Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 8 June 2013

" ........ kalau cucu beli, nenek hadiahkan sekali bekas untuk simpan batu-batu ni .."

Assalamualaikum

Bosan dengan facebook, aku cari blog .. Sebab blog tak pernah bosan. Haha ..
Anyway, entri ni dah lama tersimpan dalam hati .. tapi, taktau bila nak publishh dalam blog .. and now,takde benda nak publish. inilah diaa..



Its second day, kami one family jalan-jalan dekat Pulau Pinang.  Best ! Dalam satu hari tu, kami pergi makan nasi kandar, pergi Bukit Bendera naik kereta api.. Hoho .. macam-macam tempat yang kami singgah. Tengok lukisan jalanan yang dilukis oleh Ernest Zacharevic yang berasal dari Lithuania dekat jalan Chew Jetty, Armenian Street and Muntrie Street

Sambil melawat tempat lukisan tu, kami ada singgah dekat satu tempat ni dipanggil Pasar Karat, yang jual macam-macam  benda termasuk barang terpakai. Cincin yang ada batu permata pun banyak.

Then dah malam .., singgah dekat Pasar Malam Batu Feringgi. Cuci mata. Lepas jalan-jalan dekat Pasar malam tu, kami cadang nak cari hotel yang berdekatan, kiranya nak bermalam lagi satu malam sebab tak puas jalan. Kami jalan ke Penang ni pun bukannya ada plan ape-ape ? terus pergi. Tanpa dirancang. haha .. so, takde booked hotel pun.

Tapi, mama dengan abah make a decision nak balik malam tu jugak .. Alaaa.. sedih doo .. dah la tak puas jalan . Dalam kereta, aku terus tido sebab sedih nak tinggalkan Penang. Suddenly, I've got a dream !

 Haaa .. ni yang part paling best nih ..
Aku mimpi, dekat Pulau Pinang tuhh .. aku ada masuk ke dalam satu kedai .. kedai ni semuanya theme ala-ala putih inggeris decorate giituu. okay, aku masuk ke dalam kedai tuu ..
whoa ! .. If korang boleh masuk ke dalam mimpi aku tuu .. aku nak korang tengok ramai-ramai.. betapa tenangnya dekat dalam kedai tuu .. indahhhh .. mendamaikan ... rasa  macam ? Wow !

Okay, I go step by step towards an old woman. Wanita tua tu pun tak nampak macam ke-MELAYUan sangat ? Justt .. kulit dia ala-ala kuning langsat gitu. Tapi, yang aku tak dapat lupa.. She smile at me . Dalam mimpi tu, aku dapat rasa, senyuman tu ikhlas .

Then, aku tengok sekeliling dalam kedai tuu .. memang banyak barang yang kita tak dapat nak jangkakan. Barang yang aku tak pernah nampak. Aku taktau nak jelaskan macam mana barang-barang dalam kedai tu sume. Rasanya, aku dan mimpi aku aje yang tahuu . Aku sentuh, satu persatu .. Terasa nak beli semua !

Once again, aku melangkah semula ke arah wanita tua tu. Then, she said to me. 
"Beli lah batu-batu warna warni ni .. kalau cucu beli, nenek hadiahkan sekali bekas untuk simpan batu-batu ni .."

Ngaa ! Aku rasa nak menjerit aje. Ya Allah, 
Cantik sangat batu-batu warna warni yang wanita tua tu suruh aku beli. Batu-batu tu comel sangat ! Kecik-kecik. Dahla kecil, macam-macam warna pulak tu . Bekas untuk letak batu-batu tu pun sama. Its so unik ! Unik yang tak dapat digambarkan,

Waktu aku tengok, dalam mimpi tu.. aku kata dalam hati . "indahnya ciptaan Allah. "

Aku pun beli batu-warna warni tu. Dalam mimpi tu, aku Terasa happy tak dapat digambarkan. Perempuan tua tu pun senyum lagi sekali.

 
Tiba-tiba aku terjaga dari tidur ? Tengok-tengok, kami ada dekat R&R mane entah ? My parent berhenti berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan.  Then, mama nampak aku baru bangun tidur.. mama hulurkan cup cwan maggi. Hoho .. bangun tidur terus makan maggi. Hahaaa .. 

Tapi, aku tak pernah nampak pun kedai macam dalam mimpi aku tu kat Penang. Grrr.. dah nama pun mimpi, imaginasi saja semua tu ahh ..Aku nak sangat bekas yang dalam mimpi aku tuhhhh !


#satu je yang aku nak cakap pasal Penang ni .. tempat dia bersihh dari sampah sarap yang dibuang merata-rata. Then, Penang ada wifi free .. haha ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...