Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 10 April 2013

kisah cinta

Assalamualaikum

Setiap hari dan mungkin setiap kali aku terfikir ..

"Takde orang ke yang nak tumbuk aku ?"

Aku fikir macam ni sebab ada satu perkara yang aku sesalkan hingga sekarang . Memang tak dapat aku lupakan. Aku terasa aku bodoh. berharap agar ada yang sedarkan aku dengan menghadiahkan sebijik dua penumbuk buku lima ke muka aku .

Dulu .. ada someone yang sudi membalas cinta dalam hati aku ni . At first, aku yang memendam perasaan dulu pada dia . Sebab dia yang pendiam. Berbudi bahasa. Humble . Paling best sekali, dia hensem sebab dia pakai songkok .

dan senyuman dia ..

Sehinggalah semuanya bocor macam beras terkeluar dari guni ..
Ais hati ni pun cair everytime aku tengok dia.

Maybe waktu tu aku lucky sebab cinta yang dah lama aku pendam bertahun-tahun berbalas. So, readers dah boleh fikir kan? Cinta aku tu tak bertepuk sebelah tangan. Mungkin ada yang fikir, Yes aku gembira dengan apa yang aku rasa. Tapi ..

Aku tolak cinta berbalas dia tu .

Don't be shock .
Aku buat keputusan tu pun setelah aku fikir masak-masak. Sebab aku ni anak sulung. Banyak tanggungjawab aku terhadap family . Aku nak jadi contoh kepada adik-adik aku.
Aku takut tak dapat bahagikan masa aku.
Aku takut pelajaran aku terabai kerana cinta kerana waktu tu sebelum SPM.
Jadi, aku BERFIKIR ke arah masa depan aku. Takut hancur gara-gara diri sendiri.

Mungkin  juga ada yang fikir aku pentingkan diri sendiri .
Tapi, trust me .
Susah sangat nak buat keputusan tu walaupun aku decide nak lepaskan dia macam tu aje. Aku terfikir jugak tentang hati dia. Tergamaknya aku melukakan hati dia? Memang since tu kitorang renggang. kalau terserempak pun, pandang-pandang macam tu je. Lepastu buat tak nampak. Aku nak senyum pada dia tapi terasa berat dan serba salah . Aku pun takut nak pandang dia.

Mungkin dia merajuk waktu tu . Tapi aku harap dia faham. Dan pada masa yang sama . . aku harap dia tunggu aku habiskan studies aku dan dapat result yang cemerlang. Tapi ?? ..

Aku pula yang kecewa .

Dia dah ada orang lain yang menapak dalam hatinya. *aku tak boleh nak buat apa.
Aku tahu pun  dari facebook . Termenung je tengok gambar dia dengan gf dia. Waktu aku tengok gambar tu .. beberapa hari sebelum birthday aku. Pada hari birthday aku pun, aku harap dialah orang pertama yang wish birtday untuk aku .

Aku tunggu . Dan tunggu .

Tak ada. Aku tertidur dengan handphone di tangan sebab tunggu dia sampai pagi buta walaupun aku tau dia dah berpunya.
Keesokannya baru dia mesej ..

Dia kata dia terlupa.

what you all think ? Aku fool sebab lepaskan peluang tu atau, masih ada peluang untuk aku walaupun not with him ? Until now .. kenapa aku masih menantikan dia . walaupun aku tahu ..tak mungkin jadi milikku .



# Aku tengah melayan perasaan hati.
   Itu yang timbul entri ni .. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

4 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

takpe awak.. insha allah pasti Allah ada sesuatu yang nak diberi kepada awak yg lebih baik satu hari nanti. jangan kecewa sangat ye :)

Mr. Doctor said...

Doakanlah agar Allah aturkan yang terbaik... =)

Dhia adawiyah said...

@Sayidah Nafisah Ruslan hmm.. mungkin. mungkin juga ada hikmah di sebaliknya .

Dhia adawiyah said...

@Mr. Doctor amin ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...