Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 14 February 2013

" NO Valentine beb! " & Nota tentang Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum ~

Entri ni ingatkan nak publish semalam, tapi tak jadi pulakk .. semalam, tengah boring-boring .. selak lah balik buku nota lama sekolah. Banyak benda yang diconteng dekat dalam tu .. Memang tahapehape entah? Ada benda yang memang tak penting pun Wieya catat. Al-maklumlah, masa tu bebudak lagi .. tak matang. haha .. time tu tak aktif sangat dalam blog-blog ni, so buku nota buruk tula jadi mangsanya . Semua benda dicatat dalam tu .. Dah macam belacan dah ..
 

11 Februari 2012 ...

Ada ceramah Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Memang best ! Best, best jugak, ilmu yang diberi oleh penceramah tu digunakan dengan sebaiknya. OK . Wieya nak buat pahala. Nak turunkan ilmu penceramah tu dekat semua yang membaca ni ..

Hm .. pihak sekolah memang rajin jemput penceramah jemputan dari luar untuk beri ceramah . Kalau, pengetua malas nak jemput penceramah, pengetua minta ustaz sekolah je yang beri ceramah. Jimat kos. haha .. *gurau.
Tak kisahlah jemputan dari luar atau dalam sekolah .. ilmu jugak kan? Sebab tu tangan ni tak berhenti catit segala nota. Catit segala yilmu yang ada.

Mama ( my mum ) pun kata, sampai mati pun hidup kita ni takkan pernah berhenti belajar. Sentiasa ada ilmu yang datang ke arah kita.

Tapi, kali ni mungkin pengetua rajin nak jemput penceramah dari luar, pengetua jemput penceramah Ustaz Zamri . Ala .. yang pengacara "Mari Mengaji TV9 " tu .. Haa .. Femes sehh ..haha .. Bukan calang-calang orang ni ~ masa first time tengok beliau .. Wahhh *kelip-kelip mata, betul ke ni ?? Macam tak percaya je ..
Bila Uztaz Zamri dah start pegang microfon and start memperkenalkan dirinya..
"Haa .. betul lah ni .. aku tak mimpi . haha .."
Time  beliau berceramah, dia banyak hiburkan hati budak-budak ( kami semua ) dengan lawak dia . Termasuk lah Wieya. Tapi, ada jugak perkara faedah yang dia sampaikan.
" Kita sebagai umat islam, di-HARAM kan untuk menyambut HARI VALENTINE. "
Dengar tu !
Ustaz tu kata : Jika kita raikannya, brrmakna kita meraikan kejatuhan islam.

Maulidur Rasul . | Mawlid
Nabi Muhammad S.A.W lahir 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. banginda adalah nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.

Banyak jugak la nota yang Wieya catit masa ceramah tuu .. yang dapat Wieya kongsikan:

- Musim sejuk > As-Shita |   شتاء
- Musim luruh > Kharif   |  فصل الخريف
- Musim bunga > Rabiuq  ربيع

Rabiul Awal - Musim bunga baru mekar
Rabiul Akhir - Musim bunga akan berakhir

- Saat lahirnya Nabi Muhammad, terpadamnya biara api di majusi yang tidak pernah padam. Namun, pada waktu itu, ianya terpadam secara tiba-tiba tanpa ada angin.

- Runtuhnya Istana Qisra ( Parsi ) yang berdiri teguh dengan tiang yang besar walaupun tiada apa-apa bencana yang berlaku.

- Seluruh mekah diterangi dengan cahaya yang amat terang.

Seriusly ! .. Memang lawak la Ustaz Zamri tu.. ada part yang dia buat lawak betul-betul aku tergelak habeh !.. Dia suruh kitorang , angkat tangan, tepuk bahu orang sebelak kanan and then cakap kat dia ..

" No Valentine beb ! "
Then, pandang sebelah orang kiri pulak , buat benda yang sama .. haha .. kalau ada orang ke dekat sebelah korang, adik ke .. sedare ke , kawan ke? Cuba la buat .. haha ..

Tak sangka pulak dapat jumpa dia depan-depan.


Lagi artikel tentang pengharaman islam menyambut Hari Valentine .. credit sumber


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...