Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 5 February 2013

Tentang Surah Al Fatihah | Terjemahannya.

Assalamualaikum ~

Oryte! Kita sebagai orang islam, tentu kita dah faham kan setiap surah ada kelebihan tersendiri, walaupun ada yang kurang tahu. So, ianya terpulang pada kita. Sama ada nak usaha mengetahuinya ataupun sebaliknya.*macam tazkirah kaa??

Surah Al Fatihah adalah surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran ( Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Surah Al-Fatihah dan maksudnya .
Bismillahirrahmannirahim.

1 | Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
2 | Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
3 | Yang Menguasai di Hari Pembalasan.
4 | Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
5 | Tunjukkan kami jalan yang lurus.
6 | (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan buka (pula jalan) mereka yang sesat.

Surah Al Fatihah adalah surah pembukaan di dalam Al Quran. Berdasarkan pengetahuan Wieya, Surah Al Fatihah sememangnya doa yang terbaik jika kita rajin membacanya. Sejak awal juga Allah SWT telah memberi peringatan kepada umatnya. 
Firman - NYA :
"Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan ( yang lain ) kerana jalan-jalan ( yang lain itu ) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." [ al-An'am 6:153]

Antara kelebihan Surah Al Fatihah :
- Menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
- Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan dan kesusahan.

Untuk mengetahui lebih banyak kelebihan surah Al Fatihah, boleh ketahuinya DI SINI.
sumber



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...