Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Saturday, 15 September 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!



Assalamualaikum ~

Dah lamanya tak join apa - apa segmen & GA ke , hape ke .. Hihi , sibuk dengan trial SPM. Baru je habis hari khamis baru - baru ni .. " Alangkah indahnya dunia ini ~ " .. Ehhh ? Baru trial , THE REAL SPM belum lagi ! Uwaaa .. Tak apa . Tak apa .. STUDY HARD ! STUDY SMART !

OKlah. Sebenarnya , Wieya nak ajak you allsszz join satu GA ni .. Siapa yang berminat dengan hadiah nya. Boleh la join. Tapi, kalau tak minat pun boleh join. Insya Allah. Kalau ada rezeki , dapat hadiah tu .. Boleh lah bagi dekat sesiapa . Buah hati ke ? Sebab hadiah ni best la juga.

GA ni ~ Dari Blog Bro Eqbal Zack. Haha .. Wieya join last minit ni . Sebab tarikh tutupnya 16 September 2012 sebelum jam 11:59 PM. Haa .. siapa yang sempat tuu .. jom lah join . Sebab hadiah ini akan diberi secara RANDOM dan akan diumumkan pada 18 September 2012.

Senarai hadiah :

 5 x Novel  "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)

10 x  Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)



Nak join ? Boleh klik pada banner okay ? TQ . ^.^

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 14 September 2012

Kurang ajar punya budak ! Kecik - kecik dah pandai nak membuli .| Menggelegak rasanya hati ni !

Assalamualaikum ~

Astgharafirullah ~ ..

     Terus terang Wieya cakap, Wieya geram sangat dengan kawan kepada adik Wieya .! Sebagai kakak, darah ni terasa menyirap je ke seluruh tubuh bila dengar adik kena buli dengan kawan dia . GERAM SANGAT ! 

Buli pun, bukan buli yang biasa-biasa yang ejek-ejek tuu .. Ni, siap cekik tengkuk adik Wieya , ugut and cakap benda yang tak elok. Kurang ajar nya ! Eeeii .. serius ! Memang bengang !

     Wieya keliru, tak tau nak buat apa dengan budak tu. Kalau nak gaduh pun, Wieya fikir juga kesan nya. So, fikir juga risikonya. Sebagai kakak juga, Wieya kena protect adik Wieya. Semalam ( 13.09.2012 ) , Lepas waktu sesi persekolahan pagi,  Wieya ke kelas adik Wieya ( sesi petang ), Wieya nak tengok juga lah siapa  yang berani buat adik Wieya macam tuu .. Wieya berdiri dekat pintu kelas dan cari adik Wieya. Sambil tu, mata ni mencari je budak-budak yang buli adik Wieya tu .

Adik Wieya dah tunjuk siapa yang buli dia, so Wieya cari ajelah . Bila Wieya pandang diorang, Diorang tak nak pandang pulak. Tak nak tunjuk muka. Aiikk ? Buli adik Wieya tau pula berani ?

Dulu ~ masa Wieya tingkatan 1 , tak ada pula kes buli yang teruk macam ni ? Okay je semua . Tapi, kenapa sekarang makin teruk ? Kenapa tak fikir dahulu sebelum buat sesuatu ? Tak fikir dosa pahala ? Kenapa jadi begitu ? Kurang didikan agama ? *Haa .. ni yang nak mula buat text rumusan ni .. kang ~ jadi karangan bahasa melayu pulak .

Apa nak buat ??
Ish ! Kalau nasihat ~ budak tu lawan balik .
Kalau gaduh , gantung sekolah . Apa nak buat?

Adik Wieya dah report pada cikgu kaunseling dia di sekolah. Ya, cikgu tu jalankan tanggungjawab dia. Cikgu tu panggil budak-budak tu nak bagi nasihat , motivasi. Tapi, masa balik sekolah tadi .. adik Wieya pula yang kena lagi?

Budak tu kononnya nak lepaskan geram dekat adik Wieya . Marah sebab Cikgu kaunseling tu tegur dia, Dia tunjal kepala adik Wieya, marah - marah, tengking - tengking . *Sesedap rasa je nak tunjal-tunjal kepala orang.! Dia marah adik Wieya , sebab adik Wieya report dekat cikgu kaunseling tu. Huh .. balik dari sekolah, Wieya yang jemput dia. tengok - tengok, dia  nangis sebab kena buli . Mulalah menggelegak hati ni . Baru form 1, dah pandai nak tunjuk samseng pula .

Siapa yang tak sayang adik kan?
Wieya risau sangat bila dia ke sekolah . Risau sangat. Takut dia kena buli lagi ~
Wieya kakak yang sulung . Wieya kena ambil tanggungjawab ni , protect adik Wieya. Perit rasa hati ni bila tanggung masalah ni berseorangan.

Buat masa sekarang .. ..

" Ya Allah , Kau lindungilah adikku walau di mana sahaja daripada sebarang bahaya . "



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 13 September 2012

Perempuan dan Neraka

Assalamualaikum ~



Saidina Ali menceritakan, beliau dan isterinya, Fatimah, pergi mengadap Rasulullah dan mendapati baginda sedang menangis. Lalu mereka bertanya sebab mengapa Rasulullah menangis dan baginda membalas :

"Aku melihat ada perempuan yang rambutnya tergantung, otaknya menggelegak. Aku lihat perempuan yang digantung lidahnya, tangannya terikat ke belakang dan qathran ( air menggelegak ) dicurahkan ke dalam halkumnya. Aku lihat perempuan tergantung, kedua-dua kakinya diikat, tangannya terikat di umbun-umbunnya dan disuakan dengan ular dan kala.

Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api. Aku melihat perempuan yang memotong tubuhnya dengan gunting daripada api neraka. Aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,diisi ke dalam sebuah peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidungnya, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta. 

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti khinzir, badannya seperti badan keldai, beribu-ribu kesengsaraan yang dirasainya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke dalam kemaluannya atau ke mulutnya dan keluar di duburnya.  Malaikat memukul kepalanya dengan corong daripada api neraka."


     Fatimah pun berdiri dan bertanya mengenai kesalahan yang dilakukan wanita-wanita itu. rasulullah menjawab,

" Fatimah, perempuan yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahram. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suami

Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suami dan tidakmahu mandi suci daripada haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri itu kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikan itu dilihat oleh lelaki lain.

Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangan diikat ke arah ubun-ubun dan disuakan dengan ular dan kala kerana dia boleh bersembahyang dan berpuasa tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi junub. Perempuan yang kepalanya seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya."

Harap boleh jadi renungan buat semua . hanya sekadar berkongsi :)

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 12 September 2012

Puasa Enam .


Assalamualaikum ~

     Wahh ! Hari ni dah masuk hari yang ke 2 Wieya berpuasa. Haha ..lepas berbuka nanti lengkap lah puasa selama 2 hari .haha .. puasa sunat .. orang kata ape ?? Puasa Enam .. puasa selama 6 hari berturut- turut. haha .. lebih kurang la .. Patutnya, mula puasa hari isnin ( 10.09.2012 ) .. tapi :( tak bangun sahur .. 

Walaupun tak bangun sahur .. tapi Wieya cuba juga nak puasa. Masa dekat sekolah .. macam-macam yang menyerang .. diserang sakit kepala , sakit perut .. macam nak ~ 
" Uweeekkk " je . Tapi, tak pun. Yela .. dah la tak sahur ..perut kosong .. nak puasa juga ! Tak peduli .

Sampai la balik rumah ~ sampai je dekat rumah ..Badan letih .. rasa macam tak larat nak muka mata . Layu je . Tiba - tiba mama kata.

" Akak ~ Makan cepat,  mama ada masak tu . Kata nak turun KL amik baju kelas tu ... "

Wieya pun terus bukak peti ais capai jag, isi air dalam cawan ... dan ?? Minum ~
Bila tutup je pintu peti ais tu ... baru Wieya sedar ..

"Astgharafirullahh .. Mama ! Akak puasa laa .. kenapa akak minum air ??? !! Alamakk ! batal la puasa akak ... "

Uwwaa... rasa macam nak nangis je ..


Mama : Ala .. esok je la puasa. dah batal dah pun ..

Me : *muka sedih nak nangis ~


Hm .. nak buat macam mana ? Pasrah ajelaa .. itu yang semalam baru start puasa tu . Hihi .. sampai lah hari ahad. Nasib baik hari ahad ni ( 16.09.2012 ) , hari terakhir dalam bulan syawal . Hari sabtu ni ( 15.09.2012 ) , ada open house rumah kawan ~ Haha .. sorry laa ..  tak boleh makan .. puasa laa .. tapi, kalau datang je . tak apa kan ?? .. hihi ..

Oklah .. Mesti ada juga yang berpuasa sunat enam kan ? Selamat berpuasa .. dan sekejap lagi .. selamat berbuka .

My Heart Whispers : Sabar Wieya .. sabar .. tak lama je lagi nak berbuka. Bila dah berbuka nanti .. kita makan burger ! Burger tuu siap celup dengan kuah chicken chop lagi ~ Lazat . Meleleh air liuq .



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Kehidupan ini




Assalamualaikum ~

   Seringkali ... Tatkala terjaga dari tidur yang lena diulit mimpi... terdetik di fikiranku.

" Hari yang baru. Alhamdulillah, aku masih bernyawa. "

Aku sedar, aku juga berada di dunia yang nyata. Tidak lagi berada di alam mimpi. Dan aku juga semakin melangkah ke hadapan tanpa boleh berpatah kembali. Namun, ianya boleh membuatkan kita terkenang kembali.

Hidup selama 17 tahun. Aku anggap itu sebagai suatu permulaan. Masih banyak lagi yang perlu aku terokai, banyak lagi cabaran hidup yang menanti. Banyak lagi yang perlu aku tempuhi.

                    Hanya menunggu masa

Masa akan datang tanpa perlu kita mengejarnya.  Ia akan datang dan berlalu begitu sahaja. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi peperiksaan SPM bakal menjelang. Sejujurnya, berat untuk aku meninggalkan segala kenangan manis yang dilalui bersama rakan - rakan. Kita jua tidak boleh sentiasa mengaharapkan mereka untuk sentiasa bersama kita. Kerana hala tuju yang berlainan. Tak lama lagi, masing-masing akan berpisah untuk capai impian sendiri. Akan mengikut hala tuju sendiri.









Time can not be turned back. Even we work hard for it

Hargai setiap masa yang kita lalui. Jangan lepaskan. Kerana mungkin kita akan ternanti - nantikan saat itu untuk berlaku lagi. Ya. Harapan yang penuh tersirat dalam hati. Akan ku cuba kecapinya dan akan ku capai hingga berjaya suatu saat nanti. Apa yang penting, jangan berputus asa. Masa lalu tidak boleh berpatah kembali, tetapi ia akan berulang.



# " Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya."


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 11 September 2012

Ingin memilikinya ...

Assalamualaikum ~


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 10 September 2012

My Favorite : Iffah Irdina

Assalamualaikum ~


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 9 September 2012

Bersendirian

Assalamualaikum ~



* Menghayati pemandangan dari dalam kelas  

Langit cerah membiru 
Menyamankan setiap mata yang memandang.
Awan bergerak beriringan
Merasai angin bertiup sayu yang menghembus ke wajah.
Menenangkan hati yang sedih.

Mengapa kisah ini diteruskan?
Mengapa tidak dinokhtahkan semuanya?
Aku ingin kisah ini berakhir di sini
dan mulakannya dengan kisah yang baru.

Setiap kisah semuanya sama
Namun, pangakhirannya berbeza

Di mana senyuman kebahagiaan?
Hanya senyuman sedih yang terukir.
Menyembunyikan kesedihan 
namun terlihat di sebalik wajah.

Tanpa sebarang perasaan
Selain daripada kesedihan.

Kisah ini sememangnya menyakitkan.
Mempunyai kebahagiaan tanpa erti.
Mata dipejam secara perlahan-lahan.
Dibuka ~
Angin yang meniup, tidak terasa lagi
Debaran yang begitu kencang, tidak dirasai lagi
Cinta yang menusuk jiwa kekal dalam diri.

Kekal dalam hati.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

My Favorite : Air Terjun Lata Jarum

Assalamualaikum ~



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Cerpen : Cinta pertama

Assalamualaikum ~


 
Mengertilah ...
Walaupun ianya cinta pertama bagimu, Jika cinta ini bukan untukmu , redha .. kerana ianya adalah ketentuan Tuhan. Mungkin DIA telah menetapkan yang lebih baik untukkmu . Lebih baik dan sempurna dari diriku yang serba kekurangan . Tiada siapa yang boleh melawan takdir dan kehendaknya.

     Puan Lily memasuki ruangan kamar Kamalia lalu melabuhkan punggungnya duduk di hujung katil kamalia. Melihat Kamalia yang sedang berbaring di atas katil, menghabiskan masa membaca novel, Puan Lily mula mengatur kata. “Awak ni kakak, asyik duduk terperap je dalam rumah macam orang perap buah nak buat jeruk. Sekali–sekala tu keluar la rumah tunjukkan muka dekat jiran – jiran. Anak Mak Cik Lina tu.. yang kawan kau tu, siapa namanya? Lupa pula mama..”

“Eima ~”  Kamalia menjawab malas.

“Ha~ Si Eima tu, asal jumpa mama je tanya pasal Lia. Asal tanya pasal Lia je, jumpa mama . Dia asyik tanya aje kenapa Lia tak keluar rumah dah? Dah tak lepak dengan kawan – kawan yang lain. Mama pun tak larat nak bagitau dia macam-macam alasan.”

Lia mengeluh keletihan. “Ma~ Lia malas nak keluar. Lia dah serik. Bila Lia ada depan mata diorang, diorang buat tak tahu aje macam Lia tak ada dekat depan mata diorang. Bila dengan diorang, Lia ni macam tunggul. Ni? Lia tak ada depan mata diorang, baru lah nak cari Lia. It’s too late lahh ! Lia dah malas nak menghadap diorang.”

Kamalia sedih, kecewa. Tak tergambar rasanya perit di hati. Segala persoalan dan rasa kecewa yang lama tersimpan di hati Lia, diluahkan. Lagi pula , hanya mama nya sahaja yang menjadi teman pendengar segala rasa hatinya.

“Takkan keluar ke halaman rumah pun tak nak?” Soal Puan Lily. Kamalia menggeleng malas. Puan Lily merenung lama anak sulungnya itu. Berfikir, bagaimana caranya untuk dia menyelami perasaan anak gadisnya itu?

“Beginilah, Lia jangan peduli dengan apa yang mereka lakukan pada Lia. Lia buat tak tahu aja.” Puan Lily cuba menasihati Kamalia.

Wajah Kamalia berkerut. “Baik Lia cari kawan lain. Buat apa ada kawan yang tak tahu nak hargai kehadiran kita di mata mereka. Sebab Lia berdiam diri lah diri Lia jadi macam ni . Lia pendamkan segalanya dalam hati sampaikan tak tertanggung lagi.” Air mata Lia mengelinangan dan hampir jatuh ke pipi. Serta merta Lia berlari masuk ke dalam bilik air. Pintu dikunci. Puan Lily terkejut dan masih duduk terdiam di pinggir katil Kamalia.

5 minit berlalu. Lia masih belum keluar dari bilik air. Puan Lily mengambil keputusan untuk beredar dari kamar tersebut.

Kamalia yang berada dalam bilik air sudah dibasahi dengan air mata kesedihan. Sesuatu terlintas di fikirannya dan membuatkan dia tergelak sendirian. Kamalia tersenyum sinis. “ Aku ni ~ dulu terperap dalam rumah , dalam bilik .. sekarang dalam bilik air? Hahaha. Baik aku duduk dekat zaman batu aje. Duduk terperap dalam gua pula~”

Setelah dapati dirinya agak tenang sedikit, air mata dikesat. Pintu bilik air dibuka, Lia melangkah keluar dari bilik air. Tubuhnya berpeluh kemudian dilihatnya .. Puan Lily sudah tiada dalam kamar nya lagi. Mungkin sudah keluar.

“Haish! Panas pula duduk dalam bilik air tu lama – lama.”

Kamalia merungut sendirian dan  kini kembali menghempaskan dirinya ke atas katil. Sambung membaca novel , segala masalah ingin dilupakan begitu saja. Malas nak ingat balik!
                                                 *   *   *

     Pagi itu , Kamalia berharap untuk memulakan hari barunya tanpa sebarang masalah. Kamalia ke sekolah dengan penuh senyuman yang diukir di bibir. Skuter Yamaha Ego diparkir di tempat letak motor mengikut nombor pendaftaran motosikal pemilik.  Itu undang–undang yang perlu dipatuhi jika ingin meletakkan motosikal di dalam kawasan sekolah. Helmet disimpan di dalam perut motosikal untuk mengelakkan sebarang kecurian berlaku.

Sedang Kamalia mengunci handle skuternya , sebuah motorsikal Modenas diparkir di sebelah skuternya. Bunyi enjin yang diubah oleh pemiliknya amat membingitkan telinga Kamalia. Setelah kedudukan motor diparkir elok, pemilik motorsikal tesebut menanggalkan helmet. Helmet tersebut diletakkan di dalam raga motorsikalnya kemudian merapikan rambutnya yang agak leper sambil melihat cermin sisi pada motornya.

“Ni yang malas nak pakai helmet ni.. habis rambut aku.” Rungut pengawas lelaki itu sendirian. Kamalia memandang lelaki itu dengan perasaan terkejut.

“Engkau lagi?! Tak ada orang lain ke yang nak parking dekat sebelah motor aku ni, asyik muka kau je. Menyampah pulak aku.” Kamalia buat mimik muka berlagak.
Pengawas lelaki itu bersiap sedia untuk membalas. “Ehhh ! Kalau aku tahu motor buruk ni kau punya, tak ingin aku nak parking sebelah kau tahu tak? Lagipun , nombor  plat aku memang dah ditetapkan dekat sin, nak buat macam mana. Kalau Kau tak puas hati, kau pergi parking dekat tepi longkang tu.”

Kamalia bercekak pinggang , mengetap gigi menahan amarahnya. “Amboi kau, Hafiz ~ Melebih–lebih la pula.. bertubi–tubi kau balas dekat aku. Gurau pun tak boleh ke?”

Hafiz tergelak . “Haa.. itulah kau, nak sangat gaduh dengan aku. Aku peduli apa? Balas tetap balas. Eh? Fahim tak datang lagi ke?” soal Hafiz. Serta merta air muka Kamalia berubah.

“Apasal kau tanya aku? Aku bukan awek dia. Aku bukan babysitter dia. Tanyalah awek dia.” Kamalia seakan sudah malas ingin melayan pertanyaan Hafiz. Pertanyaan itu sedikit sebanyak memeranjatkan dia. Melihat air muka Kamalia berubah, Hafiz berasa serba salah.

“Lia ~ Sorry laa .. aku tak bermaksud apa–apa pun. Gurau aje. Janganla marah ~”

“Fizz, bergurau pun biarlah kena dengan tempatnya. Kau tengoklah motor dia ada atau tak .” Ujar Kamalia sambil menunjukkan sekeliling tempat letak motorsikal itu. “Kalau tak ada , maknanya dia tak datang lagi lah tu. Perlu ke kau tanya aku? Aku tak suka ungkit benda yang dah lepas.Yang lepas biarlah lepas. Malas nak ingat.”

“Tapi aku tahu kau suka pada dia lagi kan?”

Terasa debaran di hati Kamalia. Apa aku nak jawab ni? “ err.. apa punya soalan la kau ni? Mestilah tak ~ mana ada? Aku tak suka pada dia dah. Buat apa aku nak kacau milik orang?”

“Milik orang? Dulu dia nak jadikan kau girlfriend dia ,kau reject kenapa?”

Kamalia tunduk memandang rumput yang menghijau. “ Aku ~ ."

“Aku .. dah lambat. Nak bertugas di dewan.” Kamalia menggunakan alasan jawatan sebagai pengawas yang disandang olehnya untuk melarikan diri daripada menjawab soalan yang diajukan oleh Hafiz.

“Lia ! Jangan nak lari.. aku pun pengawas juga, bukan kau seorang aja. Mana ada pelajar dekat dewan lagi? Baru jam 6:50 pagi.” Hafiz membongkar kebenaran.

“Aku pelajar hemah dan berdedikasi , bukan macam kau !” Dari jauh Lia menjerit dan diiringi dengan senyuman. Hafiz ditinggalkan dengan tanda tanya.
                                                            
                                                    *   *   *
     Jarum jam tepat menunjukkan pukul 7:15 pagi. Shamila datang menghampiri Kamalia yang termenung jauh melayan perasaan. “Hoi Lia ! Kau bertugas ke mengelamun?”

Kamalia memandang Shamila dengan penuh perasaan. “Aku tak mengelamun la , tengah berfikir aje ~ kenapa?”

Shamila yang memegang sebuah fail dan beberapa helai kertas menyelak – nyelak kertas tersebut. “ Ni haa  ~ ada pertukaran jadual bertugas. Kau kena bertugas di tempat letak motosikal. Ada seorang lagi pengawas yang akan bertugas dengan kau.”

“Eh? Kau bertugas dekat mana?”

“Dekat kantin aje ~” ujar Shamila.

“Okey , apa – apa hal , aku cari kau dekat situ.~” Kamalia mencapai buku catatan dan pen, kemudian berlalu dari situ. Bersedia untuk memulakan tugasnya. Siapakah mangsa aku hari ini .. Hahaha !

Sesampainya dia di tempat parking motosikal itu .. seseorang menyapa dia dari belakang. Kamalia terkejut. “La? Engkau lagi? Macam dah tak ada orang lain dalam dunia ni ..”

“Eh, kalau tak disebabkan Shamila yang suruh aku bertugas dekat sini .. aku pun tak ingin nak datang tau. Bukan kau bertugas dekat dewan ke?”

“Sama lah .. Shamila suruh aku bertugas dekat sini juga ~”

Hafiz tersenyum sinis memandang Kamalia. “Haa .. tapi .. bagus juga kau ada dekat sini. Shall we continue ..

Belum sempat Hafiz meneruskan kata – katanya,Kamalia terlebih dahulu memintasnya. 

“Ahh ! Tak ada ! Malas aku .”

Hafiz tergelak. Dah agak dah .. mesti dia jawab macam tu. “Ala ~ sekurang – kurangnya .. baritahulah kenapa kau tak terima dia ?”

“Tak nak! Kenapa kau nak tahu?”

Hafiz memujuk . “ Ala~ Saja je ..beritahu lah.” Hafiz semakin mendekati Lia.

“Ish ! Apa dekat–dekat ni, nak kena penumbuk aku?” Kamalia beri amaran dan kemudian ingin beredar dari situ , kakinya mula mengatur melangkah.

“Lia ! Kalau kau pergi .. aku usik – usik  skuter kesayangan kau ni..” Hafiz menghampiri skuter Kamalia dan mengacah–acah ingin menyentuh skuter Kamalia dengan jari telunjuknya. Kamalia memandang Hafiz dengan perasaan marah. Sekali lagi mengatur langkah,bukan untuk beredar dari situ, tetapi lagaknya ingin menyerang Hafiz dengan buku notanya.


Melihat Kamalia seperti singa yang memegang buku nota ingin menyerangnya, dan semakin menghampirinya.. Hafiz tersengih takut. “Woi ! Rilek la.. gurau lah ! Aku pun tak nak usik motor buruk ni ..”

“Jahatnya kau. Yang buruknya motor kapcai kau ni, bukan motor aku.” Kamalia tersengih dan memukul Hafiz dengan buku notanya.

“Alahai .. lembutnya pukul orang ~”

“Hah? Lembut ye, kau nak kasar .. meh sini aku pukul kau kuat lagi. Senang aku, dapat makan kenduli tahlil dekat rumah kau.”

Hafiz melindungi diri dengan buku nota miliknya sambil tergelak – gelak. Kelakar dengan sikap Kamalia. Walaupun Hafiz sudah mengetahui bahawa Kamalia tidak suka skuter kesayangannya diusik oleh sesiapa , tapi .. peduli apa ? .. tangan aku gatal nak usik , aku usik lah .

Kamalia masih terus memukul Hafiz yang berterusan mentertawakan dirinya. Tak makan saman betul lah dia ni ! Tiba–tiba, sebuah motorsikal Yamaha 125Z diparkir berhampiran dengan mereka berdua. Kamalia berhenti memukul Hafiz. Penunggang tersebut  menanggalkan helmet miliknya dan memandang ke arah mereka beberapa saat. Kamalia mula berasa tidak sedap hati.

“Kamalia , catat nama budak naik motor yang baru sampai tu. Sekarang dah pukul 7:20 pagi. Bermakna dia dah lambat datang ke sekolah. Catat nama dia !” Cikgu Zulkiflee berteriak memberi arahan ke arah Kamalia dari jauh. Hafiz tersenyum.

“Eh Hafiz ? Kau la pergi .. aku tak nak ~”

“Apasal pula? Aku ada banyak kerja lain ni, kau la pergi .. cikgu suruh kau kan?” Hafiz berdalih. Kemudian lagak ingin beredar dari situ.

Sepantas kilat Kamalia menarik tangan Hafiz. “Ehhh ? Kerja apa pulak ? Tadi kerja kau , kacau aku kan? Kau nak pergi mana? Kata nak bertugas sama – sama dengan aku?”

“Ehh? Sejak Bila pula aku kata macam tu? Kau juga yang halau aku tadi kan?”

“Ala ~ okey .. okey .. aku tak halau kau , aku ~ gurau je tadi .. teman aku, please ...” rayu Kamalia. Hafiz serba salah ..

“Ok. Kau catat nama dia .. aku tunggu dekat tepi motosikal sebelah dia tu .. boleh? ..” runding Hafiz. Kamalia bermasam muka. “Buat muka ! Tak nak la ikut kau macam ni .. baik aku tak payah ikut. Kau pergi sorang” Hafiz ingin beredar.

“Okey ! .. Cepatlah .. teman aku.” Kamalia berjalan beriringan dengan Hafiz menuju ke arah pelajar lelaki tersebut.

Kamalia bertentang mata dengan pelajar lelaki tersebut. Kemudian menyelak helaian demi helaian buku notanya. Mencari helaian yang kosong.Hafiz berada tak jauh dari Kamalia hanya menjadi pemerhati.

“Nama apa?” soal Kamalia tanpa memandang wajah pelajar tersebut.

“Takkan awak dah lupa nama saya kot?” Pelajar lelaki itu mula bersuara.

Kamalia menghiraukan pertanyaan tersebut. “Nama siapa?” Kali ini nada suaranya agak sedikit kasar.

“Muhammad Fahim” Pelajar lelaki itu bersuara.

“Kelas apa?” soal Kamalia lagi.

“Patutla awak tak nak terima saya kan? Rupanya awak dah ada dia” Fahmi maksudkan Hafiz. Sambil matanya menjeling ke arah Hafiz.

Kamalia menahan rasa marahnya. “ Perlu ke saya ulang pertanyaan saya?”

Fahim beralah. “ 5 teknologi”

Kamalia menganggap tugasnya sudah selesai. Dia ingin bereder. Hafiz juga sudah bersedia untuk beredardan mengikuti langkah Kamalia.

“Lia ! Siapa dia?” soal Fahim .

Kamalia memandang Fahim dan menjawab. “Kawan baik.”

Disusuli dengan teriakan Fahim. “Tipu !”
                                                        *   *   *

     Pembelajaran diteruskan seperti biasa. Fokus kepada pengajaran guru amatlah penting supaya ilmu penuh di dada. Tapi, emosi Kamalia tidak seperti biasa. Kali ini, fikirannya bertambah bercelaru. Banyak masalah yang terkumpul di fikirannya.

“Argghh ! Apa yang aku fikir ni? Sudah- sudah la fikir pasal Fahim tu. Bukan penting pun. Bukan jodoh kau Kamalia ~ Nak buat macam mana? Kalau dia suka kau, sayang kau .. tak mungkin dia couple dengan orang lain. Tapi sekarang, dia dah ada orang lain. Bermakna dia dah tak ada hati pada kau lagi. Tapi? Kenapa dia tanya aku pasal Hafiz? Cemburu kah dia? Eh ? Dia dah ada orang lain, buat apa dia nak cemburu? Lagipun, aku dengan Hafiz bukan ada apa – apa pun?” Hatinya ligat berkata – kata. Mengelirukan fikirannya. Ikut kata hati , ataupun berfikir secara logik?

Kamalia masih terus melayani perasaannya. Masih berfikir dan mencari jalan penyelesaiannya tanpa menghiraukan guru yang sedang tekun  mengajar di hadapan kelas.

“Kamalia.” Cikgu Nadhirah memanggil.

“Apa yang harus aku lakukan supaya masalah ni selesai?” Kamalia masih terus berfikir. Panggilan gurunya tidak dihiraukan. Rohnya bagaikan sudah terapung, hanya jasadnya sahaja yang berada di kelas.

“Kamalia !” Sekali lagi Cikgu Nadhirah memanggil.

Rohnya bagaikan masuk ke dalam jasad secara mengejut. Kamalia tarik nafas panjang kerana terkejut. “Eh? Ya ! Ya Cikgu ..”

“Awak buat apa tu? Tak beri perhatian semasa saya mengajar ya? Roh awak ke mana?United Kingdom?” Bertubi – tubi soalan Cikgu Nadhirah pada Kamalia.

Kamalia gugup. Apa aku nak jawab ni?

“Awak keluar kelas sekarang.” Arah Cikgu Nadhirah.

“Ha? Tapi saya ~”

“Keluar sekarang.. ada orang nak jumpa kamu di luar.” Jelas Cikgu Nadhirah.

Segala gelisah, kerisauan dan ketakutan di hati Kamalia hilang serta merta. Buat suspen aje. Kamalia bangun dari tempat duduknya. Membetulkan bajunya yang berkedut . Kamalia mula mengatur langkah dan berjalan keluar dari kelas. Siapa nak jumpa aku ni? Menyibuk aje.

Cikgu Nadhirah meneruskan pengajarannya bersama dengan pelajar lain. Kamalia mencari siapakah yang ingin menemui dirinya itu? Alangkah terkejutnya apabila ...

“La? Engkau? Ada apa nak jumpa aku?” soal Kamalia.

“Lepas waktu balik, aku nak jumpa kau dekat tempat parking motor boleh?” pinta Hafiz. Wajahnya kelihatan sedikit risau.

Kamalia menggaru kepalanya, gatal kerana peluh membasahi ubun kepalanya. “Err .. boleh la . Tapi, ada apa?” soal Kamalia ingin tahu tujuan Hafiz ingin berjumpanya.

“Aku ..”

Kata – kata Hafiz terhenti apabila dipintas oleh Cikgu Nadhirah. “Ha.  30 saat dah berlalu. Sudah–sudah la tu berdating depan cikgu. Cikgu pun sendiri pun malu nak dating dengan suami cikgu tau.”

Hafiz dan kamalia hanya tersenyum mendengar kata – kata Cikgu Nadhirah. Namun, Hafiz kembali semula memandang Kamalia. Hafiz gelisah hampir berpeluh. “Aku .. Ala ! Nanti – nanti ajalah aku cakap. Ingat tau, habis aje waktu sekolah tunggu dekat tempat parking motor tu.”

“Aku pulak nak tunggu kau? Bukan kau yang nak jumpa aku? Patutnya kau lah yang tunggu aku.” Kamalia mengusik.

Hafiz masam mencuka. “ Kau ni degil juga kan?”. Kamalia tersengih macam kerang busuk. Setelah itu kedua–duanya bawa diri. Kamalia kembali ke dalam kelas, Hafiz juga kembali ke dalam kelasnya di bangunan yang berasingan.
                                                     *   *   *

     Perlahan-lahan Kamalia berjalan menuju ke tempat parking motosikal. Kebanyakan pelajar lain sudah pulang. Hanya segelintir sahaja yang belum pulang. Menghabiskan masa di sekolah sebelum pulang ke rumah. Kamalia bersembunyi di sebalik dinding makmal komputer dan memerhatikan gerak geri Hafiz dari jauh. Hafiz sedang menunggunya bersebelahan dengan skuter miliknya. Kelihatan, Hafiz  letih berdiri dan memerlukan sesuatu untuk menongkat tangannnya untuk melepaskan lelah.

“Nasib baik kau sampai dulu, kalau tak, aku terus pecut aje balik rumah.” Rungut kamalia seorang diri.  Hafiz melihat di sekelilingnya, namun masih lagi tidak melihat kelibat 

Kamalia. Ketika dia cuba untuk menongkat tangannya di atas skuter milik Kamalia.. 

Kamalia mulai panik dan menggelabah.

“Hafiz  !! Jangan kau usik skuter akuuuu !!” jerit Kamalia dari jauh sambil berlari pecut menuju ke arah Hafiz. Perbuatan Hafiz terhenti. Terkedu. Terkejut. Terkesima .. Tak jadi nak teruskan niatnya.

“Eh? Tiba-tiba pula datang ni? Tadi tak ada pun? Pantang betul kalau orang usik skuter dia. Aku terajang juga skuter ni. Apa yang special sangat entahlah?” hati Hafiz berbisik jahat.

Kamalia yang memegang fail ditangannya cuba untuk memukul Hafiz kerana perbuatannya yang tak makan saman tu. Geram. “Eiii .. Orang dah cakap kan, jangan usik pakwe kita ni. Degil betul lah!” ujar Kamalia sambil mengusap lembut skuternya itu.

Hafiz memandang kamalia dengan riak muka pelik. Dia ni betul ke tak? Hafiz mula menenangkan diri.nafas ditarik panjang dan dihembus beberapa kali. Dadanya berdebar-debar. Mula mengatur bicara.

“Kamalia.”

Respon diberi. Kamalia kembali normal seperti biasa. Memandang wajah Hafiz. Memiliki kulit kuning langsat yang licin dan bersih tanpa sebarang parut dan jerawat. Wahh ! nampak soft la kulit dia. Dia pakai apa ek? Pakai SK 2 ke?

“Lia ! Dengar tak aku panggil ni?”

Poooff ! Lamunan Kamalia terhenti. Eh ? Apa yang aku fikir ni? “Eh ? Ya , ada apa? Kau nak cakap apa? Cakap cepat, aku nak balik ni.. kesian skuter aku berjemur tengah panas tu. Balik ni aku nak kena sapu krim Garnier Light dekat motor aku tu. Biar berkilat macam kulit Lisa Surihani.” Kamalia tersenyum gedik.

Hafiz agak sedikit terkejut. “ Motor kau, kau sapu .. ?”

“Hadoiyy .. gurau ajelah .Takkanlah aku nak buat betul-betul. Pokai lah aku. Sayang, sayang juga. Tapi, tak adalah sampai nak sapu krim mahal tu ! Cepat la cakap kenapa kau nak jumpa aku.”

“Aku ... Aku nak pindah rumah esok.” Ujar Hafiz kelihatan agak sedikit kesal.

Kening Kamalia terangkat. Pelik dengan kata-kata Hafiz. “La? Pindah rumah aje kan? Apasal muka kau macam frust gila ni? Macam orang ..”

“Aku nak pindah sekolah sekali lah !” jelas Hafiz.

Kali ini Kamalia agak sedikit terkejut. “Esok?? Kau biar betul ? Kenapa tiba-tiba ni? Alaaa? Lepas ni aku dah tak ada kawan la nak  gaduh. Ala kau ni ..”

Hafiz juga agak sedikit terkejut. Tak sangka Kamalia merasai kehadirannya. Tetapi kehadirannya sebagai teman gaduh. Tetapi, dia?

“Sebenarnya, perkara ni dah lama, hari ni baru aku bagi tahu kau .”

“Ehh?? Kiranya, aku orang yang terakhir yang tahu pasal hal ni? Kejamnya kau.”

 “Kamalia ! Kau diam. Biar aku pula cakap.” Ya. Kamalia terdiam. Wow ? Lain macam je dia ni?

“Ok. Kamalia ~ Aku nak minta tolong kau. Aku nak pindah rumah. Dan ~ pindah sekolah. Aku sedih dan berat hati kerana terpaksa berjauhan dengan orang yang aku sayang. Berat kaki aku untuk melangkah pergi jauh dari dia. Aku lebih risaukan dia jika aku berjauhan dengan dia nanti. Aku nak dia tahu yang aku sayang pada dia lebih dari seorang kawan.”
Mata Kamalia mula memacarkan sinar, menerangi anak matanya. “Siapa? Siapa? Mesti budak tu lawa kan? Malang betul dia ..” usik Kamalia.

Perasaan Hafiz yang membuak –buak, kini bagaikan terhenti. “Eh? Kenapa pula malang?”

Kamalia tergelak. “Iyalah, aku sorang aje tau yang tahu semua perangai kau. Dia belum tahu lagi perangai kau yang sebenarnya. Macam hantu.”

“ Bagi kau, memang malang. Tapi, bagi aku .. dia memang baik. Sempurna di mata aku. So, Baguslah kalau macam tu ..Senang aku nak cerita. Kau nak tahu tak siapa budak malang yang kau cakap tu? Gadis tu .. Kamalia Binti Iskandar Yusuff.”
Kamalia tersentak. Jantungnya berdegup kencang. “Hafiz ..”

“Hafiz ...aku tak bersedia untuk ini.” Kamalia bagaikan takut untuk membalas bicara Hafiz.

“Kamalia, tolong jangan reject aku macam kau reject Fahim. Please ~” rayu Hafiz.
Kamalia betul-betul terdiam. Jantungnya berdegup laju membuatkan fikirannya semakin gelisah. Matanya tidak lagi bertentangan mata dengan Hafiz. Hanya tunduk memandang bawah.

“Lia, pandang aku.” Hafiz meletakkan beg sandangnya dan merenung dalam ke anak mata Kamalia. “Kenapa? Kau masih cintakan Fahim?”

Kamalia terdiam tak terkata. Perasaan serba salah menyelubungi diri. Masih memikirkan sesuatu. Cuba untuk mengatur bicara yang lebih baik. Sesuatu yang tak baik mungkin berlaku disaat getir begini. Rugi betul aku tak ajak Shamila temankan aku tadi.

Kalimah Bismillah dilafazkan di dalam hati. Berharap agar Allah mempermudahkan dirinya mengatur bicara dan melembutkan hati Hafiz agar menerima keputusan yang dia tetapkan.

“Dengar sini ! Aku bukan reject Fahim sebab lain. Sebab aku sayang pada dia. Aku tak bersedia untuk kehilangan dia. Cuba kau bayangkan, kalau aku couple dengan dia .. lepastu putus di tengah jalan ? Tak ke merana aku? Pada masa yang sama juga, aku harap dia setia menunggu aku hingga aku betul-betul bersedia. Tapi? Sangkaan aku salah. Sebaik aje aku reject dia, dia terus cari lain. Aku redha. Aku pasrah. Dan sekarang, aku cuba untuk menerima hakikat. Aku sedang cuba untuk pujuk hati aku untuk belajar menyayangi orang lain.” Air mata Kamalia mula menitis. Sebak hatinya kerana terpaksa beritahu hal yang sebenar. Hal yang sudah lama terbuku di hatinya. 

“Aku nak tanya kau. Kau yakin ke kau tak akan jumpa seseorang yang lebih layak untuk kau? Kan lebih ramai lagi perempuan, kenapa kau pilih aku yang serba kekurangan ni? Hafiz, aku yakin .. bila dekat sekolah baru nanti .. kau akan dapat lebih baik dan lebih sempurna dari aku. Ramai lagi perempuan lain yang boleh kau jadikan teman hati kau.”

“Aku suka pada kau sejak pertama kali aku jumpa kau. Tapi, aku diam aje. Kamalia ~ kau cinta pertama aku. Aku percayakan pada cinta pertama dan aku tak akan lepaskan cinta pertama aku. Lagi –lagi bila berjauhan.”

Tapi .. Fahim cinta pertama aku ~ Kata-kata itu hanya mampu diungkapkan dalam hatinya.

“Hafiz, cuba kau fikir secara positif, kau pun nak pindah. Kita ? Berjauhan juga? Kau masih boleh contact aku macam biasa. Tak perlu ada hubungan istimewa antara kita pun kan? Aku lebih suka hubungan kita sebagai kawan baik. Persahabatan lagi kekal lama daripada percintaan. Aku juga tak nak sesuatu perkara merosakkan hubungan kawan yang kita bina selama ini.” Kamalia cuba menjelaskan kebenaran yang Hafiz tidak tahu. Tidak tahu atau pura-pura tidak tahu?

Hafiz masih diam.
“Tapi .. aku still akan tunggu kau ..” Hafiz berlalu dari situ dengan kesedihan yang menyelubungi diri ...

Keesokan harinya .. seperti biasa .. apabila tiba waktu pulang .. Kamalia akan terus ke tempat parkir motosikalnya. Tetapi, kali ini terasa berbeza sangat . Sedang Kamalia ingin menghidupkan enjin motor, sepucuk surat berada di dalam bakul motornya. Sampulnya dikoyak, isinya dikeluarkan dan dibuka.


“ Lia .. aku faham . Aku akan turuti permintaan kau. Tapi, pada masa yang sama .. aku akan tunggu kau . Kalau kau ada apa-apa masalah .. call je aku. Jangan call orang lain. Aku sedia menantikan kau .Jangan sesekali lupakan aku. Aku takkan lupa janji aku."

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 7 September 2012

Hadiah GA dari "Awesome GA Dunia Sebenar Shida" .. Posto ! Posto !


Assalamualaikum ~

Arghhh ! Alamak ! Maaf yee .. maaf .. dah lama tak hapdet blog. bersawang dahhh ! ... Fuh ! Fuh .. 

Haha .. Sorry , Wieya busy dengan trial SPM . Wow ! Mencabar jugak lah .. Macam bergelut dengan peperangan je .. padahal bergelut dengan kertas exam je .. haha ..

Hadiah GA ni sampai masa Wieya join seminar pemantapan diri , di Bagan Lalang tuu ..Mama Wieya call .. borak - borak .. and then , phone tu pass dekat adik Wieya .

Izzati ( Adik ) : Kak Yong ! Hadiah kau dah sampai , tadi poslaju hantarkan ..
Wieya : Hah ?! Dah sampai .. Alaaa .. simpankan ! simpankan ! Jangan bukak ! Biar akak sorang je bukak .. Sorok hadiah tuu ..

Haha .. kejamnya dirikuu .. nak tengok ??



Wuuhhuuu ! Dapat kad raya lagikk ... ! Thanks Kak Shida !

Wieya baru updet hari ni .. hadiah dah sampai berkurun lamanya .. haha. Dapat hadiah shawl . Santekkk sangat  !
 Senyum ~

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Hadiah daripada seorang sahabat

Assalamualaikum ~


From him :

Kalau indah pantai dipandang , aku tetap pilih kamu ...
Sungguh cantik ciptaan tuhan, aku tetap pilih kamu ...
Walau syurga itu aman, aku tetap pilih kamu ...
Kerna kamu tetap indah , cantik , aman di hatiku ...

- Terima Kasih atas puisi ini -


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 6 September 2012

Seminar Pemantapan Program Sahsiah Diri | Ehh ?? Siapa bagi ni ?



Assalamualaikum ~

Wahh .. tersangatlah rindu dekat blog ~ .. rindu dekat Wieya takkkk ?

Berhari - hari tak bukak blog ! Busy dengan peperiksaan percubaan SPM . Memang bergelut habih lah ! Lepas tu , bila Bukak je blog .. ramai yang dah mula berkunjung ke blog Wieya ni setelah blog ni dibaikpulih akibat DI HACK  bulan lepas .. Alhamdulillah ~ wahh .. terima kasih juga kepada yang sudi komen - komen .  Terima kasih juga kepada hacker tu . Baik loo ~

Dah .. 3 hari banyak hari tak buka blog sebab and ~  ada Program Seminar Pemantapan Sahsiah Diri Di Hotel Sri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang . 10 Ogos 2012 - 12 Ogos 2012 . Entri ni dah berkurun lamanya tertulis .. tapi tak publish .. kesian je duk terperap dalam draft.

Tak terkata ! Memang best sangat !

12:30pm - Lepas balik sekolah , terus bersiap ! .. Segala baju and harta karun sumbatkan aje dalam beg. Sampai beg pun padat , macam nak terkoyak aje !

2:30pm - " Dari mana nak ke mana ?"  Ok. Bertolak dari rumah ke sekolah.

03:15 -  Mula memunggahkan beg ke dalam perut bas ! Ahahah .. Yeah ! Tak sabar nak memulakan perjalanan. Bertolak !!

Dalam bas ? Masing - masing happy la . Berdebar - debar pun ada.  Kami sampai di Hotel Sri Malaysia tu pun , pukul 6 lebih . Hampir - hampir nak masuk waktu berbuka. Daftar di kaunter reception and .. lepas dapat kunci bilik terus lari macam lipas kudung cari nombor bilik.  Wahhh ! tak sabar nak tengok bilik ! .... 

Masuk- masuk je dalam bilik , terus campak beg ! Lompat baring atas katil . Errkk ? agak jakun sedikit ye . Ok, terus siap-siap nak ke kafe . Berbuka puasa.

Bila makan , amik makanan dulu ... lepas amik makanan .. letak makanan atas meja . Muehehehe .. Ni kiranya cop tempat ar .. okay , patah balik ke dalam kafe , amek air pulak . kang tercekik pulak kalau tak amik air.

Bila datang balik ke meja tadi .. ehh ?? Ada ABC lahh ..dalam bekas comel pulak tu ! dekat sebelah pinggan yang Wieya letak tadi ! .. siapa punya ni .. ? Wieya pun, punya excited .. boleh pulak menjerit dekat situ.  Wieya cakap dekat kawan Wieya ..

" Yan !!!! " sambil jari wieya tunjuk2 ke arah ABC tu ..

Lepas tu Yan kata .. " Ehh ?? Asal Rabi sorang je dapat ? aku nak jugak ! .."

Yan pandang la group boys dekat sebelah meja kitorang . Boys tu senyum- senyum je . Yan kata .

" Untungla ada orang bagi ABC ~ "

Wieya fikir .
" Ehh ?? Untuk aku ke ? ABC ni siapa punya ? Bukan Masyitah punya ke ? .. "

Pada awalnya Wieya segan silu nak terima abc tu .. sebab tak tahu siapa pemberinya . tapi , orag dah bagi kan ?? amik jela . letak dekat sebelah pinggan . Wieya pun makan nasi cepat2 semata - mata nak merasai kelazatan abc yang " si dia " bagi . nanti cair pulak !

Warghh ! .. tetiba cikgu pengiring kitorang datang duduk jon makan dekat sebelah kitorang . masa tengah makan tu , anak dia nak abc , cikgu tu pun terpandang la abc yang ada dekat sebelah Wieya tuu . lepas tu cikgu tu kata ..

" Abc ni siapa punya ? adik punya eaa ? " dia tanya dekat anak dia .. lepas tu terus amik ! ... uwaa !! ... cikgu ~ tu saya punya ~ mampu cakap dalam hati jela .. hm .. nak buat macam mana , tak ada rezeki la tu .. tapi , terima kasih banyak - banya ksebab sudi bagi walaupun tak sempat nak merasa. Amik yang lain je .

                                 Boys dari sekolah Wieya yang join program ni ..




                                        My model a.k.a my new friendsss

                  Kawan - kawan yang lain .. haha .. Wieya tak de ! Jadi photographer !




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...