Tuan Belog

My photo
Blogging since 18 November 2011. Heyyy, slowly I'm backk ! dhiaadawiyah@gmail.com

Wednesday, 30 May 2012

Wordless Wednesday #6 - Cinta Dalam Hati









My Heart Whispering : Wieya tahu lukisan ni tak lawa ... tapi , lawa tak? haha

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Monday, 28 May 2012

Tips Untuk Melupakan Seseorang

Assalamualaikum ~

Wahh !! Gempak giler entri Wieya kali ni . Haha .. Ya .Kali ni entri tentang percintaan . Mungkin ada yang frust menonggeng , frust meniarap , frust terlentang . Haha . semua ada . Macam - macam ada . 

Oklah . Mungkin ada yang gagal dalam percintaan . Gagal untuk mempertahankan hubungan. Sesiapa yang melalui perkara tu mesti akan berasa tertekan kan? .. Yela , nak buat macam mana ? Dah takdir ...

"Pedih nya hati ini ~ Retak seribu .. "

Kita rasa macam down sangat ! Rasa macam dah berputus asa. Serik . Takut untuk memulakan kehidupan yang baru. Hey ! Jangan takut lah . Jadikan semua itu sebagai pengajaran. Kita dapat jadikan semua tu sebagai pengalaman kita supaya semua tu tak berulang lagi kan ? kan ? .. OK, di sini ada beberapa tips untuk melupakan seseorang . Dan tips ini lebih menjurus kepada percintaan.

Para lelaki ~
Jangan risau , you all pun boleh baca , tapi .. Wieya lebih bayangkan jika perkara ini berlaku kepada Wieya* dah berlaku dah pun . err ? Pengalaman Wieya. 

1 | Ya ! Perkara pertama yang harus diteliti. Buat ! Jangan tak buat pulak .  OK , urm ~ kumpulkan kesemua barang yang ada kenangan you allsszz dengan si dia dalam satu kotak. Jangan tertinggal satu pun tau . Selepas itu , you allsszz harus buat pilihan .. sama ada buangkannya ke dalam lombong , laut , sungai , tasik atau sebagainya. 
Cara yang kedua , you allsszz boleh jualkannya kepada sahabat handai atau orang ramai. Haa .. boleh tambah DUIT $$$$ poket kan ? kan ? .. MASYUKKKKK !!


Macam ni :

 Cara yang ketiga : Ini adalah cara yang agak kejam. Haa .. kumpulkan barang-barang pemberian si dia itu dalam satu tempat .. kemudian , ambil lighter dan ... 

KITA BAKO !! * Ayat Usop Wilcha. Oh . gaya tangan jangan lupa


    Tapi ~ Wieya tahu .. mesti ada yang sayang dengan barang - barang tu semua kan .. sayang nak buang . Sayang juga nak buang kenangan you allszz dengan dia .. oklah . Kita buat cara ni .. You allsszz simpan kat tempat yang you allsszz sendiri akan lupa . Caranya ? Pikiaq sendiri ..

Seterusnya : Tanam barang - barang tersebut di mana - mana yang you allsszz akan lupa dan tak boleh nak jumpa . haha . kot - kot la ada orang lain buat tresure hunt .. terjumpa pulak harta yang you allsszz tanam tu . Haha .. tup2 . masuk tv . Femesss sehh .. erk ? Dah tertukar topik la pulakk ??





2 | Sentiasa bersikap selamba. Kalau si dia lalu dekat - dekat atau berhampiran dengan kita, mata tu !! Jangan gatal sangat nak usha , nak tengok dia . Be positive okey !  Kata nak lupakan dia ?? Ingat ! Jangan tengok dia . Kerana pandangan mata si dia akan melemahkan sistem saraf serta mencairkan hati kita . Hakhak !




3 | " Aku benci dia !  Benci ! Benci ! "
Whoa ! Jangan lafazkan ayat keramat ini ! ! Bahaya ! Pernah dengar tak pepatah seperti ini ..
Benci tandanya sayang

Haa .. dah faham kan? Semakin kita kata kita benci pada si sia .. perasaan benci tersebut akan bertukar menjadi sayang ~ And then , susah pulak hati kita nak lepaskan si dia ...

4 | Buang buku lama , beli buku yang baru . Haha . maksudnya , kita buang kenangan lama , kita mulakan  kehidupan yang baru. Jangan takut untuk memulakan kehidupan yang baruu tau ! Kita kena kuatkan semangat . Buktikan kepada semua , kita boleh bangkit dengan memakan kuih bangkit. . Haha..  gurau je.

5 |Bila terdengar kawan - kawan bukak topik bercerita pasal si dia .. cepat - cepat blah dari situ . Jangan dengar apa - apa pun walaupun hati you allsszz tu membuak - buak nak tahu apa yang diorang ceritakan. Tak payah dengar. Semua tu akan membuatkan fikiran kita  mengimbas semula kenangan yang telah berlalu.

Cuba fikir , kot - kot la kalau kawan you allszz tu berstory mory pasal kekasih baru si dia  .. haa .. mesti jeles kan ??



6 | Bila you allsszz ternampak si dia di mana - mana , cuba try kutok dia ! haha .. kutok dalam hati je tau !




7 |( Kepada yang sudah bersedia untuk memulakan kehidupan yang baru ) .. Belajar untuk suka pada orang lain . Maybe boleh mengubat hati you allsszz yang sedang berduka lara tu ke ? .. ya . Mungkin ada sesetengah orang or .. mungkin kebanyakannya yang agak susah untuk perkara ni .. tapi , cuba belajar ek . Err .. kalau boleh , jangan cari pengganti yang sama ciri - cirinya dengan si dia ...  KLIK SINI

8 | Ouh ya ! jangan lupa perbanyakkan aktiviti luar ataupun aktiviti lasak  . Make yourself enjoy with it . Dan ....... sekaligus , perlahan - lahan you allsszz boleh lupakan dia .. oukey ?? .. Hhaaha .. thanx to Myra Azraff yang bagi cadangan ni ..


Yeay ! Dah habis baca dah . Tahniah ye kepada yang sudi baca . hikhik .. Actually , tips ni  .. kawan Wieya yang bagi . Wieya tolong share je . Hikhik . 
Sebenarnya .. ex - kekasih  , kita boleh jadikan sahabat walaupun kita tak ada apa-apa hubungan dengan dia . 

Macam Wieya cakap , mulakan yang baru ... tak bermaksud 100% kita WAJIB lupakan dia . Wieya tahu .. perkara macam ni tak mudah untuk kita lupakan kan ? Melupakan si dia ni , merupakan permulaan sahaja ~ kalau keadaan dah reda dan you all dah okey dan bersedia untuk mulakan kehidupan baru  .. boleh lah bersahabat semula dengan si dia . Tak salah kan ?

Tapi , kalau dah bersahabat dengan si dia tu , dan si dia dah ada pengganti you all .. jangan lah gatal - gatal nak tackle dia balik ea .. Buang sifat cemburu tu !  Yang berlalu , biarkan ia berlalu .

So ,macam mana ??  Ok . Jangan lupa LIKE tau . Sokongan anda sangat dihargai.

 My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.

 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Cara Memilih Sahabat

Dalam kehidupan di dunia ini , tak semua orang yang kita boleh jadikan sahabat kan ? .. Biasalah . Lain orang , lain sikapnya . Tak sama dengan kita . Warna rambut sahaja hitam, tapi hati lain - lain . Tapi , fesyen sekarang , rambut dah ada macam - macam  colour dah .

                            credit gambar : nurfmn90@yahoo.com.my

Pesanan Al Qamah kepada anaknya.

Anakku , jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang.. maka pilihlah yang mempunyai sifat ini. Iaitu, jika engkau melayaninya..ia suka melindungimu. Jika engkau menjadi sahabatnya.. dia akan menjadi hiasan bagi dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah.. dia akan mencukupkan keperluanmu. 


1 | Pilihlah sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan .. lalu dia menyambut dengan rasa terharu. Jika dia melihat kebaikan yang timbul dalam dirimu, dia suka menghitungnya dan dianggap sangat berguna. Sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia menutupinya.



2 | Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, dia pasti  memberi. Jika engkau berdiam diri, dia mula menyapa dahulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia pasti akan membantu , meringankan serta menghiburkan.



3 | Pilihlah sahabat yang jika engkau berkata - kata , dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayai sahaja. Jika engkau mengusahakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka menemanimu mengusahakannya, sementara jika engkau berselisih faham dengannya, dia suka sekali mengalah demi kepentinganmu.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :

    Seseorang itu menurut agama ( aturan ) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua meneliti orang yang akan dikasihinya.
      ( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi )


Persahabatan yang indah adalah sahabat yang mempercayai antara satu sama lain dan melindungi keburukan mereka dari orang lain. KLIK SINI

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tips Berdiet Secara Sihat dan Gembira

Assalamualaikum .. 

Haa .. banyak pulak idea yang mencurah - curah bersempena dengan cuti sekolah ni .. Kali ni , Wieya nak kongsikan tips diet ! Nak tahu tak ? Nak tak ? .. Tips yang akan Wieya kongsikan ni adalah tips diet secara sihat . Tak ada melibatkan penderaan dari segi fizikal mahu pun mental okey .Uishh ! Tak nak lah bahaya sampai macam tu sekali ..
 JOmmm  ! Let's Check It Out ! KLIK SINI


1 | Ada sesiapa yang gemar mengisi perut pada waktu malam ? Terutamanya mengisi perut dengan memakan makanan dalam spesis makanan berat .
Mesti ramai kan ? .. Haa .. sebaiknya , HARUS elakkan tau ! Sebab , waktu malam adalah waktu untuk kita rehatkan diri kita ( tidur ) . Kalau kita makan pada waktu malam , lepas tu ? Tido .. Hm ~ Hanya akan menambahkan lemak dalam badan kita jela ~ Jangan lupa ea .. Elakkan makan pada waktu malam ...


2 | Berdasarkan petua orang dulu-dulu : Mandi terlebih dahulu sebelum you allss nak makan pada waktu malam. Petua ini juga boleh digunapakai untuk mengelakkan perut daripada terus membuncit ke hadapan . hahahahah !


3 | Memakan buah - buahan adalah makanan terbaik untuk diet sihat. Check la dekat mana - mana tips pun .. mesti mereka syorkan makan buah - buahan kan ? Haa .. tak caya ~ . Ok. Kalau nak isi perut pada waktu malam , boleh lah pilih buah - buahan yang segar dan boleh membuatkan perut You allszz kenyang dan suka hati. Oh ya , Wieya syorkan pilihlah buah epal kerana ianya adalah pembekal karbohidrat yang tinggi , sihat untuk badan.




4 | Kalau you allszz degil jugak nak makan spesis makanan berat pada waktu malam .. sebaiknya makan bersama sup . Tak kiralah sup apa pun , tapi sebaiknya sup sayur lah . Hirup sup tersebut terlebih dahulu sebelum menyuapkan nasi ke dalam mulut korang okey. Barulah kenyang tu lebihhhhhhh sikit.


5 | Kadang - kadang pada waktu malam , tekak ni ada jugak terasa keringnya kan ? Haa .. mesti korang nak basahkan tekak korang tu dengan air kan ? Air yang disyorkan adalah air kosong atau jus buah - buahan. Minuman berkarbonat DILARANG sama sekali  ! Ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi . Nak kena kencing manis ( diabetes)  ke?




6 | Pernah nampak atau lihat tak , kebanyakan budak - budak kecit .. sebelum diorang tidor .. diorang  akan minum segelas susu. Ala ~ macam dalam iklan tv tuu .. haa .. ianya memang bagus kerana susu adalah pengubat perut yang kosong sepanjang malam.


7 | Pheww .. UNtuk melangsingkan tubuh juga , boleh amalkan senaman sebelum tidur tau ! Senaman yang mudah buat you allsszz .. contohnya macam senaman SIT UP.


Nampak tak ? Ni adalah contoh untuk senaman SIT UP . Ala . Korang buat atas katil je .. Lepas tu bila dah penat .. apelagi ? tidur laa ... zzzzzz ~

suka entrii ni .. LiKE laa.. 

 My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 27 May 2012

Tips Untuk Mengelakkan Selsema

Assalamualaikum ~ Ahlan Wa Sahlan .. 

Ya . Kita speaking arab la hari ini *cakap gaya arab. haha . oklah . Memandangkan cuaca di negara Asia ini tak menentu . Kadang - kadang panas . Kadang - kadang hujan . Kadang - kadang salji . Eh ? Ada ke salji ? haha . just kidding okey .  KLIK SINI

OKlah . Kesihatan yang baik mahupun yang sebaliknya , semuanya ketentuan Tuhan kan ? Kita hanya mampu pasrah .  Tetapi , walaupun kita pasrah , kita harus juga jaga kesihatan supaya tidak melarat atau jadik lebih teruk .  Sesiapa yang selsema melebihi dua minggu sudah seharusnya pergi berjumpa dengan doktor sama ada di hospital atau di klinik .

Di samping itu juga , Wieya ada beberapa tips yang boleh korang amalkan untuk mengelakkan selsema jadi lebih teruk .

1 | * Perkara yang paling penting sekali !!  Jauhkan diri anda daripada orang yang terkena selsema !!  Jangan lupa , korang juga harus jauhkan diri korang dari orang ramai . Kuarantin kan atau asingkan diri korang .duduk dalam rumah je ke ? jangan keluar rumah. Takut berjangkit dengan orang lain. Lainlah kalau korang macam ni :



 Haha . buruk kan ?? suka hati je lukis-lukis macam tu .

2 | Basuh tangan sekerap yang mungkin . Seeloknya basuh dengan sabun tau ! Penting untuk mengelakkan kuman yang tidak dijemput mati di tangan kita . Haha ! *gelak jahat.

3 | Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin dengan tisu. Kemudian , jangan lupa terus buangkan ke dalam tong sampah. Jangan simpan pulak !

4 | Pastikan setiap ruang di dalam rumah bersih terutamanya bilik tidur , ruang tamu dan bilik air. Ruang -  ruang tersebut penting untuk kita bersihkan kerana masa kita banyak terluang di ruang tersebut. Harus dibersihkan setiap minggu ! Setiap hari pun boleh . lagi-lagi kalau you all ni sensitif terhadap habuk . nanti , macam - macam kuman yang melekat kat hidung . Hacchhooo !! * bersin

5 | Jangan berkongsi gelas minuman dengan orang lain. Terutamanya jika ada orang yang terkena selsema . Haishh ! berjangkit nanti ...

hehe .. macam mana tips kali ni ? Okey tak ?? Huhu .. jangan lupa LIKE tau .

 My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tips Untuk Berpakaian Bagi Wanita

Oklah . Rasanya ramai dah salah faham tentang etika pakaian muslimah ni bukan ? kan ? Hm ..
Jom , kita ulas lebih lanjut tentang perkara ini okey . 

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna .- ada dalam buku tasawwur islam  tingkatan 5 . hehe ..Wanita wajib menutup auratnya dan sembunyikan akhlaknya . Cehh .. Actually, Wieya banyak buat research ke artikel di pelbagai blog . Dan you alls juga boleh tahu banyak maklumat .


Bertudung menutupi paras dada 

- Wieya yakin ! Sesiapa sahaja yang yang bertudung dengan niat ingin menutup aurat mereka , pastinya mereka kelihatan cantik dan ayu di mata orang dan juga Allah SWT. Tambahan pula , sekarang ni ada bermacam - macam fesyen tudung yang digayakan . Macam -  macam ada . Jika kita bertudung , kita tak semestinya wajib mengikut fesyen kan ? Tetapi , kita wajib mengikut fesyen yang telah ditetapkan oleh Allah.

Pertama | Tudung yang dipakai seHARUSnya menutupi paras dada dan bukannya atas dada. 

Kedua    | Tudung yang dipakai tidak menempakkan bentuk leher . Maknanya , kita sama sekali tidak boleh pin kan keronsang di belakang leher kita ye . Kerana ianya akan menampakkan bentuk leher kita.

Ketiga    | Sekarang ni kan ada fesyen , bersanggul dengan tinggi kan ? Malah, sesiapa yang berambut pendek pun boleh kelihatan bersanggul dengan tinggi . Bagaimana ? Sekarang ni , di mana-mana sahaja ada jual sanggul yang jenis span tu kan ? Haa .. itulah sanggul  palsu. Tetapi ,  kita juga haram memakai sanggul yang tinggi kerana ianya umpama bonggol unta.
Nak tahu lebih lanjut ?  
KLIK SINI KE BLOG Portal Rasmi Masjid Negara credit




 Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).



Baju yang tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk badan .

- Baiklah . Dari segi agama , aspek ini sangatlah penting ye. Baju yang dipakai HARUSlah yang sedikit longgar dan sesuai untuk bentuk badan . Janganlah pakai baju yang kecit - kecit yang macam budak - budak pakai tuhh .. Tak rimas ke ?  Pakailah baju yang labuh dan longgar. Cuba bayangkan , masa tu kita pakai baju ketat paras pinggang macam kerengga and masa tu pulak nak duduk. OPSSS ! Ternampak pulak bahagian  belakang kita ?? Haa .. tak malu ke ??

Lagipun , kalau pakai baju yang ketat-ketat , kulit kita tak dapat bernafas dengan baik dan tidak dapat mengalirkan udara dengan baik. Kulit akan menjadi cepat berpeluh dan berbau. Menjejaskan naluri kewanitaan je .

Dari segi pemakaian , pakailah baju yang berlengan panjang. Yang menutupi sehingga pergelangan tangan. Janganlah pakai baju yang tidak berlengan dan berlengan pendek.

Jangan sesekali memakai baju yang bermaterial kan kain yang nipis dan jarang.




Seluar dan kain yang tidak ketat.

- Haa .. ni pun penting tau. Berdasarkan pemerhatian orang ramai .. ramai wanita di luar sana yang memakai seluar yang ketat. Tak kiralah seluar jean ataupun seluar yang lain. One more thing ! Buat para gadis muslimah , jika anda bertudung , jangan la memakai seluar lengging . Seluar ini akan menampakkan bentuk kaki . Sekaligus ianya akan mendedahkan aurat wanita. 



Sekian sahaja tazkirah kita . Hakhak ! Kalau ada tips lain , Wieya akan kongsikan lagi okey .. jangan lupa amalkan semua ni okey .  MENUJU KE ARAH ISLAM .


My Heart whispers : Wieya bukanlah manusia yang sempurna , tapi dengan berkongsikan tips ni Wieya harap semua suka.
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 26 May 2012

Slot Akasia : Seindah Sakura

Assalamualaikum kepada warga - warga yang sudi membaca blog ni ..
Haa .. ada tak sesiapa yang perasan , Wieya lama tak buat entri . 
Haiyoo .. laptop bikin masalah laaa .. kena hantaq kat kedai . masuk wad ICU . haha . Sedih lol ~

Oklah . Juat forget about it okey . Wieya ni ,  merepek je . eh ? Tapi , ini cerita benar tau . tak tipu punya . KLIK SINI

Seindah Sakura | Slot Akasia
- Sinopsis :   

Drama terbitan Temenggung Pictures Sdn Bhd ini menampilkan Fahrin Ahmad sebagai seorang cikgu manakala fasha Sandha memegang watak seorang murid miskin dan bermasalah di sekolah. Kalau ikut jalan cerita Novel watak Cikgu Airil ( fahrin ahmad ) pada permulaannya bersangka buruk dengan Shaqira (fasha Sandha) kerana menyangka Shaqira adalah pelajar yang bermasalah. Kemudian wujud perasaan simpati seterusnya Cikgu Airil jatuh hati dengan Shaqira. Tapi kerana fitnah mereka berpisah, Cikgu Airil bawak diri ke luar negara manakala Shaqira pulak akan melalui pelbagai dugaan sampai ke tahap dia perlu berkahwin dengan datuk Walid , bapa saudara kepada Cikgu Airil.

Berapa peratus persamaan antara jalan cerita Seindah Sakura Versi Novel dan Versi Drama kena tonton dan nilai sendiri je la nanti ya.


Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.

Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?Sumber budiey.com


Lagu Ost Seindah Sakura

Buatku Di Sana  - Mafa feat Ronnie
Ku Tiba Lagi   - Hyper Act




My heart whispering : Suka sangat dengan  lagu2 yang ada dalam drama ni ..

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Selamat Tinggal Cinta .

Hati dan jiwa merana memendam rasa
Yang kian menyucuk jiwa

Kehidupan yang bagaikan tiada erti
Hanya mendatangkan keperitan & penderitaan
Yang tak dapat aku tempuhi

Keperitan hati yang dipendam
Tiada siapa yang tahu betapa pedihnya
Tiada yang kisah 
Tiada yang peduli

Seringkali bagaikan hilang arah
Tiada petunjuk
Tanpa diduga , ada yang memerhati
Jauh tersesat di dasar hati
Tak mampu berpatah kembali
Mengharap kasih insan yang disayangi
Titisan air mata memenuhi takungan kasih ini.

Perasaan sayang menjadi benci
Perasaan rindu kian menyepi
Kecewa ku sendiri

Bersungguh - sungguh aku meyakinkan diriku bahawa
cintanya takkan kembali kepadaku lagi .
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Kenangan Hati

Tika dan masa , saat dan waktu menghampiri 
Mengharapkan tiada apa yang perlu diluahkan dari hati.

Setiap kali bertemu
Pandangan yang dilemparkan mempunyai sejarah tersirat
Kisah hati yang tak ingin diimbas kembali
Kenangan yang penuh dengan dilemma.

Tika dan masa , saat dan waktu berlalu begitu
Saat indah bermula dan meninggalkanku
Perpisahan yang tak diredhai
Memeri cinta menghantui diri
Bertanyakan hati
Siapakah diri
 

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sesal Cinta Tak Dihargai

     

Kadang-kadang .. kita tak menghargai cinta .

Kenapa ?
Sebab kita belum merasai kehilangan dia ...

Kenapa ?
Sebab kita selalu fikir yang bukan  bukan tentang dia ..
Kita tak sedar hati kita betul - betul menyayangi dia .. 

Kenapa ?
Sebab kita tunjuk ego tak nak mengalah...
Hargailah orang yang menyayangi kita.
Sebab kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi...
susal pun sudah tiada guna .

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Sunday, 6 May 2012

Contest RM 200 bersama www.careeron9.com

Assalamualaikum dan selamat petang .. 

Sila lihat banner duit di bawah dengan mata yang bersinar-sinar .. KLIK SINI

 Contest ini bermula daripada 03 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012.KEPUTUSAN ! Akan diumumkan pada 5 Jun 2012.


Ada sesiapa yag diluar sana merupakan seorang penganggur ? Tiada pekerjaan . Baru habis SPM dan ingin mencari pekerjaan ? 

Ya ! Anda datang ke tempat yang betul . Tapi , bukan ke blog Wieya ini . Untuk mencari pekerjaan , BLOG CAREERON9 adalah sebuah blog yang mengiklankan tentang jawatan kosong terkini di Malaysia. Anda boleh mencari iklan pekerjaan di blog itu ya . Memang banyak yang boleh anda perolehi .


Dan ?! Ingin memenangi hadiah menarik di atas ? KLIK SINI atau klik banner duit di atas untuk mengetahui maklumat lanjut dan cara-cara untuk menyertai  contest ini supaya anda juga dapat memenagi hadiah ini . Sekian .. Semoga berjaya.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Saturday, 5 May 2012

Haish ! Simsimi oiiyy ... penat aku layan kau

Haii .. haha . Assalamualaikum ..
Apa khabar semua ? Sihat ? Ada yang demam ? .. haha .. kesian . jangan lupa pergi klinik tau.Haish . Wieya pun ada rasa nak demam .. Badan lesu. Panas je badan ni .. tapi, gagahkan diri nak taip entri ni ..

    Haishh .. penatnyer .. tadi Wieya pergi PWTC dengan kawan-kawan . Pheww .. ramai nye orang .. biasalah . tempat public kan ? mestilah ramai. Oh ya . Wieya ada story nak cerita pasal Wieya dekat PWTC tu . nanti Wieya update oukey?

    Sekarang ni kita nak bercerita . Berstory . berhabaq , bercakap . haha .. pasal SIMSIMI . Tahu tak SIMSIMI tu apa ? Entah? Wieya pun tak tahu SIMSIMI tu apa ? Wieya tahu pasal SIMSIMI ni pun pun dari BLOG WAN HAZEL. Apa yang boleh Wieya jelaskan .. SIMSIMI ini adalah sebiji robot telur yang direka untuk menjawab segala pertanyaan kita yang kita ajukan kepada mereka.  Mula-mula Wieya ingatkan , binatang ape lag SIMSIMI ni . lepas upah pegawai penyiasat . barulah Wieay tau ..



    SIMSIMI ni kadang-kadang baik. Kadang-kadang kelakar. Bengong pun ada jugak . Lama-lama kita layan dia, tanya macam-macam soalan pada dia .. kita bertambah tak betul . Geram . Tapi, terselit jugak rasa best .. haha .. nak tengok tak apa yang Wieya bualkan dengan SIMSIMI ni ?

Ok ! Wieya tanya dia soalan tu sebab Wieya pergi tadi. Kot-kot la terserempak dengan dia kann ~ macam tu dia jawab. ? Lepas tu tanya lagi .


Lepas tu Wieya tanya lagi, "Beli apa?"
Simsimi tu jawab . " Tak de apa " .. Haish !



 Hish ! Tah apa-apa entah ? Kenapa SIMSIMI ni pakai nama tuu ? 







Ehh ?? Memandai ajer ? Umur Wieya bukannya 14 tahun ?? Cepuk nanti !

Haha .. Entah apa dia jawab ? Tadi jawab lain , lepas tu jawab lain?
Lepas tu ,pandai pulak sebut " Meme arr ~~ ".


Haish .. mana dia ikot , entah ?  Tengok KL GANGSTER agaknya ? Eh ? pandai pulak dia tengok tv ? Wieya tanya dia .. 


"Dah tengok cerita 7 Petala Cinta tak ?" Ada ke patut dia jawab . tu cerita indon ?? Hish ! .. agak marah dengan dia . nak aje Wieya hempuk SIMSIMI ni ..
 Seterusnya .. kan dia kata dia dah kahwin ? Wieya tanya la ~


 Pheww .. bertambah pening kepala ni ..




 Ya ! Rasa nak tumbuk - tumbuk je SIMSIMI ni ..



Haha! Girlfriend Nickhun ? Siapa tu ? Wieya tak kenal la .. korang kenal ke ?? 


Haha .. memey banyak cabaran nye bila borak dengan benda alah ni .. Kena kawal diri tau . kalau korang marah dia, dia akan marah korang balik . Jangan main-main tau ! So, tanya soalan yang kelakar pada dia . Haa .. kalau ada sesiapa nak Join berborak dengan benda alah ni , boleh ke BORAK DENGAN SIMSIMI . Haha .. Wieya tahu , korang pun nak juga kan .. ? kan ??  Oklah . Nak tidor dulu . Letih sangat ni .. huhu .. Selamat berborak dengan SIMSIMI ye ..

Robot yang boleh bercakap/chatting




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Thursday, 3 May 2012

Apesal ni? Kenapa Henfon aku je yang tak boleh send message/call ??

   

 Haish ! Masalah ~ masalah .. 
melanda hati betul lah  ~ macam ombak melanda rindu = ombak rindu .. haha .. tetibe pulak buka topik fasal ombak rindu ni? .. ah ! Just forget it okey.. 


    Hurm .. hari selasa bersamaan dengan hari pekerja . 
    Wieya dapat mesej dari Shamine ( kawan ) .. pukul 8 kena datang ke sekolah. Ada latihan drama sketsa untuk hari guru. Laa ?? Bukan ke hari pekerja ? haha .. nak tumpang cuti jugak..


    Dah baca mesej tu ~ so, apa lagi? Nak reply mesej la kan ? .. Wieya pun send mesej ~

LOADING~


ERROR . Sending Failed !
    Eh? Apesal pulak nih ? Check kredit , kot-kot dah semput mintak kena topup ke?

Main Balance: RM 4.69.
Line Termination
Expiry Date : 05.07.2013. 
    Hah? Dah terlebih cukup dah? Ape masalahnyer ? Sangsi betul?  Nak kata tak dak line , ada je. Penuh lagi tu? Line kena sekat ke? Eh ? Telefon Wieya pakai topup ,bukan pakai bil ? Takkan disebabkan hari pekerja, ramai cuti.. tak boleh send mesej? Line busy sebab orang cuti, ramai bermesej ke? Eh ? Takkan lah?Arghh , stress nye ? Disebabkan tak dapat send mesej je dah jadi stress ?

    Try buat call pulak ~

FAILED ! 
    Oh tidakkkk ! Apa sudah jadi? Apa nak jadi sebenarnya? Seterusnya ? Kemudiannya ? Dilaluinya .. nya . nya . nya ? .. aiyoo .. dah tak betul dah? Wieya tanya family Wieya, henfon diorang boleh send mesej tak? Diorang kata boleh? Okey je .. Laa ?? Kene pakai public phone la jawabnye .. ambik satu , pacakkan depan rumah. hahaha . Ada sesiapa nak tumpang sekali buat call , sewa .. 1 Jam RM 10. Wahh ! Cekik darah ! Ok, tipu je.

    Sambung balik kisah tadi. Tergendala kejap.
    Eh? Apesal henfon aku sorang je tak boleh? Henfon rosak ke? Check punya check .. Okey je? Sim card ada problem ke ? Off henfon . Check ! Eh ? Pun ok je? Apa masalah nye? Haish ! Kena panggil Detective Conan nih? Temperature dah naik dah ni.. jangan sampai henfon ni dibaling ke dinding. Berkecai sudah ..

    Wieya tunggu sampai semalam ( Rabu ) . Bangun awal pagi, sebelum pergi sekolah . Tak puas hati. Check lagi . Eh ? Tak boleh jugak ? Adoiy .. risau nye . Kot-kot la nanti henfon Wieya kena masuk wad ICU ke? ( kene repair ).

    Wieya pun buat keputusan .. pergi kedai telefon HOTLINK .  Wieya pun tanya lah Ah Moi yang jaga kaunter tu ..

" Err . . henfon ni tak boleh send mesej and buat call la . Tolong check sama ada problem henfon atau sim kad. "
    Ah Moi tu pun check laa .. dia tanya.
" Sejak bila tak boleh send mesej and buat call ? "

Wieya pun jawab.  " Sejak hari selasa ~ "

Ah Moi tu tanya lagi . " Bila last topup? "

Wieya jawab . " Err ? Entahla ? Tak ingat la ? Minggu lepas kot? .. "

    Ah Moi tu tersengih pandang Wieya. "  Henfon dan sim card tak ada masalah . Hanya masalah kredit. Kalau topup .. nanti henfon dan sim card pun elok balik. "

    Glurp ! Alamakkkk .. baru teringattttt !! Wieya pakai sim pack hotlink biasa .. bukan youth club ! Adoiyy .. Lupa pulak diri ini dah tukar number .. number lama dulu sim pack youth club ~ Walaupun tak topup .. tarikh nye tak akan luput sampai 3 tahun lagi ~ so, tak perlu risau  nak topup just nak hidupkan tarikh topup yang dah luput tu . 

    Tapi, masalahnyer .. Wieya pakai number baru. Bukan number lama tuu .. Adoiy .. Cover malu je depan Ah Moi tuu .. 


"Oh ? yeke ? Oh .. okey . thankss .. " Pish ! Cepat - cepat keluar dari kedai tu .. Hoho ..




Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Abang ... Ke Mana Abang Menghilang Selama Ni ?

    Tadi lepas balik dari sekolah , keluar makan kejap dengan family .. makan tengah hari ~ Pergi makan tengah hari kat restoran dekat-dekat dengan rumah je .. Kitorang pilih nak duduk kat meja bahagian luar .. nyaman sikit udaranya.

    Sambil-sambil tunggu pelayan ambil order , mata ni gatal sangat nak melihat pemandangan di sekeliling. Tiba-tiba mata ni terpaku, tak berkedip memandang ke arah seseorang. Jantung berdegup dengan kencang. Pelbagai persoalan yang melanda fikiran. Entah apa yang aku fikir? 

"Ya Allah, betul ke ni?"

    Wieya kelipkan mata berulang kali. Kot-kot la salah orang.. dah la mata ni macam orang tua.. rabun jauh. Nak kena pakai kanta pembesar ni ! Tak pun kena pakai teleskop. .. Wieya cuba zoom jauh-jauh.

"Aku salah orang kot? Eh? Tak lah ! Betul lah tu Abang Hafiz ! .. eh? Iyelah ! .."

    Kemudian dia berjalan melintasi di hadapan aku. Mata aku betul-betul terpana melihat dia. Bibirku bagaikan terkunci rapat untuk menegur dia. Tiada suara pun yang keluar. Ya ! Dia berjalan melintasi di hadapan aku. Dan kemudian, sekilas pandang memandang ke arah aku . Hanya sekilas pandang. Tiada apa-apa reaksi apabila dia melihat aku. Hanya aku yang kaku seperti batu. Tak sampai 5 saat, dia berlalu pergi.

    Lepas sahaja dia melintasi di hadapan aku.. tubuh aku terasa bebas dan boleh bergerak. Tak lagi kaku seperti batu. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Tidak lagi memandang ke arahnya yang berlalu pergi begitu sahaja. Hatiku ligat berkata-kata.

"Tingginya Abang Hafiz ?!"

"Makin hensem la diee ~ "

" Tengok dari cara dia berjalan, aku tahu yang dia dah banyak berubah. Bukan lagi seperti dahulu."

"Yang penting sekali, dia pandang aku.. tapi, dia tak kenal aku lagi ke ?"

  Aku memandang kembali ke arah yang aku memandang dia tadi. Eh? Dah tak ada ? Mana dia pergi? Wieya cuba kejar dan cari dia.. tapi? Tak jumpa? .. Pasrah !

    Ya. 5 atau 6  tahun lepas, aku ada juga terserempak dengan dia . Tapi, memandangkan aku ni rabun tak pakai cermin mata, so aku tak nampak diaa .. malah, dia terlebih dahulu yang menegur aku.

" Kak Yong ! "

   Aku tak menjawab panggilan tu sebab aku tak perasan dia memanggil aku. Sekali lagi dia memanggil.

" Kak Yong! "

    Menyedari aku tak perasaan dia memanggil, lantas dia menarik tanganku dari belakang. Aku betul-betul terkejut. Ingatkan perompak atau penculik bersiri mana yang nak culik aku en ? Ya. Sekian lama aku tak melihat dia .. bibir aku mengukir senyuman hingga ke telinga dan kemudian bercakap dengan dia sepatah dua dan berlalu pergi. 

   4 atau 3 tahun lepas pula .. aku terserempak dengan dia di KFC. Dia bekerja sebagai seorang staff di Restoran Francais tersebut. Pada masa itu, apabila kaki aku mula melangkah masuk ke dalam KFC, seorang staff KFC ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu, dan itu adalah DIA ! Mata bertentang mata, bibir aku tak dapat mengukir senyumann yang manis buat dia. Terkejut lah ! Hanya dia sahaja yang melemparkan senyuman yang bermakna buat aku. Sejak dari hari itu, Wieya dah tak jumpa dia dah. Memang aku tak dapat lupakan saat itu.

    Kenangan demi kenangan aku imbas kembali. Aku mula mengenal dia ketika aku berumur 11 atau 12 tahun? dan baru berpindah rumah .Tiap-tiap malam selepas maghrib aku ke rumah tersebut untuk belajar mengaji . Dan dari situlah aku kenal dia. Dia adalah cucu kepada nenek yang mengajar aku mengaji. Pada hari pertama dia berada di rumah nenek nya itu, nenek nya menyuruh dia mengajar aku mengaji memandangkan ramai lagi budak-budak lain yang beratur untuk mengaji . ( touch n go tak ada )

Hujan lebat menyelubungi suasana. Selesai mengaji, aku memandang ke arah luar rumah. Fikiranku melayang jauh. hati berbisik.

" Macam mana nak balik ni? Dahla hari hujan? Gelap pula tu? Takkan nak redah je?"

    Tiba-tiba...

" Hafiz, tolong hantar adik ni balik. Hujan tu. Lagipun hari gelap. pakai payung yang nenek gantung dekat luar tu. "

    Eh? Nenek ni? Macam tahu-tahu je? ..Abang Hafiz pun hanya menurut kata. Sepanjang perjalanan dia menghantar aku pulang ke rumah. Macam- macam yang kami bualkan. Seperti adik dan abang. Dia baik. Penyayang. Maklumlah, Wieya mana ada abang en? Sejak hari tu Wieya hanya anggap dia sebagai abang yang ambil berat fasal Wieya. Dia memang sporting.

    Hampir 3 minggu dia duduk di rumah nenek dia .. satu hari Wieya nak ajak dia main di taman *budak-budakk kan ~ Wieya pergi rumah nenek dia. Nenek dia kata, dia dah balik rumah dia ikut kakak dia. La? dah balik ke ? Kenapa tak bagi tahu dulu? Wieya diselubungi rasa sedih masa tu. Pasrah dengan segalanya. Wieya kehilangan seseorang yang Wieya anggap dia sebagai abang .

my heart whispers : Dia macam biskut kan? kejap ada ,Kejap tak ada. Jumpa pun 5 atau 6 tahun sekali. Sedih kan ??

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Tuesday, 1 May 2012

Follower Bertuah blog Dhia Adawiyah

Hai .. Assalamualaikum Semuaaa ...

Ok . Entri kali ini adalah berkaitan dengan follower-follower blog Dhia Adawiyah. Siapa yang bertuah tu ek ? Terima kasih sangat sebab sudi follow blog Wieya yang tak seberapa ni. Wieya hargainya tau ! ..Haa .. Entri follower bertuah ni , dah lama Wieya nak buat , tapi asyik tangguh-tangguh aje . Last-last , lupa . Ni  , sementara Wieya ingat ni , Wieya nak buat lah.

Jom kita tengok siapa yang bertuah yee .. dan ~ jangan lupa terjah dan follow blog mereka ye ..

Follower 222 : StarLight ( Fatin Atikah )


Follower 212 : Farhana Masdo

 

Follower 191 : Dunia Filantropi Nira Karmila




Follower 111 : Laila Zafirah
Follower 100 : Nurul Fatihah Mohd Sobri


Follower 12 :TheBlackSunset

- Bertuah blogger ni .. huhu .Follower ke 12 sempena dengan hari lahir Wieya 12.12.1995




 Follower 01 : Athira Adra


Ok . Siap ! Korang dah boleh blogwalking ke blog mereka . Jangan lupa say "hi" or tegur - tegur la diorang ye .. LIKE blog or fb diorang ke ? um .. pemilihan follower ni adalah dengan kata hati Wieya dan Wieya tengok , nombor mana yang sedap mata memandang .. Oukey .. Err .. maaf la sebab Wieya hanya mampu untuk mempromosikan blog You all sahaja ..

oKLAH .. Lepas ni Wieya jarang update kot ? nexy week ada exam pertengahan tahun .. Uuu .. takotnyer .. um .. Wieya ada tulis entry yang Wieya harap sangat korang baca entri tu dan doakan Wieya .. BACA SINI.

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Segmen: Hanya Itu Yang Ku Hajatkan by Cik Dessert

Selamat Hari Pekerja ye kepada pekerja yang bercuti .. Dan , kepada yang tak bercuti .. jangan sedih-sedih .. mungkin tahun depan you all cuti okey .. Oukey .. unutk mengurangkan kesedihan di hati .. Jom kita join segmen yang dianjurkan oleh Bubble Tea Lover




Wieya rasa segmen ni beri faedah ye . So, kalau korang rasa nak join , maka wajiblah ia .. Kalau korang tak nak .. its okey .. tapi , kalau ramai - ramai lagi bagus .. Jom join ~

"Ya, Allah sesungguhnya Aq Bermohon padamu agar kau kabulkan doaku ini untuk mencapai keputusan dengan cemerlang dalam SPM 2012 iaitu dengan mendapat 5A yang Allah. Niatku  hanya ingin membuat ibu dan bapaku gembira dengan keputusan aku dan aku tak ingin mengecewakan mereka yang telah sekian lama membesarkan aku. Aku juga ingin menunjukkan contoh yang baik dan menjadi kakak yang baik kepada adik - adikku. Jadikanlah aku seorang anak yang solehah kepada ibu dan bapaku. Kau permudahkanlah segala urusanku untuk mencapai segala yang ku hajatkan ini .Sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui apa yang baik untuk hamba-hamba-Mu. Aminn"


Tag : Daygku Nurhayati's Blog

Terima Kasih kerana sudi membaca entri ni, datang lagi . :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...