Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Tuesday, 21 August 2012

My Favorite : Who's that ? Yeah . It's Me .

Assalamualaikum ~

Diambil pada Hari Raya pertama . 

01 Syawal 1433H / 19 Ogos 2012

 Meraikan kemenangan berpuasa dan merayakan nya di kampung .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

My Favorite : Nuha Rufaidah

 

Lihatlah ..

Sinar mata dia .. itulah yang membuatkan aku terpegun melihatnya .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 16 August 2012

Pengumuman penting daripada Zinnia Z A Online Shop




Ok. Di sini Wieya ada copy paste pengumuman daripada page mereka sendiri . Walaupun panjang lebar  .. baca tau ! ..

Bismillahirrahmannirrahim ..
Salam semua =) apa khabar ? Mesti semua dah tak sabar nak balik kampung masing2 kan ? kami pun sama jugak . weee ;) okay , sebelum nak balik kampung nak beraya ni , kami ada pengumuman penting ;) sila tarik nafas dan bertenang =)


Berikutan kontroversi2 yg semakin hari semakin hebat tentang vitamin C dari supplier saya , F yang dikatakan sama dgn Vitamin C SHAKLEE , jadi di sini kami ingin mengumumkan kami tidak akan menjual lagi Vitamin C beliau lagi kerana kami dah pn membuat keputusan untuk menjual Vitamin2 dari Shaklee pula . 
No ID Shaklee kami 882322. 
- Jadi selepas ni , kami tidak lagi menjual Vitamin C dari pihak beliau. 
- Segala testimoni dari pihak beliau sblm ni, kami akan remove juga . 
- Bukan bermakna kami katakan Vitamin C beliau tak bagus , cuma sampai bila kami mahu menjual yg tiada brand , tak tunjuk kkm dan sijil halal dan tak tahu asal usulnya kan ?? … suatu masa nanti,semua akan lebih utamakan brand apa sebelum membeli dan secara peribadi kami ingin katakan bila melihat depan mata dan merasa sendiri Vitamin C Shaklee, memang sama bentuk dan rasa masamnya spt vitamin c supplier sblm ni . Tapi supplier sebelum ni kata ia bukan Vitamin C Shaklee . Jadi terpulang pada anda semua sama anda nak kata sama ke tak . ^^

Dan sekarang, kami dah buat keputusan nak start jual Vitamin C dan vitamin2 lain dari Shaklee pula. Kami baru tahu , kita semua sbnrnya boleh dapatkan Vitamin C Shaklee tu dengan harga yang jauh lagi murah. 
- Kalau kami tahu dr awal tentang produk Shaklee ,memang awal2 lagi kami jual . tambahan lagi, rupanya memang ramai sangat pengguna setia Shaklee ni kerana dikatakan produk yg amat berkualiti dan bagus utk seluruh isi keluarga. ( apa yang bagus ? nanti kami akan cerita kemudian , tentang satu2 produk Shaklee =) ) 
- oh ya, sekarang kami dalam proses mencuba Vitamin C , vitamin E dan yang lain dari Shaklee , nak rasa sendiri keberkesanan nye . Ye la , benda kami nak jual, so kena try dlu .tak nak la kan main jual je tanpa cuba. Alhamdulillah, memang terbukti keberkesanannya walaupun baru je kami mula makan produk Shaklee ni.

Sepanjang kami menjual Vitamin C yg blh dikatakan xde brand sblm ni , di mana supplier kata bukan dari jenama Shaklee , dia dapatkan dari klinik doktor pakar . memang ramai was2 , memang ramai yg nak tahu brand apa sebab benda ni benda yg mereka nak makan, tapi ramai yg membeli juga atas dasar pengalaman2 orang lain termasuk kami sndiri yg dah makan Vitamin C nih. Memang ramai berpuas hati dengan Vitamin C dari beliau . 
- Jadi kalau ada sesiapa yg masih nak membeli Vitamin C beliau, boleh pm kami dan kami akan bagi link fb page or no contacts beliau =)

Kenapa kami pilih Shaklee ???? kerana Shaklee menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang sangat baik. setiap produk Shaklee ada serial number nya. 
- So in case kalau ada apa2 berlaku , kita boleh rujuk serial number tu and buat report . Setiap botol2 produk ada label Shaklee yang sah ! apa isi kandungannya , lengkap dengan info utk anda semua . 
-  Jadi memang betul sangatlah keputusan kami utk beralih menjual vitamin2 Shaklee pula ! =) Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.
 
- Jadi, sesiapa yg nak mencuba vitamin c Shaklee atau produk2 lain Shaklee , boleh sms 019 3443650, bb pin 21B2EFEB or email zalovezinnia@gmail.com.
 
- Setiap pembelian produk Shaklee anda di Zinnia Z A Online Shop , anda akan dijemput ke group tertutup ekslusif di facebook ( ada beribu2 pengguna setia Shaklee dan boleh lihat mcm2 testimoni dari pengguna produk Shaklee ) dan anda layak jugak menerima konsultasi percuma dan jadual makan serta2 tips2 ekslusif dari kami .=)

Dan jika anda ingin mencari pendapatan sampingan , mari turut serta dengan kami . sebab kami mempunyai support group yg sangat2 membantu kita semua jika ingin buat bisness . pada yg ramai bertanyakan macam mana mahu turut serta dengan bisness kami sebelum nih, ayuh , come join us !! Shaklee menawarkan cara2 utk anda meningkatkan tahap kewangan dan gaya hidup yang memuaskan =) Jika berminat , leh hubungi kami di no seperti yg diatas .

Yang pasti, kami dah tak sabar untuk memulakan bisness produk Shaklee ini ! :D sebab kami dah jumpa produk yg terbaik dan lebih baik di antara yang lain . : D Sekian dahulu buat masa ni , nanti kami update lagi ye ;) apa2 pun , kami mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ni dan ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada salah silap kami sepanjang bermuka buku ni . Kita jumpa lagi lepas raya dan kami akan terus berkongsi tentang kebaikan produk2 Shaklee dari semasa ke semasa.

Utk semua yg pulang ke kampung, pandu hati2 ye . Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. ^^


( penjelasan yg amat panjang , harap semua faham serta jelas di sini dan segala keputusan kami tiada paksaan dari mana2 pihak )

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Friday, 10 August 2012

Thank You Belog Kayangan and its owner



Assalamualaikum ~

 Entri ni kiranya bersambung la dengan entri ni ..


Haa ... memang risau sangat masa ni .. rupanya ada juga insan yang merisaukan Wieya .. punya blog . kahkahkah ..

Ada seorang penulis blog ni .. seorang gadis , selalu .. rajin singgah ke blog Wieya. Komen - komen .. nak tahu ? Dia lah yang paling banyak komen di blog Wieya.

Top commentor beb ! Wieya memang happy sangat bila dia sudi komen di blog Wieya yang ... errr .. tak berapa nak comel ni .. saat blog Wieya di hack , Owner blog kayangan ni rajin tanya pasal blog Wieya melalui email. Wieya memang menangis bila baca email daripada dia . berjujuran hingus air mata ni .. sebak sangat !

sesungguhnya ..Memang tak jemu ke blog Wieya . Terima kasih sangat - sangat ! .. tiada apa yang boleh Wieya berikan selain daripada ini .. Oh ya ! Owner nya pun comel tau !

 Nak tahu siapa yang Wiey maksud kan ?? KLIK SINI UNTUK KE BLOG BELIAU.
Terima kasih banyak - banyak kepada semua yang sudi follow .. like dan komen - komen !
Arigato Gonzaimasu .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 8 August 2012

Pengalaman pahit blog digodam | Jadikan aku tak menentu.



Assalamualaikum ~
[ entri ni panjang sikit . siapa yang sudi baca, dipersilakan .. terima kasih ! ]

" Alhamdulillah ~ 
Alhamdulillah  ~ "

Hanya lafaz kalimah ini yang mampu Wieya ucapkan dari bibir setelah berjaya mendapatkan kembali sayang - sayang Wieya iaitu blog kesayangan  Wieya yang umpama kawan karib kawan istimewa ini . Memang tak sangka . Memang tak terduga. Wieya tacing betul dengan hacker tuu ! sampai sekarang wieya tak ada mood nak berblog .

Ceritanya :

02 Ogos 2012 , 06:00pagi - Selepas selesai aja bersahur dengan family , tergerak pula hati ni nak buka blog . Masuk dalam bilik , terus cari laptop. Tapi , Wieya tak buka blog dulu .. Wieya bukak email dulu . Nak  check email. Wieya Cuba masukkan password. tak boleh ? 

" Set a new password "

Aiikk ? kenapa pula ? .. Wieya masukkan juga password baru. Okay , email dapat masuk .. lepastu log out, terus sign in blog pula. Wieya try masukkan password lama .

" The username or password you entered is incorrect. You have change the password 1 hour ago."  

Hah ? Keadaan menjadi semakin krisis , panik dan ?? OMG !! . Wieya masukkan password yang Wieya tukar untuk email tadi. Okay , boleh masuk . Tapi kan, kenapa susunan dashboard nampak lain macam ? 

  Sejak bila pula dashboard Wieya ada " Template " ?? Selalunya ada " Design " ?
Wieya cuba view blog Wieya .. dan .. yang mengalukan kedatangan Wieya , bukan blog Wieya yang ceria dan comel lagi comel dan comel.. tapi ...



Seram bila tengok benda ni menghiasi skrin laptop Wieya.

Diiringi dengan bunyi yang ... err ..agak menyeramkan juga.

Aku merenung lama skrin laptop di hadapanku. Warna hijau , hitam dan putih menghiasi skrin tersebut. Hati aku mula sebak. Fikiran aku mula berserabut.  Aku masih terdiam dan kaku. Air mata Wieya terus bergelinangan . Kelopak mata tak dapat lagi menakung air mata , dan air mata jatuh ke pipi. Semakin aku kesat , semakin laju ia Mengalir tanpa henti . 

Memang sebak sangat !.. Patah hati , kecewa .. frust lebih daripada orang yang putus cinta. Lagi perit rasanya. Kenapa aku? Kenapa blog aku ? Terasa bagai dunia aku makin gelap tiada terangnya. Tiada harapan untukku lagi . Debaran menguasai diri.

" Adakah aku sudah kehilangan blog kuuuu ??? " 

" Adakah ini penamat untuk perjalanan blog ku ?? "

Tenangkan diri dulu .. sign out blog . bersiap sedia nak ke sekolah. Mandi tak basah . Makan tak  kenyang ... * eh ? Puasalah ! mana ada makan ? .. ok , salah - salah . err ..

 Bila dah siap .. naik motor , hantar adik ke sekolah dulu .. selepas tu baru Wieya ke sekolah.  Vroommm .. Vroomm .. Sepanjang perjalanan bawa motor .. rasa sedih sangat. Wieya lah orang yang paling lembab lambat bawa motor . 20KM/Sejam. Sampaikan kereta yang follow Wieya kat belakang pun marah . Selalunya Wieya la yang paling laju bawak motor tu .Hm ~ nak buat macam mana ? Orang frust blog kena hack ( digodam ) . 

Segala lubang - lubang jalan semua Wieya langgar .  Sampai sekolah aja , parking motor pun senget .. Hm ~ ~ memang tak ada mood langsung . Tapi , masih berfikir . Mencari jalan penyelesaian macam mana nak dapatkan blog Wieya balik.


 " Tak kira ! Aku nak dapatkan blog aku balikk !  Tak kira ! "

 Haish ... * geleng - geleng kepala .. tali kasut pun malas nak ikat .. asyik terkenangkan blog Wieya . ahh.. dah mula rindukan blog ~ Macam mana la nasib blog kuu .. Balik aje dari sekolah .. terus cari laptop lagi .. buka facebook .. mintak tolong kalau ada sesiapa yang tahu/pakar.


Alhamdulillah .. Wieya minta tolong dan dapat pertolongan daripada seorang hero malaya .. ihik ! .. Okey , seorang pemuda. Nama diaaa ... nama dia ... ala .. secret la . haha , gurau je. Ok. Wieya dpat pertolongan daripada seorang blogger juga . 

! Aku Along Usop


Along !!! terima kasih banyak - banyak ! Tak terbalas jasamu itu .

Jom ramai- ramai singgah ke blog Along .
Waktu ni , Along memang penyelamat arr .. ! Best nya kalau ada abang ..  

Wieya tak da abang ~ :( 

Lepas tu .. Along tolong Wieya ~






Wieya berusaha dengan sedaya upaya nak dapatkan balik . dan .. 03 . 08 . 2012 .. jam 6 pagi , Wieya dpat balik blog .

Wieya bersyukur sangat sebab masih ada insan yang masih nak tolong dan risaukan Wieya. Maklumlah .. Wieya ni insan yang lemah .Aiceceh .. .

Kalau ada sesiapa yang ada masalah jika blog di hack , atasi masalah blog di godam,  boleh klik sini .. GOOGLE HELP  atau ini .. GOOGLE ACCOUNT HELP .

Tips mencegah blog dari di - hack ( digodam )

- Tukar la password anda sebulan sekali ~ kalau rajin , tukar  hari - hari .. tapi , jangan keliru pulak . nanti , tukar password hari - hari .. diri sendiri lupa password nya No . No . No . 

- Selitkan nombor dalam password anda okey !

- Jangan sesekali keluar tanpa sign out/log out !

>> Cara mengelakkan akaun anda dari di hack !

>> Blog Di removed dan di hack !


Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 7 August 2012

Semangat baru !


Assalamualaikum ~

Haii .. ada yang rindu Wieya tak ? Wieya rindu korang ! .. Sebenarnya , baru - baru ni Wieya , blog Wieya , kehidupan Wieya ada masalah sikit .. sedikit sebanyak , merutuhkan semangat Wieya.

Wieya cuma berharap korang semua doakan yang terbaik dan berharap agar semua masalah itu selesai tanpa ada sebarang masalah lagi .

Banyak sangat post yang Wieya nak tulis , nak publish . Tapi , tunggu masa aja . Tunggu cerita untuk next post ya ? .. 

Bye . Assalamualaikum .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 4 August 2012

testing

Testing

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Wednesday, 1 August 2012

Perhatian ! Kepada wanita , perempuan .. PRIVATE kan gambar anda !



Assalamualaikum ~

Tolong sebarkan maklumat ini .

Wieya ada terjumpa satu page ini melalui blog Yuliana Wahit . Page ini mengumpul gambar- gambar yang SANGAT TIDAK ELOK ! Diulang semula , SANGAT TIDAK ELOK .. untuk tontonan ramai .. tak kiralah gambar apa . gambar tidak menutup aurat ke , hape ke .. gambar tidak menutup aurat yang penting pun ada ! ! .. Astgharafirullah . Siapa yang sanggup buat FB macam ni ?? .. Mendedahkan perkara - perkara yang tidak elok !! ...

 Wieya kreditkan kepada Yuliana Wahit


Private kan la gambar peribadi anda , Kalau tak mahu perkara seperti ini berlaku kepada anda.  Sebarkan .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Siapa Follower bertuah blog Dhia Adawiyah ini ? No 500 ? .. Jom tengok !



Assalamualaikum ~

Alhamdulillah .. rezeki di bulan ramadhan lagi .. Follower blog Wieya dah mencecah 500 . Yuuhuuuu ... ! 

Tak sangka Wieya akan sampai ke tahap ini ... terima kasih juga kepada awak , awak , awak semua yang sudi baca entri , datang ke blog Wieya ni walaupun tak seberapa . Wieya terjun join bidang blogging ni sebab nak berkenalan dengan semua orang ! 

" Hai awak ! " *Lambai - lambai tangan.

Tanpa awak semua , tiadalah Wieya di sini .. bla ... bla ... blaa.. << ucapan panjang sangat , jadi .. kita pendekkan. Tak penting pun ..

Haa .. nak tahu siapa follower yang bertuah  tuu ??? ... ekekek ...  
JENG ! JENG ! JENG !

 Nampak tak ?? Ekeke .. mesti nak tahu siapa nama dia kan? Haa .. FAIZUL OSMAN.
Nasib baik Faizul ada tinggalkan jejak di komen .. kalau tak , Wieya tak dapat ke blog Faizul sebab tak ada link blog dia dekat profile .. macam ni ..

Nampak ? Yang Wieya kotak kan tu .. Kalau ada link , tulisan dia warna biru .. jadi , senanglah orang nak ke blog kita bila kita follow mereka. OK ? .. Kan senang tuu .. macam mana nak buat ? 

OK , kat sini Wieya ada sediakan tutorial  . Eh ? Bukan Wieya , BelogKayangan yang buat tutorial . Kalau ada sesiapa nak buat juga , boleh rujuk tutorial ni .


Ada follower Wieya , tak ada link blog dekat profile , tak tinggalkan jejak .. Wieya tak dapat nak ke blog mereka . Follower No 444 Ini pun Wieya tak jumpa lagi .

Siapa follower bertuah blog Dhia Adawiyah ini ? No 444 . Siapa ? siapa ?

Kalau ada sesiapa yang kenal Follower No. 444 , tolong inform pada Wieya eh ..

Ucapan Wieya kepada Faizul ..

" Terima kasih sebab sudi datang ke blog Wieya yang tak seberapa ni , terima kasih juga sebab sudi follow blog Wieya. Wieya tertanya - tanya juga ehh ? Kat mana awak jumpa blog Wieya ni eh ? Apa yang membuatkan awak nak follow blog Wieya ni ? .. Haa .. jawab - jawab . haha ..

Walau apapun , anyway , anywhere , somewhere .. apa "Where-where" lagi "   Terima kasih banyak - banyak .. ! Jom , buat rombongan Cik kiah teruusss pergi ke blog Faizul Osman . ^.^



Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...