Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Monday, 25 November 2013

Jerteh

Assalamualaikum.. 

:p 
Cuti semester untuk semester 1/2013 dah mula. Habis sudah final exam. Dah ada dekat rumah dah pun. Home sweet home...
So,  kita manfaatkan cuti ni dnegan meng-update blog. Banyak yang tertangguh sebab uruskan hal-hal kolej. Lagi-lagi assignment yang berlambak menggunung. 

#throwback balik kampung thasya.

Hampir 6 bulan berada di perantauan*cehhh ..
kalau ada waktu cuti tuu .. hati ni mesti terdetik nak balik rumah. Tapi, apakan daya ~
jauh beribu-ribu batu hendaknya. So, daripada duduk mengurungkan diri dalam bilik hostel tu .. Wieya ikut member balik ke kampung dia. Kami berkawan sejak dari  bangku meja sekolah menengah tingkatan 2 sama kelas. Until now, takdir persahabatan pertemukan kami sampai ke alam kolej di Kelantan. Hoho ~ indahnya ayatku berjela-jela.

Dekat je, kat Jerteh, Terengganu. Naik bas. Perjalanan dari Kota Bharu - Jerteh lebih kurang dalam dua jam lebih rasanya. Wuuu .. dah lama tak rasa pemandangan hijau sawah padi. Tapi, kami sampai sana waktu petang dah nak hampir malam. So, keesokannya baru kitorang bergambar sakan sebab pemandangan Jerteh memang gila cool ! Cantik. 

Bila tidur waktu malam, memang sejuk gila. Macam-macm story yang kitorang bukak sebelum tidur, Macam bed time stoy lah pulak. Then, keesokannya.

Pagi-pagi lagi Thasya kejut Wieya dengan Azida. Suruh mandi. Fuuuu .. biasalah. Air dekat suasana kampung ni pagi-pagi memanglah sejuk membeku. Haha.. dalam pukul 10 macam tu Thasya ajak keluar pulak. Tengok keindahan sekeliling kampung. Wieya ni jenis yang suka bergambar .. so, This is it .



Sambil jalan-jalan dekat tepi sawah, boleh nampak ramah pesawah awal pagi dah turun ke sawah nak uruskan sawah. 



Jalan-jalan hirup udara segar. Tenangkan hati. *Waktu ni tengah stress dengan kampus. Homesick rindukan family sangat-sangat ..



Paling best, bila Tok Wan Thasya bawak balik buah-buahan. Wieya pun feeling-feeling lah makan buah-buahan ni banyak-banyak dengan harapan akan menjadi debab sikit sebab orang akap Wieya ni kurus keding sangat. Ngehehe .. dekat depan rumah je pokok-pokoknya. Macam-macam ada. Durian, Manggis, Rambutan, Langsat .. 
Ngahaha.. Aku kaya ! Lunch dengan buah-buahan. Pemakanan sungguh sihat. Makan buah je dah kenyang.



Thasya n Dida. Diorang ni buddyz sejak dari form 1 sampai form 5. Bahagia kan diorang.
Those yang belum kenal or baru kenal diorang mungkin akan gila-gila menyampah dengan dorang sebab perangai diorang yang kadang-kadang suka menggila. Tapi, exactly .. diorang friends yang peramah, ambil berat .. Kekadang tu .. Wieya boleh join jugak gila diorang ni. Terus hilang pemalu kucing dalam diri ini.




Wieya, kalau dah dapat pegang kamera *segala jenis kamera, kamera henfon, kamera dslr dan sbg nya. So, sukahatikulah nak tangkap gambar ape kan ... mana-mana sudut pandngan yang aq nampak .. itulah yang akan aku pamerkan. *ouh ? Aq ni sebenarnya student jurusan bahasa atau jurusan pelancongan ? Ok, abaikan. 







Bila dah further study jauh-jauh ni mestilah hati ni rasa sayu bila berjauhan terrutamanya bila jauh dengan family. Rasa keseorangan pun ada. Sampai rasa buat keputusan nak berhenti atas alasan jauh sangat dari family. 

"elehh , padahal .. masa mula-mula datang punyalah excited tahap gaban. Bila family dah balik .. Huh, Maaaa .. I miss you ... (dengan air mata mengalir deras macam sungai )"

Tapi, alhamdulillah. Diorang ada menemani. Even kampus kitorang jauh sikit tapi kadang-kadang tu  Wieya sanggup naik teksi tambang RM10-RM20 .. semata-mata nak jumpa n lepak denagn diorang. Port yang kitorang selalu pergi nak hilangkan stress , of course lah dekat Tesco. Ngahahaha ... Wieya sendiri taktahu macam mana nak cakap. ? Bila dekat Tesco tu, rasa macam ada dekat KL. *ok, pelik. 

Apa perbezaan antara Tesco Kota Bharu dengan Tesco lain ?

- Pembahagian kaunter yang berlainan untuk perempuan, berkeluarga dan untuk lelaki. Kalau kaunter tu ada sign untuk perempuan sahaja, maka jadinya untuk wanita sahaja. 

- Ditutup pada waktu solat jumaat .. akan dibuka selepas pukul 2 petang.

- Tidak menjual barangan mminuman keras, atau produk yang tidak halal.

- Dekat tulisan TESCO ada tulisan jawi.


*sumber gambar - google




Ada kisah di sebalik gambar ni. Wieya jadi tukang photographer nya. Thasya n Azida jadi model nya. *Wahahaha ...
Wieya : " Ok, ready  ~ ( Dorang dah senyum ready nak tangkap gambar ) .. Ok, 1 , 2 , 3 .. "

Then, maka lepas dah 3 saat dorang jadi patung lepastu dorang kembali bergerak nak tengok balik gambar yang Wieya tangkap tadi. Bila tengok balik dalam folder ..
 "Aiiikk ? Apa ni? Mana muka korang ? Kenapa nampak kaki Thasya je ? Ahahahahahaha.. pelik . " 

Lepastu mulalah kitorang gelak sakan, pasal gambar ni je. Waktu ni Dida yang paling banyak gelak.



 Time petang pulak, kitorang jalan kaki pusing kampung. Ternampak banyak lembu kena tambat dekat pokok. Wieya pandang Azida.

"Dida ~ Lembu tu tengok awaklah. Sape suruh pakai tudung warna merah ? Kalau lembu tu kejar, kita lari dulu. "

Haha. Hobiku suka menyakat Didaaaa .... kan dida kannnn .. Then, ternampak ada anak kambing. Mula-mula kitorang na p dekat dengan anak kambing tu, Thasya siap nak ambik gambar depan-depan lagi. 

"U smile, I smile ~ "

 Tapi tiba-tiba anak kambing tu datang dekat dengan kitorang. Ingatkan anak kambing tu nak kejar ? Beria - ia sungguh kitorang berlari ala-ala atlet Watson Nyambek. Fuuuuuu ~





 Gambar membelakangkan matahari. 



*Dida be my model sebelum kami berat hati nak balik ke kampus.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

1 comment:

Hafiz Hafizol said...

comel ah kampung ye .. ada sawah padi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...