Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 5 June 2013

Dia dah redha. Aku pun terima.

Assalamualaikum

Termasuk hari ni, dah 3 hari waktu tu berlalu. Tapi, aku tak dapat lupakan pengalaman tu.

Hati aku berdebar dan berharap ianya takkan berlaku. Meskipun ianya mungkin adalah sesuatu yang baik, Aku berharap ianya hanya sekadar mimpi. Tapi aku tak dapat hentikan apa yang akan berlaku. Aku tahu ia bakal berlaku. Namun, aku berdiri kaku. Walaupun betapa peritnya perkara itu, aku tetap harus terima. Itu adat dan tradisi kaum keluarga dia. Aku tak boleh sesuka hati nak hentikan semua. atau bawak lari dia macam dalam drama.

Dari mula hingga akhir majlis akad nikah, wajah dia serius aje. Terkesan kesedihannya pada aku. Tiada senyuman terukir. Dia seperti bukan kawan yang aku kenal selama ni. Kawan yang penuh dengan gelak ketawa. Aku tahu perasaan dia andai aku berada di tempat dia, mungkin aku juga turut merasai perasaan sama. 
Aku seakan tidak percaya. Selesai sahaja akad nikah dia, aku sebak. Air mata aku tak mahu menitis. Adakah aku bakal kehilangan kawan seperti dia ? Kawan yang banyak membantu aku tatkala aku suka dan duka.


Tapi, sebagai kawan . Aku sayangkan dia. Sekian lama dia bersama kami.

Aku tak tahu nak buat apa ?  Cuma meratap kesedihan, yang dia akan pergi. Tak boleh lagi nak luangkan masa bersama kami sesuka hati lagi.
Dia kata dia dah ada family baru .
Kecik hati kami baca ayat tu.

Mungkin dia kata begitu sebab dia dah redha dengan semuanya. Mungkin juga dia dah terima itu takdir dia . Aku tahu, Family dia dah tentukan jodoh dia di awal usia. Nak atau tak, dia kena terima .

Pernah berkali-kali aku terfikir. Ianya hanya adat dan tradisi, mengapa mesti diteruskan hingga zaman serba canggih masa kini. ? Tidakkah family dia terfikir akan kejayaan anak cucu mereka, hanya kerana ingin mengikut adat itu? Ah, Lapuk !  Fikiran mereka bagai sempit saja. Hanya berfikir, perempuan layak duduk di rumah dan uruskan rumahtangga sahaja ? Kesian dia.


Dua hari aku kat kampung, aku asyik terkenangkan dia. Bahagia kah dia di samping insan yang tak pernah dia cintai ?
Siang tadi, aku jumpa dia. Setelah dua hari aku tak dapat jumpa dia. Bila aku dapat jumpa dia, meluru aku pergi ke arah dia. Aku peluk dia kuat-kuat. aku peluk dia erat-erat. Aku rindukan dia. Tak lama lagi aku tak dapat jumpa dia dalam jangka masa yang lama. Aku bakal berjauhan dengan dia.  Aku sebak, nak nangis rasanya.  Berpandangan sesama sendiri dengan dia. Aku tak tahu nak kata apa ?

Hanya pandangan yang bisu. Aku tak tahu macam mana nak susun kata. Tapi, dalam hati aku penuh luahan rasa. Banyak perkara yang aku nak tanya tapi aku taknak kecik kan hati dia.

Aku kaku depan dia. tak tahu nak cakap apa ?
Tapi, Nur Musfirah. Kita nak awak tahu .. kita best friends until jannah !



Aku cuma mampu doakan dia bahagia di sisi insan terpilih itu. 
Jagalah sahabat aku tu. 
Janganlah kau sakitkan hati dia. 
Jagalah perasaan dia. 
Mohon gembirakanlah hati dia.




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

jika lelaki tu insan baik...

insya-allah die akan bahagia...

Dhia adawiyah said...

@Rapunzeel Cikilolo hm, harapnya macam tu lah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...