Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 30 October 2012

Memiliki segulung ijazah bukan jaminan mudah diterima bekerja, andainya ...

 Entri auto-publish .

                Gambar tiada kena mengena dengan entri .. hanya ingin beritahu .. TERINGIN NAK MAKAN
                                                             MARSHMALLOWS !!

( Sebelum itu .. ) Assalamualaikum ~

Andainya ?
Andainya tidak memiliki kriteria  yang dikehendaki seperti pandai berkomunikasi , berani dan penuh idea. "

Coretan di atas adalah kata-kata daripada Ketua Program Komunikasi dan Pengarah Kewartawanan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ), Siti Suriani Othman.


                                                  Credit gambar : Google

( Artikel ditulis oleh Ruhaiza Rusmin ) yang diambil daripada Akhbar Harian Metro. Isnin 29 Oktober 2012 , Laman Variasi >> Bestari.

Cemerlang tapi sukar dapat kerja.

    Wahh ! Wieya memang tertarik sangat dengan artikel ni, memandangkan Wieya "bakal" menamatkan zaman bujang persekolahan tak lama lagi. Baca aje tajuk artikel ni, rasa macam dah nak tercabut jantung ni . Betul ke ?

Lepas baca keseluruhan artikel yang ditulis, membuatkan Wieya pikiaq *fikir banyak banyak banyak banyak kali, ke manakah hala tuju Wieya selepas ini ? Gerun beb !

Wieya ada terbaca ...
Walaupun kita memiliki segulung ijazah, tak bermakna kita akan mudah dengan terusnya dapat pekerjaan kerana majikan lebih memilih kepada mereka yang memiliki sijil kemahiran atau diploma. Apa yang majikan perlukan dalam ciri-ciri pekerjanya adalah pandai berkomunikasi, berani dan penuh idea.

Bukan semua yang memiliki ijazah yang cemerlang, belum cukup menambat hati para majikan dan keadaan juga berbeza kerana dunia pekerjaan sudah semakin mencabar.

Dengan itu, graduan yang memiliki ijazah lebih banyak persaingan. Bukan ijazah tersebut tidak laku, tetapi pada masa yang sama kita perlu menyeimbangkan personaliti dalam diri supaya majikan tertarik dengan hasil kerja, usaha kita dan bukan pada ijazah semata-mata.

Apa yang perlu dilakukan ?

Adalah dengan menciptakan sesuatu yang berbeza dan istimewa, peka dengan keadaan sekeliling dan mempunyai inisiatif. Apa itu inisiatif ? haha .. Wieya try la juga cari maksudnya dalam..

Dalam kamus :Ikhtiar , Daya usaha
Dalam internet : * Sama juga maksudnya ~

Apa yang Wieya tahu, mama ( My mom ) pernah kata inisiatif tu.. berfikir sendiri . Usaha untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. ( Itu yang Wieya tahu, kalau salah.. tolong betulkan ya ? )   

Sebut pasal inisiatif .. biasalah , remaja .. kadang-kadang tak tahu apa yang dia buat ? Lambat buat kerja dalam melakukan sesuatu pekerjaan .. leka dalam buat kerja .. macam-macam lah .. haha .. kadang-kadang Wieya termasuk dalam golongan itu.


Mama selalu marah dan tegur .. 

" Kalau buat kerja kena ada inisiatif ! Jangan jadi macam robot aje , Macam pahat dan penukul , suruh sekali buat sekali . Suruh sekali buat sekali . Sampai bila kerja nak siap ? Kena fikir, bila dah buat sesuatu kerja tu, apa yang perlu buat selepas itu ? Kadang-kadang tu , buat kerja tak habis . Tinggal separuh jalan . Macam mana orang nak ambil awak kerja nanti ? Buat kerja tak betul .. "



Haha .. ini kes Wieya basuh kain sekerat jalan walaupun guna mesin basuh sebab leka tengok tv ~ Hehe .. Beginilah . Tapi, Wieya ambil positif tau ! .. Dan sekarang .. Wieya always dengar cakap mama .. dan diri ini semakin maju melangkah ke hadapan .. Majuuuuuu ke hadapan.

Dalam kerja juga perlu ada kemahiran, kemahiran itu penting untuk menunjukkan kita boleh buat sesuatu kerja . Kalau ada ijazah tapi tak ada kemahiran .. macam mana ?

" Kemahiran adalah aset paling mahal bagi majikan hari ini dan sudah tentu mereka mengkehendaki dan akan menjaganya dengan baik " Kata Siti Suriani Othman, Ketua Program Komunikasi dan Pengarah Kewartawanan Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ).

  Oh ya ? Kalau ada sesiapa yang tak dapat baca artikel ni atau tak sempat beli surat khabar semalam.. boleh klik link dekat bawah ni untuk membacanya dengan lebih lanjut seandainya apa yang Wieya tulis panjang lebar macam karangan sukahatiku.. satu apa pun korang tak faham . Ini adalah sebagai persediaan untuk Wieya juga . Saja berkongsi memandangkan Wieya dapat ilmu ni .

   myMetro | Graduan perlu buka minda



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 29 October 2012

Malam - malam ni ... teringin ...

 Nak makan



            MARSHMALLOWS !!!


 Dilimpahi dengan COKLAT ! Warghhh !!!






 I want to eat you now !!   teringin ...

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Detik waktu , terus berjalan ...


Assalamualaikum ~ Entri di-publish tepat jam 12:30 tengah hari.

6 Days left ..

132 Hour

7920 minute  

475 200 seconds

  Semua itu akan berlalu tanpa kita sedari. Cepat atau perlahan masa itu akan pergi meninggalkan kita. Tak akan berpatah kembali. Di saat itu, Kita akan mula mengenangkan masa dan waktu yang telah berlalu. Pahit atau manis, itulah yang akan terlintas di fikiran. Imbas kembali.

Berat hati ini , untuk meninggalkan semua yang selama ini menjadi kenangan manis yang menggamit memori, sahabat yang setia di sisi. Hari ini, keesokannya dan hari-hari yang seterusnya, kita perlu menempuh cabaran yang datang. Apa yang perlu.. semangat dan dorongan akan menjadi kekuatan dalam hidup . 

Di saat itu juga, kita akan berpisah dengan semua yang kita sayang. Kita akan belajar berdikari untuk meneruskan kehidupan kita sendiri. Kita akan berdikari sendiri tanpa mengharapkan pertolongan atau bantuan dari sesiapa.

Dan di saat itu juga, kita sendiri akan belajar merasai pengalaman hidup. Pengalaman yang akan menjadikan kita lebih maju ke hadapan. Memperbaiki kesalahan yang telah kita lakukan supaya kesalahan yang sama tidak akan berulang. Bak kata Adnan "Sempit"

" I don't want banana fruit two times ! "
        

        
        Cuma dia ..
Hampir setiap hari aku terfikirkan dia . Teringat pada dia ..

Hampir setiap hari juga aku berdoa agar Allah sentiasa melindungi dia dari sebarang bahaya. Hampir setiap hari juga aku berdoa akan kebahagiaannya dengan insan tersayang.

Meskipun aku tahu apa yang aku harapkan tak mungkin akan berlaku .. aku akan sentiasa menyokongnya dari belakang. Aku akan sentiasa berdoa supaya dia berjaya dengan cemerlang juga bersama dengan orang yang dia sayang. 

Doakan Wieya berjaya dengan cemerlang .. ! 








Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 28 October 2012

My favorite : Kuih dari rumah Mak Teh . kuih apa ek ?

Assalamualaikum ~


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Pertama kali makan ... SUSHI !



Assalamualaikum ~
 ¡Hola ( " Hi " in Spanish )

Berkurun lama nak update entri ni .. tak update juga. Masa menghimpit diri dan berlalu dengan pantas. 

( 16 Ogos 20112 )

Wieya and ... my friends .. Shamine ..jalan-jalan shopping baju raya . Dah habis shopping,  kami berbuka puasa di McDonald, Sogo .

                                      Shamine Illiyani and his sister .. Shamine .. too

Budak ini lah ! Eh ? Sahabat inilah yang suka mempengaruhi orang lain .. Dia lah yang mempengaruhi kuu .. untuk menikmati sushi yang lazat itu . Dan sekarang, dia juga berusaha untuk mempengaruhi ku dengan ikan keli ... eeiiiiuu ! Tolong .. tak suka ikan keli !

Pertama kali rasa .. sushi ~
wahh.. nikmatnya.. sedap.. maklum lah.. tak pernah rasa kan..



Sushi , ada macam-macam jenis .. kawan kepada kakak Shamine , beli sushi yang dekat atas ni ..

Ada 7 jenis Sushi utama .
- Chirashizushi 
- Inarizushi 
- Makizushi
- Narezushi
- Nigirizushi
- Oshizushi 
- Gaya Barat sushi.  

Kesemua jenis sushi adalah termasuk beras sushi. Perbezaan sahaja adalah  jenis Sushi datang dari barang-barang. Contohnya, topping, penyediaan, tampalan dan perasa. Terdapat kaedah kontemporari dan kaedah tradisional dan memberi impak kepada penyediaan dan rasa. 


Yang Wieya beli ni pula.. Nama dia, Sushi Maki atau Makizushi . 

Setelah Wieya kaji dalam internet, itupun selepas Wieya melahap habis Sushi ni.. bahan yang ada dalam pembuatan sushi yang menyedapkan lagi Sushi ini adalah Beras Sushi, Rumpai Laut Nori .. Inti dia pula, timun, halia, lobak putih, telur dan isi ketam.

Makizushi adalah Sushi yang paling popular. Dikenali sebagai Norimaki atau Makimono. Tradisinya Makizushi bersedia dengan bantuan tikar buluh. Makizushi dibungkus dengan rumpai laut. Bukan tikar buluh macam dekat ruang tamu rumah tu ye, ni tikar buluh nak gulung sushi dengan elok. Kecil aje tikar gulung sushi ni. 

Kalau nak kenal dengan lebih lanjut tentang tikar gulung sushi ni, boleh lah cari di Google ye. 

Sekarang .. sushi ini pun dah banyak dijual di pasaraya. Contohnya, sogo, Giant .. Restoran makanan Jepun pun ada tau. Jadi, tak susah nak dapatkan makanan Jepun kalau teringin nak makan.

Sushi Maki ni adalah makanan Jepun yang pertama yang Wieya pernah cuba. Yang kedua, baru-baru ni, Wieya ada cuba Takoyaki


Nak tau Takoyaki tu macam mana ? Tunggu entri seterusnya daripada Wieya ok  !
 

Tice Adios !



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 24 October 2012

Puasa sunat hari Arafah & Bunga ? Siapa bagi kau ?



Assalamualaikum ~

Alhamdulillah .. selesai juga puasa yang ke 8 untuk hari ini ( 08 Zulhijjah 1433 ). Yeay ! Tinggal esok aje lagi . Oh ya ? Ada sesiapa yang nak berpuasa esok? Jom puasa sekali dengan Wieya. Hehe ..

( 09 Zulhijjah 1433 ) 25 Oktober 2012 , adalah hari puasa Arafah. Kita boleh berpuasa sunat sebagai meraikan para jemaah yang akan berwukuf di Padang Arafah. Puasa yang disunatkan kepada mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Kelebihan berpuasa sunat 09 Zulhijjah .

# Dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al- Anshari r.a :


Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda :" Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
( Hadis Riwayat Imam Muslim )
Mereka yang melakukan ibadat haji, disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah.

Tadi ..
Di sekolah, ada program seminar sains. Tapi, dekat kelas aje. Masa tengah belajar, beberapa orang pelajar perempuan tingkatan 6 berhenti di hadapan kelas dengan membawa sebuah kotak. Seorang daripadanya yang manis & ayu memberanikan diri mengetuk pintu kelas dan memberi salam dengan senyuman.

Wieya dan rakan-rakan hanya menjadi pemerhati perbualan antara guru dan pelajar tingkatan 6 itu. Sambil memegang sehelai kertas, dia menyebut nama seorang demi seorang.

" Rabi'atul Adawiyah " Namaku dipanggil. Perlahan - lahan Wieya berjalan melangkah keluar dari kelas.

" Pilih la yang mana .. " suara lembut berbicara kepada Wieya sambil menyuruh Wieya memilih bunga yang ada di dalam kotak. Bunga berwarna merah dan hitam menjadi pilihan.
Wahaha ! Dapat bunga laaa ..

Haha . ( Saja buat  suspen .. )
Sebenarnya, bunga tu Wieya beli dari pelajar tingkatan 6 yang ada menganjurkan penjualan tingkatan 6 sempena majlis graduasi mereka. Baru dapat hari ni ..

Waktu balik, bunga tu Wieya pegang.. takkan lah nak letak dapat beg? Rosak nanti .. Selepas tu, duduk di kantin dengan Shamine. Kawan Wieya datang .. nampak je bunga tu ..

Kawan : Ehh ? Bunga ~ Siapa punya ? Kau ek ? Siapa bagi ? 
Wieya : Eh ? tak ada sesiapa bagi .. aku beli ..
Kawan : Tipu lahh .. Mesti ada orang kasi .. pak we kasi ek ?
Wieya : Eh ? tak .. betul .. aku beli dari Form 6 tadi .
Kawan : Tak cayalah ..

Haha ... percayalah kawanku .



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 23 October 2012

Misi Pencarian 1 : Loket


Assalamualaikum ~

Tadi , saja cuba google benda tak berfaedah dekat google .. ( erk ? Macam pelik je ayat tu? ) . Ok . Terlintas di fikiran ini pula , hati ini .. teringin nak pakai loket. Dulu, masa meningkat remaja.. Wieya kurang suka dengan aksesori. Tapi, sekarang .. rasa keinginan itu ada.

Dan .. pencarian pertama adalah LOKET yang berbentuk HATI. ( Wahh.. So sweet ! ) .. Sebagai contoh?

 Lawa kan ? Menarik hati kan ? .. Bersinar-sinar cahaya memancar bila tengok loket ni .. wahh ..

 Ok. Kalau ada masa terluang, Wieya akan cuba survey mana-mana kedai atau shopping complex. Kalau tak dapat rantai loket , charm macam dekat atas ni pun jadi lah. Janji ada "Love-love" tu . hehe ..

Pencarian akan dimulakan. !

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Puasa sunat Bulan Zulhijjah


Assalamualaikum ~

Wahh ! Dah lama nya tak buka blog .. haha .. hari tu ada Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia.  . And , 05 November 2012 tak lama lagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) . Wah ! Tak lama lagi tuuu ! Berdebar ! Doakan Wieya boleh buat tau ! .. Sebenarnya, banyak yang Wieya nak ber - stoey moey ..

Hari ni .. ( 07 Zulhijjah 1433 ) hari yang ke 7 Wieya berpuasa sunat sempena bulan zulhijjah. Di antara hari yang dimakbulkan doanya oleh Allah SWT. Insya allah.

Ustazah Noriah, yang mengajar subjek tasawwur di kelas Wieya nasihatkan kami sebagai pelajar .. supaya berpuasa pada 1 - 10 Zulhijjah . Cuma .. 10 Zulhijjah hari terakhir, hanya berpuasa seperti biasa. Tetapi, dah boleh berbuka selepas solat sunat hari raya aidil adha. Pahalanya berlipat ganda juga tau. Ni kiranya berpuasa separuh hari. Tapi, tak sampai pun separuh hari . Ihik !


 " Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.;  
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
         Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). "


My Heart Whispers : Wieya baru buka blog semalam .. tengok- tengok ? dashboard dah tukar baru ? Alamak ! Kekok rasanya bila guna yang baru . 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...