikh Segmen berlangsung : 3/2/2013 sehingga 3/3/2013 (29 hari)

Tag : DailyDiari Izzaty
         Miz Rizhani's Blog

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tips | Cara menghadapi Stress

Assalamualaikum ~

 credit to Google

* Jangan setakat hanya melihat gambar ni tau. Fahami betul-betul apa yang Wieya cuba sampaikan. Moga-moga tips ini bermanfaat untuk semuaaaa .. :) sekadar membantu.
Usaha jangan lupa. Chaiyookk !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 3 February 2013

Birthday gift from someone | 12.12.2012

Assalamualaikum ^.^

Pemberian ikhlas dan istimewa dari seseorang *on my birthday! . Awww ~ . So swettt! Story ni dah lama terperuk dalam draft, cuma tak publish2 lagi . tunggu gambarnya .. tak best lah cerita kalau tak ada gambar konnnn .... 
*menyampah tak, tengok monyet dekat atas tuu ?? Rasa macam dia terlebih gedik kan ? -.-"

Pada awalnya, beliau sendiri bertanya pada Wieya hadiah apa yang Wieya inginkan sangat sempena hari lahir .  *Alaa .. kalau mintak, tak surprise lah. kalau tak surprise, tak best laaa ...
"Err .. taktaula? Tak boleh nak pikiaq nak hadiah ape? Bagi jela ape-ape . "

Wieya sendiri pun tak tahu. Dan, 100% Wieya serahkan pada beliau untuk beli ape yang beliau nak beli. Wieya nak kelainan untuk birthday 12.12.2012 . ^.^ *surprise la katakan ... 

25 Disember 2012. Baru lepas hang out dengan kengkawan setelah sekian lama tak jumpa lepas habis SPM 2012 baru-baru ni..*lama lah sangat. haha


"12" >> My favorite number !

Beliau datang secara tiba-tiba? Tak call atau mesej dulu? Lepas hang out dengan kawan, Wieya pun balik. Awww..ada kek! Kek coklat pulak tuuu..
" For me ?"
 Aww... ini baru surprise... 12.12.2012 yang lepas, tak sambut pun birthday.  Dan, Haritu baru Wieya sambut birthday dan terima hadiah daripada beliau. Happy~ sangat! ..  Mula-mula dapat tu, perkara wajib yang Wieya buat bila dapat hadiah. *goncang hadiah tu. Haha.
"Terasa berat.. Hmm.. dalam dia ada ape ek? Berat je ni? PSP? Iphone? Handphone? "
 haha .. *berangan tinggi menggunung ke langit je..

Adik-adik pun ada yang sampai merajuk sebab Wieya taknak bukak hadiah ni. Diorang nakkk sangat tengok isi dekat dalamnya. 
"Eh? Mana boleh bukak?Tuannya tak rasmi lagi. Tahun 2013 baru akak bukak." 
Haha ..*5 hari je lagi. susah ape nak tunggu?

Cara pembungkusan hadiah pun menarik sangat! Sampai Wieya decide nak bukak time awal tahun 2013.


Lawo betul cara balut hadiahnya. Sayang gila nak bukak! *tapi  bukak jugak. -.-" Then, 01.01.2013, detik je jarum jam pukul 12 tengah pagi bute. Wieya pun masuk dalam bilik, bukak hadiah tu sorang-sorang. Heee...Tak sangka! Rupanya, hadiah yang Wieya dapat, lebih indah daripada yang Wieya jangkakan. 
"Its a music box ! Arghhhh !" *my favorite gift dari dulu lagi!

Teringat pulak kisah dulu-dulu. Tak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas. Deyy? apa punya peribahasa daaa~
Dulu, Wieya dulu kuat berangan.Wieya pernah ada music box.
 *tapi, cuma untuk beberapa jam aje -.-" 
Waktu darjah 3 atau 4 dekat sekolah cina, Wieya pernah mintak kawan baik Wieya belikan music box sebab Wieya teringin sangat nak ada music box satu. 
Ala, murah je, RM1.50 - satu. 

Keesokannya, kawan Wieya dah belikan, terasa sangatlah heppy hati ini sebab dapat memiliki music box yang Wieya nak. *Wieya nak sangat music box ni. Actually pengaruh dari drama tv inggeris dulu-dulu, entahapetajukdia? Wieya dah lupa. Then, tiap kali baik sekolah, mesti kena stay dulu dekat tempat kerja abah sementara tunggu abah habis kerja. Sebab dulu abah kerja Jurukimpal bas dengan sebuah syarikat. Rumah pun jauh. 

So, bila balik dari sekolah.Stay la kat situ. Wieya pun mainkan music box tu. Memang belek habeh ar..Terasa berbunga-bunga hati ini! Wieya imagine, ada Prince Charming bagi Wieya music box tu sebagai tanda cinta hatinya. Wakakaka! Padahal, beli sendiri. Perasan je lebih.. *Nampak sangat pengaruh drama tu kuat pada budak-budak. Memberi kesan yang mendalam betul. Sengih sampai ke telinga la jawabnya.

Tiba-tiba.
Abah found out that I bought a music box without asking his permission, he was so mad and angrybird with me. *yela. Ayah mana tak marah, anak dia beli benda yang bukan-bukan? Bapak bagi duit suruh simpan, ni.beli benda yang bukan-bukan. Tak ada faedah. Belum sempat Wieya bagitau harga music box tu pada abah, Abah hempas music box tu *macam raksaksa menjahanamkan bandar-bandar yang ingin ditaklukinya. 

Maka berjujuranlah air mata ini melihat music box yang dimiliki tak sampai beberapa jam berkecai begitu saja. Selalunya, abah tak macam tu. Abah akan cakap elok-elok and nasihat Wieya. Maybe angin abah tak berapa baik masa tu *datang b**an kot? Hihi, gurau.

Waktu tu kan kecik lagi, mentah, tak matang pulak tu. Mana tau ape-ape? Nangis jela. Sambil meratapi music box tu*macam dalam drama tv- terkena pengaruh drama lagi-budak-budak...
Sekarang, taktau music box tu ada dekat mana? dah buang, atau still simpan lagi dalam mana-mana kotak barang lama. Heee ...
  

From *** ** :
"Haha...nanti bila sunyi, rindu, pusing je kunci tu..."
Okay ! Bila rindu, Wieya mainkan music box ni.. melody dia indah sangat. Sedap didengar. mendayu-dayu. Sampai boleh buat orang menangis !  

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen Review Blog by Kecik

Assalamualaikum ~

Haha .. since lately, Blog Dhia Adawiyah ni asyik post segmen , giveaway , contest.. bla..bla..bla.. sampai korang pun dah naik boring. Haha.. kalau dah lihat begiu, maknanya kepala otak dan fikiran ni tengah takdak idea lah tuu .. itu yang join macam-macam segmen  disamping mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama blogger. hihi .. oklah, takmau membebel panjang .. siapa nak join segmen review blog ni . klik pada banner di bawah :) .


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

someone who used to be the meaning in my life

Assalamualaikum ^^

Layan perasaan.
Semalam tidur awal sangat. Pukul 8 malam dah tidur dah. Aleh-aleh, terjaga pukul satu pagi. Ohmy! 6 jam wa tidur tak bangun-bangun. *Tidoq mati ka hang ni?

Hm.. tengok adik dah buat air liur basi dengan taik matanya, Wieya pun segeralah cilok laptop yang ditinggalkan kesepian. Mula-mula bukak blog. Blogwalking ke blog-blog .. daripada pukul 2 lebih sampai sekarang nak dekat pukul 5 pagi, tak tidor-tidor lagi.

Dok bersekang mata melayan semua entri dalam blog Kak Yuyu Zulaikha.. daripada entri terbaru, Kak Yuyu - Imperfections *credit too Kak Yuyu .. sampailah entri bertarikh 21 April 2011.  Dok tekan "older" je. Waaaa*air mata dah meleleh dah ni.. tengok jam di dinding yang tak henti-henti bergerak jarum jam nya, kecualilah kalau bateri habis. Pukul 5 pagi. Makk aii.. dah berapa jam Wieya menghadap laptop nih?  Yang lain pun semua dah tidur. Layan mimpi .

Actually, entri ni bukan nak cerita pasal tidur je. Cuma nak katakan tentang perasaan ini.Sedih.. sambil bukak blog, at the same time, bukak facebook. Baru sekejap tadi, tergerak hati ni nak stalk facebook crush. Seseorang yang kita...... since form 2 dulu hinggalah sekarang,
( tunggu result SPM 2012 )

Tengok je gambaq-gambaq dia. Wieya tersengih sorang-sorang layan perasaan bila tengok gambar-gambar dia tersenyum. Gelak ketawa. Wieya tak dapat bayangkan suatu ketika dahulu senyuman itu pernah diberi pada Wieya. dan kemudian, semakin menjauh lalu hilang dalam kesamaran.




Sedihh ja ..*memang sedih pun.
Rindu sampai menusuk kalbu.
Rindu nak tengok mata dia yang ikhlas tu.
Rindu nak tengok dia yang pemalu tu.
Rindu nak dengar suara dia yang sopan santun tu ..

Pernah juga Wieya asyik dok berangan . dok pikiaq pasaii dia . Namun, itu semua hanyalah angan-angan khayalan semata-mata? Tak mungkin jadi realiti..
Bak bait-bait lirik Lagu Be Mine - Tasha Manshahar feat Syed Shamim ..

"Dalam pada ku gembira, kadangkala sedih juga. Kau sudah berpunya. Tak mungkin jadi milikku, selamanya ..."



"Walaupun bukan sekarang, bahagia menjelang"
                                       - Mimie Harris - Sastera si kupu-kupu.
Bukan taknak terima, cuma, takut kehilangan. Biarlah ia berakhir dengan persahabatan yang bermakna penuh erti.



My heart Whisper : Doakan Wieya dapat result yang cemerlang dalam SPM ek? Aminnn !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 2 February 2013

Pengalaman pertama pegang stereng .

Assalamualaikum .. ^.^

Hari yang ~ Err ? Entahlah. biase-biase je kot?

Hm, pukul 5:30 pagi dah bangun dah. Tapi tidoq balik. Pukul 6 pagi, bangun balik. Perut pulak buat hal~ memulas entah kenapa pulak. Or ? Stress sebab hari ni ada latihan amali motokar ( kereta ) ?? Hari ni first time beb ! Itu yang meragam perut ni !

Lepas solat, doa banyak-banyak pada Allah, moga tenangkan hati yang gelisah tak tentu hala ni. Wieya ni, jenis yang berfikir jauh ~ ke depan ...... ( Nuuu ~ jauh sana )  
Things had not happened yet .. I kept thinking nonsense. !  Ergghhh!

"Agak-agak ape jadi lepas ni? Lepas ni nak buat ape?" macam, wieya takut something bad happen. Weel,sebagai langkah berjaga-jaga.


Walaupun benda tu tetap akan berlaku pada kita. Itulah namanya takdir Allah. Walau sekuat mana kita cuba untuk elak, ia tetap akan berlaku. Kita hanya mampu merancang. Allah yang MAHA MENENTUKAN.

Eh? Melalut jauh pulak. *Tapi, boleh ambik iktibar kan? hehe ..

Ok. Sambung.
Bila dah siap tu, perut ni still meragam lagi ! *Asal dia taknak berhenti ni ! ..
Harus ada dekat tempat cawangan pendaftaran tu tepat pukul 8 pagi. Tengok jam di tangan. 

"Pukul 7:30"  Tengok mama. Tengah pakai tudung depan cermin. So gorgeous*mak sapelah tuu ..
Then, Mama tanya. "Hah? Nak pegi mana?"

"Laa..hari ni 2hb Feb 2013, kan ada latihan tuu.."

Mama baru teringat. "Ohhh..a'ah~ lupa .."  Muka Wieya berkerut. "Adoihh, saket perot la pulokk..."

"Asal? Stress sebab kejap lagi ada latihan amali?"
Wieya angguk. "Tuu laa.. asal stress je saket perot .. bila saket perot pun bertambah-tambah stressnya...Urm,  Maa .. jom !"

Mama mengerling ke arah jam di dinding . "cikgu tu datang jemput pukul berapa?"

" Hee .. 8 pagi."

"Ha! 8 pagi? Awal lagi. Kang tercicir pulak **** sementara nak tunggu cikgu tu datang." Mama tergelak. *seronok bahan orang. haha.

"Hadoihh.. tengah takut ni, agaknya perot ni pun takut jugak, itu yang dia pun meragam. Hadoihh.."

Mama gelak je tengok Wieya. Resah. gelisah ..*sukalah tu~

Tepat pukul 8 sampai dekat cawangan pendaftaran tu. 5minit kemudian pulak, ada sebuah kereta kancil berhenti juga dekat sebelah kereta kitorang. Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40an datang ke arah Wieya.  Dia tunjukkan sesuatu yang tertulis di buku nota yang dia pegang. "Ni nama awak ke?"

Wieya pun check. "A'ah. Rabi'atul."
Then, cikgu tu kata kena tunggu lagi sorang sebab dia tak sampai lagi. tak sampai 1 minit, seorang perempuan dalam lingkungan 20an kot? Datang. Wieya tengok dari jauh, Cikgu tu  tanyalah nama dia. Dia pun angguk.

OK. Dah boleh gerak. Wieya cakap dengan mama, cikgunya dah sampai.Mama pun tersengih. Then, mama balik dulu. Sepanjang perjalanan , Wieya tengok je cara cikgu tu bawak kereta. macam mana nak uruskan stereng, gear, klac .. bla..bla..bla..

Bila dah sampai dekat ( HQ ) tempat latihan dekat Kuala Kubu Bharu, lepas daftarkan diri di pejabat. cikgu tu explain satu-satu. sebelum mula bergerak, kena check macam-macam. tengok lampu, signal, cermin belakang, cermin sisi .. banyak lagi laa.. hinggalah cikgu ajar kalau kita start enjin tanpa check gear tu free gear atau pun tak? .. Memang cikgu tu buat demo betoii-betoii. Melompat habis kereta tu. Wieya yang duduk depan sebelah driver ni memang terkejut beruk lah ! *Nak tergelak pun ade .

Then, sempatlah jugak kenal-kenal dengan akak tu. "Panggil akak Nana je.. "
Tapi, Wieya panggil Kak Nana jugak. Aww.. first time dengar suara dia .. rasa macam ..? eh, kalau karaoke sodap ni..
Kak Nana orang first yang cuba drive kereta tu lepas cikgu tu bawak kitorang pusing HQ tu banyak kali. Wahh.. Nampak macam dah biasa bawak kereta. Kak Nana pun cerita yang dia pernah bawak kereta ke tempat kerja dekat Ampang*Wow!, cuma tak adalah mahir sangat. Setakat tahu yang basic je. 

Ooo.. oklah tu. Daripada aku ni? 0 *zero je. Taktau apa pasal kereta pun? Even, kereta yang baru-baru keluar dalam beberapa tahun ni pun Wieya tak kenal? Malas nak ambik tahu sebab dulu kereta-kereta tu semua tak ada kena mengena pun dengan Wieya. Tak minat aihhh kereta-kereta nihh. Setakat kereta wira, saga, kancil, tu kenai ar..sekarang? Dah terdesak. *ouh ! ketinggalan zaman rupanya aku ni?  

Viva dengan Myvi pun Wieya taktau nak bezakan diorang macam mana? Nampak macam sama je.

Sampai je dekat part nak buat latihan bukit tu, berhenti dulu sebab ada kereta lain tengah buat latihan bukit dekat depan. Tetibe ada sorang tenaga pengajar ni dok tegur cikgu yang mengajar kitorang.

"**ad (nama dirahsiakan) Nak pegi mana?"

Dah sah-sah nampak kitorang nak buat latihan bukit, awat tanya soalan lagu tu? Cikgu kitorang tu pandang  bukit depan kitorang tu*maybe tengah pikir ape nak jawab kot .. dia pun jawab.

"Aaaa.. Batu Caves" ..Haha.. kitorang tergelak dengar jawapan yang cikgu tu bagi.

Hadoiyy, satu lagi masalah yang bikin stress ! Bila time Wieya, Wieya gementaq habeh bila pegang stereng! Tangan ni, berpeluh dah. Nervous tiba-tiba. Bila nak start jalan tu kan kena balance minyak dengan klac. Taktaula kenapa kaki kiri Wieya ni, keras sangat nak balance klac tu bila dah tekan habeh klac tu. Lepas tu, nak tekan mintak pulak takot-takot. Takot kereta tu melompat ke depan. Oh my ! First time nak bawak tu, memang hancus la..

Wieya dah tekan klac, masuk gear, lepas brek tangan. tekan minyak .. "Aiikk ? Apesaii tak gerak-gerak lagi nih?"

Ghuper nya kena lepaskan klac tu perlahan-lahan. Haha. Wieya tak lepaskan klac laaa tadi. Itu yang kereta dok mengaum habeh macam harimau tapi, tak jalan-jalan jugak. Haha. malu je budak-budak lain tengok . Bila try nak seimbangkan tu.tetibe, macam bergegar.tu maknanya gear tak seimbang.hadoiyy, awatlaa kaki nihh .. susah sangat nak lepaskan klc tu .. keghraiihh*keras macam batu. Macam patung pun hado.

banyak lagi pengalaman ( experience ) untuk yang first time ni .. tapi, nak cerita, panjang-panjang dah tak pandai dah . ^.^ hee ..

Selepas ni, harap semua doakan Wieya bertambah cekap drive kereta and lulus ujian JPJ tau ! Kot-kot la boleh jadi pemandu F1 ke? Drifter ke ? *haha.. berangan. dahlah pendek. nak jadi drifter? boleh jalan laaa ...

Terima kasih .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...