Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Friday, 25 January 2013

4 cerita best dalam 1 entri - | 1. Asal pendek? | 2. Malunya ! | 3.Ohh, wow! Mamat skuter tuu .. | 4. Nana tanjung ~



Selamat pagi kepada sesiapa yang baca post ni time pagi .. Selamat tengah hari kepada yang baca post ni time tengah hari dan seterusnya..

Dah lama tak merepek kat dalam blog ni..
All sorts of things happen in this new year .. Kadang-kadang tu, ada jugak yang tak dapat kita gambarkan. Perkara tu berlaku macam, sekelip mata aje? Kalau nak reply balik, memang tak lah kan? 

Sebelum ni, ada kerja sementara dekat katering kantin sebuah sekolah di Sg.Buloh sementara tunggu result SPM 2012 ni, sebagai pembantu kantin je ( Jaga kaunter ). Setakat nak cari pengalaman. Layan budak-budak nak membeli. Hari Rabu lepas last kerja dekat situ, then dah berhenti. Reason? .. entah la? Tapi, nak jugak cerita pengalaman kerja dekat situ.. ada yang best, ada yang tak. Wieya ceritakan yang ok-ok jela ek? Haha ..

 03 Januari 2013

Adalah makhluk Allah ni nak beli kuey tiaw goreng, sambil tu dia tanya Wieya.

Budak tu : Form berapa?
Wieya : Hah? Dah habis sekolah dah ~
Budak tu : Yeke? Tipu arr..
Wieya : Betul laa ~ ( Ehh, budak ni.. orang cakap benda betul. Tak caye pulak? )

Dia tengok je Wieya ... then dia cakap .

Budak tu : Asal pendek?
Wieya : Eeii .. Kurang ajar giler? ( Wieya buat muka. Pandang straight dekat dia )
Budak tu : Yela-yela . Tinggi ~

Then, Wieya bagilah kuey tiaw yang dia mintak tadi. Dia cakap lagi.

Budak tu : Ni tengah tunggu result SPM lah ni?
Wieya : A'ah ...

Haha.. bila teringat balik, mesti gelak sorang-sorang. Ramai jugak budak-budak kat situ panggil Wieya "adik" sebab maybe diorang nampak Wieya ni lagi kecik dari diorang. Budak form 2 pun ada yang panggil "adik". Hoho .. walaupun tua ( takdelah tua sangat) , eh ? Matang sikit dari diorang.. tapi, terasa lagi muda bila diorang panggil macam tu. Haha..


04 Januari 2013
Malunya! Malu tak terkata! Nak sorok muka kat mana ni??   Nasib baik lah kejadian tu berlaku masa waktu kerja dah nak habis. So, memang budak petang tengah belajar dalam kelas laa kan.. time tengah rehat sekejap tu, ada sorang budak laki sesi pagi ni nak beli air kotak, budak tu nak bayar. Time tu pulak ada kawan Wieya tengah mop lantai. Nak atau tak nak, kena pergi lah jugak kan? Otw nak pergi dekat budak tu, Wieya jalan lah perlahan-lahan sebab takut terjatuh, lantai dahla licin. tak kering lagi.

Time tengah jalan, dah nak sampai dekat budak tu. Baru je nak hulurkan tangan nak ambil duit yang budak tu hulurkan, tiba-tiba Wieya rasa macam?? Terhuyung-hayang. "Eh? Eh? Kenapa ni?"
Dan .. tanpa disangka-sangka~ Opss ! Terjatuh terlentang . Depan budak lelaki tu pulak tu?! Alahai.. malunya. Budak tu nampak, dia gelakkan Wieya. Wieya pun dengan perasaan yang tak tau nak cakap macam mana? Memang malu sangat dah .. Wieya sound jugak budak tu sambil tahan gelak. " Janganlah gelak ~"

Dia nampak Wieya jatuh and gelak, dia letak je duit dekat kaunter and blah je macam tu.    



07 Januari 2013

Hari pertama bekerja dalam minggu kedua. Hari isnin pulak tu. ( Dah terasa malasnya. )
Tapi, gagahkan diri jugak. Niat kerja kerana Allah, nak cari rezeki halal & nak belikan adik phone yang dia nak.

Hehe.. dalam perjalanan ke tempat kerja, Wieya tumpang kereta kawan. Duduk dekat sit belakang sorang-sorang.. Duduk tepi tingkap, menghayati pemandangan jalanraya Rawang yang selalu sesak. Tiba-tiba, ada motor skuter bergerak beriringan dengan kereta yang kitorang naik. ( F.Y.I .. Wieya suka sangat tengok motor skuter. Nampak comel je. Teringin nak ada motor skuter sendiri. And, Wieya lagi suka motor skuter tu bila lelaki 
( bawah 30 tahun ) , remaja, macho, hensem yang tunggang skuter tuuhhh .. Nampak jambu sehh.. dan sejuk mata memandang. Sopan je. Haha..( Ni pendapat Wieya okay, kalau pendapat lain0lain, itu lain cerita lahh .. )

Moto tu bergerak beriringan dengan sebelah tingkap tempat Wieya duduk. Wieya tengok ~ je lelaki tu bawak motor skuter tu .. ( Gataiiii ) Setiap inci penunggang dan motor Wieya teliti. Wahh .. helmet diaa, smart nya ! Wieya pun, layan jela hati ni. Tenung je dia bawak motor. Tiba-tiba? Dia pandang Wieya. 
( Agaknya, dia sedar Wieya pandang dia kot? )

Automatik Wieya pandang tempat lain. Buat macam tak ada apa yang berlaku. Berdebar sungguh. Takut la pulak. ohh .. Nothing happens ..


16 Januari 2013

Adalah .. 3 orang budak lelaki ni, form 5 kot? Rehat dah habis, tapi diorang datang kantin jugak nak beli air 50sen. Then ada sorang tu tanya.

Budak 1 : Kak, umur berapa ni? 18 ?
Wieya : 18
Budak 1 : Dah SPM dah ni? Result berapa?
Wieya : Tengah tunggu lah ni ..
Budak 2 : Um, dulu sekolah mana?
Wieya : SMK Syed Mashor, Batang Kali.
Budak 3 : ( dia tanya dekat kawan dia. ) Batang Kali ? Dekat mana?
Budak 2 : ( Dengan selambanya, kawan dia jawab. ) Dekat Perak lah ..
Budak 1 : Tak lah. Dekat Tanjung Malim kan? ( dia tanya Wieya )
Wieya : Tak.

Diorang dah terkejut. Semua jawapan salah. Diorang tak tahu batang Kali tu dekat mana?

Budak 1 : Tanjung Karang?
Wieya : ( Wieya nak tergelak tengok diorang ) .. Tak, Batang kali tu dekat bawah lagi.

Yang budak 2 and 3 tu dah merepek ape entah? Diorang dah tak tau nak jawab apa sebab diorang memang tak tau dekat mana? Sampai Wieya tergelak-gelak tengok diorang. Diorang tak give up lagi, diorang bagi macam-macam jawapan. Tanjung Rambutan lah, Tanjung Sepat lah .. Last-last, budak 1 tu dah give up.. dia pun cakap ..

Budak 1 : Nana Tanjung ~ ( Sambil nada suara menyanyi .. )

Then, diorang gelak-gelak.. blah macam tu je . haha ..

Ini ajelah yang boleh Wieya ceritakan. Sedikit sebanyak pengalaman time kerja dekat situ. Dapat lalui pelbagai peristiwa suka dan duka. Biasalah, banyak orang, banyak ragam. Lain orang, lain ragamnya. Kita sebagai pekerja yang berhemah perlulah hormat mereka. Belajar untuk lebih tenang dan bersabar. Perjalan masih jauh lagi. Sebb tiu kena kuatkan semangat yang ada. 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

3 comments:

Nadya Bubble said...

Haha kelakar je bebudak sekolah tu...


Rugi habaq hang kalau tak join ! Hadiah ratus ratus riggit tahu...

http://nadyabubble.blogspot.com/2013/01/ada-apa-dengan-blog-mksyahircom.html

Nur Hanifah Amin said...

hahahah...suke sgt entry nana tanjung 2...batang kali kat rawang laa dik oi..btul x Rabi'atul ? ;)..btw, yr name sme ngn kwn akk ^^,

Maria Menado~ said...

hahaha.. siyes. cite last wieya tu kelaka.. nana tanjung dia kata. haha. adeh..

bestla blog wieya ni. akak follow lah. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...