Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 13 November 2012

A special gift for someone ...

Assalamualaikum ~




Aku bukanlah insan yang begitu sempurna. Nampun aku bersyukur dengan adanya sahabat macam kamu. Tiada kata-kata yang mampu aku lafazkan selain dengan ucapan ribuan dan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku yang setia di sisi aku dikala suka dan duka .

  Meskipun ianya tak lah semegah mana . Harap hadiah ini dapat menjadi kenangan buat dirimu Tatkala jauh dariku . Moga dirimu dan keluarga dilimpahi rahmat Allah dan kebahagiaan di hari bahagiamu .




Selamat hari Lahir Sahabatku .:)


credit to : Wan Hazel kerana telah memberi tunjuk ajar
               dalam tutorial  -Teddy pun comel kalau nak belajar Photography 

               Dengan tutorial , idea , kreativiti .. Maka terhasil lah ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Follower 555 | Blog Tyrannosaurus

Assalamualaikum ~

Hehe .. di suatu saat ku berfikir ~

"Uisshh ? Dah lama che' tak review follower-follower setia che' .."

Al- maklumlah.. agak busy dengan exam.. Ini pun, curi-curi masa update blog and blogwalking ke blog-blog blogger lain. Memang dah lama tak blogwalking .. bila dah blogwalking, rambang mata tengok banyak blog semuanya lawa-lawa  ! Tapi, Wieya hanyalah insan biasa.. banyak kekurangannya. Tak adalah famous mana *tapi, ada hati nak review orang. 

Tujuan Wieya, nak memperkenalkan blog blogger lain .. hehe .. mengeratkan sillaturahhim la katakan ...

Warghhh ! Excited ~

Lepastu, patah balik ke dashboard blog -> view blog .. Follower 555 . Alhamdulillah ! .. Nak dekat setahun, dapat capai angka ni .. tapi , ni semua dengan hasil sokongan blogger-blogger semua. hehe ..

Ouh ya ! Jauh merepek pulak . 

Blog Tyrannosaurus ..

Tyrannosaurus ??



                                           Errrr .... ? ?
                                                                       .
                                                                   

                                                                       .
                                                                     

                                                                       .
                                                                    

                                                                       .
                                                                     

                                                                       .
                                                               
Eh ? Gurau je .. haha .. Of course la Tyrannosaurus yang ni ..

Comel kannnn ??

Tapi .. Setelah Wieya jadi stalker dan silent reader dekat blog Tyrannosaurus ni .. baru Wieya tahu .. pemilik blog ni.. Kak Anis Syazwani .. Haa .. tak caye ? Boleh ke blog Tyrannosurus .. Putih, suci dan bersih ! Wieya suka sangat konsep dia ..

Kepada sesiapa yang rajin tuu .. boleh follow blog Tyrannosaurus ni ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 12 November 2012

Want say something about happiness ?

 







Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Hati kecewa yang menantikan pelangi yang indah

Assalamualaikum ~


Sedih menyelubungi diri setiap kali wajahnya terlintas di fikiran ini. 
Kecewa meruntun hati. 
Tatkala hati menyatakan sejujurnya bahawa, hanya dia yang aku sayangi.  
Hanya mampu pasrah dan redha kerana dia sudah dimiliki. 
Bukan milikku. Tapi, milik insan lain di dunia ini. 
Ini takdir.
Setelah terasa kehilangan dirinya..
Gila bayang. 
Aku tidak menerima dia kerana aku rasakan kekurangan yang ada dalam diriku.
Aku juga merasakan bahawa dia boleh dapat insan yang jauh lebih sempurna dari aku. 
Dan kini .. 
perkara itu termakbul .


Ke mana aku pergi, di mana aku berada.. asyik terbayangkan dia 

Hinggakan orang lain aku sangkakan dirinya.
Hinggakan aku terdengar orang lain memanggil namanya. Padahal orang tu panggil kawan dia . 
Hinggakan aku macam terdengar suara dia berkata-kata. Padahal suara orang lain yang hampir serupa .  
Hinggakan apabila aku terlihat senyuman orang lain, aku teringatkan senyuman darinya.

Apa kena dengan diri aku ? Adakah kerana cinta ? Maaafkan ku jika aku bukanlah yang terbaik untukmu.    

Allah hilangkan mentari dalam hidupku .. dan sekarang, aku juga nantikan pelangi yang indah dalam hidupku.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Mimpi dia ..

Assalamualaikum ~

Alhamdulillah .. Untuk exam SPM, minggu ni dah habis  subjek. 4 subjek teras, 1 subjek elektif. Tinggal lagi 4 subjek . Betul kata orang, banyak cabaran dan dugaanya . 

Esok ni tak ada paper ( SPM ) . Seminggu . Sebab cuti sempena hari Deepavali. Oh ya , Hari jumaat pulak, memang tak ada paper exam. Sebab kaum Adam nak solat jumaat kan ~ .. Di pagi jumaat minggu lepas itulah, terselitnya mimpi yang indah . Mimpi yang mungkin takkan ku lupakan.

Seluruh mimpi tu, memang aku mimpikan tentang dia .. tapi, apa yang aku ingat ..

suara dia.. senyuman dia sambil memandang aku .. * Warghhhh !

Dia datang ke arah aku.. dan memanggil aku.. dengan suara dia yang sentiasa aku ingin dengar .. 

" Rabi'atul ~ " *awwww ~ suara dia . Cair kita !

Dia ~ macam nak cakap sesuatu ..? Tapi ..

Tiba-tiba terjaga dari tidur !

" Kak Yong .. Ajim nak pergi main badminton ~ "

Haiyooo ! Ruginya ! .. Adik pulak kejutkan Wieya ~ .. 

Dalam hati asyik tanya je .. agak-agak .. apa yang dia nak cakapkan ehh ??

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 10 November 2012

Segmen Sabtu : Jom Cari Follower Bersama AH

Assalamualaikum ~


Waalaikumsalam *Balas balik salam Kak Niera . Hihi ..

Wahh ! 10. 11. 2012 .. Wahh .. 

Rasa lawa sangat tarikh hari ni .. Harap-harap .. Hari ini adalah yang lebih baik dari sebelumnya .. Oh ya ! .. Nak join satu segmen ? Boleh tambah follower .. Wieya pun dah lama tak join mana-mana segmen sebab  sibuk dengan SPM . Tapi, belum habis lagi .. Kan sekarang cuti seminggu sempena dengan Deepavali ~ Rehat kejap la .. 

OKlah .. nak join ? boleh klik pada banner okay ? Boleh terus ke blog Aisyah Humaira .Syaratnya pun simple je .. 



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 4 November 2012

Aku dan dia




Bagaimana cara untuk melupakan dia ? 

Kerana dia bagaikan sudah mengambil tempat di hati kita walaupun dia milik orang lain ?

Tak mungkin kita akan berada di hatinya atau di fikirannya . Hatiku masih memilih dia .

Aku hanya mampu berdoa demi kebahagiaanya dari jauh.



My Heart Whispers : SPM !! Saya harap awak buat dengan hati yang tenang ...

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 3 November 2012

Vote dan menang contest slogan INMRT ( I need MRT because .. ) .. Tolong vote untuk Wieya boleh ??

Assalamualaikum ~

Haii .. semua .. ! 

Wieya nak minta tolong dari kamu , kamu semua..

Tolong vote untuk Wieya boleh ?? Di samping itu, You all semua boleh menang juga tau kalau you all masuk contest ni ..

Sebenarnya Wieya ada masuk contest slogan tentang INMRT .. ( I Need MRT because ...)

Hehe .. Wieya ada join dan buat satu slogan ..



Slogan : I need MRT because ...
ianya satu alternatif baru untuk saya memburu waktu di hutan batu yang serba baru.

Cara-caranya ..

1. Pertama sekali, You all diwajibkan untuk mendaftarkan diri. Sama ada untuk voting atau nak sertai contest ni .  Boleh KLIK http://www.mrtmyride.com.my/

2. Lihat ke sebelah kanan posisi atas sekali .. 


Nampak tak ? Ada REGISTER atau LOGIN WITH FACEBOOK .. 

You all boleh pilih salah satu untuk daftar.  

LOGIN WITH FACEBOOK : Jika you all ada akaun YAHOO.COM dan pernah buka mail dalam akaun tu, you all boleh daftar guna akaun tu. Mereka perlukan alamat email untuk you all approve mail yang akan mereka hantar dalam akaun you all nanti, baru boleh vote.

REGISTER : You all boleh daftar dengan cara ini juga . Asalkan ada akaun yang boleh you all buka untuk approve email yang akan mereka hantar selepas you all daftar . Tak kisah akaun gmail atau yahoo atau apa-apa pun, janji akaun tu you all boleh buka ya .. 


3. Selepas daftar .. you all akan ke DASHBOARD .Di situ akan ada ..



Gambar di atas ni paparan yang dah vote .. You all boleh tekan di situ dan vote Wieya ataupun peserta yang lain . hehe .. kalau tak jumpa penyertaan Wieya , you all boleh ke ..
dalam kotak ni , you all boleh taip #2556 . terus jumpa, TERUS VOTE tau ! Oh ya .. kalau you all ada masuk contest ni .. boleh bagi tau Wieya . nanti Wieya vote untuk you all sekali ok? ..

Wieya harap you all vote ok .. ehehe .. secara ikhlas ye . Wieya tak paksa .. ekeke..
cuma galakkan ..

Kalau ada apa-apa yang nak tanya atau keliru ..boleh tanya di kotak komen ok . ? TQ :)

Wieya amat hargai sesiapa yang tolong vote . haha .. yang tak nak .. tu .. tak nak kawan . * gurau je .. 

Wieya hargainya dan tak terbalas jasa you all.. hanya Tuhan saja yang mampu membalasnya .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 1 November 2012

Majlis Graduasi Tingkatan 5 SMK Syed Mashor

Assalamualaikum ~

Alhamdulillah ..

   Dengan izin-NYA, Majlis Graduasi Tingkatan 5 yang diadakan pada 30 Oktober 2012
( Rabu ) ..berjalan dengan lancar. Tak ada sesiapa yang terjatuh atau tersungkur masa naik ke atas pentas. Hihi ~

Tak sangka ada Majlis Graduasi untuk pelajar tingkatan 5 pada tahun ni .. Sebab, tahun-tahun sebelumnya tak pernah ada. Kiranya, kami pelajar tingkatan 5 tahun ni ( bacth 1995 ) kiranya lucky laa .. sebab Majlis Graduasi ni pertama kali diadakan. 
( *Uuuhuu ! Bangga ! )

  Senyum mesra je semua *dapat pakai jubah tu .. hehe .. cuba teka , Wieya yang mana ..?

Hahaha .. dapatlah merasa pakai jubah macam konvokesyen student universiti tu walaupun kitorang pakai kejap aje. Hehe ..

 
Majlis Graduan ini diadakan bertujuan untuk menyemai semangat pelajar dalam bidang akademik dan teruskan menuntut ilmu hingga ke menara gading dan sepanjang hayat. Maksudnya , jangan berhenti menimba ilmu walaupun dah habis sekolah dan tuntutlah ilmu hingga akhir nafas kita.

 
Majlis dimulakan dan diiringi dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Muhammad Firdaus Bin Zulkiflee. Dalam bacaan doa tu, Wieya asyik teringat dengan doa yang dilafazkan.


" Biarlah ibu bapa kami menitiskan air mata mereka kerana kejayaan kami dan bukan kepada kegagalan kami, Ya Allah. "

 
Selepas itu ada ucapan daripada pengetua sekolah.

"Pelajar tingkatan 5 .. Hari ini anda dinobatkan sebagai graduate muda. Ini bukanlah majlis graduasi yang terakhir buat anda. Pastikan selepas ini anda dinobatkan sebagai graduate yang menerima diploma , ijazah dan seterusnya.

Selamat menempuh kejayaan . Selamat berusaha. "

Penyampaian graduasi bermula.

Mula-mula penyampaian hadiah dimulakan dengan Student kelas sains ..Kelas teknik, sains pertanian, sains sukan. Lepas tu.. student seni bina landskap..

 Ni .. pelajar lelaki  kelas 5 Sains Sukan ..


  Ni pulak pelajar perempuan kelas 5 Sains Pertanian ..

 Ni pelajar lelaki kelas 5 teknik ..

Masa student landskap beratur tunggu giliran diorang.. ada seorang guru bertugas panggil kami . Dah tiba giliran kami untuk beratur.. Uuuhuuu !.. Excited yaw ! Ok. Disebabkan majlis ni pertama kali diadakan, ada lah sedikit kekurangannya. Jubah ala-ala konvokesyen tu ada 60 helai je . Share la .. bila orang tu dah pakai, tukar pulak dengan orang ni .Tapi, tak apa .. Tak kisah pun .. hihi ..



Tunggu turn pelajar yang dah naik atas pentas tu turun dari pentas .. Kitorang yang tunggu di luar dewan ni , get ready nak sambar jubah tu. Haha.. tiba giliran kitorang nak pakai jubah tu . Bila tiba giliran Wieya nak ambik jubah tu .. hati ni rasa nak lompat-lompat aje !  


Dapat pegang je baju tu, terus lari ke belakang dewan sambil jerit 
" Yuuhuuu ! " 
haha .. buat malu je . Cikgu tengok . Haish, anak dara ni, tak senonoh betuii .. *dialog sendiri , and then, join kengkawan yang lain nak pakai jubah tu dann ... start posing depan kamera !




Ni .. friends yang sama kelas dengan Wieya.. Gambar ni nampak macam meriah kan ? Eh ? nampak tak ? Ada sorang aje *perempuan* terselit dekat situ ? Hihi .. Cari ! Cari ! mana Wieya ?

Ok. Lepas tu beratur .. ikut senarai nama .. How i feel ? Wow !

Rasa berdebar-debar sangat ! .. Tapi, bajet cool .. rileksss je . Jangan tunjukkan yang kita gemuruh . haha .. *Berlagak profesional . 

" Rabi'atul Adawiyah Binti Ros Awari " 

Warghh ! That's my name ! .. Gemuruh jiwa ini ! .. 

Teragak-agak jugak nak naik . takut tersadung ke ? Tersungkur ke ? .. Tapi .. cool ~ naik dengan penuh senyuman memandang ke hadapan. Terasa diri ini kecil aje bila berdiri dekat atas pentas tu. Rasa macam ? Semua orang tengok ke arah Wieya . ( Padahal budak-budak lain tak pandang pun. Buat hal sendiri ). 

 
Perlahan-lahan juga , berjalan turun dari pentas . Sampai di luar dewan . Adaa seorang guru sedang menunggu . Waaaaaa ! :( Dah nak kena bukak jubah tuu .. pulangkan balik .. Ala ~ Sekejapnya masa berlalu. begitu pantasnya tanpaku sedari .

Nak ataupun tak, kenalah juga bagi walaupun berat hati. Hoho .. tu gambar bila dah duduk balik . Tengok orang lain pulak naik pentas.  Untuk penutup majlis ni, ada majlis Restu Ilmu . Para pelajar bersalam-salaman .. muah pipi kiri , muah pipi kanan .. memohon maaf dan minta dihalalkan segala ilmu yang cikgu bagi . Supaya ilmu diberkati . Macam-macam lah .. ramai jugak lah yang menitiskan air mata . Sebak + sedih ... cikgu pun sama ..


Alhamdulillah .. selepas tu majlis pun selesai ... hihi ..




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...