Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 17 April 2013

first step

Assalamualaikum

Yeah , with my love for all . Haha ..

*tengok jam. Mula menaip entri pukul 11:30 malam semalam. Lepastu, dah pukul 12:30 am. Wahh ? Crazy.   Mata ni dah sebijik macam mata panda. Lepastu asyik menguap je. Huarghhhhh ...
Sejam aku duduk depan laptop, satu idea pun taknak datang.  Terus save post ni dalam draft. Tunggu ada idea dulu baru sambung tulis balik . Wahahahahaha! *eh ? suke hati lah .

Ada restoran francais bukak cawangan dia dekat area rumah Wieya. Cuba teka restoran ape ? haha ..

Peluang bagus untuk penganggur takda kerja di luar sana.  Restoran tu baru je bukak sebenarnya. Tak start lagi bisnes nya . baru tengah renovate dapur dia. Terpampang banner depan kedai yang agak besar entah berapa lebarnya .
 " Jawatan Kosong . "

Wow? menarik jugak intro kali ni . Haha. Tapi, takde makna pun. *sebenarnya, tengah takde idea ni ? Tapi nak taip entri jugak. paksa jugak kepala ni. hantukkan ke dinding. Grrr.. -.-"

Bila tengok banner tu hari isnin lepas, "Ouh? Maybe I should try. " 
Mintak kerja je kan? Kalau dapat, alhamdulillah. kalau tak dapat, takpe. Boleh cari kerja lain .

Semalam, pergi ke restoran tu dengan bekas classmate. Ouh, I really miss her and the other my ex classmate. Dari jauh, nampak ada sekumpulan ramai-ramai lelaki berkumpul dekat depan restoran Ayamas. Sebelah Ayamas tulah restoran yang kitorang nak mintak kerja tu .Hadoiyy ?
Kenapa berkumpul kat situ pulak .  kenapa ???

Haha.. aku parking motor jauh-jauh sikit. And then, rela jalan kaki pusing satu blok bangunan tu semata-mata taknak lalu depan para lelaki tu . Al maklumlah, aku ni jenis yang penakut bila nampak lelaki ramai-ramai macam tu . Then,  bila dah sampai dekat restoran tu. Mulakan dengan melangkah masuk ke dalam restoran tu.
"Eh ? mana orangnya? Takde orang ke ?"

Tetibe, ada dua orang lelaki datang dari ruang dapur. " Ye, ada ape? ". Lelaki yang berbadan tembam yang berjalan di depan sekali bertanya . Tapi ! Mata aku terpaku tengok sesroang yang ada dekat belakang dia. Ouh ! Hensemnya. Ciptaan tuhan ..

Eh ? Mengelamun pulak aku bila pandang abang tu .? Aku terus tanya abang tembam  tu . "Err ? ada kerja kosong tak ?"

Then, abang tembam tu tanya balik. "ada pen tak ? "
Aku angguk jela. Sebab, sebelum datang memang aku dah prepared  macam-macam dah. Surat berhenti sekolah lah, sijil lisan bm, sijil lisan bi . segala sijil aku sumbat dalam beg. Bhahahahaha ..

Abang tu bagi dua helai borang, minta kami isi. Aku pun amik lah satu. Satu lagi bagi dekat Zainab.  Kitorang duduk dekat meja, isi borang. Then, dua orang abang tadi keluar macam tu je ? Aiik ? nak pergi mana tu ? Hm, ape-apelah. Kitorang pun isi ajelah borang tu .

Bila dah siap isi, nak bagi dekat abang tadi. Kitorang cari, lahh ? mana diorang pegi ni ? Hm.. 15 minit kitorang tunggu dekat restoran tu, batang hidong dorang pun tak nampak ? .. Kitorang decide nak jalan-jalan lah dulu .

Lama jugak lah. Lepastu kitorang patah balik, back to the restaurant. Tunggu dekat tepi restoran tu . Sambil tu berborak sesama sendiri . Tetiba, ada dua orang lelaki keluar dari restoran ayamas yang bersebelahan dengan restoran yang kitorang nak apply job tadi. Aku pandang sorang abang ni . Die pandang aku balik . Aku beralih pandnag tempat lain . "Eh ? macam pernah nampak ?"

Aku pandang balik, dia pandang aku . Eh ? ni bukan dua orang abang tadi ke ? Sebelah dia, abang tembam tu tanya aku. "Dah isi borang dah ?"

"Dah,"

"Letaklah atas meja dalam tu . "

Laaaaa ? Nanti hilang  macam mana ? *aku merungut sendiri.

Abang hensem tu dah masuk dalam restoran tu pun aku still pandang dia. Aww...
tapi, yang sakit hatinya, rupanya diorang lepak dekat dalam restoran Ayamas sebelah restoran tu je ?


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...