Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 16 February 2013

Perkara yang membatalkan iman

Assalamualaikum ~

Dah lama Wieya tak taip entri yang panjang lebar, panjang berjela ... asyik-asyik entri pasal segmen, giveaway .. haha
#Haha.. ada yang nak baca ke?

Wieya pun masih mentah lagi jika nak beri ceramah motivasi ape semua bagai apa yang Wieya mampu lakukan, I just want to share my knowledge, as far as I know.

Oklah, sebelum perkara ni dijelaskan dengan lebih lanjut lagi .. Ramai dah tahu apa itu IMAN kan? Kalau ada yang tak tau lagi, IMAN itu bermaksud :
- Dari segi bahasa - Percaya
- Menurut istilah Ahli Sunnah Waljamaah - IMAN ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan setiap angggota.

Kita sebagai manusia mestilah membuktikan keimanan dalam diri ni dengan mengikut semua perintah-NYA dan menjauhi larangan-NYA. Kepentingan iman pulak, berani menegakkan kebenaran, selalu sabar dan reda menghadapi dugaan Allah, pencetus semangat jihad dan banyak lagi.



Perkara yang membatalkan iman :
(a) Syirik - menyekutukan Allah dengan sesuatu pada sifat, zat-NYA dan perbuatan-NYA. Perbuatan Syirik boleh berlaku melalui perbuatan pemujaan, penyembahan atau permintaan sesuatu benda selain daripada Allah SWT.

- Syirik Jali : Syirik secara terang-terangan, menyembah berhala dengan sebagainya.
- Syirik Khafi : Syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, takbur dan sebagainya.

(b) Kufur- Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Orang yang melakukan perbuatan ini digelar KAFIR dan dilaknat Allah.

- Kufur Hakikat : Ingkat, menafikan rukun iman. Tidak mempercayai adanya balasan akhirat dan menolak hukum hakan di dalam Al Quran.

- Kufur Nikmat : Tidak menggunakan nikmat Allah ke arah kebaikan dan menyalahgunakannya, seperti tidak membayar zakat dan boros.


(c) Riddah - Berpaling/keluar dari agama islam. Atau di dalam islam, hukumnya adalah Murtad. Murtad boleh berlaku dalam tiga perkara.
 Contohnya,
- Iktikad(dalam hati): berniat ingin keluar daripada islam.
- Perkataan : mengisytiharkan diri keluar daripada islam.
- Perbuatan : menganut agama lain selain daripada agama islam.
#Penjelasan hukum murtad .

(d) Khurafat- kepercayaan perbuatan karut yang bertentangan dengan islam.
- Mempercayai azimat atau tangkal.
- Mempercayai suara burung hantu boleh mendatangkan tuah atau bala.
- Mempercayai kubur boleh membawa keramat.

(e) Sihir- Ilmu berkaitan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin atau syaitan. Ianya boleh menudaratkan dan mengelirukan manusia.
- Merosakkan aqidah serta membatalkan iman
- Memecahbelahkan masyarakat
- Membazirkan wang, masa dan tenaga.

(f) Nifak -  berpura-pura melahirkan keimanan dalam diri sedangkan hati tetap kufur kepada Allah SWT. Ianya juga digelar munafik.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

 And of mankind are some who say : We believe in Allah and the Last Day , when they believe not .

credit sumber


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

3 comments:

Puteri Afiqah said...

thanks for sharing :)

Aku Penghibur said...

terima kasih infonye ..semoga kita menjaga iman kita dan mempertingkatkan iman kita :)

~didiey~ said...

nice sharing dear :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...