Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 31 January 2013

Kamalia. Akak rindu.. ( Al Fatihah )




Biasanya, seminggu sebelum tibanya birthday seseorang yang rapat dengan Wieya, Wieya mesti ..
- Tergopoh-gapah
- Kelam kabut
- Cari idea ~ "Apa yang aku nak buat untuk birthday ... ? "

- Check isi yang ada dalam dompet.. ok, lets check this out : Ada, Kad pengenalan, kad topup RM3, resit beli baju, resit MarryBrown, Kad Topup RM5, Resit beli buku, gambar **i* , lesen , bla ~ bla ~ bla .. resit , resit..( Banyaknya resit? Pada asalnya, nak simpan resit tu buat catatan. Kot-kot la ada keruntuhan kewangan ke, kan? Boleh check balik, ape benda yang aku beli, sampai boleh runtuh ekonomi aku ni? ) 

And then, check Duit? Yess ! Perkara itulah yang paling digeruni bila birthday seseorang itu hampir tiba. Akan membuatkan Wieya rasa stress sangat ! Wieya ni nak sangat bagi hadiah dekat seseorang tu supaya seseorang tu ingat pada Wieya selalu. ( Piiilahh, diri sendiri pun pokai, ada hati nak beli hadiah untuk orang. Maklumlah, budak sekolah kan, mana ada duit sangat. Bila sampai je dekat depan kedai, Mesti pikir 1000 kali sebelum nak beli sesuatu yang kita betul-betul kita idamkan selama ni. Lama dok pikir, akhirnya balik. Tak jadik nak beli apa-apa. :(   )

- Kepala otak dah ligat nak buat macam-macam untuk sambut birthday tu. Surprise la .. beli kek besaq la.. bawak  tengok wayang la .. beli hadiah yang di-idamkan laa ..
Alamak ~ macam mana ni?

Huh.. last-last? Hanya Birthday sms je yang dapat diberi. Sedihnya kalau tak dapat bagi present ~ Lainlah kalau Wieya betul-betul busy dan lupa. 

Lupa..? Wieya lupa ! Isnin lepas birthday adik ! .. semalam bila tengok kalendar, dah 30.01.2013. Minggu lepas Wieya dah set dalam kepala otak ni, dah remind dekat fikiran untuk ingat tarikh ni.. macam mana boleh lupa??


28 Januari 2013 ..

Selamat Hari Lahir, Adik .. 

Dah genap 10 tahun umur adik.
Dan genap 10 juga adik pergi tinggalkan kami.
Genap 10 tahun juga, kami teruskan hidup tanpa adik.
Genap 10 tahun juga adik tiada di sisi kami.
Dan 10 tahun yang lalu ..
Kehadiran seorang insan di muka bumi pada 28 Januari 2003. Siapa yang tak gembira dalam menyambut kelahiran itu ? Kegembiraan. Ada tangisan dalam ketawa.

"Yeay ! Adik baruu .. ! "

Tapi, tak lama...
40 hari je adik bersama dengan kitorang.. Allah dah panggil adik semula. Siapa yang tak sedih dalam meratapi pemergian insan kecil itu ? Pada waktu itu, Aku yang masih kecil tidak mengerti apa itu kehilangan, hanya menangis apabila melihat adik yang kaku dan tidak bergerak. Peristiwa itu kadang kala berlegar di fikiran.
Akak minta maaf. Akak tak dapat nak bagi adik hadiah mainan. Akak nak sangat bagi, tapi tak boleh ? Adik dah jauh dari akak. Hadiah yang akak boleh bagi untuk adik.. hanyalah doa dan 
Al Fatihah.*tadah tangan ..


Akak harap adik doakan kesihatan yang baik dan perlindungan kami. Akak tahu, adik sentiasa memerhati kami dari atas sana. Akak cuma nak cakap .. akak rindu, dan 
Hai * lambai tangan. Rindu yang dirasai seringkali membuatkan akak rasa nak peluk dan cium adik . Bila tengok baby yang baru lahir, akak teringat pada adik. Banyak perkara yang akak nak luahkan, tapi tak terluah. biarlah ia menjadi rahsia kita.

                                                         Kamalia 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 30 January 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum ~

Wieya tak tahu nak letak tajuk ape? Terima Kasih, itu je yang ada dalam fikiran Wieya. Terima kasih yang mempunyai penuh makna walaupun terlalu ringkas.

. Alhamdulillah .. :) *wasyukurillah, bersyukur, padamu Ya Allah ( Nyanyi nasyid sikit )
Alhamdulillah.. berkat semua orang. Berkat usaha dan kerjasama sendiri. Actually, Wieya suka sangat bila Kak Niera ada minta kerjasama para blogger buat blogwalking, singgah-singgah ke blog yang lain. Wieya dapat sapa-menyapa dan kenal dengan ramai blogger. Dapat tengok blog-blog mereka yang awesome ! Mungkin, sedikit sebanyak boleh ambil contoh untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan menjadi lebih baik. :)

Wieya tak boleh tidur pagi tu.. ternampak segmen ni di blog Kak Niera ( Aisyah Humaira' ) .. Tahun ni pun, Wieya tak ada buat banyak entri. So, apalagi? Join lah .. *nak penuhkan blog archive. Then, blogwalking ke semua blog yang Kak Niera n Kak Huda dah listkan .

 Rezeki .. Blog Wieya pun jenis yang jarang-jarang menang segmen. Maklumlah, blog tak berapa nak lawa. heee ..
Hadiahnya ? Review Blog + Bloglist setahun.. [ salah seorang pemenang penerjah paling banyak ]

Isnin - 28 Januari 2013

Blog Dhia Adawiyah dah direview oleh Kak Niera .. Weeee  ~ *jakun sikit. Terima kasih yang tak terhingga, Kak Niera . Terima Kasih juga kepada Kak Huda sebab anjurkan segmen ni bersama dengan Kak Niera. Wieya tersengih je bila Kak Niera puji .. "Blog dia ok, Nampak matang. " Haha .. Wieya ni macam budakbudak sikit. Biaselah. budak baru 18 tahun, tapi belum 18 tahun lagi. Kena tunggu 12.12.13 nanti baru umur masuk 18 tahun . Moga rezeki Kak Niera berlimpah-limpah dalam apa jua yang Kak Niera ceburi, exspecially in blogging. Best Blogger ! Untuk ke entri review blog tu, boleh ke MEREKA BLOGGER SUPERB . Owh ya ! jangan lupa terjah yang lain jugak ye .. ramai lagi blogger yang join dan menang segmen tu .

Once again..  

28 Januari 2013 - rezeki melimpah. Alhamdulillah ~ ada lagi blogger sudi review blog Dhia Adawiyah yang tak seberapa ni.. hehe.. Wieya ada join SEGMEN REVIEW BLOG BY DJH hari tu. Dan, blogger tersebut dah pun review blog Wieya. Terima kasih Angah. Yess, blog Wieya nampak simple and I really love it ! Simple but nice.  SEGMEN REVIEW BLOG KUMPULAN 1

Untuk semua blogger pulak, jangan berhenti berblogging. teruskan usaha !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Peplum Giveaway By Full House Closet

Assalamualaikum ~

Whoa ! First time Wieya buat design-design ni semua.. biasalah.. Kalau tak pernah nak buat tu, and then tiba-tiba je nak buat ? Huh! Memang hancus jadik nya. Tapi, sekadar nak mencuba nasib & isi masa terluang yang ada. Seharian menghadap laptop. Hihi .. jangan keras depan laptop sudahlah.. makan tak, minum pun tak . Haha..



 Ni design yang dah Wieya hasilkan :

Design 1 :




 Design 2 : 



Design 3 :




Ok. Nice tak? Tak .. ?

Tag : 

- Hafidhzah Hasim
- Daily Diary Izzaty 
 
Design semua ala-ala simple sebab Wieya memang simple .. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 28 January 2013

SEGMEN REVIEW BLOG BY DJH

Assalamualaikum ~

Blog DJH ada buat SEGMEN! And the good news, blog akan di-review .. haha .. first time dalam tahun ni Wieya join segmen ni .. dan kita semua boleh berkenal-kenalan sesama sendiri juga kan ? .. apa salahnya .. hihi .. review blog angah ? Haha .. tak berapa nak gheti laa .. okay ..

Blog DJH :
- to me, its simple and nice.
buat masa sekarang, no komen sebab tak ada apa-apa yang tak ok.


Nak join dan blog di-review, boleh tekan banner .. :)
  Tarikh tutup :Dah tamat dah .. 

Blog Wieya dah pun di-review .. yeay ! Review blog kumpulan 1 . & Terima Kasih .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 27 January 2013

Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

Assalamualaikum ~


Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed ! 

 

Jom join Segmen ni ramai-ramai !

- Boleh tingkatkan follower
- Traffik blog korang

Oh ya ! Boleh tingkatkan LIKER fanpage korang . Wuuhuuu ! *Wieya tak ada fanpage. Haha.. tak famous pun, so, buat apa nak buat ?

Siapa tak ada Fanpage pun boleh join. :) Boleh klik pada banner untuk join dan teruuussss ke blog Cik Fie. 


Tarikh tutup : Bergantung kepada Cik Fie .. So ? Join cepat ok .
 


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Short Segmen Huda dan Niera

Assalamualaikum ~

Kat sini ada SHORT SEGMEN dari Huda dan Niera ( Aisyah Humaira' )
Nak join, boleh klik pada banner okay .. good luck untuk semua !

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 25 January 2013

4 cerita best dalam 1 entri - | 1. Asal pendek? | 2. Malunya ! | 3.Ohh, wow! Mamat skuter tuu .. | 4. Nana tanjung ~



Selamat pagi kepada sesiapa yang baca post ni time pagi .. Selamat tengah hari kepada yang baca post ni time tengah hari dan seterusnya..

Dah lama tak merepek kat dalam blog ni..
All sorts of things happen in this new year .. Kadang-kadang tu, ada jugak yang tak dapat kita gambarkan. Perkara tu berlaku macam, sekelip mata aje? Kalau nak reply balik, memang tak lah kan? 

Sebelum ni, ada kerja sementara dekat katering kantin sebuah sekolah di Sg.Buloh sementara tunggu result SPM 2012 ni, sebagai pembantu kantin je ( Jaga kaunter ). Setakat nak cari pengalaman. Layan budak-budak nak membeli. Hari Rabu lepas last kerja dekat situ, then dah berhenti. Reason? .. entah la? Tapi, nak jugak cerita pengalaman kerja dekat situ.. ada yang best, ada yang tak. Wieya ceritakan yang ok-ok jela ek? Haha ..

 03 Januari 2013

Adalah makhluk Allah ni nak beli kuey tiaw goreng, sambil tu dia tanya Wieya.

Budak tu : Form berapa?
Wieya : Hah? Dah habis sekolah dah ~
Budak tu : Yeke? Tipu arr..
Wieya : Betul laa ~ ( Ehh, budak ni.. orang cakap benda betul. Tak caye pulak? )

Dia tengok je Wieya ... then dia cakap .

Budak tu : Asal pendek?
Wieya : Eeii .. Kurang ajar giler? ( Wieya buat muka. Pandang straight dekat dia )
Budak tu : Yela-yela . Tinggi ~

Then, Wieya bagilah kuey tiaw yang dia mintak tadi. Dia cakap lagi.

Budak tu : Ni tengah tunggu result SPM lah ni?
Wieya : A'ah ...

Haha.. bila teringat balik, mesti gelak sorang-sorang. Ramai jugak budak-budak kat situ panggil Wieya "adik" sebab maybe diorang nampak Wieya ni lagi kecik dari diorang. Budak form 2 pun ada yang panggil "adik". Hoho .. walaupun tua ( takdelah tua sangat) , eh ? Matang sikit dari diorang.. tapi, terasa lagi muda bila diorang panggil macam tu. Haha..


04 Januari 2013
Malunya! Malu tak terkata! Nak sorok muka kat mana ni??   Nasib baik lah kejadian tu berlaku masa waktu kerja dah nak habis. So, memang budak petang tengah belajar dalam kelas laa kan.. time tengah rehat sekejap tu, ada sorang budak laki sesi pagi ni nak beli air kotak, budak tu nak bayar. Time tu pulak ada kawan Wieya tengah mop lantai. Nak atau tak nak, kena pergi lah jugak kan? Otw nak pergi dekat budak tu, Wieya jalan lah perlahan-lahan sebab takut terjatuh, lantai dahla licin. tak kering lagi.

Time tengah jalan, dah nak sampai dekat budak tu. Baru je nak hulurkan tangan nak ambil duit yang budak tu hulurkan, tiba-tiba Wieya rasa macam?? Terhuyung-hayang. "Eh? Eh? Kenapa ni?"
Dan .. tanpa disangka-sangka~ Opss ! Terjatuh terlentang . Depan budak lelaki tu pulak tu?! Alahai.. malunya. Budak tu nampak, dia gelakkan Wieya. Wieya pun dengan perasaan yang tak tau nak cakap macam mana? Memang malu sangat dah .. Wieya sound jugak budak tu sambil tahan gelak. " Janganlah gelak ~"

Dia nampak Wieya jatuh and gelak, dia letak je duit dekat kaunter and blah je macam tu.    



07 Januari 2013

Hari pertama bekerja dalam minggu kedua. Hari isnin pulak tu. ( Dah terasa malasnya. )
Tapi, gagahkan diri jugak. Niat kerja kerana Allah, nak cari rezeki halal & nak belikan adik phone yang dia nak.

Hehe.. dalam perjalanan ke tempat kerja, Wieya tumpang kereta kawan. Duduk dekat sit belakang sorang-sorang.. Duduk tepi tingkap, menghayati pemandangan jalanraya Rawang yang selalu sesak. Tiba-tiba, ada motor skuter bergerak beriringan dengan kereta yang kitorang naik. ( F.Y.I .. Wieya suka sangat tengok motor skuter. Nampak comel je. Teringin nak ada motor skuter sendiri. And, Wieya lagi suka motor skuter tu bila lelaki 
( bawah 30 tahun ) , remaja, macho, hensem yang tunggang skuter tuuhhh .. Nampak jambu sehh.. dan sejuk mata memandang. Sopan je. Haha..( Ni pendapat Wieya okay, kalau pendapat lain0lain, itu lain cerita lahh .. )

Moto tu bergerak beriringan dengan sebelah tingkap tempat Wieya duduk. Wieya tengok ~ je lelaki tu bawak motor skuter tu .. ( Gataiiii ) Setiap inci penunggang dan motor Wieya teliti. Wahh .. helmet diaa, smart nya ! Wieya pun, layan jela hati ni. Tenung je dia bawak motor. Tiba-tiba? Dia pandang Wieya. 
( Agaknya, dia sedar Wieya pandang dia kot? )

Automatik Wieya pandang tempat lain. Buat macam tak ada apa yang berlaku. Berdebar sungguh. Takut la pulak. ohh .. Nothing happens ..


16 Januari 2013

Adalah .. 3 orang budak lelaki ni, form 5 kot? Rehat dah habis, tapi diorang datang kantin jugak nak beli air 50sen. Then ada sorang tu tanya.

Budak 1 : Kak, umur berapa ni? 18 ?
Wieya : 18
Budak 1 : Dah SPM dah ni? Result berapa?
Wieya : Tengah tunggu lah ni ..
Budak 2 : Um, dulu sekolah mana?
Wieya : SMK Syed Mashor, Batang Kali.
Budak 3 : ( dia tanya dekat kawan dia. ) Batang Kali ? Dekat mana?
Budak 2 : ( Dengan selambanya, kawan dia jawab. ) Dekat Perak lah ..
Budak 1 : Tak lah. Dekat Tanjung Malim kan? ( dia tanya Wieya )
Wieya : Tak.

Diorang dah terkejut. Semua jawapan salah. Diorang tak tahu batang Kali tu dekat mana?

Budak 1 : Tanjung Karang?
Wieya : ( Wieya nak tergelak tengok diorang ) .. Tak, Batang kali tu dekat bawah lagi.

Yang budak 2 and 3 tu dah merepek ape entah? Diorang dah tak tau nak jawab apa sebab diorang memang tak tau dekat mana? Sampai Wieya tergelak-gelak tengok diorang. Diorang tak give up lagi, diorang bagi macam-macam jawapan. Tanjung Rambutan lah, Tanjung Sepat lah .. Last-last, budak 1 tu dah give up.. dia pun cakap ..

Budak 1 : Nana Tanjung ~ ( Sambil nada suara menyanyi .. )

Then, diorang gelak-gelak.. blah macam tu je . haha ..

Ini ajelah yang boleh Wieya ceritakan. Sedikit sebanyak pengalaman time kerja dekat situ. Dapat lalui pelbagai peristiwa suka dan duka. Biasalah, banyak orang, banyak ragam. Lain orang, lain ragamnya. Kita sebagai pekerja yang berhemah perlulah hormat mereka. Belajar untuk lebih tenang dan bersabar. Perjalan masih jauh lagi. Sebb tiu kena kuatkan semangat yang ada. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen : Terjah Tahun Baru Aisyah Humaira'



   Orang lain ada yang kerja, ada yang tengah syok sekolah. Dapat jumpa kawan-kawan, berborak kosong , kosong ( Lagu Najwa Latif ).. bergurau senda.. bertepuk tampar, gelak ketawa .. kena marah dengan cikgu and etc.

Kita ??

Duduk rumah menonong je . Eh ? Menonong ? Ada ke perkataan macam tu dalam kamus ? Tukar ayat ! Tukar ayat , rasa macam pelik la pulak ? Ok, mengelamun jauhhhhh je .. Hehe.. sebelum ni ada kerja tapi I QUIT ! Sebab ~ entah la? No reason. Haha.. Tadi, tertidur awal.. bangun-bangun je tengok-tengok dah nak pagi.. tapi tak terasa nak tidur balik. Dah tak ngantuk dah. Tidur tak ingat dunia tadi. Then, Rasa macam nak update blog yang agak berhabuk dan bersawang ni .. tapi ~ ANY IDEA ? But, its okay .. first step, kita join segmen dulu .. !



 Segmen ni, Kak Niera yang buat. Alone tau! Okay, berikan tepukan yang gemuruh kepadanya.*Tepuk! Tepuk! Tepuk!  Bersungguh-sungguh Kak Niera buat segmen ni.. The best and awesome blogger .. 
( Hihi, jangan ada yang jealous.. korang pun awesome jugak.. )

Syarat :
- Follow Blog Aisyah Humaira' 
-Like Fanpage Aisyah Humaira' 
-Buat Entry : Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira' 
-Letak link penyertaan di kotak komen ENTRY ini. [lain-lain tempat tak diterima] 
-Terjah Semua Peserta



Tarikh Berlangsungnya Segmen : 
30/12/12 ---> 30/1/13 25/1/2013 jam 7pagi


Hadiah :
Topup RM30 [Top Referral]
Review Blog + Bloglist Setahun [Penerjah Paling Banyak]
Bloglist Setahun [Peserta Bertuah]
Hadiah Misteri [Peserta Awal | Tengah | Akhir]

[Hadiah Akan Bertambah Jika Lebih 200 Peserta]
 - Kalau ada rezeki tu, adalah.. insyaallah.

 
 


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 1 January 2013

Sepet

Assalamualaikum ~ entri paling pendek pembuka 2012 . opss ! tershashul pulak . 2013 .. Nampaknya masih berangan nak stay dekat tahun 2012.


Seseorang melihat ku dengan pandangan yang peliksss ..

Orang : Mata kau sepet kan ?
Aku    : Yeke ? haha .. aku baru perasan . 

Sejak dari hari tu. Wieya asyik belek-belek je mata ku ini . A'ah la .. SEPET ! Kenapa aku tak perasan selama ni ? Mata adik-adik ku semanya bulat-bulat . Kenapa Wieya sepet ?Kenapa ?? haha .. itulah anugerah Ilahi yang tak ternilai harganya.


My heart Whispers : Oh ya ? Wieya terlayan la pula drama baru TV3  Slot Akasia . " Setia Hujung Nyawa" ..tersentuh hati cheq bila Ersalina dengan Zain terlanggar . Aiskrim terkena baju Zain ..











Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...