Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Thursday, 31 January 2013

Kamalia. Akak rindu.. ( Al Fatihah )




Biasanya, seminggu sebelum tibanya birthday seseorang yang rapat dengan Wieya, Wieya mesti ..
- Tergopoh-gapah
- Kelam kabut
- Cari idea ~ "Apa yang aku nak buat untuk birthday ... ? "

- Check isi yang ada dalam dompet.. ok, lets check this out : Ada, Kad pengenalan, kad topup RM3, resit beli baju, resit MarryBrown, Kad Topup RM5, Resit beli buku, gambar **i* , lesen , bla ~ bla ~ bla .. resit , resit..( Banyaknya resit? Pada asalnya, nak simpan resit tu buat catatan. Kot-kot la ada keruntuhan kewangan ke, kan? Boleh check balik, ape benda yang aku beli, sampai boleh runtuh ekonomi aku ni? ) 

And then, check Duit? Yess ! Perkara itulah yang paling digeruni bila birthday seseorang itu hampir tiba. Akan membuatkan Wieya rasa stress sangat ! Wieya ni nak sangat bagi hadiah dekat seseorang tu supaya seseorang tu ingat pada Wieya selalu. ( Piiilahh, diri sendiri pun pokai, ada hati nak beli hadiah untuk orang. Maklumlah, budak sekolah kan, mana ada duit sangat. Bila sampai je dekat depan kedai, Mesti pikir 1000 kali sebelum nak beli sesuatu yang kita betul-betul kita idamkan selama ni. Lama dok pikir, akhirnya balik. Tak jadik nak beli apa-apa. :(   )

- Kepala otak dah ligat nak buat macam-macam untuk sambut birthday tu. Surprise la .. beli kek besaq la.. bawak  tengok wayang la .. beli hadiah yang di-idamkan laa ..
Alamak ~ macam mana ni?

Huh.. last-last? Hanya Birthday sms je yang dapat diberi. Sedihnya kalau tak dapat bagi present ~ Lainlah kalau Wieya betul-betul busy dan lupa. 

Lupa..? Wieya lupa ! Isnin lepas birthday adik ! .. semalam bila tengok kalendar, dah 30.01.2013. Minggu lepas Wieya dah set dalam kepala otak ni, dah remind dekat fikiran untuk ingat tarikh ni.. macam mana boleh lupa??


28 Januari 2013 ..

Selamat Hari Lahir, Adik .. 

Dah genap 10 tahun umur adik.
Dan genap 10 juga adik pergi tinggalkan kami.
Genap 10 tahun juga, kami teruskan hidup tanpa adik.
Genap 10 tahun juga adik tiada di sisi kami.
Dan 10 tahun yang lalu ..
Kehadiran seorang insan di muka bumi pada 28 Januari 2003. Siapa yang tak gembira dalam menyambut kelahiran itu ? Kegembiraan. Ada tangisan dalam ketawa.

"Yeay ! Adik baruu .. ! "

Tapi, tak lama...
40 hari je adik bersama dengan kitorang.. Allah dah panggil adik semula. Siapa yang tak sedih dalam meratapi pemergian insan kecil itu ? Pada waktu itu, Aku yang masih kecil tidak mengerti apa itu kehilangan, hanya menangis apabila melihat adik yang kaku dan tidak bergerak. Peristiwa itu kadang kala berlegar di fikiran.
Akak minta maaf. Akak tak dapat nak bagi adik hadiah mainan. Akak nak sangat bagi, tapi tak boleh ? Adik dah jauh dari akak. Hadiah yang akak boleh bagi untuk adik.. hanyalah doa dan 
Al Fatihah.*tadah tangan ..


Akak harap adik doakan kesihatan yang baik dan perlindungan kami. Akak tahu, adik sentiasa memerhati kami dari atas sana. Akak cuma nak cakap .. akak rindu, dan 
Hai * lambai tangan. Rindu yang dirasai seringkali membuatkan akak rasa nak peluk dan cium adik . Bila tengok baby yang baru lahir, akak teringat pada adik. Banyak perkara yang akak nak luahkan, tapi tak terluah. biarlah ia menjadi rahsia kita.

                                                         Kamalia 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

2 comments:

imantizz_truper said...

al-fatihah...tak boleh bayangkan macam mana rasanya kita kehilangan orang yang sangat2 kita nantikan kedatangannya...

dhia adawiyah said...

@imantizz_truper ;( a'ah .. sedih ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...