Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 16 May 2013

Jungle Trekking : Santuari Ikan Sungai Chiling ( Sungai Chiling Fish Sanctuary )

Assalamualaikum...

                                                         Phewww ~
Haha .. Ok. Ahad lepas, punye lepas, punye lepas adalah hari hujung minggu yang THE BEST and memang penat sangat.Haha .. senang cerita, 21 April 2013 yang lepas laa ..

haha.. perkara dah lama berlalu, still nak buat entri jugak. Pengalaman yang gila awesome ! Maybe you all pun boleh try pergi jugak.Tak rugi punss.

Jungle Trekking yaww !
This is my first time experience tau. Sebelum ni tak pernah pun nak jungle trekking ke hape? Lagipun, asyik asyik duduk rumah je hujung minggu. Boring. Sekali-sekala nak jugak cabar fizikal diri ni.

So, my lovely lovely Maksu .. ajak kami one happy family pegi Jungle Trekking.
*except my dad. Because he going back to our hometown.

Wieya and family pergi jungle trekking dekat Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.
Pagi-pagi lagi dah kena bangun and bertolak awal dari rumah. Kalau lambat, nanti parking penuh pulak. Sebab, dalam jam pukul 8 pagi dan keatas, dah mula ramai orang. Maklumlah, kalau nak buat aktiviti Jungle Trekking, waktu yang sesuai untuk mula , waktu pagi lah kan ? Udara pagi pun segar.

Kalau dari Kuala Lumpur - Kuala Kubu Bharu ni, kira-kira sejam rasanyanya perjalanan dia.
KOT ? Tapi, tempat ni dari rumah Wieya .. dekat sikit.



 Prepared makanan and barang picnik dari rumah. Dekat sana pun ada jual maknana, cuma berjimat dari membeli terlalu banyak. Ekeke .. time dalam kereta otw nak ke tempat tu, memang terasa excited sangat. tergambar di wajah kegembiraan yang agak luar biasa mungkin? Wieya ada tangkap gambar "tengah excited gila" . tapi, tanak ar tepek. haha. bikin malu saja.

Sampai aje dekat sana, kena berjalan kaki masuk ke dalam resort,  Kereta tak boleh dibawa masuk. Harus parking diluar. Sambil tu boleh lah nikmati pemandangan sepanjang kita berjalan kaki.
Once again, tak rugiii ..



Adik Wieya yang paling kecik, 2 tahun. Siap bawak basikal kecik roda tiga dia tuhh. Haha.
Peliknya adik aku.
Dah sampai ke dalam resort tu .. sambil jalan, ternampak cendawan hutan. Tadaaa .. Grr? macam pelik lah pulak ?


Wahhhh .. hijaunya kawasan diaaa ... meriah ! Wieya tengok, ada ramai pelajar sekolah menengah tengah berkawad kaki dan buat pelbagai aktiviti. Kadet or pengakap maybe?. Kesian diorang kena tengking dengan leader diorang.

" Korang ingat aku ni ape ? Tunggul kayu nak tunggu korang jalan kaki lenggang lenggok macam itik buat role model ?!! "

Perghh ! Ayat diaa .. menusuk ke dalam kalbu hatiku betul ! Sedihnya, Wieya dah habis sekolah. tak dapat nak buat aktiviti or kena tengking macam tu . Walaupun leader diorang tu hensem . Kitorang pun buat don't know ( taktau ) ajelah , tapi mata ni tetap pandang sekeliling. Ada yang kena berjalan itik keliling bulatan sambil buat bunyi itik .Kuek ! Kuek !

Kami cari tempat nak bersantai, bentangkan tikar. Adik-adik pun tak sabar nak terjun sungai. Then, after half an hour .. Maksu ajak kitorang pergi Jungle Trekking pulak.  Wieya tak pernah try, of course lah nak cuba kan?


                                                                 My mum and adik Nuha ..

Mulakan perjalanan dari Lintasan 1 ( menyeberangi sungai melalui jambatan gantung ). And then, jalan terus. Ikut alur air yang mengalir. Sepanjang kami ber-Jungle Trekking, macam-macam yang kitorang dapat. Kenal pokok itu, pokok ini. Ada banyak gila pokok cemperai. Then ada banyak ikan kelah daripada yang sebesar jari, sampailah yang sebesar lengan n betis kaki. perghh.. besarr ..
(tempat perlidungan ikan kelah. )



Daya tarikannya, ada air terjun yang tinggi. Boleh tengok ikan kelah dari dekat. Beri makanan ikan pada ikan-ikan tersebut. Makanan ikan boleh dibeli di tempat pendaftaran. Ada dijual kat situ.

Tali merah putih ni petunjuk tau. Kalau ternampak tali ni maknanya tempat menyeberang sungai.


Sepanjang perjalanan, kita akan terserempak dengan ramai pengujung. Tak kira bangsa. Ada cina, melayu, india .. orang dari luar negara pun ada tau. nak menikmati keindahan di Malaysia.

                         Lintasan 6. Lintasan terakhir menyeberang sungai untuk sampai ke air terjun.

                     Tuuu .. dah nak sampai kat tempat air terjun dah tu. Sikiiittt je lagi.

Lama jugak lah kitorang berjalan. Nak dekat 2jam. Perjalanan ke tempat air terjun dia sebenarnya 45 minit- 1 jam je dah sampai dah..Sebab kitorang banyak berhenti. Bagi makan ikan. So, 2 jam lebih baru sampai. Haha. Tapi, siapa yang jalan takdak berhentinya ..boleh ar sapai awal.





Yeayy ! Dah sampai .. ramai jugak orang ..sepanjang perjalanan, makin tinggi kita hiking.. makin besar ikan yang kitorang jumpa tau. So, jangan putus asa untuk sampai ke tempat macam ni .

Tinggi air terjun ni 60 meter tau. Agak-agak apa jadi kalau terjun dari ketinggian ni? haha ..

Lama jugak lah Wieya menikmati suasana air terjun tu. nyaman.. Then, after a few minutes, Wieya ada perasan something dekat air terjun tuu .. korang ada perasan sesuatu tak ? Wieya ada nampak dua perkara. Haha.. kalau mata korang tajam, cuba cari apekebendanya tu ..


Siapa bawak adik or budak kecik perlu berhati-hati dengan air besar/air pasang/kepala air yang datang dari air terjun tanpa kita sedari. Lagi-lagi kalau waktu tu rasa macam nak hujan. And then, Tidak digalakkan untuk memasang khemah di sekitar air terjun. Dikhuatiri air pasang dan tidak dapat menyelamatkan diri. Manelahsempat nak gulung khemah balik nanti kan ? haha. statement menakutkan je?

Di sini ada maklumat tentang jarak memandu ke kkb, klik sini .

Dekat tempat ni jugak, tak boleh bawak any equipment untuk memancing ye. Kang patah pulak pancing kau tu. Orang kata tak boleh bawak, jangan bawak. Ikan-ikan dekat sini dipelihara tau.

Bayaran daftar : RM 1 ( seorang ) dan harus isi nama dan maklumat di dalam sebuah buku log. Sebagai langkah berjaga-jaga. kot kot ada yang tersesat ka ? Senang nak kenal pasti.

Btw, Maksu dah pernah ada macam-macam pengalaman jungle trekking, mendaki gunung. So, dia boleh guide kitorang. Kepada sesiapa yang teringin nak buat aktiviti jungle trekking jugak .. kena buat persiapan dulu tau.
Di sini ada tips untuk sesiapa yang nak melakukan aktiviti Jungle Trekking : KLIK SINI.
Tidak digalakkan untuk berkunjung jika hari hujan. takut air besar atau air pasang.

klik sini the chilling waterfalls





Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...