Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 19 November 2013

Pengajaran kawan

Assalamualaikum..


*Ok, kena mengaku yang blog ni dah bersarang dan berhabuk disebabkan kekangan masa. Mungkin ada yang kata  
"Aaaaahhh, itu hanya alasan semata." 
Tapi, memang betul pun. Aku cuba nak elakkan, tapi terjerat jugak dengan situasi macam ni .. 

Hari ni hari yang ke third last aku akan beraa di kelantan. Pheww .. pejam celik pejam celik dah nak cuti semester untuk semester 1/2013 ni. And now tengah ada final exam, harini jugak paper kedua terakhir untuk subjek Fundamental Of Tourism .. Boleh tahan lah nye .. esok tak ada exam .. hari khamis ada paper yang terakhir. 

Now terasa malas gila nak buat apa-apa. Itu yang terdetik dan tertimbul idea nak tulis blog ni . Rindu sangat nak tulis blog. Dulu tak ada masa. 

Meh sini nak cerita. 
Dulu masa pertama kali datang study dekat kelantan ni aku ada mention yang aku selalu homesick tiap kali balik semula ke kampus. Ini memang kawww kaww punya homesick. Sebab sebelum datang, kononya aku berlagak arrogant never will homesick.. haha. bila parents dah balik rumah .. haa.. tu dia, amik kau. Menangiss .. Mana tak nya. 4 bulan lebih rasanya aku homesick.. Asal sampai aje dekat hostel ..me akan nangis sorang-sorang. *nangis bagai nak rak macam orang putus cinta. -,-" Haiihh ...

Sekarang ni nak luangkan masa dengan blog semula. 
Biasalah, permulaan masuk ke KPTM ni macam-macam perasaan yang ada. Takut, sedih, excited nak jumpa kawan baru pun ada. Then, dapat asrama yang ... *ouh? Taktaulah macam mana nak cakap? Then, something happen yang membuatkan Wieya bergaduh dengan roommate yang suka ikut kepala sendiri. me rasa mcm nak hentak kepala sendiri dekat dinding.  She thinks she the BIG BOSS in the room. DUMB. 
Satu bilik ada 4 orang . Waktu awal perkenalan, kenal-kenal macam tu je. 

Nama apa ?
Asal mana?
Ambik kos apa?

Memang akulah yang paling pemurah memberikan senyuman. Tapi, waktu hari pertama aje. Then, start hari kedua .. aku mula tak suka dengan tempat ni. Seriusly. Aq gocoh dengan roommate aku tu pun sebab dia tak reti bahasa. Banyak cara yang aku buat untuk tak dekat dengan dia dah. Asal aku nak study dia buat bising.

1 ) wa cakap dengan mama nak berhenti .. 
( lepastu mama cakap, takkanlah nak berhenti disebabbkan budak tu aje?? Buat bodo jela dengan perangai dia tu. Allah Maha Mengetahui siapa betul, siapa yang salah. ) Ok, aku tabahkan hati.

2) Aq siap pergi  jumpa warden asrama dekat Lembah Sireh lagi, apply permohonan keluar dari asrama dan aq buat keputusan nak duduk dekat biilik sewa. Tapi, permohonan aku ditolak bulat-bulat. Cis.


Cerita 1 : 
Dia siap Bawak member dia ramai-ramai masuk lepak dalam bilik waktu aku tengah tido. *Padahal pagi esoknya ada kelas pagi wooiii .. takkan tak reti nak tido? Sampaii pukul 3 pagi kot. Gelak pun macam langsuir. Hadoiyy .. lainlah kalau telinga aku ni kalis bunyi. 

Cerita 2 : 
Lepastu dok marah kat aku yang aku pasang langsir tingkap. Nama pun perempuan ? Mestilah kena pasang langsir. Kau nak suruh orang luar tengok ke dengan dok dalam bilik tak pakai tudungnya? Dahtu ? Katil dua tingkat. Posisi dekat sebelah tingkap. Aku dok katil tingkat atas kononnya budak tu GAYAT. Padahal saje mengada taknak duduk tingkat atas. Fine, aku mengalah time tu.

Imagine that, aku duduk katil tingkat atas. Katil tepi tingkap ..
kau taknak pasang langsir. Takkan nak biar orang tengok aku tidur dengan tingkap tak da langsir. Kau takpela. Terlindung dari tigkap sikit. Tula. Taknak fikir. Tau cakap je.

Cerita 3 :  Bukak tutup pintu bilik air pun macam kat rumah takda pintu bilik air ? *once again, kalau teling wa ni kalis bunyi takpelaa .. NI ? hari-hari aku nak kena dengar kau bukak pintu tu kasar/kuat-2 .. aku pun fed up. Baik tanggalkan terus pintu tu. Tak payah ada pintu langsung. kan senang.

Cerita 4 : 
Biasalah. Dah nama pun kehidupan asrama. Tak lepas daripada kena kutuk, kena mengumpat. Sendiri yang buat orang lain yang dipersalahkan. Means, nak lari dari kesilapan diri sendiri. Dia tuduh budak lain mencuri. Especially about money. Kesian jugaklah kat roommate aku lagi sorang ni sebab asyik dia je kena tuduh. Padahal bukan dia yang buat pun? 

Cerita 5 : 
Disebabkan aku tak tahan dengan perangai dia yang rasa nak makan penyepak aku .. akupun tulislah nota berbaur sindiran atas faktor dia tak pernah nak sedar diri bila aku tegur dia. 
Aku tampal dekat tepi bilik air yang aku suruh dia tutup pintu bilik air perlahan-lahan. Keesokan paginya, before dia ke kelas dengan budak satu kos dengan dia.. aku lepak dekat meja dekat luar bilik. Doing my assignment. Then, maye dia terbaca my nota tu. Dia baca kuat-kuat. (nak bikin hati wa sakit ). Then, dia ajak member-member yang kamcing dengan dia baca nota yang kau tulis tu kuat-kuat. *perghhh .. memang menyirap gila time tu. Sambil dia keluar dari bilik otw nak turun tangga nak ke kampus, sempat lagi dia perli n sindir-sindir aku. Serius aku hilang mood and threw the teh o ais beside me to her. VERY ANNOYING ! Mengamuk sehh macam The Hulk. *tak dapat tahan marah.

She and her friends tereuskan jalan turun tangga. even aku mengamuk pun dia buat bodo je. Waktu dia bbalik dari kelas , dah tukar baju apa suma.. waktu tu tengah hari. ramai stduent dah keluar asrama ada kelas n mcm-2 lagi. Time tu aku still berada dekat meja tempat aku buat assignment.
 Waktu tu dia ajak  5 orang member dia, kepung aku yang keseorangan tu. Then, mulalah soal mcam-2. Aku ingat lagi dia cakap. " Salah kau, pandai-pandailah kau pikir sendiri. " Aku tak cakap. Dia yang cakap. Aku just repeat balik apa yang dia cakap. So, berhati-hati apabila berkata-kata.


After that memang aku tak tegur dia langsung, even duduk sebilik pun ? . Lantak kaulah. Aku tak kacau hidup kau. 

Cerita 6 :
Then, ada satu malam .. aku berjaga bersekang mata sampai pukul 2 pagi sebab nak siapkan assignment. Tak lama lagi nak kena submit. Aku ternampak budak tu ke hulu ke hilir ke hulu ke hilir . Dah kenapa ? Aku pun buat bodo jela. Dah aku cakap aku taknak amik tau apa-apa pasal dia lagi. Tiba-tiba sorang roommate aku datang kat aku. 

"Dompet ada mane? "

"Ade ni dalam beg, kenapa? "

"Simpan dompet elok-elok sebab ada barang Izah hilang. "

Izah tu budak bilik depan,  bilik aku.

"Hah? Barang ape?"

"Cincin tunang dia."

OMG. Serius aku terkejut. Waktu tu aku mengucap aje. Barang kawan sendiri pun budak tu amik ? Takut pun ada. Aku tanyelah.

"Siapa yang ambik ? "

"Izah cakap .. *i*j* yang curi. " ..

Waktu tu aku terfikir. Ouh ? selama ni, duit aku hilang tu dia yanag ambik ke ? Ouh .. ni kes kawan makan kawan lah ni ? lepas dah dengar cerita tu .. aku pun buat dek jela. malas nak amik tahu dengan lebih lanjut lagi. Aku pun teruskan buat assignment.

Dah pukul 2 lebih, pagi .. 
Aku ternampak dia  naik turun tingkat bilik asrama. Kejap bawak beg, kejap bawak barang. Dia nak g mana ? pindah bilik ke ? biarlah dia... 

Esoknya aku tengok budak tu dah tak ada. Katil dia semua dah kosong. Barang-barang dia semua dah tak ada. Takkan dia dah lari? .Then, bila kaku aenya yang lain, memang dah konfem dia dah lari. Lari sebab tak dapat nak bayar balik duit cincin tunang yang dia dah gadaikan tu. Patutlah dia lari, Izah ugut dia kalau dia tak pulangkan balik cincin tu atau balik balik duit pampasan cincin tu dia akan report polis. Maybe ia takut, dia lari balik kampung dia. 

Waktu tu aku fikir. Dahsyatnya dunia ni .. macam manalah kalau parents dia tau dia buat macam tu ?

Sampai aku dah nak habis semester 1/2013 budak tu tak berani nak datang balik. 


Tapi sekarang, alhamdulillah. Aku dengar cakap mama.
Selalu tabahkan hati.
Selalu bersabar, ada hikmah disebaliknya. Berhati-hati dengan orang yang kita baru kenal cuma jangan letak kepercayaan tu 100% pada seseorang.

Now, aku dah dapat sahabat yang insya allah boleh memahami antara satu sama lain. 
Alhamdulillah. Aku bersyukur pada Allah.  Apa yang aku nak cakap dalam entri kali ni . Berhati-hati dalam memilih kawan. 

Photos of my friends ? Wait and see .




 





Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...