Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 2 February 2013

Pengalaman pertama pegang stereng .

Assalamualaikum .. ^.^

Hari yang ~ Err ? Entahlah. biase-biase je kot?

Hm, pukul 5:30 pagi dah bangun dah. Tapi tidoq balik. Pukul 6 pagi, bangun balik. Perut pulak buat hal~ memulas entah kenapa pulak. Or ? Stress sebab hari ni ada latihan amali motokar ( kereta ) ?? Hari ni first time beb ! Itu yang meragam perut ni !

Lepas solat, doa banyak-banyak pada Allah, moga tenangkan hati yang gelisah tak tentu hala ni. Wieya ni, jenis yang berfikir jauh ~ ke depan ...... ( Nuuu ~ jauh sana )  
Things had not happened yet .. I kept thinking nonsense. !  Ergghhh!

"Agak-agak ape jadi lepas ni? Lepas ni nak buat ape?" macam, wieya takut something bad happen. Weel,sebagai langkah berjaga-jaga.


Walaupun benda tu tetap akan berlaku pada kita. Itulah namanya takdir Allah. Walau sekuat mana kita cuba untuk elak, ia tetap akan berlaku. Kita hanya mampu merancang. Allah yang MAHA MENENTUKAN.

Eh? Melalut jauh pulak. *Tapi, boleh ambik iktibar kan? hehe ..

Ok. Sambung.
Bila dah siap tu, perut ni still meragam lagi ! *Asal dia taknak berhenti ni ! ..
Harus ada dekat tempat cawangan pendaftaran tu tepat pukul 8 pagi. Tengok jam di tangan. 

"Pukul 7:30"  Tengok mama. Tengah pakai tudung depan cermin. So gorgeous*mak sapelah tuu ..
Then, Mama tanya. "Hah? Nak pegi mana?"

"Laa..hari ni 2hb Feb 2013, kan ada latihan tuu.."

Mama baru teringat. "Ohhh..a'ah~ lupa .."  Muka Wieya berkerut. "Adoihh, saket perot la pulokk..."

"Asal? Stress sebab kejap lagi ada latihan amali?"
Wieya angguk. "Tuu laa.. asal stress je saket perot .. bila saket perot pun bertambah-tambah stressnya...Urm,  Maa .. jom !"

Mama mengerling ke arah jam di dinding . "cikgu tu datang jemput pukul berapa?"

" Hee .. 8 pagi."

"Ha! 8 pagi? Awal lagi. Kang tercicir pulak **** sementara nak tunggu cikgu tu datang." Mama tergelak. *seronok bahan orang. haha.

"Hadoihh.. tengah takut ni, agaknya perot ni pun takut jugak, itu yang dia pun meragam. Hadoihh.."

Mama gelak je tengok Wieya. Resah. gelisah ..*sukalah tu~

Tepat pukul 8 sampai dekat cawangan pendaftaran tu. 5minit kemudian pulak, ada sebuah kereta kancil berhenti juga dekat sebelah kereta kitorang. Seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40an datang ke arah Wieya.  Dia tunjukkan sesuatu yang tertulis di buku nota yang dia pegang. "Ni nama awak ke?"

Wieya pun check. "A'ah. Rabi'atul."
Then, cikgu tu kata kena tunggu lagi sorang sebab dia tak sampai lagi. tak sampai 1 minit, seorang perempuan dalam lingkungan 20an kot? Datang. Wieya tengok dari jauh, Cikgu tu  tanyalah nama dia. Dia pun angguk.

OK. Dah boleh gerak. Wieya cakap dengan mama, cikgunya dah sampai.Mama pun tersengih. Then, mama balik dulu. Sepanjang perjalanan , Wieya tengok je cara cikgu tu bawak kereta. macam mana nak uruskan stereng, gear, klac .. bla..bla..bla..

Bila dah sampai dekat ( HQ ) tempat latihan dekat Kuala Kubu Bharu, lepas daftarkan diri di pejabat. cikgu tu explain satu-satu. sebelum mula bergerak, kena check macam-macam. tengok lampu, signal, cermin belakang, cermin sisi .. banyak lagi laa.. hinggalah cikgu ajar kalau kita start enjin tanpa check gear tu free gear atau pun tak? .. Memang cikgu tu buat demo betoii-betoii. Melompat habis kereta tu. Wieya yang duduk depan sebelah driver ni memang terkejut beruk lah ! *Nak tergelak pun ade .

Then, sempatlah jugak kenal-kenal dengan akak tu. "Panggil akak Nana je.. "
Tapi, Wieya panggil Kak Nana jugak. Aww.. first time dengar suara dia .. rasa macam ..? eh, kalau karaoke sodap ni..
Kak Nana orang first yang cuba drive kereta tu lepas cikgu tu bawak kitorang pusing HQ tu banyak kali. Wahh.. Nampak macam dah biasa bawak kereta. Kak Nana pun cerita yang dia pernah bawak kereta ke tempat kerja dekat Ampang*Wow!, cuma tak adalah mahir sangat. Setakat tahu yang basic je. 

Ooo.. oklah tu. Daripada aku ni? 0 *zero je. Taktau apa pasal kereta pun? Even, kereta yang baru-baru keluar dalam beberapa tahun ni pun Wieya tak kenal? Malas nak ambik tahu sebab dulu kereta-kereta tu semua tak ada kena mengena pun dengan Wieya. Tak minat aihhh kereta-kereta nihh. Setakat kereta wira, saga, kancil, tu kenai ar..sekarang? Dah terdesak. *ouh ! ketinggalan zaman rupanya aku ni?  

Viva dengan Myvi pun Wieya taktau nak bezakan diorang macam mana? Nampak macam sama je.

Sampai je dekat part nak buat latihan bukit tu, berhenti dulu sebab ada kereta lain tengah buat latihan bukit dekat depan. Tetibe ada sorang tenaga pengajar ni dok tegur cikgu yang mengajar kitorang.

"**ad (nama dirahsiakan) Nak pegi mana?"

Dah sah-sah nampak kitorang nak buat latihan bukit, awat tanya soalan lagu tu? Cikgu kitorang tu pandang  bukit depan kitorang tu*maybe tengah pikir ape nak jawab kot .. dia pun jawab.

"Aaaa.. Batu Caves" ..Haha.. kitorang tergelak dengar jawapan yang cikgu tu bagi.

Hadoiyy, satu lagi masalah yang bikin stress ! Bila time Wieya, Wieya gementaq habeh bila pegang stereng! Tangan ni, berpeluh dah. Nervous tiba-tiba. Bila nak start jalan tu kan kena balance minyak dengan klac. Taktaula kenapa kaki kiri Wieya ni, keras sangat nak balance klac tu bila dah tekan habeh klac tu. Lepas tu, nak tekan mintak pulak takot-takot. Takot kereta tu melompat ke depan. Oh my ! First time nak bawak tu, memang hancus la..

Wieya dah tekan klac, masuk gear, lepas brek tangan. tekan minyak .. "Aiikk ? Apesaii tak gerak-gerak lagi nih?"

Ghuper nya kena lepaskan klac tu perlahan-lahan. Haha. Wieya tak lepaskan klac laaa tadi. Itu yang kereta dok mengaum habeh macam harimau tapi, tak jalan-jalan jugak. Haha. malu je budak-budak lain tengok . Bila try nak seimbangkan tu.tetibe, macam bergegar.tu maknanya gear tak seimbang.hadoiyy, awatlaa kaki nihh .. susah sangat nak lepaskan klc tu .. keghraiihh*keras macam batu. Macam patung pun hado.

banyak lagi pengalaman ( experience ) untuk yang first time ni .. tapi, nak cerita, panjang-panjang dah tak pandai dah . ^.^ hee ..

Selepas ni, harap semua doakan Wieya bertambah cekap drive kereta and lulus ujian JPJ tau ! Kot-kot la boleh jadi pemandu F1 ke? Drifter ke ? *haha.. berangan. dahlah pendek. nak jadi drifter? boleh jalan laaa ...

Terima kasih .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

4 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

good luck and all the best!

imantizz_truper said...

bestnya wieya..lepas SPM dah boleh pegang stereng keta.Kak imantizz nie lepas STPM baru boleh ambik lesen.Tak ada 'dana'...hehehehe.Sekarang akak dah boleh drive sendiri,tak payah susahkan ayah..hehehe.

time akak belajar dulu,akak dapat cikgu yg hensem..hahaha..tapi bila buat latihan,dia suka rebahkan kerusi,pastu tido..hahaha

apapun,selamat berjaya ya? harap dapat lesen dgn jayanya..amin!

dhia adawiyah said...

@Rapunzeel Cikilolo tq. wish me all the best ! always ..

dhia adawiyah said...

@imantizz_truper ha? yekew? haha .. cikgu tu rasa best akak bawak kereta.. haha .. tq lagi sekali .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...