Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 10 August 2013

Studies : Days 14 - mereka dah pergi meninggalkan aku 3 hari sebelum menjelangnya ramadhan

Assalamualaikum

07 Julai 2013 - Hari ke 14 aku ada dekat Kelantan.

Pagi, dalam pukul 8 lebih .. aku baru je melangkah masuk ke dalam bilik .. then, aku dapat mesej dari mama yang Cik Joe ( kawan rapat abah ) , dah tak ada. Cik Joe dah meninggal. Meninggal lepas beberapa minggu terkena strok untuk kali kedua. Dapat je mesej dari mama tu, air mata aku tak boleh nak berhenti mengalir. Tambah lagi dapat je mesej mama, aku terus suruh mama kol aku.
Aku nak balik .... !
Mama suruh telefon abah, abah yang tahu pasal cik joe. Bila dapat telefon abah, aku dapat dengar dalam talian, suara abah sedihh . Abah kata, arwah meninggal pukul 2 pagi. Waktu tu, terdetik dekat hati aku .. kenapa semua pergi dulu sebelum bulan puasa ? Hari tu Cik Tuah, ni ? Cik Joe pulak ? Ya Allah ...


Patut lah aku rasa tak sedap hati. Aku buat kertas pembentangan sampai pukul 3 pagi semalam. Then, Tengah hari , da;am pukul 1 lebih .. waktu tengah mesej Tachaa .. tiba-tiba mama telefon . Aku agak, if mama nak tanya keadaan aku if aku still bersedih pasal Ci Joe. Wahen I'm pick up the phone ..

"Yong ~ Mama nak cakap ni .. Wan dah takde. "

Once again ! Air mata aku bertambah deras mengalir nya. Two person leave me in the same day ? Aku rasa macam nak meraung ! Aku nak balik .. aku tak dapat balik ziarah mereka disebabkan aku jauh . Serius ! Aku menyesal pilih tempat jauh. Mujur lah time aku nangis tu, roommate aku takde dalam bilik. Aku sorang je. Mama pujuk aku jangan nangis.

Pukul 10 malam - Aku try kol mama, abah, anyah, ajim .. semua tak dapat ? Henfon aku tak de line ? Then, lepas solat isyak .. baca yassin untuk arwah Cik Joe and untuk arwah nenek . Lepas aje baca yassin.. ada number tak dikenali kol aku. Bila aku angkat, lah ? abah rupanya .. then, dapat cakap dengan mama. Mama kata, jangan sedih sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Mama n adik beradik yang lain yang mandikan dan kafankan jenazah arwah wan.

Malam tu aku kol mama lagi . Mama kata .. tahun lepas abah  hilang kawan untuk bergaduh .. tahun ni abah hilang kawan meng-getehh .. ( minum teh )

Ya llah .. terasa beratnya dugaan aku ni .. automatik aku terfikir aku nak berhenti .. aku taknak duduk studies kat situ dah . tasuka . ( tak suka ! )
Al fatihah untuk arwah .



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...